Sunday, January 30, 2011

Kuantan : Aviation, satar dan angin laut


Info Kuantan :

Pada peringkat awalnya Kuantan lebih dikenali dengan nama Kampung Teruntum. Penempatannya adalah di sekitar muara Sungai Kuantan iaitu berhadapan dengan bangunan hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sekarang . Ia telah dibuka oleh Haji Senik (adalah seorang tokoh ulamak berasal dari Patani, Selatan Thai) dan pengikut-pengikutnya dalam tahun 1850an. Nama Teruntum ini dikatakan berasal dari pokok Teruntum yang banyak terdapat di pinggir Sungai Kuantan pada ketika itu.~ kuantanku.tripod.com




Catatanku :
Kali ni aku nak cerita pasal Kuantan.. aku ada urusan kerja kat Kuantan selama 4 hari pada awal tahun 2011 hari tu. Kami bertolak dari Putrajaya pada jam 10.00 am terus je ikut Lebuhraya Pantai Timur (LPT) masuk tol Karak dan keluar tol Kuantan, tiba pada jam 2.00 pm. Melilau gak cari jalan ke hotel, tak biasa la katakan.. check-in di Megaview Hotel, betul-betul sebelah Sg.Kuantan.. berhampiran jeti Jabatan Laut. Sebab pergi atas urusan kerja.. so kebanyakan masa habis kat bilik meeting jer.. tapi dicelah-celah kesibukan.. sempat juga la merayap ke Teluk Cempedak dan ke Tg. Lumpur.





Hari pertama sampai dah meredah ke Tg. Lumpur mencari satar.. Tg. Lumpur ni memang terkenal dengan gerai ikan bakar dan seafood, terutama sebelah malam. Terdapat banyak kedai makan di sepanjang jalan Tg.Lumpur menuju ke Pekan (sebelum bangunan Yayasan Pahang). Dalam banyak-banyak kedai tu..kami singgah di Warung Mokna, heran jugak sebab ramai orang makan walaupun dah petang.




Rupa-rupanya..ada menu special.. kami pekena Ikan Goreng tepung (Ikan Kembung size XL.. ), Udang Goreng tepung, Satar, Keropok Lekor dan Tapai Ubi Kayu Goreng tepung.. memang syokk habiss (sebab orang belanja..hehe..).. cecah dengan sos cili.. memang orang Kuantan dah biasa makan benda-benda ni waktu petang.. kalau kat KL.. balik-balik jumpa pisang goreng & keropok lekor keras cam kayu.. jadi, saper2 yang ke Kuantan tu.. singgah ler Tg. Lumpur.. Harganya pun tak la mahal sangat.. kami makan 5 orang, RM40 ++ ..




Selesai makan, sempat merayap ke Teluk Cempedak, aku pernah sampai sini.. bertahun dulu la.. banyak benda dah berubah.. ada dataran dan laluan pejalan kaki yang cantik. Kenderaan semua parking kat luar.. kalau dulu semua masuk sampai ke pantai.. terutamanya motor ler.



Selama 4 hari di Kuantan, sempat ke Tg. Lumpur sebanyak 3 kali, Teluk Cempedak 2 kali.. dan hari last, ada ahli mesyuarat yang pergi sampai ke Kemaman mencari satar.(dorang gi Warung Awie...rujuk entree Ikan Kelah, Terengganu..). Aku tak ikut sebab keluar ke Teluk Cempedak ngan adik aku yg study kat Polisas..













Aktiviti lain adalah lawatan kerja ke pusat latihan repair kapal terbang.. selagi belum tutup mata..kerja..kerja..kerjaa.. (kata Labu..)..






Sebelum balik..singgah ke Tg. Lumpur sekali lagi untuk membeli keropok lekor fresh yang baru dimasak.. 






Sekian. Sekadar Berkongsi.

Sunday, January 16, 2011

Port Dickson : mahalnya makan...



Semalam aku ke PD ngan kawan-kawan.. tak plan pun sebenarnya..
..lepas keluar merayap ke downtown cheras.. pada jam 10 malam..
..lepak-lepak pekena stimboat.. semua mata masih bulat..
so.. sorang bagi idea ke PD..gamble je..
gerak ke PD jam 2 pagi dari Downtown Cheras..
..naik satu keta 5 org.. kancil pulak tu.. sebab memang bawak keta kecik..
kunun senang nak parking kat downtown..
Sampai di Dataran Teluk Kemang, PD dalam 4.30 pagi.. lambat sebab kami berenti melepak kat R&R Seremban..pekena kopi 'O'..

lepas subuh.. jalan2 tepi laut..

menikmati deburan ombak dan bayu pantai...

Main Story :

Lepas sorang member mandi laut.. kami makan kat salah satu gerai kat dataran tu..
area kedai2 baju & makanan ringan tu..

MENU :

Nasi Lemak + Telur Mata - 3
Nasi Lemak + Kari Ayam - 1
Nasi Lemak Bungkus (ada suku telur rebus) - 3
Milo Ais - 1
Nescafe Tarik -1
Kopi O - 1
Teh Tarik - 2

KOS : RM 27.50

aku buat perkiraan mudah -

RM 27.50 / 5 Orang
= RM 5.50 seorang

Bila makan sebungkus nasi lemak dan secawan teh tarik dengan harga RM5.50 di gerai..
aku rasa harganya agak melampau..

mungkin akak tu kira pukul rata... nak senang..
(tapi aku tgk siap calculator lagi)..hehe..

My Nasihat :

So..aku cadangkan sapa yang makan kat situ atau mana2 pun..
especially tempat2 pelancong ni..
suruh dia kira sorang-sorang.. then kalau sorang nak support bayar (payung) tu..
campur balik la harga tiap sorang..
sebab kalau kira sekali..
kita tak tau apa harga utk yang kita makan..
(..memang nampak macho bila suruh kira semua sekali..hehe.. aku le tu..)
*kecuali korang makan ngan family..atau aweks..

Aku bukan nak berkira sangat pasal duit.. terutama bab makan..
tapi bila rasa apa yang kita bayar tak sepadan dengan apa yang di terima..
so..rasa mcm tertipu la kan..

kepada para peniaga pun (akak nasi lemak.. dah la sambal masin...)
..semoga tidak la menganiaya pengguna.. especially pemakan nasi lemak..hehe


Comparison :

Kami dinner di Cheras dgn menu :
Nasi Goreng Pataya,
Nasi Goreng Ladna,
Nasi Goreng Kampung,
Sup Ayam,
Air Tembikai
Teh O Ais Limau
Milo Ais
Kopi Ais

RM 23.00..murah kann...kann..


Sup Perut & Chiken Wings Downtown Cheras..

Sekian, Sekadar Berkongsi






Thursday, January 13, 2011

Ana Raffali & AJL25



Salam.. kebusyan melanda sejak 2 hari lepas.. nk berFB dan berblog pun x sempat..
Firstly.. Nak ucap tahniah kat Ana Raffali pasal menang Juara Lagu 25..
..dapat RM35,000 tu... perghh.. kayo.. leh jadi awek aku.. haha

..korang mesti tengok AJL25 tu kan.. kalau tak kat stadium pun..sure kat rumah kan..
aku pun layan kejap-kejap jer..(sambil baca update2 kawan2 kat FB seiring dgn perjalanan siarang lansung..)..

Tapi.. lepas dia menang.. macam2 suara yang tak puas hati kan.. lagu tak best la..
suara tak sampai la.. ntah ler..
siap ada fanpage 'Kami tak setuju Ana Raffali menang AJL25' kat Facebook..
lawak kann...hehehe...

aku ni hanya dengar jerr..
sedap kat telinga aku..sedap lerr.. lantak kome la nak kata apa..


walaupun dia x kenal aku.. aku kenal dia..kihh..kihh

Juara AJL25 : Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali
NaibJuara AJL25 : Drama King, Meet Uncle Hussain dan Black
Tempat Ketiga AJL25 : Noktah Cinta, Hafiz AF
Persembahan Terbaik : Hanyut, Faizal Tahir
Vokal Terbaik : Noktah Cinta, Hafiz AF
Senarai Finalis AJL 25
Hanyut – Audi Mok/Faizal Tahir/Faizal Tahir
Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Shahir AF8
Noktah Cinta – Ajai/Sheikh Qalam/Hafiz AF7
Drama King – Taja/Teja/Meet Uncle Hussain
Ku Ada Kamu – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Adira AF8
Cinta Sempurna – Yuna
Pelita – Loque/Loque/A.P.I
Berlari – Shazzy Ishak/Tomok
Sofea Jane – Iswandy/Sham/Black Mentor
Mencari Konklusi – Noh/Noh/Hujan
Selamat Malam – Audi Mok/Faizal Tahir
Ekstravaganza – Sam/Bunkface
Jahat – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Stacy
Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali

*TAHNIAH SEMUA TERMASUK AKU*

Sekian. Sekadar Berkongsi.

Sunday, January 9, 2011

Terengganu : Ikan Kelah & Satar… lazatnya..




Bulan lepas aku ke Terengganu atas urusan kerja.. bertolak jam 11.00am melalui LPT menggunakan kereta ofis... terus ke Kuantan.. sampai Kemaman lebih kurang jam 4.00 petang.. ikut jalan pantai sebab dah plan nak singgah makan satar.. kami singgah di Kuala Kemaman..(masuk ikut simpang Intan Wilayah Timur ) kat sini banyak gerai2 jual satar kat tepi jalan. Kat area tu ada satu kedai yang glamer dgn satarnya.. nama kedai tu Warung Awie..

sample..yg ni warung pak Jabit..bkn warung Awie..




Satar & Otak-otak sedang dibakar


..ada jual Satar, Pais Ikan, Otak-Otak, keropok lekor.. Mee Kari..dll...Sebelum tu singgah beli pau goreng.. ( dibuat dari ubi keledek berinti sardin.).

Satar


Keropok Lekor 
Kami rasa semua yang ada.. hehe.. tunaikan hajat la.. Sampai di KT lebih kurang 6pm.. chek-in hotel..

Esok pagi2.. terus chek-out menuju ke Kuala Berang utk meeting & lawatan.. jam 1.00pm. Tuan rumah bawa gi makan tempat special.. Restoran Masakan Kampung di Kuala Berang..member tu cakap tempat tersebut namanya Kg.Kuala.. kedai tepi jalan sebelum pekan Kuala Berang..

kedai ni special sebab lauk semuanya ikan sungai..bekalan dari Tasik Kenyir kot..sebab dah dekat ngan tasik.. Menu hari tu.. Ikan Kelah dan Ikan Baung masak tempoyak, sebarau goreng, ikan masin & ikan sardin bakar cecah budu & ulam kg.. perghh... FIRST TIME aku merasa Ikan Kelah..ikan ni memang terkenal ngan RAWnya kan..so harga punn..boleh tahan.. RM 100 – 250 perKG..perghh!!..


Kepala Ikan Kelah Masak Tempoyak.. 
..kalau org x belanja..tak merasa la seumur hidup.. hehe.. orang kata ikan Kelah ni kalau goreng..kulitnya rangup macam keropok.. isinya aku rasa mcm ikan patin sikit2.. dan byk tulang..
Lepas makan terus bertolak balik ke KL. Sampai lebih kurang 9pm.. hasil lawatan & meeting kali ini adalah : KENYANG.. huhu..

Satar :
Satar adalah sejenis makanan ringan yang diproses dari isi ikan. Kebiasaannya, satar diproses dengan menggunakan isi ikan selar kuning, kerisi, gelama dan tenggiri. Isi ikan diadun bersama ramuan seperti kelapa parut, bawang besar, barang merah, cili hidup dan bahan perasa seperti garam & gula. Dibungkus dengan menggunakan daun pisang berbentuk kon. Dicucuk dan disusun rapat pada bilah buluh & dibakar. ~ Copy Jab. Perikanan

Fakta Mengenai Ikan Kelah :

Berikut adalah fakta-fakta mengenai ikan kelah: -
  • Keluarga: Cyprinidae
  • Nama: Malaysian Mahseer (Inggeris); Tor Tambroides (Saintifik)
  • Biologi: Mendiami sungai dan tasik, dan naik ke anak sungai yang pantas serta dasar sungai yang berbatu-batan untuk membiak.
  • Merupakan omnivor dan makan bukan sahaja alga, krustasia, serangga, katak, dan ikan yang lain, tetapi juga buah-buahan yang jatuh daripada pokok-pokok.
  • Di Malaysia, biasanya terdapat dua jenis iaitu tor tambroides dan tor douronensis. Antara negeri-negeri di Malaysia yang menjadi habitat ikan kelah ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Sabah dan Sarawak.
Sekian..Sekadar berkongsi..

Wednesday, January 5, 2011

myMetro | Sup kuetiau Vietnam

Gambar Hiasan
myMetro | Sup kuetiau Vietnam


BAGI mereka yang tidak mempunyai cukup masa untuk memasak, masakan sup boleh disediakan dengan mudah.

Masakan sup kuetiau Vietnam antara menu yang mudah dipelajari seperti disediakan Hotel Vistana, Kuala Lumpur.

Supnya tidak mengandungi bahan perencah atau rempah-ratus yang banyak justeru, ia juga antara makanan yang menyihatkan.

Menurut chef masakan Cina hotel berkenaan, Chong Yan Hoi, kebanyakan sayur-sayuran menjadi bahan penting dalam masakan Vietnam.


Sup kuetiau ini juga mudah disiapkan malah jika bijak menggunakan masa, ia boleh disiapkan tidak sampai 20 minit.



Kuetiau daging Vietnam (untuk sajian dua orang):
Bahan sup:
500 gram daging (termasuk tulang untuk mendapatkan rebusan air)
100 gram ikan bilis
1 kiub pati ayam
Garam (secukup rasa)
Gula (secukup rasa)
2 liter air

Bahan kuetiau:
200 gram kuetiau
20 gram daging (hiris)
1 sudu besar bawang goreng
3 tangkai daun bawang
2 tangkai cili merah atau cili padi (lebihkan jika ingin pedas)
2 limau kasturi atau limau nipis


Petua chef:
- Elak celur kuetiau terlalu lama supaya tidak lembik.
- Elak mencelur sayur terlalu lama kerana boleh mengurangkan khasiatnya.
- Guna daging berkualiti seperti batang pinang kerana ia senang masak dan tidak mengambil masa lama.
- Sup Vietnam tidak memerlukan rempah-ratus banyak tetapi dilebihkan sayuran.


Catatanku :

Sama cam kwey tiow sup kat foodcourt je kot... cuma tambah nama Vietnam.. hehe..

nak rasa yang ori kena gi vietnam la... tapi depa byk guna daging 'itu'.. harammm...

korang try la masak resipi ni.. dah siap..jemput saya makan..kekeke..

Sekadar berkongsi..

Tuesday, January 4, 2011

Blog & Azam Tahun 2011




Salam...SELAMAT TAHUN BARU 2011

..dah lama rasanya tidak mengupdate blogku ini..
kesian pada beliau..
..banyak benda nak tulis.. tapi malas & x da masa..
..sala satu sebab.. sebab blog ni aku tulis bedasarkan cerita jalan2 jer..
so.. bila x berjalan..x update ler..
sebenarnya ada cadang nak tulis benda2 lain.. pasal diri sendiri ke..
orang lain ke.. apa2 ke...
nak update hari2..
..tapi takut org nyampah lak..cerita syok sendiri lak..
tapi..

start tahun ni.. ada aku kesahhhh...
so..
Azam tahun ni.. 2011
aku nak update blog hari2... hahaha!!
lantak korang la nak kata apa..
Blog aku..aku punya suka...
kihh..kihhh..kihh..



PULAU LANGKAWI : Menjejak Lagenda Mencari Laksa

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada ta...