Ikan Patin atau nama
saintifiknya Pangasius
Sutchi adalah spesis ikan air tawar jenis meserba yang mendiami
kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong.
Bentuk fizikal utamanya
adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak
bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh
menjangkau 20kg. Diet utama spesis ini adalah anak-anak ikan, buah-buahan sungai,
udang dan bangkai binatang.
Ikan ini pernah
mencetuskan kontroversi di Malaysia kerana harganya yang boleh
mencecah RM180.00 sekilogram
terutamanya di sekitar negeri Pahang, khususnya di daerah Temerloh.
Ikan Patin di Pahang terkenal dengan keenakan dan kelembutannya kerana
mempunyai persekitaran yang sesuai sebagai habitat ikan ini. Masakan yang
menjadi identiti bagi ikan ini adalah gulai masam tempoyak. Ikan patin sungai
mempunyai nilai komersial yang tinggi dan ada yang diternak di kolam-kolam (patin
kolam) dan di sangkar-sangkar (patin sangkar). Terdapat beberapa jenis ikan
patin yang biasa dikenali antaranya ialah:
1.
Patin Kolam (Biasanya berwarna hitam)
2.
Patin Sangkar (Biasanya berwarna hitam dan putih)
3.
Patin Sungai (Biasaya berwarna cerah atau kelabu)
1.
Patin Buah
2.
Patin Mucung
3.
Patin Juara.
~Wikipedia
Sesi Lawatan
Catatanku :
Cerita pasal Ikan Patin… aku ni boleh dikatakan
sorang penggemar ikan sungai jugak la.. favourite aku ikan Keli.. ikan Patin
pun ‘peberet’ gak la..tapi sebab jarang-jarang boleh jumpa berbanding ikan
keli..so, tak la selalu makan.. tambah pulak..harganya mahal..
Ms.Penny Vakakis, IMVC Melbourne
Kebetulan dua minggu lepas.. aku kena bertugas jadi LO untuk delegasi
dari IMVC, Melbourne Australia..lawatan
balas dari institut latihan dibawah Kementerian Pelajaran Australia setelah
Boss gi melawat ke sana beberapa bulan dulu..(masa gi tak bawak aku..huhu..).
Disamping ada conference di PWTC, ada beberapa sesi lawatan yang diatur kepada delegasi.
( Ms.Penny dan seorang
LO dari Kedutaan Australia). Oleh kerana kepakaran
beliau dalam bidang Sains Rumahtangga..maka salah satu tempat yang kami bawa
melawat adalah Sekolah Menengah Vokasional (ERT) Puteri Temerloh, Pahang.
Patin Masak Tempoyak SMV (ERT) Puteri Temerloh
Biasalah bila ada lawatan, ada la majlis makan-makan.. sampai
sekolah jer dah dijamu dengan sarapan yang enak-enak hasil kerja tangan adik-adik
yang ambil Kursus Katering. Setelah habis sesi lawatan dan taklimat. Tersedia
pulak makan tengahari.. dan di atas meja terhidang menu signature daerah
Temerloh.. walaaaa.. ‘Ikan Patin Masak Tempoyak’. Masakan adik-adik yang memang sedap, original resepi Temerloh..Makan
dengan diserve oleh adik-adik comel..perut full setelah menghabiskan 2 ketul
ikan. Sambil-sambil tu jenguk tengok Ms.Penny makan patin masak tempoyak.. beliau makan la jugak seketul.
Menu Lunch
Lepas lunch.. Puan Pengetua bawa gi pekan Temerloh.. pekena durian
kat gerai tepi sungai.. yang kelakar bila Ms.Penny rasa seulas dan terus menyorok
dalam kereta sebab tak tahan bau durian, jadi kami-kami jer la yang
membelasahnyaa.. huahuaa.. dapat la merasa durian D24, D29, 101 dan Musang King..hehe..pulun habis la.
Durian D24
Menjamu Selera
Ahli Rombongan
Dan kebetulan suatu hari dulu aku penah masak Patin Masak
Tempoyak.. ikan patin kakak aku bagi. Sebenarnya tak tau pun camne nak masak.
Aku Google resepi kat internet dan dapat la resepi dari web MyResepi.com. Setelah mencari bahan-bahan masakan.. jadi aku
berjaya menghasilkan seekor patin masak tempoyak.. Sedappp weyyyy aku masakk!!~sendiri puji~
Bahan-bahan masakan
Berikut adalah resepinya :
Bahan-bahan ( untuk 4 org makan )
·
Satu ekor ikan patin (patin sangkar, sedang-sedang)
·
2 ulas kunyit hidup (ditumbuk halus)
·
6 biji bawang kecil (ditumbuk halus)
·
15 biji cili api (ditumbuk halus)
·
2 senduk tempoyak (agak2, nak pekat letak lebih lagi)
·
1 biji timun cina (dipotong dadu)
·
2 ikat daun kesum
·
2 ikat bunga kantan
·
sedikit asaam keping
·
3 cawan air (ikut kepekatan)
·
garam (ikut rasa)
·
gula (kalau agak terlalu pedas)
Cara-cara
1.
Ikan disiang dan diperapkan dengan asam jawa & limau nipis
untuk menghilangkan bau hanyir ikan selama 1 jam
2.
kunyit hidup, bawang kecil dan cili api ditumbuk halus dan
digaulkan dengan tempoyak tadi masukkan kedalam periuk yang diletakkan air,
gaul sehingga rata masukkan juga asam keping, letak atas api
3.
dan biar 3 minit baru masukkan ikan yang terlebih dahulu
dibersihkan, masukkan bunga kantan, daun kesum dan timun cina tadi, sambil itu
masukkan garam, jangan terlampau masin, kalau agak2 pedas sangat masukkan gula
sikit.
4.
Cadangan Hidangan: sedap dimakan panas dengan nasi putih, amat
menyelerakan, resepi ibu saya sendiri.selamat mencuba
5.
Tambahan: tempoyak biarlah yang 5 hari diperam baru sedap masakan
ini mengambil masa lebih kurang 20 minit
Hasil masakan orang Bujang bersama menu sampingan
Sekian. Sekadar Berkongsi
macam xjadi jer u masak sendiri, kaler tak meriah, hehe
ReplyDelete