Wilayah Persekutuan Labuan merupakan
Wilayah Persekutuan kedua Malaysia. Ia merangkumi keseluruhan pulau Labuan yang
mempunyai keluasan 91.64 km2. Pulau Labuan terletak sekitar 10 km dari pantai
Sabah, 2 1/2 jam penerbangan dari Kuala Lumpur, dan sekitar 30 km dari pantai
Brunei. Labuan mempunyai pelabuhan yang dalam dan besar, yang merupakan punca
asal namanya pelabuhan atau "Labuhan".
Pulau Labuan asalnya merupakan sebahagian dari Kesultanan
Brunei. Pada 1846, ia diserahkan kepada British oleh Sultan Brunei Sultan Omar
Ali Saifuddin II setelah British menggunakan pulau itu sebagai tapak operasi
menentang lanun. Pada 1848 Labuan telah diistiharkan sebagai Tanah Jajahan
Mahkota British. Kemudian pada 1890, ia ditadbir oleh Borneo Utara. Namun begitu
pada 1 Januari 1906, Labuan telah diserahkan kembali kepada British dan menjadi
sebahagian daripada Negeri-negeri Selat pada 30 Oktober 1906 bersama-sama
Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.
Pada Disember 1941 hingga Jun 1945, Labuan telah diperintah oleh
Jepun. Selepas pengunduran Jepun dan pentadbiran tentera British tamat, Labuan
digabungkan ke dalam Borneo Utara pada 1946. Seterusnya pada 1963 ia
bersama-sama Sabah bergabung ke dalam Malaysia.
Wilayah Persekutuan Labuan terletak kira-kira 8km dari persisir
pantai pulau Borneo bahagian pantai barat. Pulau Labuan adalah pulau terbesar,
manakala ianya mempunyai lima lagi pulau kecil yang lain di sekitarnya iaitu
Pulau Papan, Pulau Burong, Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Kecil dan Pulau Rusukan
Besar. Wilayah Persekutuan Labuan terbahagi kepada 29 kampung. Majoriti penduduk
Labuan adalah berketurunan Kadayan-Brunei. Mereka beragama Islam dan bertutur
dalam bahasa Melayu dialek Kadayan-Brunei atau lebih dikenali sebagai dialek
Labuan. ~Wikipedia
Labuan Maps
Catatanku :
Sebenarnya tak ramai orang yang saja-saja nak pergi bercuti
ke Labuan melainkan ada urusan-urusan
tertentu. Kalau ada pun mungkin lanjutan dari perjalanan ke Sabah, sebab
kebanyakkan sudah tentu memilih Sabah sebagai destinasi percutian atas faktor kos
tambang flight yang tidak jauh berbeza. Sebenarnya kita juga boleh ke Pulau
Labuan megggunakan perkhidmatan bot dan feri dari jeti Menumbok di Sabah.
Labuan Airport
Sama macam aku, ke Labuan atas urusan kerja. Walaupun aku dah beberapa kali ke Sabah, namun tak ada kesempatan untuk ke Labuan. Finally sampai juga aku ke Labuan. Feeling teruja sebab dengan sampainya ke sini, maka secara rasminya
aku telah jejakkan kaki ke semua negeri di dalam Malaysia. Walaupun kita hanya
ada 14 buah negeri. Tapi aku percaya ramai yang belum berkesempatan untuk sampai ke semua negeri
dalam Malaysia ni.. kannn.. So Labuan ni
jadi special sikit la buat aku.
Dikawasan jeti untuk ke Sabah & Brunei
Sampai Labuan dah malam melalui
penerbangan Firefly.. terus dibawa check in di Sky Global Hotel.. dimaklumkan hotel
ni je dapat di booking sebab kebanyakkan hotel fully booked sebab shift pekerja offshore
pulang ke darat.. (aku pun tak berapa
faham shift pekerja minyak ni..hehe) Semua urusan diuruskan oleh pihak KV
Labuan. So ikut je la..lepas check in.. keluar makan sekitar hotel.. ada
beberapa kedai makan dikawasan sekitar. Aku rasa..makan dan rate hotel agak mahal di
Labuan. Mungkin disebabkan Labuan terkenal dengan status pengeluar minyak dan
pusat kewangan serta ramai pekerja offshore yang berwang.
Di sekitar jeti
Hari kedua penuh dengan aktiviti melawat ILP Labuan dan KV
Labuan.. pada sebelah petang dibawa meronda ke sekitar bandar dan tour pulau Labuan.
Sempat ke muzium arang batu Chimney, Taman Jepun dan Surrender Point dan pada
sebelah malam diraikan makan malam di Anjung Ketam. Makan kat sini memang
meriah dengan makanan laut fresh..ketam dan udang besar-besar… kos tak tau
pulak aku sebab disponsor...
Sesi Lawatan ke ILP Labuan
Bersama Pengarah ILP Labuan
Hari ketiga sebelum balik..sempat ke Ujana Kewangan untuk beli
cenderahati dan coklat serta kedai kain di sepanjang Jalan Merdeka. Sebelum ke
airport tu sempat ke pasar sebab nak cari sambal belacan yang dah siap blend.. kata boss aku sambal belacan Labuan sedap sebab cili padi yang diorang guna lain
sikit.. betul ke tak..tak tau la sebab aku tak beli..
Menu Makan malam di Anjung Ketam
Ketam Rebus & Butter Prawn
Bersama Pengarah KV Labuan
Anjung Ketam.. sebuah restoren seafood yang didirikan di atas air..
Secara keseluruhnya tak banyak perkara yang aku dapat buat kat
Labuan. Mungkin atas faktor masa yang terhad. Terdapat beberapa tempat yang menjadi
tumpuan pelancong sepeti pantai-pantai, muzium dan shopping complex.. yang paling disukai semestinya kedai barangan bebas cukai.. bagi pencinta coklat dan kain.. Labuan
memang tempat yang menarik untuk dilawati selain Langkawi.
Selain dari itu, jalan-jalan cari makan di Labuan juga agak menarik.. berikut antara menu yang boleh dicuba jika korang ke Labuan.. perkongsian dari member (Ira Fatin) yang kerja kat sana...
Nasi Lemak ni aku makan kat kedai mamak sekitar hotel.. menarik bungkusannya..
member aku cakap..half cup amenda ntah..hahah...
Udang ala-ala Lobster ni namanya Satak..
Mee Kolo Sup Ikan.. makan kat Loong Fish Head Soup Stall
Soto Makasar..
Kalau suka pantai.. korang boleh ke Pantai
Layangan, Batu Manikar atau Palm Beach untuk bersantai dan beriadah..view
sunset memang menarik..
Dan kalau nak cari coklat murah (member aku pesan) boleh ke Jalan Patau-Patau area lorang masuk ke Wheaterford.. boleh borong coklat lebih murah berbanding di shopping kompleks..
Ni kedai coklat murah di Patau-Patau
Dan berikut aku selitkan beberapa tempat menarik lain yang boleh di kunjungi di Labuan di petik dari blogger Jue
Tapah di https://thejuetapah.wordpress.com
seperti berikut.
1. Labuan War Memorial Cemetary
Penting
untuk kita mengetahui sejarah. Cemetary ini merupakan salah satu daripada tiga
tempat yang perlu dikunjungi di Borneo selain Kundasang War Memorial dan
Sandakan War Memorial.
2.
Pantai Layang-Layangan / The Peace Park (Taman Damai)
Kedua-dua
tempat ini, Pantai Layang-Layangan dan The Peace Park adalah sangat dekat.
Selalunya pantai ini dijadikan tempat berkelah bersama keluarga dihujung minggu
mahupun ketika lapang.
Sambil-sambil
merenung ombak, bolehlah melawat Taman Damai yang hanya berjarak beberapa meter
dari kawasan pantai.
3.
The Surrender Point
The
Surrender Point ini adalah tempat dimana pihak penjajah Jepun akhirnya menyerah
kalah dihadapan tentera Australia semasa Perang Dunia Kedua
4.
Labuan Marine Museum
Labuan
Marine Museum ataupun Muzium Marin ini cuma 5-7 minit jarak perjalanan dari
Terminal Feri Labuan. Sesuai untuk aktiviti keluarga terutama mereka yang
memiliki anak-anak yang sedang bersekolah, bolehlah buat unofficial school
field. Nak tengok rangka ikan paus? Nak tengok saiz kuda laut yang sebenar?
Datanglah sini.
5.
Menara Jam (Clock Tower)
Menara
Jam ini berada di luar pekarangan Labuan Marine Museum. Menara sebenar jam
tersebut telah musnah namun replikanya dibina semula untuk memperingati sejarah
lalu.
6.
The Chimney Museum
Chimney...
The
Chimney Museum! Apa yang peliknya ialah tujuan sebenar ia diwujudkan tidak
diketahui. Menurut sumber, Chimney yang sebenar tidak berjaya disiapkan namun
kini dijadikan kawasan pelancongan dan bukannya untuk tujuan perlombongan arang
batu.
7. The Bird Park Labuan
Jarak
The Chimney Museum dan The Bird Park ini tidak lebih dari 5 minit perjalanan.
Sesuai untuk mereka yang menyukai burung dan ingin mengetahui jenis-jenis
burung dengan lebih baik.
8. Labuan Museum
8. Labuan Museum
Bagi mereka yang meminati sejarah, Muzium
Labuan amat sesuai untuk anda lawati. Tambah lagi, ia cuma1-2 minit jarak pemanduan
dari Terminal Feri. Dekat tu. Staff juga amat mesra melayani kami walaupun
bukanlah orang jauh (Sabahan) tapi tetap diberi muka. Satu sifat yang harus
dicontohi. Lama juga kami disana, walaupun waktu operasi sudah hampir tamat.
9. UK (Ujana Kewangan) / Financial Park
Lastly, kenalah bagi tau tempat paling
banyak dilawati di Labuan, Ujana Kewangan ataupun nama singkatannya UK! UK ini
sebenarnya mall, Parkson, Giant semua disitu. Tapi ramai yang datang ni sebab
satu sahaja, memborong coklat! Pergh. Sky Park adalah salah satu mart untuk
penggemar coklat dan perfume.
~End~
Begitulah sedikit perkongsian pengalaman aku ke Labuan. So korang boleh la plan melancong ke Labuan jika dah terlanjur sampai ke Sabah.
~End~
Begitulah sedikit perkongsian pengalaman aku ke Labuan. So korang boleh la plan melancong ke Labuan jika dah terlanjur sampai ke Sabah.
Sekian. Sekadar Berkongsi.
No comments:
Post a Comment