Bulan lepas aku ke Terengganu atas urusan kerja.. bertolak jam 11.00am melalui LPT menggunakan kereta ofis... terus ke Kuantan.. sampai Kemaman lebih kurang jam 4.00 petang.. ikut jalan pantai sebab dah plan nak singgah makan satar.. kami singgah di Kuala Kemaman..(masuk ikut simpang Intan Wilayah Timur ) kat sini banyak gerai2 jual satar kat tepi jalan. Kat area tu ada satu kedai yang glamer dgn satarnya.. nama kedai tu Warung Awie..
sample..yg ni warung pak Jabit..bkn warung Awie..
Satar & Otak-otak sedang dibakar
..ada jual Satar, Pais Ikan, Otak-Otak, keropok lekor.. Mee Kari..dll...Sebelum tu singgah beli pau goreng.. ( dibuat dari ubi keledek berinti sardin.).
Keropok Lekor
Kami rasa semua yang ada.. hehe.. tunaikan hajat la.. Sampai di KT lebih kurang 6pm.. chek-in hotel..
Esok pagi2.. terus chek-out menuju ke Kuala Berang utk meeting & lawatan.. jam 1.00pm. Tuan rumah bawa gi makan tempat special.. Restoran Masakan Kampung di Kuala Berang..member tu cakap tempat tersebut namanya Kg.Kuala.. kedai tepi jalan sebelum pekan Kuala Berang..
kedai ni special sebab lauk semuanya ikan sungai..bekalan dari Tasik Kenyir kot..sebab dah dekat ngan tasik.. Menu hari tu.. Ikan Kelah dan Ikan Baung masak tempoyak, sebarau goreng, ikan masin & ikan sardin bakar cecah budu & ulam kg.. perghh... FIRST TIME aku merasa Ikan Kelah..ikan ni memang terkenal ngan RAWnya kan..so harga punn..boleh tahan.. RM 100 – 250 perKG..perghh!!..
Kepala Ikan Kelah Masak Tempoyak..
..kalau org x belanja..tak merasa la seumur hidup.. hehe.. orang kata ikan Kelah ni kalau goreng..kulitnya rangup macam keropok.. isinya aku rasa mcm ikan patin sikit2.. dan byk tulang..
Lepas makan terus bertolak balik ke KL. Sampai lebih kurang 9pm.. hasil lawatan & meeting kali ini adalah : KENYANG.. huhu..
Satar :
Satar adalah sejenis makanan ringan yang diproses dari isi ikan. Kebiasaannya, satar diproses dengan menggunakan isi ikan selar kuning, kerisi, gelama dan tenggiri. Isi ikan diadun bersama ramuan seperti kelapa parut, bawang besar, barang merah, cili hidup dan bahan perasa seperti garam & gula. Dibungkus dengan menggunakan daun pisang berbentuk kon. Dicucuk dan disusun rapat pada bilah buluh & dibakar. ~ Copy Jab. Perikanan
Fakta Mengenai Ikan Kelah :
Berikut adalah fakta-fakta mengenai ikan kelah: -
- Keluarga: Cyprinidae
- Nama: Malaysian Mahseer (Inggeris); Tor Tambroides (Saintifik)
- Biologi: Mendiami sungai dan tasik, dan naik ke anak sungai yang pantas serta dasar sungai yang berbatu-batan untuk membiak.
- Merupakan omnivor dan makan bukan sahaja alga, krustasia, serangga, katak, dan ikan yang lain, tetapi juga buah-buahan yang jatuh daripada pokok-pokok.
- Di Malaysia, biasanya terdapat dua jenis iaitu tor tambroides dan tor douronensis. Antara negeri-negeri di Malaysia yang menjadi habitat ikan kelah ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Sabah dan Sarawak.
Sekian..Sekadar berkongsi..
No comments:
Post a Comment