Ekpesidi bermotosikal
memang jadi trend kepada pencinta kembara dan pencinta motosikal.. terutama
brader-brader yang mepunyai motosikal berkuasa besar.. kalau setakat konvoi ke
Thailand tu perkara biasa bagi mereka.. ada yang pergi pagi balik petang pun
ada.. tapi.. aku lebih respect pada bro-bro yang mengembara guna motosikal c.c
kecik.. cub atau dipanggil kapcai.. juga scooter.. mereka-meraka ini lebih tegar dan tahan
lasak.. ye la.. naik motor kecik.. boleh jelajah sampai negeri China nun..malah ada yang sampai ke UK.. hebat kan..
Yeahh... Lagenda 110 Gaban Z aku..
Aku kadang-kadang
teringin jugak nak buat..maklum la..kaki travel.. motor kapcai pun ada
sebijik.. jarang-jarang naik… tapi takut tak lepas lak jalan jauh-jauh.. masa
cuti pun tak berapa nak ada.. nak jugak rasa menunggang sampai Krabi atau
Phuket nun… walaupun aku pernah ride kat Phuket dan Krabi tu..tapi tu motor
sewa kat sana.. gi naik flight..huhu.
Berikut aku share catatan
dari Bro Nota Kaki yang ride dari Shah Alam sampai Phuket dengan
kawan-kawan..naik Yamaha LC135 je.. dari blog ( detikhatisaya.blogspot.my )
Tarikh : 12 Sept – 16 Sept 2015
Ahli :
A. Ucop (Yamaha LC135cc)
Aku (Yamaha LC135cc)
Angah Khairi ( Yamaha LC135cc)
Apit & Jaja ( Honda PCX150cc) bonceng berdua.
A. Ucop (Yamaha LC135cc)
Aku (Yamaha LC135cc)
Angah Khairi ( Yamaha LC135cc)
Apit & Jaja ( Honda PCX150cc) bonceng berdua.
Bro Nota Kaki and the gang..
Ini merupakan trip ke 2 kami ke sana. Tahun lepas aku menggunakan jentera Honda EX5 100cc bersama Tsaqeef (anak laki aku) bonceng di belakang. Tapi kali nie aku single ride sahaja. Kali ini juga, kami lajakkan trip hingga ke Phuket. Trip kali ini adalah Rumah (shah alam) ->Bkt Kayu Hitam ->Krabi -> Phuket
Total jarak sejauh 2102km (dari mileage motosikal).
Kos petrol sebanyak 133 RM (61RM + 604 THB).
11/9 (Jumaat)
Sekembali dari opis berkemas lebih kurang. Kurang lebih pukul 10:00 p.m aku bertolak dari rumah shah alam. Kami berkumpul di R&R rawang. Memulakan perjalanan kami kurang lebih pukul 11:30 p.m. Hanya berhenti berehat dia R&R untuk isi minyak dan toilet. (lebih krg 15 minit) Angah kehabisan minyak sebelum R&R Gurun (lagi 500m nak sampai). Mujur kami ada bawa minyak spare lebih krg 1 liter jika terdesak) Memandangkan kami berjalan terus menerus, speed motor kami hadkan antara 90 ke 110km/h sahaja.
12/9 (Sabtu)
<5:00 a.m=""> sampai di Changlun. singgah dia kedai buat Insuran motor. selepas selesai. kami bersembahyang subuh dia mesjid Changlun. sempat bermakmum dengan imam.
Meneruskan perjalan ke CIQ Bkt Kayu Hitam terus ke Imigeration Sadao. Imieration Sadao agak lengang. Alhamdullilah. Cop Passport & Buat Permit Motor
Singgah Di mesjid Sadao. A.ucop mandi . Sarapan nasi Kerabu dia warung sebelah mesjid. Agak sedap.
Menerukan perjalanan sambil mencari sim kad Thailand. Kami jumpa di kedai agak jauh dari sempadan. lebih kurang 15km dari sempadan. (kedai sama dgn tahun lepas)
<12:00 tghari=""> Lagi 60 km ke Phatlong. berhenti di stesen minyak. disebabkan terlalu mengantuk memandangan dah lebih 24 jam tak tido. kami terlelap seketika dia wakaf setesen minyak lebih krg 30 minit.. lega gilos. minum air kelapa sikit bagi segar.
lena dia buai mimpi..(30 minit je)
Meneruskan perjalanan
sampai di Phatlong. Singgah di Mesjid Pathlong. Jamak zuhur asar.. Mesjid ni
agak kecil. tapi nampak anak-anak berkumpul untuk belajar agama. Makan dia
warung berdekatan dengan mesjid.. Memang mabeles tomyam dia. tak pernah jumpa
rasa macam nie di Malaysia.
Warung dia lebih kurang 10m dari mesjid.
Mesjid Darul Islam Phatthlung
(N 7.617068, E 100.086192)
Warung berdekatan Mesjid. Sila try makan dia. memang
terbaik!!
Meneruskan perjalanan
melalui Trang. Kami tak lalu pekan Trang. Kami melalui ByPass Trang. 5km lebih
jauh. tapi tak de trafik light. so masa lebih cepat. ByPass nie kena belok
kanan sebelum sampai pekan Trang. Ada signboard besar tulis Trang ByPass.
<5:00 p.m=""> Sampai di Ao Nang Beach. Terus
check in di Ao Nang President Hotel. 5:00>
1050 THB /night utk 3
bed. Murah sebab bukan peak season. Malam, kami makan di warung tepi jalan
sepanjang jalan ao nang beach. sedap dan murah. (jgn makan di dalam kedai sebab
mahal dah tak sedap. - pengalaman taun lepas.)
13/9
(Ahad)
Pagi kami bfast dia
Hotel. Hotel ini menyediakan makanan halal. Semua pekerjanya adalah muslim. Bersiap
untuk ke Pulau. Kali nie kami ke Hong Island (taman negara) so selain dari kos
sewa boat (2800THB) kita perlu membayar 300THB utk masuk ke pulau itu..
Pemandangan memang berbaloi. Dan tak ramai orang. Pantai Pasir yang putih dan
ikan berkeliaran di tepi pantai.
Jeti masuk ke Pulau. Renjer berada di hujung
jeti. so kita akn bayar 300THB ke renjer.
Ikan berkeliaran (husss.. memang chantek!! kalu bagi
roti.. menderu-deru ikan datang.)
Pasir pantai yg gebu.
Kembali ke Darat dalam pukul 2:00 ptg. Balik hotel. solat.
Keluar mencari warung tepi jalan kampung.. memang mabeles masakkan dia. lepas tu kami pusing2x cari goreng pisang. jumpa salad mangga. dsb.. beli bawak tepi pantai.. perh.. memang bahgia la..
pusing2x cari makan.. makan tepi pantai..
Pergi ke pasar malam Krabi.. lebih kurang 15km dari Ao Nang beach. Makan di sana.. ikan bakar, kerabu. .. macam-macam..banyak makanan halal.
Balik bilik.. tidur.
14/9 (Isnin)
<9:00 a.m=""> Bersiap dan memulakan perjalanan ke Phuket. Jalan Krabi - Phuket agak luas dan cantik. Perjalanan sejauh lebih kurang 200km. Sampai di Phuket lebih kurang pukul 1:00. Singgah di Honda service center. Tukar minyak untuk Honda PCX Apit. Lepas tu ke Service Yamaha utk LC kami 3 biji. selesai dalam pukul 3. Meneruskan perjalanan ke Patong Beach. Terus check in hotel. 1500 THB/day. Kami stay satu malam. Baramee Hotel.. 500m dari Patong Beach.
Di Depan Hotel sebelum memulakan perjalanan balik.
Pergi ronda-ronda Patong Beach. Makan di restauran dekat Patong Beach. Rasa ala kadar. Kurang sedap.
Sebelah malam.. kami pergi makan di warung tepi pantai.. tapi agak lewat. Kebanyakkan sudah tutup. Kami makan di area Kamala (kalu tak silap) area kampung.. kalu dari Patong..
sebelah kiri di trifik light yg ada 7e.
Alamat kedai : Kamala 8 Tambon Kammala, Amphoe
Kathu,
Chang Wat Phuket 83120, Thailand
15/9 (Selasa)
<9:00 am=""> bertolak balik . target
bermalam di Hatyai. Nasib tak berapa baik. 50km dari Phuket. aku jatuh bodoh kat trapik light. tangan kiri langsung tak boleh
angkat. bawak motor pakai tangan kanan. Kensel bermalam di Hatyai. Teruskan
perjalanan ke Changlun. Bermalam dia Changlun di Hotel budget. 1 bilik 3 katil
80RM. Ok. 9:00>
Bergambar dia jambatan besar Phuket
16/9 (Rabu)
Meneruskan perjalanan balik sampai ke shah alam (lebih kurang pukul 3:00 pm)
Misi selesai.
Penutup
1. Perjalanan lebih mudah disebabkan kali kedua.
2. Tidak dapat ronda2x Phuket. Tahun depan kena repet lagi sekali .. maybe direct terus ke Phuket.
3. Utk perjalanan yg lebih selesa, better bermalam dia Changlun semasa pergi.
4. Motor LC memang sesuai utk long distance.. so tak perlu motor besar.
selepas sehari di rumah.. tangan aku rasa lain macam. pegi jumpa doctor.. rupanya tulang lengan retak. alhamdulillah dapat bawak motor sejauh 1000km dengan tangan sebelah. syukur kepada allah.
Sekian Catatan Perjalanan Bro Nota Kaki
Untuk info lanjut dan catatan travel beliau yang lain boleh ke
Ada lagi x pergi tahun 2019..nak follow...abdulaziz.zakariya@gmail.com
ReplyDeleteJom bulan 12 ride kapcai to krabi dan phuket..
DeleteBerapa hb tu? Berhajat jgak nak ride kapcai pi route krabi, phuket , phattalung. Wassap @ email dejayzman@gmail.com
DeleteEsok malam 11/07/2019 sy bersama rakan akan memulakan miss ke krabi menaiki lc135..doakan kami selamat semuanya
ReplyDeleteAku la tu yg di sebut2 majan...kawan dia tu...esok mlm ready
ReplyDelete