Monday, January 25, 2010

Uptown dan Downtown.. Jalan-jalan larut malam..




Lokasi : Bandar Tun Razak, Cheras
KL Downtown Night Market adalah bazaar perniagaan yang berkonsepkan pusat perniagaan industri kecil dan sederhana (IKS) yang moden dan inovatif. KL Downtown Night Market menawarkan ruang niaga pelbagai jenis produk perniagaan seperti barangan kraftangan, hak hasil cipta, pakaian lelaki / wanita, eksesori penampilan diri, hiasan rumah, barangan kanak-kanak,alat ganti kereta, barangan mainan dan sebagainya.
KL Downtown Night Market telah dirasmikan pada 26 Jun 2006 oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Zulhasnan Rafique. – info www.kldowntown.com
Catatanku :
Uptown dan Downtown… aku rasa korang penah dengar pasal tempat-tempat ni kan.. sebenarnya macam pasar malam la jugak.. Cuma takde jual ikan & sayur jer.. Kalau kat KL.. tempat ni memang terkenal di kalangan warga kota terutamanya remaja yang nak keluar jalan-jalan sambil makan-makan pada larut malam Antara bazaar larut malam yang popular ialah Downtown Cheras, Uptown Kota Damansara, Uptown Danau Kota dan Uptown Shah Alam..Tapi tak semestinya remaja sebab aku tengok yang family pun ramai datang. Tak dinafikan bahawa tempat-tempat ni jadi tumpuan kalau nak cari barangan fesyen yang murah.. kameja, jeans, t-shirt, kasut, sandal, bundle, topi, jam, kacamata, hiasan rumah, beg, aksesori wanita, tudung, kain pasang, aksesori kereta.. hinggalah kepada perkhidmatan urut refleksologi, macam-macam boleh cari kat sini.
Hari Sabtu lepas aku ke Downtown Cheras, sampai sana sekitar jam 11.30 malam.. orang memang ramai amat la.. malam minggu la katakan.. masalah utama kat sini adalah parking.. sebab tak ada kawasan parking khas.. kena la parking tepi jalan.. dari Veledrom lumba basikal hingga ke Maktab Teknik penuh kereta, pandai-pandai la cari parking.. (parking bertingkat sedang dibina)
Kuew Tiow Tomyam.. Udang besauu..tapi seekor je..
Dapat parking.. terus ke Medan Selera sebelah kawasan baazar, pekena Kuew tiow Tomyam.. syiokk & pedas.. makan kat sini pun ok – ok. yang banyak kedai masakan ala Thai... western pun ada, kat stall-stall boleh order otak-otak, kerang rebus, rojak buah, mee celup, nasi bubur dll..
Perut kenyang.. ronda-ronda dalam bazaar.. member cari t-shirt.. aku cari topi gerila.. barang memang murah.. t-shirt jersi sekitar RM 10-RM 20.. boleh la kalau nak pakai bersukan, pakai dating pun boleh.. benda-benda lain boleh la kalau nak usha.. gerai-gerai disusun mengikut lorang.. lenguh kaki jalan beb!...
Pojie pening cari baju..
Abg & Kakak kedai yang mesra alam.. peace!!
Lampu Nenek kebayan.. siapa rembat ni...
Yang aku perasan.. bila lepas 12.00 malam.. orang makin ramai..agaknya diorang dah tido awal kot.. bagun jer terus datang downtown.. yang bawa anak-anak pun ada..
Dah penat ronda.. rest sejenak, tengok artis downtown main live.. “Wonderful Tonight- EC”.. artis seni lukis pun ada… nak urut kaki pun boleh...
Singgah pekena stimboat cucuk.. ada banyak gerai kecik / van yang jual benda ni..
stimboat..
Lebih kurang 2.30 pagi.. aku mula beransur pulang.. tapi orang still ramai, yang baru sampai pun ada..
aku dah penat & ngantuks....balikkk..
So, boleh dikatakan happening jugak la sini.. sekala-sekala boleh la datang cuci mata.. kalau tiap minggu.. tak terdaya...
Sekian. Sekadar Berkongsi

Saturday, January 23, 2010

PASTA- Fakta & Trivia.. ( Resepi Spaghetti Sardin )

 Dipercayai bahawa orang Cina telah dikatakan mula makan pasta seawal tahun 5,000 sebelum masihi. Manakala di Eropah hidangan ini bermula pada abad ke-13.

Perkataan Pasta diambil dari bahasa Itali iaitu “paste” yang bermaskud bancuhan tepung dan air. Ini termasuklah dalam bentuk spaghetti, macaroni, fettucine & mee telur (egg noodles). Di Itali, fettucine bermaksud ‘riben’, & stelline bermasud ‘bintang kecil’.

Kilang pasta yang pertama dibuka di Amerika pada 1848 oleh seorang lelaki Perancis bernama Antoine Zarega. Beliau menggunakan seekor kuda sebagai tenaga untuk mengerakkan mesin membuat pasta, dan menjemur di atas bumbung untuk mengeringkan pasta.

Semangkuk spaghetti membekalkan lebih kurang 200 kalori, 400 gram karbohidrat, kurang 1 gm lemak dan 1 gm garam.

Dinyatakan bahawa Leonardo diCaprio merupakan aktor yang amat mengemari hidangan pasta –wall street Journal interview

Trivia – Untuk memasak 1 billion pound pasta, kita memerlukan 2,021,452,000 liter air – cukup untuk mengisi hampir 75,000 kolam renang besaiz olimpik.
-The Nibble Cookbook


Catatanku :
Kalau sebut pasta mungkin agak kekok, sebab orang kita selalu panggil direct jer.. spaghetti, macaroni, fettucini… lasangna… Ni semua dari keluarga pasta.. aku nak explain pun tak tau sangat.. kena tanya chef yang pakar ler.. aku tau makan je.. Tapi hidangan ni dah jadi hidangan biasa dalam menu masyarakat kita. Banyak telah di Malaysia kan… terutama spaghetti & macaroni.. ada goreng, rebus, kari.. macam-macam style.. sampai dalam iklan aku tengok.. ada fettucini masak lemak..

Tapi yang biasa aku makan.. spaghetti bolognaise atau marinara.. yang satu lagi aku suka.. Laksa Johor… mee dia pakai spaghetti..
Sebab hari ini ada masa free.. di samping takde apa nak makan.. selongkar dapur ada spaghetti & 1 tin sardin.. maka aku pun try la buat resepi sendiri ni..



Spaghetti Sardin “Hantam Sajalah”
Bahan-Bahan :
Spaghetti ( sorang makan )
1 tin Sardin ( 2 ketul )
Bawang Putih – 3 Ulas
Bawang Merah – 3 Biji
Olive Oil
Serbuk Lada Hitam
Pasrley Flake
Parmesan Cheese
Mentega
Secubit garam
Cara-cara:
  1. Rebus spaghetti hingga lembut, toskan dan gaul dengan mentega.
  2. Panaskan olive oil, tumis bawang putih dan bawang merah.
  3. Masukkan sardin.. hancurkan seketul jer dan biarkan satu lagi.
  4. Perasakan dengan lada hitam dan garam secukup rasa.
  5. Gaul bersama spaghetti di dalam pinggan.
  6. Hiaskan dengan taburan parmesan cheese, parsley flake & black pepper.
gambar hiasan.. ni spaghetti meatball hasil tangan sendiri..
gambar spaghetti sardin ntah kat mana..terdelete..huhu

jengg..jenggg.. Spageti Sardin + sosej..



Yummy… ada orang pernah buat ke.. aku pun tak tau..
Kenyang la jugak..

Sekian. Sekadar berkongsi.

Thursday, January 21, 2010

Great Wall of China dan Tiananmen Square.. Satu Perjalanan..






Tembok Besar Cina juga dikenal di China dengan nama Tembok Raksasa merupakan bangunan terpanjang yang pernah dibuat oleh manusia, terletak di Republik Rakyat Cina. Great Wall dibangun sepanjang 6700 km dari Teluk Bohai di timur Beijing sampai Jiayuguan Pass di Wilayah Gansu dan tingginya 8 meter dengan tujuan untuk mencegah serbuan bangsa Mongolia Utara pada masa itu. Lebar bagian atasnya 5 m, sedangkan lebar bagian bawahnya 8 m. Setiap 180-270 m dibuat semacam menara pengintai. Tinggi menara pengintai tersebut 11-12 m. Pembinaan tembok ini memakan masa ratusan tahun sejak Dinasti Qin dan di teruskan pada zaman Dinasti Sui, terakhir dilanjutkan lagi di zaman Dinasti Ming. Bentuk Tembok Raksasa yang sekarang kita lihat adalah hasil pembangunan dari zaman Ming. Bahagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur dengan bata dan batu-batuan. Bagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda Tiongkok.- Indopost


Dataran Tiananmen ialah dataran besar berdekatan pusat bandaraya Beijing, yang dinamakan sempena Tiananmen (Pintu Damai Syurga) yang terletak di arah utara dan memisahkan dataran ini dari Kota Larangan. Dataran ini penting sekali selaku lambang kebudayaan kerana pernah menjadi tapak peristiwa-peristiwa terpenting dalam sejarah Cina). Di luar negara China, dataran ini amat terkenal kerana insiden Bantahan Dataran Tiananmen 1989.~Wikipedia


Catatanku:

Program ni berlaku beberapa tahun lepas, masa ekonomi belum meleset. Rancangan bercuti dengan family membawa aku ke Beijing, China. Masa tu ada MATTA Fair, jadi senang nak bandingkan pakej yang menarik dan bernilai. Disebabkan nak ke negara yang rakyatnya sudah tentu bukan muslim, kami memutuskan untuk ambik pakej Muslim Tour dari Tabung Haji Travel- 5 Hari 4 Malam. Tak payah was-was dah. Bila dah pakej, semua sekali dah cover.. hotel, makan minum, jalan-jalan.. shopping jer tak.. Kos Pakej RM1,600/pax.


Bus tour Beijing...


BEIJING : 1st Day..
Flight tengah malam.. sekitar jam 1am.. KLIA- Beijing lebih kurang 5 jam. Tiba je angin sejuk menyapa.. sebab pergi dah hujung musim sejuk.. suhu 5-10˚C. Tour guide sambut.. Orang Cina.. tapi cakap Indon..terus dibawa ke Istana Musim Panas Maharaja China (Summer Palace) tempat maharaja rehat zaman dulu-dulu.. tasik semua masih beku.. pegi kilang Mutiara Air Tawar, & Masjid Madian.. chek in Rainbow Hotel dah petang.. malam lepas dinner dibawa tengok akrobatik.. ala-ala sarkas gitu..


Aku di 7 wonders of the world..
Great Wall




Hari Ke-2 dan Seterusnya..


Hari-hari penuh degan aktiviti jalan-jalan jer la.. aku pun tak ingat sangat mana tempat yang pergi.. yang ingat..Kilang Batu Jade & Kristal (Jade & Crystall Store).. mahal jugak.. tapi dengan kadar tukaran RM1 = 2.2 Yuan.. boleh la beli.. harga senang convert ke RM sebenarnya.. apa-apa barang kalau diaorang cakap harga 20 yuan, aku pukul rata RM10 jer la.. senang. Lain-lain yang famous.. kain sutera cina.. dengan harga yang berbagai range.. lepas tu kami dibawa ke Tembok Besar China. Penat manjat tembok ni .. dapat naik sikit pun jadi la.. puas hati.







Acara lain ialah ke Dataran Tian’an Men Square & Kota Larangan (Forbidden City) .Kat sini memang ramai orang jenjalan.. lenguh kaki berjalan dalam ni.. luas benar kawasannya. Sekitar kawasan ini ada Tugu Rakyat dan Parlimen China. Lepas tu acara shopping cenderamata & kain main jer la.. ke Ngqiao Market & Wang Fu Jing Street. Makcik-makcik yang ikut rombongan memang shopping sakan.. macam-macam depa borong.. aku tengok banyak yang beli lapik meja, cadar, sarung bantal dan ntah apa lagi.. meriah.. terutama di Russian Market.. aku rasa ramai orang Malaysia datang memborong kat sana.. sebab ada dua tiga kedai.. pekerja dia cakap Melayu.. ataupun org Cina Malaysia gi kerja kat sana.. ntah la.. sempat jumpa satu group makcik dari Kelantan kat sini.. depa cakap dah boring shopping kat Rantau Panjang.. sakan yerr makcikk...





Makan :

Makan kat sini agak susah kalau jalan sendiri, tapi ada juga restoran Cina Muslim. Kalau korang dah biasa makan Chinese Food.. aku rasa boleh hidup.. untuk seminggu tu orait la.. nasi tetap ada..di setiap restoran yang disinggahi. Makanan di restoran muslim banyak berasaskan ikan, telur, sayur dan tauhu..mana-mana gi mesti ada tauhu lembut.. layan jugak.

Lain-lain tu.. biasa jer la bagi aku.. satu pengalaman dan perjalanan yang menarik.. Ada rezeki boleh la ke sana..


Sekian. Sekadar berkongsi

Tuesday, January 19, 2010

Kedai Mamak dan Budaya Kita.. (Resepi Sup Mamak style)


Gerai mamak, juga dikenali sebagai "mapley", merupakan tempat makan yang menyajikan masakan mamak. Di Malaysia, istilah "mamak" merujuk kepada orang India beragama Islam. Sungguhpun ia lazimnya dibuka sebagai gerai tepi jalan, sebilangan pengendali gerai mamak zaman moden telah mengembangkan perniagaan mereka sehingga menjadi seakan-akan restoran atau kafe (kedai mamak) yang mempunyai beberapa cawangan. Gerai mamak diminati rakyat Malaysia sebagai tempat istirehat, kerana makanan dan minumannya murah dan lazimnya dibuka 24 jam sehari.
Masyarakat Mamak di Malaysia merupakan keturunan Tamil Muslim yang berwarganegara Malaysia. Berabad-abad lalu, leluhur mereka kebanyakannya berhijrah dari India Selatan ke Semenanjung Tanah Melayu dan pelbagai lokasi di Asia Tenggara. Mereka dianggap sebagai sebahagian masyarakat India Malaysia. Lazimnya menu sesebuah gerai mamak mesti mengandungi teh tarik serta beraneka pilihan roti canai – Wikipedia


Catatan Ku :
Selalu bila ajak minum jer member-member akan sebut “ jom mamak”.. walaupun lepas tu tak gi kedai mamak pun.. so perkataan “mamak’” ni sebagai ganti ajak minum. Aku rasa korang pun ada yang kaki lepak kedai mamak.. sekadar jumpa kawan, borak-borak, gathering, tengok bola..dating..(yang tengok aweks pun ada).. Lain tempat lain pulak kedai yang famous/ port.. aku pun bukan kaki kedai mamak sangat.. tapi layan jugak la.. Ada orang juga yang langsung tak makan di kedai mamak.. citarasa masing-masing la kan..
Aku suka makan roti canai & sup mamak style jer.. lain-lain tu agak kurang la.. dulu mee goreng mamak pun aku suka.. tapi sekarang banyak kedai mamak yg buat mee mamak tipu.. tak lengkap bahan-bahan.. tak ada cucur, tauhu goreng.. telur pun tak berapa nak melekat kat mee.. tak best..
Sebab aku suka sup mamak.. aku try la masak..

SUP KAKI AYAM MAMAK STYLE “Aku Punya Suka”
BAHAN-BAHAN :
Kaki Ayam - 10 Batang
Bahan A:
Bawang Merah - 5 Ulas
Bawang Putih - 3 Ulas
Bunga Lawang
Bunga Cengkih
Kulit Kayu Manis
Buah Keras
Jintan Manis + Jintan Putih
Bahan B:
Ubi Kentang
Carrot
Celery
Halia Muda
Cili Padi
Serbuk Ketumbar
Garam Secukup Rasa
Hiasan :
Daun Sup
Daun Bawang
Cili Merah
Bawang Goreng
Cara-Cara :
1. Bersihkan kaki ayam dan rebus hingga empuk.
  1. Dalam periuk lain, panaskan minyak dan tumis bahan A hingga naik bau.
  2. Masukkan serbuk ketumbar, kacau hingga sebati.
  3. Satukan bahan tumis ke dalam periuk rebusan kaki ayam.
  4. Masukan kentang, carrot dan celery & halia muda.. biarkan hingga kentang empuk.
  5. Masukkan cili padi dan garam secukup rasa.
  6. Hiaskan dengan bahan daun sup/bawang/cili merah/ bawang goreng.
Tadaaaa..... SUP KAKI AYAM MAMAK..

Cuba la.. resipi ni aku bantai sendiri.. hihi..

Sekian, Sekadar berkongsi.

PULAU LANGKAWI : Menjejak Lagenda Mencari Laksa

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada ta...