Showing posts with label backpacks. Show all posts
Showing posts with label backpacks. Show all posts

Tuesday, November 28, 2017

PULAU LANGKAWI : Menjejak Lagenda Mencari Laksa


Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar diikuti oleh Pulau Banggi dan Pulau Pinang
Nama Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan "Kawi". "Lang" diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang. Ini dapat dibuktikan dengan keberadaan burung-burung helang yang terbang bertebaran di kebanyakan tempat di Langkawi antaranya kawasan Kilim Geopark, Pulau Singa Besar dan seluruh kepulauan Langkawi. Langkawi juga menjadi habitat kepada sejumlah burung helang merah kawi. Kawi beerti merah hati, ini kerana helang tersebut mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih. 
Langkawi terletak di utara Selat Melaka berhampiran sempadan antara Malaysia dan Thailand. Beberapa kilometer jarak ke utara pulau Thai iaitu Pulau Tarutao. Bandar utama gugusan pulau terletak di pulau utama iaitu Pekan Kuah.Titik tertinggi Langkawi ialah Gunung Raya, yang mencapai ketinggian 881 m dari atas paras laut di kawasan tengah-barat pulau utama. Kepulauan ini mengandungi 99 pulau yang merangkumi jumlah kawasan darat 528 km2 (204 batu persegi).~edit Wikipedia


Catatanku :
Aku dah beberapa kali ke Langkawi tapi kebanyakkan atas urusan kerja bila ada bengkel atau mesyuarat. Yang betul-betul pergi bercuti pula dah lama dulu dengan family.. masa tu Langkawi Cable Car belum wujud lagi.. so tempat nak jalan-jalan tu tak berapa banyak sangat.. seingat aku kami pergi ke Taman Langenda, Underwaterword, Shopping Pinggan Mangkuk serta Coklat  dan stay di Pantai Chenang.




Tapi sekarang dah macam-macam tarikan baru ada kat Langkawi. Sambil-sambil aku pergi kerja tu..sempat la jugak melarikan diri meronda Pulau Langkawi di waktu senggang..aktiviti utama mestilah jalan-jalan cari makan.. beberapa tempat makan yang menarik boleh dicari di Langkawi.. Yang popular mestilah Laksa Utara.. tempat yang glamer semestinya tepi pantai hujung runaway airport tu.. sambil makan tengok laut..selain tu, laksa di jalan Penarak juga mengamcam... aku sempat juga ke pasar malam di Pekan Kuah depan Baron Hotel.. kat sini boleh cari makanan-makanan unik yang jarang jumpa kat KL.


Kereta free disediakan pihak hotel.. (kalau korang datang boleh la sewa kereta untuk ronda satu pulau.. banyak syarikat/individu yang menawarkan perkhidmatan sewa kereta..jadi pandai-pandai la pilih untuk dapat harga terbaik)

Pulut Sambal Ikan..Gerai Roti Canai kat Jalan Penarak..(tempat selalu lepak kalau ke Langkawi)

  
Laksa Penarak (PicSource: Blog Ibu Siti)


Laksa Kg.Ulu Melaka.. Ni saja singgah gerai tepi jalan masa ronda2.. sedap laksanya..



View dari atas jambatan nak ke mana ntah..lupa..haha

Disini aku senaraikan tempat-tempat yang boleh dikunjungi jika korang datang ke Langkawi di petik dari Sumber : naturallylangkawi.my

10 Tempat Menarik Yang Boleh di lawati di Langkawi
1. Kereta Kabel dan Sky Bridge Langkawi


Jangan lepaskan peluang untuk menaiki Kereta Kabel Langkawi yang merupakan kereta kabel paling curam di dunia dengan kecuraman 42 darjah. Disamping itu, kereta kable ini juga merupakan yang terpanjang  di dunia dengan kepanjangan 2.2km dan mempunyai tali kabel sepanjang 950 meter. Perjalanan dari Pekan Kuah ke Kereta Kabel Langkawi mengambil masa 30 minit dan 15 minit jika kamu datang dari lapangan terbang Langkawi. Kereta Kabel Langkawi ini terletak di Gunung Mat Cincang yang berketinggian 709 meter di atas paras laut ke puncak. Gunung Mat Cincang merupakan gunung kedua tertinggi di Pulau Langkawi, dan terletak berhampiran dengan Pantai Kok. Perjalanan ke puncak mengambil masa selama 20 minit. Kamu juga berpeluang untuk melihat keindahan pemandangan laut hindi ,laut Andaman dan pulau-pulau di selatan Thailand dengan jelas.


Kereta Kable ini mempunyai 3 stesyen. Stesyen pertama yang jauhnya 1700 meter terletak pada ketinggian 650 Meter, disini kamu boleh turun untuk mengambil kereta kable yang seterusnya yang akan membawa kamu kepuncak.


SkyCab Glassbottom.. Gondola khas bagi pengunjung yang tidak takut pada ketinggian 
dan ingin lebih cabaran. Harga Tiket RM103/pax..
dengan kemudahan laluan express
Credit Pic Source & Info : FB Hadhinah Felice

Untuk keselamatan pengunjung, perkhidmatan kereta kabel Langkawi akan dihentikan ketika angin kencang dan bergantung kepada keadaan cuaca.
Jambatan Udara Langkawi (Sky Bridge)

Jambatan udara atau Langkawi Sky Bridge yang melengkung ini dibina di atas puncak Gunung Mat Chincang. Jambatan ini dihubungkan dari stesen puncak dan tergantung 100 meter dari puncak gunung. kamu perlu menaiki Cable Car jika kamu hendak ke Jambatan Udara tersebut.


Turun dari Cable Car.. boleh sewa ular untuk lilit kat leher..hheh
(RM5.00 untuk bergambar dengan beliau)
Harga Tiket : Termasuk dengan harga tiket Cable Car
 Harga Tiket :
Dewasa : RM30 (Berserta Mykad)
Kanak-Kanak: RM22 (Berserta Mykad)
Waktu Operasi: 9.30 am – 7.00 pm
Tel : +60 4-959 4225
Lokasi : Oriental Village Park, 07000 Langkawi
Dinasihati untuk kamu semak jadual penyelengaraan Cable Car di laman web rasmi www.panoramalangkawi.com sebelum datang.

2. Kota Mahsuri & Makam Mahsuri

Mengikut lagenda, dipercayai bahawa Kota Mahsuri merupakan tempat di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan.
Siapa Mahsuri ?
Mahsuri merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi yang telah difitnah serta dibunuh kerana dituduh berdua-duaan dengan seorang penyair yang bernama Deramang ketika suaminya Wan Derus keluar dari Pulau Langkawi Mahsuri untuk melawan tentera Siam.
Darah Mahsuri dikatakan berwarna putih sebagai bukti bahawa dia tidak bersalah dan difitnah. Mahsuri juga telah menyumpah Pulau Langkawi supaya tidak akan subur dan aman sehingga tujuh keturunan beliau. Kota Mahsuri ini terletak di mukim Ulu Melaka 12km dari Pekan Kuah berhampiran dengan lapangan terbang Padang Matsirat. Makam Mahsuri ini telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang melambangkan seni bina rumah Langkawi yang popular pada ketika itu.

Tempat ini juga dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Di dalam kompleks tersebut juga terdapat sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri . Kamu juga boleh membeli cenderamata yang bertemakan Langkawi untuk di bawa pulang sebagai hadiah atau kenangan kerana banyak kedai-kedai yang menjual cenderamata di sini.
Jika kamu menggunakan perkhidmatan kereta sewa, jangan risau kerana tempat letak kereta percuma.
Bayaran sebanyak RM0.50 sen akan dikenakan jika kamu ingin menggunakan tandas awam. Terdapat kolam ikan di pintu masuk untuk mengalu-alukan kamu, air yang sangat hijau dan kawasan sekitar yang bersih juga menjadi salah satu tarikan selain daripada cerita sejarah disebaliknya.
Harga Tiket :
Dewasa : RM7
Kanak-kanak : RM3.50
Waktu Operasi : Setiap Hari (8.00 am – 6.00 pm)
Tel : +60 4-955 6055
Lokasi : Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia

3. Dataran Helang

Di sini kamu berpeluang melihat patung helang merah coklat gergasi sedang bersedia untuk terbang yang dibina sebagai lambang Pulau Langkawi. Angin laut yang menenangkan membuat Dataran Lang sesuai untuk berjalan santai dan bergambar. Terdapat juga beberapa buah kerusi untuk bersantai yang disediakan dikawasan berhampiran. Rasanya tidak lengkap percutian kamu di Pulau Langkawi jika kamu tidak bergambar di sini sebagai tanda kenangan yang kamu telah pun sampai ke pulau ini.
Harga tiket : Percuma
Waktu Operasi : Setiap Hari
Tel : +604 966 7789 (Langkawi Tourist Information Centre)
Lokasi : Kuah Jetty, 07000 Kuah, Langkawi

4. Laman Padi

Laman padi merupakan destinasi menarik di langkawi yang beraspek eco-pelancongan. Di sini kamu boleh belajar bagaimana budaya dan tamadun melayu didalam bidang menanam padi dimulakan. Beroperasi semenjak tahun 1988, Laman Padi mempunyai keluasan 14.28 ekar dan kawasan pertanian yang seluas 8.6 ekar.
Destinasi ini bertemakan perkampungan melayu dan mempunyai muzium dan juga sawah yang kecil jika kamu hendak cuba tangan menanam padi sendiri dengan cara tradisional.
Ia terletak di Pantai Cenang berdepan dengan Meritus Pelangi Hotel. Kalau kamu daripada lapangan terbang ia mengambil masa 10 minit jika memandu.
Harga tiket : Percuma
Waktu Operasi : Setiap Hari (8 am – 5 pm) | Cuti Umum (8 am – 6 pm)
Tel : +604-9554312
Lokasi : Laman Padi, Pantai Chenang, Mukim Kedawang 07000

5. Underwater World Langkawi


Underwater World Langkawi merupakan akuarium yang terbesar di negara ini dan disini kamu berpeluang untuk melihat haiwan akuatik yang menakjubkan.Underwater World ini terletak di hujung Pantai Cenang bersebelahan dengan Pantai Tengah.  Kamu boleh menjumpai 200 spesis haiwan marin dan ikan air tawar. kamu juga boleh melihat Penguin, Ikan Jerung, Singa laut dan Ikan Arapaima yang merupakan ikan air tawar yang terbesar di dunia. 
Di sini juga terdapat terowong akuarium yang jika kamu lalu, kamu boleh melihat jerung dan penyu berenang di atas kamu.
Waktu Makan Haiwan Setiap Hari
African Penguin (11.00 am – 2.45 pm)
Rockhopper Penguin (11.15 am – 3.00 pm)
Furseal (2.30 pm)
Tunnel Tank (3.30 pm)
Harga Tiket :
Dewasa – RM43
Kanak-kanak – RM33
Warga Emas – RM26
Waktu Operasi : Hari Biasa (10 am – 6 pm) | Cuti Umum (9.30 am – 6.30 pm)
No Tel : +604 955 6100 | +604 959 1357
Lokasi : Zon Pantai Cenang, Mukim Kedawang, 07000, Langkawi

6. Taman Burung Langkawi Bird Paradise

Taman burung langkawi, dikenali juga sebagai Langkawi Wildlife Park, dibuka pada tahun 2002.
Ia merupakan hutan tropical yang didiami oleh 2500 burung exotic yang terdiri daripada 150 species burung yang berlainan. Taman burung ini merupakan taman burung yang tertutup dan dikelilingi oleh dinding setinggi 15 meter.
Burung di taman ini berterbangan dengan bebas dan hidup di habitat yang direkacipta untuk menyamai habitat semulajadi burung burung ini. Disamping itu, taman burung ini juga mempunyai air terjun buatan manusia. Jika kamu memandu Ia mengambil 10 minit dari Pekan Kuah.
Harga Tiket (Berserta Mykad) :
Dewasa : RM21
Kanak-kanak: RM14
Warga Emas (60thn) :RM14
Waktu Operasi : Setiap Hari (8.30 am – 6.00 pm)
No Tel : +604 966 5855
Email : wildlifeplanet@gmail.com
Lokasi : Lot 1485, Jalan Ayer Hangat, Kampung Belanga Pecah

7. Air Terjun Telaga Tujuh

Air Terjun Telaga Tujuh boleh dikatakan tempat paling tenang di Pulau Langkawi. Air terjun ini terletak di Gunung Mat Cincang. Kalau kamu berani boleh panjat ke atas air terjun ini. Air terjun ini dinamakan Telaga Tujuh kerana air terjun ini dibentuk dari tujuh mata air semulajadi yang mengalir ke tujuh telaga semulajadi yang berasingan.
Kamu boleh ke puncak dengan menaiki anak-anak tangga yang disediakan dan ia mengambil masa selama 45 minit untuk sampai ke puncak.
Harga Tiket : Percuma
Waktu Operasi : Setiap Hari
No Tel : +604 966 7789
Lokasi : Gunung Mat Cincang , 1km dari Oriental Village

8. Taman Buaya Langkawi
Taman Buaya Langkawi atau Langkawi Crocodile Farm terletak 32 km dari Pekan Kuah. Di sini kamu boleh melihat buaya dalam habitat semulajadi mereka.
Hampir 1,000 ekor buaya dipamerkan di Taman Buaya Langkawi ini. Buaya diasingkan ke dalam tiga kolam yang berlainan:
Kolam Pembiakan
Kolam Pemakanan
Kolam Pertunjukan
Sebagai hiburan, kamu boleh menonton pertandingan gusti “Manusia vs Buaya” yang diadakan setiap hari antara pelatih buaya dan buaya yang terlatih.
Jangan lupa untuk melawat buaya istimewa yang bernama Bujang Kawi. Bujang kawi merupakan seekor buaya yang besar yang lahir tanpa gigi, berukuran 13 kaki dan mempunyai keberatan 450 kilo.
Harga Tiket (Berserta MyKad) :
Dewasa : RM15
Kanak-kanak : RM10
Makanan Buaya : RM5
Waktu Operasi : Setiap Hari (9.00am – 6.00pm)
Tel : +604 959 2559
Lokasi : Jalan Datai, Kubang Badak, Mukim Air Hangat, 07000, Langkawi,Kedah Darul Aman

9. Taman Laut Pulau Payar Langkawi

Taman Laut Pulau Payar terletak dibahagian utara Selat Melaka,kira-kira 19 batu nautika ke selatan Pulau Langkawi .Taman laut ini terdiri daripada Pulau Payar,Pulau Lembu,Pulau Seganang dan Pulau Kaca yang dikelilingi oleh batu-batu karang . Ianya juga dipenuhi dengan pelbagai hidupan laut yang mempersonakan .Sesuai untuk aktiviti 'snorkling',menyelam dan berenang .Ada beberapa pantai pasir yang sesuai untuk berkelah ,tempat untuk barbeku dan bilik air di kawasan tertentu.Terdapat juga Kawasan Penerangan Pelawat yang menyediakan matlumat mengenai Taman laut ini .Pelawat boleh ke Pulau Payar dari jeti Kuah menggunakan katamaran atau bot laju .Perjalan mengambil masa kira-kira 45minit.

Harga Tiket / Harga Pakej Pulau Payar
Kebiasaanya ada 2 pakej yang selalunya disediakan dari Langkawi ke Pulau Payar:
1. Pakej Pantai
Pakej selalunya berharga di bawah RM230 seorang. Kamu akan dihantar ke tepi pantai untuk snorkeling di pesisir pantai. Makanan selalunya di bekal dalam bekas makanan.
2. Pakej Laut Dalam/Pakej Coral (Scuba Diving)
Pakej ini selalunya berharga di atas RM390 seorang. Tempat kamu bukan di tepi pantai, tapi scuba diving dari platform tengah laut. Di sini ada lebih banyak ikan kawasan laut berbanding pantai.
Waktu Operasi : Setiap Hari
Lokasi : Pulau Payar, Langkawi

10. Pekan Kuah
Pekan Kuah

Memilih Ibu Gamat..

Mengikut lagenda, Pekan Kuah mendapat namanya daripada peristiwa pergaduhan anatara dua gergasi, Mat Cincang dan Mat Raya yang wujud pada masa silam.
Akibat daripada pertarungan ini kuah gulai tertumpah mengenangi kawasan ini dan dari situ Pekan Kuah mendapat namanya. Di pekan ini terdapat:
Tempat membeli-belah bebas cukai
Jeti Feri
Dataran Helang
Restoran
Bank & Pejabat Kerajaan


Salah satu sebab orang datang bercuti ke Pulau Langkawi ini adalah kerana barang di sini bebas cukai. Disebabkan oleh ini, Pekan Kuah merupakan syurga membeli belah kepada yang mencari barang murah. Antara barang yang popular di sini adalah:
Coklat Impot Jenama Antarabangsa
Set Pinggan Mangkuk & Barang Dapur
Minyak Gamat
Jika kamu mencari tempat makan yang best di Langkawi kamu akan jumpa di pekan ini. kamu boleh pilih untuk menjamu selera dengan hidangan seperti nasi kkamur hingga ke makanan laut segar.
Lokasi: Kuah, 07000 Bkamur Kuah, Kedah


Bersama Fadly kat Jeti Datuk Azhar Mansor.. kat jeti ni terletaknya perahu layar Jalur Gemilang yang digunakan oleh beliau untuk mengelilingi dunia secara solo..

Selain dari 10 tempat yang aku senaraikan di atas.. terdapat banyak lagi tempat-tempat menarik yang korang boleh kunjungi dan explore bergantung kepada minat dan bajet masing-masing.. bagi peminat eco-tourism boleh memilih pakej ke Pulau Dayang Bunting atau Kilim Geo Park selain dari aktiviti shopping barangan bebas cukai.


Sekian. Sekadar Berkongsi

Thursday, January 26, 2017

Ekpedisi Kapcai to Thailand (Krabi & Phuket)- Catatan Bro Nota Kaki

Ekpesidi bermotosikal memang jadi trend kepada pencinta kembara dan pencinta motosikal.. terutama brader-brader yang mepunyai motosikal berkuasa besar.. kalau setakat konvoi ke Thailand tu perkara biasa bagi mereka.. ada yang pergi pagi balik petang pun ada.. tapi.. aku lebih respect pada bro-bro yang mengembara guna motosikal c.c kecik.. cub atau dipanggil kapcai.. juga scooter.. mereka-meraka ini lebih tegar dan tahan lasak.. ye la.. naik motor kecik.. boleh jelajah sampai negeri China nun..malah ada yang sampai ke UK.. hebat kan..

Yeahh... Lagenda 110 Gaban Z aku..

Aku kadang-kadang teringin jugak nak buat..maklum la..kaki travel.. motor kapcai pun ada sebijik.. jarang-jarang naik… tapi takut tak lepas lak jalan jauh-jauh.. masa cuti pun tak berapa nak ada.. nak jugak rasa menunggang sampai Krabi atau Phuket nun… walaupun aku pernah ride kat Phuket dan Krabi tu..tapi tu motor sewa kat sana.. gi naik flight..huhu.


Berikut aku share catatan dari Bro Nota Kaki yang ride dari Shah Alam sampai Phuket dengan kawan-kawan..naik Yamaha LC135 je.. dari blog ( detikhatisaya.blogspot.my )

Tarikh : 12 Sept – 16 Sept 2015

Ahli :
        A. Ucop (Yamaha LC135cc)
        Aku (Yamaha LC135cc)
        Angah Khairi ( Yamaha LC135cc)
        Apit & Jaja ( Honda PCX150cc) bonceng berdua.


Bro Nota Kaki and the gang..



Ini merupakan trip ke 2 kami ke sana. Tahun lepas aku menggunakan jentera Honda EX5 100cc bersama Tsaqeef (anak laki aku) bonceng di belakang. Tapi kali nie aku single ride sahaja. Kali ini juga, kami lajakkan trip  hingga ke Phuket. Trip kali ini adalah Rumah (shah alam) ->Bkt Kayu Hitam ->Krabi -> Phuket
Total jarak sejauh 2102km (dari mileage motosikal).

Kos petrol sebanyak 133 RM (61RM + 604 THB).


11/9 (Jumaat)


Sekembali dari opis berkemas lebih kurang. Kurang lebih pukul 10:00 p.m aku bertolak dari rumah shah alam. Kami berkumpul di R&R rawang. Memulakan perjalanan kami kurang lebih pukul 11:30 p.m. Hanya berhenti berehat dia R&R untuk isi minyak dan toilet. (lebih krg 15 minit) Angah kehabisan minyak sebelum R&R Gurun (lagi 500m nak sampai). Mujur kami ada bawa minyak spare lebih krg 1 liter jika terdesak) Memandangkan kami berjalan terus menerus, speed motor kami hadkan antara 90 ke 110km/h sahaja.


12/9 (Sabtu)

<5:00 a.m="">  sampai di Changlun. singgah dia kedai buat Insuran motor. selepas selesai. kami bersembahyang subuh dia mesjid Changlun. sempat bermakmum dengan imam.

Meneruskan perjalan ke CIQ Bkt Kayu Hitam terus ke Imigeration Sadao. Imieration Sadao agak lengang. Alhamdullilah. Cop Passport & Buat Permit Motor
Singgah Di mesjid Sadao. A.ucop mandi . Sarapan nasi Kerabu dia warung sebelah mesjid. Agak sedap.


Menerukan perjalanan sambil mencari sim kad Thailand. Kami jumpa di kedai agak jauh dari sempadan. lebih kurang 15km dari sempadan. (kedai sama dgn tahun lepas)


<12:00 tghari="">  Lagi 60 km ke Phatlong. berhenti di stesen minyak. disebabkan terlalu mengantuk memandangan dah lebih 24 jam tak tido. kami terlelap seketika dia wakaf setesen minyak lebih krg 30 minit.. lega gilos. minum air kelapa sikit bagi segar.



lena dia buai mimpi..(30 minit je)

Meneruskan perjalanan sampai di Phatlong. Singgah di Mesjid Pathlong. Jamak zuhur asar.. Mesjid ni agak kecil. tapi nampak anak-anak berkumpul untuk belajar agama. Makan dia warung berdekatan dengan mesjid.. Memang mabeles tomyam dia. tak pernah jumpa rasa macam nie di Malaysia.
Warung dia lebih kurang 10m dari mesjid.



 Mesjid Darul Islam Phatthlung 

(N 7.617068, E 100.086192)






Warung berdekatan Mesjid. Sila try makan dia. memang terbaik!!


Meneruskan perjalanan melalui Trang. Kami tak lalu pekan Trang. Kami melalui ByPass Trang. 5km lebih jauh. tapi tak de trafik light. so masa lebih cepat. ByPass nie kena belok kanan sebelum sampai pekan Trang. Ada signboard besar tulis Trang ByPass.

<5:00 p.m=""> Sampai di Ao Nang Beach. Terus check in di Ao Nang President Hotel.
1050 THB /night utk 3 bed. Murah sebab bukan peak season. Malam, kami makan di warung tepi jalan sepanjang jalan ao nang beach. sedap dan murah. (jgn makan di dalam kedai sebab mahal dah tak sedap. - pengalaman taun lepas.)

13/9 (Ahad)
Pagi kami bfast dia Hotel. Hotel ini menyediakan makanan halal. Semua pekerjanya adalah muslim. Bersiap untuk ke Pulau. Kali nie kami ke Hong Island (taman negara) so selain dari kos sewa boat (2800THB) kita perlu membayar 300THB utk masuk ke pulau itu.. Pemandangan memang berbaloi. Dan tak ramai orang. Pantai Pasir yang putih dan ikan berkeliaran di tepi pantai.



 Jeti masuk ke Pulau. Renjer berada di hujung jeti. so kita akn bayar 300THB ke renjer.


Ikan berkeliaran (husss.. memang chantek!! kalu bagi roti.. menderu-deru ikan datang.)



Pasir pantai yg gebu.



Kembali ke Darat dalam pukul 2:00 ptg. Balik hotel. solat.
Keluar mencari warung tepi jalan kampung.. memang mabeles masakkan dia. lepas tu kami pusing2x cari goreng pisang. jumpa salad mangga. dsb.. beli bawak tepi pantai.. perh.. memang bahgia la..


pusing2x cari makan.. makan tepi pantai..

Pergi ke pasar malam Krabi.. lebih kurang 15km dari Ao Nang beach. Makan di sana.. ikan bakar, kerabu. .. macam-macam..banyak makanan halal.
Balik bilik.. tidur.

14/9 (Isnin)

<9:00 a.m=""> Bersiap dan memulakan perjalanan ke Phuket. Jalan Krabi - Phuket agak luas dan cantik. Perjalanan sejauh lebih kurang 200km. Sampai di Phuket lebih kurang pukul 1:00. Singgah di Honda service center. Tukar minyak untuk Honda PCX Apit. Lepas tu ke Service Yamaha utk LC kami 3 biji. selesai dalam pukul 3. Meneruskan perjalanan ke Patong Beach. Terus check in hotel. 1500 THB/day. Kami stay satu malam. Baramee Hotel.. 500m dari Patong Beach.


Di Depan Hotel sebelum memulakan perjalanan balik.

Pergi ronda-ronda Patong Beach. Makan di restauran dekat Patong Beach. Rasa ala kadar. Kurang sedap.

Sebelah malam.. kami pergi makan di warung tepi pantai.. tapi agak lewat. Kebanyakkan sudah tutup. Kami makan di area Kamala (kalu tak silap) area kampung.. kalu dari Patong.. sebelah kiri di trifik light yg ada 7e.




 Alamat kedai : Kamala 8 Tambon Kammala, Amphoe Kathu, 
Chang Wat Phuket 83120, Thailand





15/9 (Selasa)


 <9:00 am=""> bertolak balik . target bermalam di Hatyai. Nasib tak berapa baik. 50km dari Phuket. aku jatuh bodoh kat trapik light. tangan kiri langsung tak boleh angkat. bawak motor pakai tangan kanan. Kensel bermalam di Hatyai. Teruskan perjalanan ke Changlun. Bermalam dia Changlun di Hotel budget. 1 bilik 3 katil 80RM. Ok.





 Bergambar dia jambatan besar Phuket


16/9 (Rabu)

Meneruskan perjalanan balik sampai ke shah alam (lebih kurang pukul 3:00 pm)
Misi selesai.

Penutup

1. Perjalanan lebih mudah disebabkan kali kedua.
2. Tidak dapat ronda2x Phuket. Tahun depan kena repet lagi sekali .. maybe direct terus ke Phuket.
3. Utk perjalanan yg lebih selesa, better bermalam dia Changlun semasa pergi.
4. Motor LC memang sesuai utk long distance.. so tak perlu motor besar.


selepas sehari di rumah.. tangan aku rasa lain macam. pegi jumpa doctor.. rupanya tulang lengan retak. alhamdulillah dapat bawak motor sejauh 1000km dengan tangan sebelah. syukur kepada allah.

Sekian Catatan Perjalanan Bro Nota Kaki
Untuk info lanjut dan catatan travel beliau yang lain boleh ke

PULAU LANGKAWI : Menjejak Lagenda Mencari Laksa

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada ta...