Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Saturday, July 21, 2012

Patin Masak Tempoyak : Dari Temerloh ke Melbourne


Ikan Patin atau nama saintifiknya Pangasius Sutchi adalah spesis ikan air tawar jenis meserba yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong.
Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau 20kg. Diet utama spesis ini adalah anak-anak ikan, buah-buahan sungai, udang dan bangkai binatang.


Ikan ini pernah mencetuskan kontroversi di Malaysia kerana harganya yang boleh mencecah RM180.00 sekilogram terutamanya di sekitar negeri Pahang, khususnya di daerah Temerloh.  Ikan Patin di Pahang terkenal dengan keenakan dan kelembutannya kerana mempunyai persekitaran yang sesuai sebagai habitat ikan ini. Masakan yang menjadi identiti bagi ikan ini adalah gulai masam tempoyak. Ikan patin sungai mempunyai nilai komersial yang tinggi dan ada yang diternak di kolam-kolam (patin kolam) dan di sangkar-sangkar (patin sangkar). Terdapat beberapa jenis ikan patin yang biasa dikenali antaranya ialah:


1.   Patin Kolam (Biasanya berwarna hitam)

2.   Patin Sangkar (Biasanya berwarna hitam dan putih)

3.   Patin Sungai (Biasaya berwarna cerah atau kelabu)

1. Patin Buah

2. Patin Mucung

3. Patin Juara.
~Wikipedia


Sesi Lawatan 

Catatanku :

Cerita pasal Ikan Patin… aku ni boleh dikatakan sorang penggemar ikan sungai jugak la.. favourite aku ikan Keli.. ikan Patin pun ‘peberet’ gak la..tapi sebab jarang-jarang boleh jumpa berbanding ikan keli..so, tak la selalu makan.. tambah pulak..harganya mahal.. 
Ms.Penny Vakakis, IMVC Melbourne


Kebetulan dua minggu lepas.. aku kena bertugas jadi LO untuk delegasi dari IMVC, Melbourne Australia..lawatan balas dari institut latihan dibawah Kementerian Pelajaran Australia setelah Boss gi melawat ke sana beberapa bulan dulu..(masa gi tak bawak aku..huhu..). Disamping ada conference di PWTC, ada beberapa sesi lawatan yang diatur kepada delegasi. ( Ms.Penny  dan seorang LO dari Kedutaan Australia). Oleh kerana kepakaran beliau dalam bidang Sains Rumahtangga..maka salah satu tempat yang kami bawa melawat adalah Sekolah Menengah Vokasional (ERT) Puteri Temerloh, Pahang.


Patin Masak Tempoyak SMV (ERT) Puteri Temerloh


Biasalah bila ada lawatan, ada la majlis makan-makan.. sampai sekolah jer dah dijamu dengan sarapan yang enak-enak hasil kerja tangan adik-adik yang ambil Kursus Katering. Setelah habis sesi lawatan dan taklimat. Tersedia pulak makan tengahari.. dan di atas meja terhidang menu signature daerah Temerloh.. walaaaa.. ‘Ikan Patin  Masak Tempoyak’. Masakan adik-adik yang memang sedap, original resepi Temerloh..Makan dengan diserve oleh adik-adik comel..perut full setelah menghabiskan 2 ketul ikan. Sambil-sambil tu jenguk tengok Ms.Penny makan patin masak tempoyak.. beliau makan la jugak seketul.

 Adik-adik Kursus Katering..(
Menu Lunch

Lepas lunch.. Puan Pengetua bawa gi pekan Temerloh.. pekena durian kat gerai tepi sungai.. yang kelakar bila Ms.Penny rasa seulas dan terus menyorok dalam kereta sebab tak tahan bau durian, jadi kami-kami jer la yang membelasahnyaa.. huahuaa.. dapat la merasa durian D24, D29, 101 dan Musang King..hehe..pulun habis la.
  
Durian D24


Menjamu Selera

Ahli Rombongan


Dan kebetulan suatu hari dulu aku penah masak Patin Masak Tempoyak.. ikan patin kakak aku bagi. Sebenarnya tak tau pun camne nak masak. Aku Google resepi kat internet dan dapat la resepi dari web MyResepi.com.  Setelah mencari bahan-bahan masakan.. jadi aku berjaya menghasilkan seekor patin masak tempoyak.. Sedappp weyyyy aku masakk!!~sendiri puji~

 
Bahan-bahan masakan 

Berikut adalah resepinya :



Bahan-bahan ( untuk 4 org makan )

·         Satu ekor ikan patin (patin sangkar, sedang-sedang)
·         2 ulas kunyit hidup (ditumbuk halus)
·         6 biji bawang kecil (ditumbuk halus)
·         15 biji cili api (ditumbuk halus)
·         2 senduk tempoyak (agak2, nak pekat letak lebih lagi)
·         1 biji timun cina (dipotong dadu)
·         2 ikat daun kesum
·         2 ikat bunga kantan
·         sedikit asaam keping
·         3 cawan air (ikut kepekatan)
·         garam (ikut rasa)
·         gula (kalau agak terlalu pedas)


Cara-cara

1.    Ikan disiang dan diperapkan dengan asam jawa & limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan selama 1 jam



2.    kunyit hidup, bawang kecil dan cili api ditumbuk halus dan digaulkan dengan tempoyak tadi masukkan kedalam periuk yang diletakkan air, gaul sehingga rata masukkan juga asam keping, letak atas api


3.    dan biar 3 minit baru masukkan ikan yang terlebih dahulu dibersihkan, masukkan bunga kantan, daun kesum dan timun cina tadi, sambil itu masukkan garam, jangan terlampau masin, kalau agak2 pedas sangat masukkan gula sikit.

4.    Cadangan Hidangan: sedap dimakan panas dengan nasi putih, amat menyelerakan, resepi ibu saya sendiri.selamat mencuba

5.    Tambahan: tempoyak biarlah yang 5 hari diperam baru sedap masakan ini mengambil masa lebih kurang 20 minit



 

 


Hasil masakan orang Bujang bersama menu sampingan


Sekian. Sekadar Berkongsi

Wednesday, January 5, 2011

myMetro | Sup kuetiau Vietnam

Gambar Hiasan
myMetro | Sup kuetiau Vietnam


BAGI mereka yang tidak mempunyai cukup masa untuk memasak, masakan sup boleh disediakan dengan mudah.

Masakan sup kuetiau Vietnam antara menu yang mudah dipelajari seperti disediakan Hotel Vistana, Kuala Lumpur.

Supnya tidak mengandungi bahan perencah atau rempah-ratus yang banyak justeru, ia juga antara makanan yang menyihatkan.

Menurut chef masakan Cina hotel berkenaan, Chong Yan Hoi, kebanyakan sayur-sayuran menjadi bahan penting dalam masakan Vietnam.


Sup kuetiau ini juga mudah disiapkan malah jika bijak menggunakan masa, ia boleh disiapkan tidak sampai 20 minit.



Kuetiau daging Vietnam (untuk sajian dua orang):
Bahan sup:
500 gram daging (termasuk tulang untuk mendapatkan rebusan air)
100 gram ikan bilis
1 kiub pati ayam
Garam (secukup rasa)
Gula (secukup rasa)
2 liter air

Bahan kuetiau:
200 gram kuetiau
20 gram daging (hiris)
1 sudu besar bawang goreng
3 tangkai daun bawang
2 tangkai cili merah atau cili padi (lebihkan jika ingin pedas)
2 limau kasturi atau limau nipis


Petua chef:
- Elak celur kuetiau terlalu lama supaya tidak lembik.
- Elak mencelur sayur terlalu lama kerana boleh mengurangkan khasiatnya.
- Guna daging berkualiti seperti batang pinang kerana ia senang masak dan tidak mengambil masa lama.
- Sup Vietnam tidak memerlukan rempah-ratus banyak tetapi dilebihkan sayuran.


Catatanku :

Sama cam kwey tiow sup kat foodcourt je kot... cuma tambah nama Vietnam.. hehe..

nak rasa yang ori kena gi vietnam la... tapi depa byk guna daging 'itu'.. harammm...

korang try la masak resipi ni.. dah siap..jemput saya makan..kekeke..

Sekadar berkongsi..

Saturday, January 23, 2010

PASTA- Fakta & Trivia.. ( Resepi Spaghetti Sardin )

 Dipercayai bahawa orang Cina telah dikatakan mula makan pasta seawal tahun 5,000 sebelum masihi. Manakala di Eropah hidangan ini bermula pada abad ke-13.

Perkataan Pasta diambil dari bahasa Itali iaitu “paste” yang bermaskud bancuhan tepung dan air. Ini termasuklah dalam bentuk spaghetti, macaroni, fettucine & mee telur (egg noodles). Di Itali, fettucine bermaksud ‘riben’, & stelline bermasud ‘bintang kecil’.

Kilang pasta yang pertama dibuka di Amerika pada 1848 oleh seorang lelaki Perancis bernama Antoine Zarega. Beliau menggunakan seekor kuda sebagai tenaga untuk mengerakkan mesin membuat pasta, dan menjemur di atas bumbung untuk mengeringkan pasta.

Semangkuk spaghetti membekalkan lebih kurang 200 kalori, 400 gram karbohidrat, kurang 1 gm lemak dan 1 gm garam.

Dinyatakan bahawa Leonardo diCaprio merupakan aktor yang amat mengemari hidangan pasta –wall street Journal interview

Trivia – Untuk memasak 1 billion pound pasta, kita memerlukan 2,021,452,000 liter air – cukup untuk mengisi hampir 75,000 kolam renang besaiz olimpik.
-The Nibble Cookbook


Catatanku :
Kalau sebut pasta mungkin agak kekok, sebab orang kita selalu panggil direct jer.. spaghetti, macaroni, fettucini… lasangna… Ni semua dari keluarga pasta.. aku nak explain pun tak tau sangat.. kena tanya chef yang pakar ler.. aku tau makan je.. Tapi hidangan ni dah jadi hidangan biasa dalam menu masyarakat kita. Banyak telah di Malaysia kan… terutama spaghetti & macaroni.. ada goreng, rebus, kari.. macam-macam style.. sampai dalam iklan aku tengok.. ada fettucini masak lemak..

Tapi yang biasa aku makan.. spaghetti bolognaise atau marinara.. yang satu lagi aku suka.. Laksa Johor… mee dia pakai spaghetti..
Sebab hari ini ada masa free.. di samping takde apa nak makan.. selongkar dapur ada spaghetti & 1 tin sardin.. maka aku pun try la buat resepi sendiri ni..



Spaghetti Sardin “Hantam Sajalah”
Bahan-Bahan :
Spaghetti ( sorang makan )
1 tin Sardin ( 2 ketul )
Bawang Putih – 3 Ulas
Bawang Merah – 3 Biji
Olive Oil
Serbuk Lada Hitam
Pasrley Flake
Parmesan Cheese
Mentega
Secubit garam
Cara-cara:
  1. Rebus spaghetti hingga lembut, toskan dan gaul dengan mentega.
  2. Panaskan olive oil, tumis bawang putih dan bawang merah.
  3. Masukkan sardin.. hancurkan seketul jer dan biarkan satu lagi.
  4. Perasakan dengan lada hitam dan garam secukup rasa.
  5. Gaul bersama spaghetti di dalam pinggan.
  6. Hiaskan dengan taburan parmesan cheese, parsley flake & black pepper.
gambar hiasan.. ni spaghetti meatball hasil tangan sendiri..
gambar spaghetti sardin ntah kat mana..terdelete..huhu

jengg..jenggg.. Spageti Sardin + sosej..



Yummy… ada orang pernah buat ke.. aku pun tak tau..
Kenyang la jugak..

Sekian. Sekadar berkongsi.

Tuesday, January 19, 2010

Kedai Mamak dan Budaya Kita.. (Resepi Sup Mamak style)


Gerai mamak, juga dikenali sebagai "mapley", merupakan tempat makan yang menyajikan masakan mamak. Di Malaysia, istilah "mamak" merujuk kepada orang India beragama Islam. Sungguhpun ia lazimnya dibuka sebagai gerai tepi jalan, sebilangan pengendali gerai mamak zaman moden telah mengembangkan perniagaan mereka sehingga menjadi seakan-akan restoran atau kafe (kedai mamak) yang mempunyai beberapa cawangan. Gerai mamak diminati rakyat Malaysia sebagai tempat istirehat, kerana makanan dan minumannya murah dan lazimnya dibuka 24 jam sehari.
Masyarakat Mamak di Malaysia merupakan keturunan Tamil Muslim yang berwarganegara Malaysia. Berabad-abad lalu, leluhur mereka kebanyakannya berhijrah dari India Selatan ke Semenanjung Tanah Melayu dan pelbagai lokasi di Asia Tenggara. Mereka dianggap sebagai sebahagian masyarakat India Malaysia. Lazimnya menu sesebuah gerai mamak mesti mengandungi teh tarik serta beraneka pilihan roti canai – Wikipedia


Catatan Ku :
Selalu bila ajak minum jer member-member akan sebut “ jom mamak”.. walaupun lepas tu tak gi kedai mamak pun.. so perkataan “mamak’” ni sebagai ganti ajak minum. Aku rasa korang pun ada yang kaki lepak kedai mamak.. sekadar jumpa kawan, borak-borak, gathering, tengok bola..dating..(yang tengok aweks pun ada).. Lain tempat lain pulak kedai yang famous/ port.. aku pun bukan kaki kedai mamak sangat.. tapi layan jugak la.. Ada orang juga yang langsung tak makan di kedai mamak.. citarasa masing-masing la kan..
Aku suka makan roti canai & sup mamak style jer.. lain-lain tu agak kurang la.. dulu mee goreng mamak pun aku suka.. tapi sekarang banyak kedai mamak yg buat mee mamak tipu.. tak lengkap bahan-bahan.. tak ada cucur, tauhu goreng.. telur pun tak berapa nak melekat kat mee.. tak best..
Sebab aku suka sup mamak.. aku try la masak..

SUP KAKI AYAM MAMAK STYLE “Aku Punya Suka”
BAHAN-BAHAN :
Kaki Ayam - 10 Batang
Bahan A:
Bawang Merah - 5 Ulas
Bawang Putih - 3 Ulas
Bunga Lawang
Bunga Cengkih
Kulit Kayu Manis
Buah Keras
Jintan Manis + Jintan Putih
Bahan B:
Ubi Kentang
Carrot
Celery
Halia Muda
Cili Padi
Serbuk Ketumbar
Garam Secukup Rasa
Hiasan :
Daun Sup
Daun Bawang
Cili Merah
Bawang Goreng
Cara-Cara :
1. Bersihkan kaki ayam dan rebus hingga empuk.
  1. Dalam periuk lain, panaskan minyak dan tumis bahan A hingga naik bau.
  2. Masukkan serbuk ketumbar, kacau hingga sebati.
  3. Satukan bahan tumis ke dalam periuk rebusan kaki ayam.
  4. Masukan kentang, carrot dan celery & halia muda.. biarkan hingga kentang empuk.
  5. Masukkan cili padi dan garam secukup rasa.
  6. Hiaskan dengan bahan daun sup/bawang/cili merah/ bawang goreng.
Tadaaaa..... SUP KAKI AYAM MAMAK..

Cuba la.. resipi ni aku bantai sendiri.. hihi..

Sekian, Sekadar berkongsi.

PULAU LANGKAWI : Menjejak Lagenda Mencari Laksa

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada ta...