Tuesday, January 12, 2010

Daerah Larut Matang dan Selama




Larut, Matang dan Selama merupakan sebuah daerah yang terletak di utara Negeri Perak. Daerah ini terletak bersempadan dengan Daerah Kerian di utara, Daerah Kuala Kangsar dan Daerah Manjung di selatan, Daerah Hulu Perak di timur, Selat Melaka di barat dan NegeriKedah di utara. Pusat pentadbiran daerah adalah terletak di bandar Taiping yang merupakan antara bandar terawal di Malaysia. Daerah ini merangkumi 3 daerah kecil iaitu Larut di tengah dan selatan, Matang di barat dan Selama di utara dan mempunyai keluasan 151,104.03 hektar -Sumber Wikipedia


Catatanku :
Pertama kali menjejakkan kaki ke sini..
Taman Tasik Taiping yang cantik & nyaman...


Stesen kereta api.. cantik dan nostalgia.. laluan kereta api pertama di Tanah Melayu.. Taiping - Port Weld..



rasanya tak cukup sehari kalau nak berjalan-jalan di sini.. banyak tempat kena tengok.. Zoo Taiping.. Muzium.. naik Bukit Larut (Maxwell Hill)..Port Weld..Kuala Sepetang... Kuala Gula.. dan banyak lagi la.. belum masuk acara makan-makan lagi..



Mee banjir udang Kuala Sepetang... yang ni orang selalu sebut-sebut kalau ke Taiping... kena memandu ke Kuala Sepetang la.. sambil tu boleh tengok perusaahaan kayu arang tradisional kat sana...



yang ni pun jadi sebutan kalau nak makan-makan Koey Teow Doli... sedap ke tak.. aku tak rasa.. tak sempat.. Orang cakap banyak lagi la tempat-tempat makan yang sedap sekitar Taiping ni.. Rojak pasembor sebelah balai Bomba.. Cendol Bismillah taman tasik.. dan lain-lain.. kena rajin cari dan bertanya kepada orang.. nak cari sendiri susah jugak..



kalau banyak masa dan rajin.. boleh ke Sanctuary Burung di Kuala Gula..

Kuala Gula mempunyai pelbagai jenis habitat tanah lembap yang terdiri daripada dataran lumpur, hutan paya bakau, muara sungai dan sistem-sistem sungai. ladang-ladang kelapa sawit dan kawasan sawah padi juga mempunyai liputan yang luas di Kuala Gula. Ia terletak di lokasi paling utara hutan Simpan Paya Bakau Larut-Matang di Daerah Kerian, Perak. Kedudukannya lebih kurang 50km ke barat Taiping, 126km ke barat-laut bandar Ipoh dan 80km ke selatan dari Pulau Pinang.- Wikipedia


1 comment:

  1. Taman Tasek Taiping mmg best...nice view.. klu photoshoot mmg best!! :D

    DOLI tu x sampai2 lg...suatu hr akan terjah jugakk nnti ..

    ehhh cm kenal la aweks baju itam tuh.. :)

    ReplyDelete

PULAU LANGKAWI : Menjejak Lagenda Mencari Laksa

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada ta...