Monday, September 28, 2015

Final Chapter : Overland Siem Reap – Phnom Pehn – Ho Chi Minh City (Cambodia – Vietnam) Part. III




Vietnam dijajah oleh negeri China sejak tahun 110 S.M. sehinggalah mencapai kemerdekaan dalam tahun 938. Selepas bebas dari belenggu dan kongkongan China, Vietnam tidak henti-henti menentang keganasan oleh kuasa-kuasa luar. Dalam abad ke-19, Vietnam menjadi wilayah jajahan Perancis. Perancis menguasai Vietnam selepas mengadakan beberapa siri peperangan kolonial di Indochina mulai tahun-tahun 1840-an hingga ke tahun-tahun 1840-an. Dalam tahun 1919, semasa Persetiaan Versailles sedang dirundingkan, Ho Chi Minh meminta untuk bersama-sama membuat perundingan supaya boleh menghujahkan kemerdekaan untuk Vietnam. Permintaannya ditolak dan Vietnam dan seluruh takluk Indochina terus kekal sebagai tanah jajahan Perancis.



Semasa Perang Dunia II, Vietnam dikuasai oleh Tentera Jepun. Kerajaan Vichy Perancis menjadi kerajaan boneka kerana kuasa pemerintahan sebenarnya di tangan pihak Jepun. Pemerintah Vichy Perancis mentadbir Indochina sehingga tahun 1944 apabila Kerajaan Vichy Peranchis tumbang selepas Tentera Berikat menakluki Perancis dan Jeneral Charles de Gaulle diangkat sebagai Pemimpin Perancis.

"My Lai Landing"

Pada penghujung Perang Dunia II, pergerakan Viet Minh di bawah pimpinan Ho Chí Minh berjaya membebaskan Vietnam daripada belenggu penjajah. Tetapi kejayaan itu untuk masa yang singkat sahaja. Pihak Tentera Jepun telah menawan pemerintah Perancis dan memberikan Vietnam satu bentuk “kemerdekaan” sebagai sebahagian daripada rancangan Jepun "membebaskan" bumi Asia daripada penjajahan Barat. Banyak bangunan awam diserahkan kepada kumpulan-kumpulan nasionalis. Pada 2 September 1945, Ho Chi Minh mengisytiharkan penubuhan sebuah kerajaan baru Vietnam di bawah pimpinan beliau. ~ Wikipedia

War Remnants Museum 

Catatanku :

Day 4 : Phnom Pehn – Ho Chi Minh City – Ben Tanh Night Market


Setelah sampai di last stop bas dari Phnom Pehn dan merempit ke hotel dengan pakcik yang charge $1 USD.. pakcik tu drop aku kat jalan Phan Ngu Lao depan taman.. bukan nak hantar ke hostel terus.. dia saja dengki kot sebab aku bargain harga tambang motor dari $2 ke  $1 tadi.. hampehss betol.. terpaksa la aku menapak cari Galaxy Capsule Hotel yang aku booking tu… sambil menapak ada lak mamat motorsikal lain mengoffer perkhidmatan.. yang aku geram bila kita cakap nak gi hotel sekian-sekian dan tak nak pakai khidmat dia sebab dah dekat sangat.. dia saja-saja je tolong tunjuk arah ke hotel.. padahal ke memang lautttlah arahnya.. sengaja tunjuk arah salah.. menipu betuii… nasib baik aku bijak.. guna google maps..


 
Galaxy Capsule Hotel..

  
Settle check in di Galaxy Capsule Hotel.. jam 7.00 pm.. Dorm 12katil dengan kos $6 USD satu malam berserta breakfast.. aku suka dorm ni sebab katil jenis build in..macam kompartment gitu.. so tak kacau orang atas atau bawah kalau tido lasak.. tak macam katil double decker kat sesetengah dorm.. lepas mandi, menunaikan kewajipan dan hilang penat. Aku menapak ke Ben Thanh Night Market.. dari hostel ikut depan taman Pham Ngu Lao tu.. dalam 800 meter sampai ke roundabout depan pasar Ben Thanh.. Dataran depan roundabout tu meriah sebab ada rehearsal konsert ambang merdeka Negara Vietnam  yang disambut pada 2 September setiap tahun. Dataran ni juga menjadi tempat riadah warga Ho Chi Minh City pada hari minggu..


Maps dari hostel ke Ben Thanh




Aktiviti riadah waktu petang..sepak raga bulu ayam


Dinner di Restoren Hjh. Basiroh.. Nasi goreng telur mata..kopi ais kaww..


Bila dah sampai Ben Thanh ni aku tak la lost sangat sebab dah pernah datang sini.. Tujuan ke Ben Tanh nak gi makan di Malaysia Street sambil nak jalan2 ke Night Market.. Kaki laju menuju ke kedai Hjh. Basiroh (ada 2 kedai.. satu yang grand macam restoren mewah sebelah Restoren Kg. Melayu.. satu lagi kecik sikit sebelah Restoren Amin Halal).. dua tahun lepas masa aku datang kedai makan Hjh. Basiroh ni kecik aje.. Dinner malam tu Nasi Goreng Kampung dengan Kopi Ais Vietnam.. tak sah kalau datang Ho Chi Minh tak pekena kopi Vietnam kann.. 


Ben Thanh Nigh Market

HCM at night..

Sekitar Pasar Ben Thanh ni tak perlu risau pasal makan.. restoren halal bersepah-sepah..terutama kat Malaysia Street tu.. lepas makan merayap kat night market tengok2 t-shirt dan beg-beg kembara.. orang Malaysia memang ramai tak payah cakap la.. so selisih.. senyum.. selisih.. senyum je yang mampu.. kemeriahan pasar malam seperti biasa.. dengan para penjual yang nak suruh kita singgah gerai depa.. aktiviti tawar menawar dan lain-lain... memandangkan budget tak banyak.. so beli t-shirt lelong je tiga helai 100VND sebagai buah tangan..


Rehearsal konsert ambang merdeka..

Jam 10.00 malam aku balik ke hostel.. dalam pada tu sempat singgah kat pentas orang rehearsal persembahan untuk konsert.. lepak tengok budak2 main roller blade.. (Vietnam tgh trend main rollerblade). Dalam jam 11.00 malam aku gerak balik ke hostel walaupun malam masih meriah.. lepak dorm sambil layan HBO sampai lena..


Ben Thanh Market..

Aktiviti main Roller Blade..

Day 5 : Ho Chi Minh City – Notre-Dame Basilica Cathedral – War Remnants Museum – Indipendence Palace

Hari ni agak agak malas nak bangun sebab tak ada rencana yang spesifik.. lepak je kat dorm layan HP.. perancangan hanya nak jalan-jalan sekitar bandar je sebab kewangan dah meleset.. nak ambik tour memang dah tak mampu.. Lepas mandi turun breakfast yang disediakan..simple menu jer.. set roti dan telur serta buahan.. 

Simple breakfast provided..


Aku checkout sekitar jam 12.00 tghari.. bagpack tinggal kat hostel dan memulakan ekpedisi mencari Notre-Dame Basilica, Central Post Office, Hard Rock Café & War Remnants Museum…. Masa datang dulu aku tak sampai pun tempat2 ni sebab 2 hari ikut tour ke Mekong & Chu Chi Tunnel..(trip tour yang popular jika datang ke HCM..kalau datang korang patut try..). Santai-santai aku menapak ikut google maps yang telah discreenshot.. nasib baik HCM hujan renyai2 pagi tadi.. so takda la panas sangat..  sebenarnya tak jauh pun.. dalam linkungan jarak 2-3km jer dari Pham Ngu Lao & Ben Thanh.. sambil-sambil jalan tu boleh menikmati suasana Bandaraya HCM.. 


Suasana persimpangan jalan yang sentiasa kelam kelibut....

Motosikal adalah merupakan pengangkutan utama penduduknya.. so jalanraya memang penuh dengan motosikal.. dan untuk melintas jalan kat sini hati kena kental .. caranya adalah.. redah jerr sambil sebelah tangan angkat tunjuk isyarat STOP!..  pandai-pandai lah depa elak korang yang tengah melintas tu.. bila dah beberapa kali suksess.. so dengan sendirinya akan jadi biasa dan berani.. nak harap tunggu sampai motosikal takde kat jalanraya.. memang berjanggut la..


Kemeriahan motorsikal di malam hari..

Kenkentalan jiwa diperlukan untuk melintas.. ada zebra crossing pun tak guna.. 

Dah sampai pasar Ben Thanh tu aku ambik laluan belakang terus ke Indipendance Palace.. lalu tepi pagar dia ke kanan sampai la ke Notre-Dame Basilica Saigon.  Ia merupakan sebuah gereja katolik yang dibina pada zaman penjajahan Perancis sekitar tahun 1863 hingga 1880. Mempunyai dua menara loceng, mencapai ketinggian 58 meter (190 kaki) dan teletak di Jalan Ngo Duc Ke St. 

Indipendence Palace 


 
Saigon Notre-Dame Basilica 

Berhadapan dengan Notre-Dame pula terdapat Saigon Cetral Post Office.. sebuah bangunan era kolonial yang dijadikan pejabat pos pusat. Pos ofis ni juga menjadi satu tarikan pelancong di bandaraya Ho Chi Minh. Bangunan yang mempunyai unsur klasik binaan Perancis China dibina pada tahun 1886-1891. Dalam post office tu ada stall-stall jualan cenderamata dan poskad.. kalau korang teringin nak pos pada sanak saudara di kampung.. Satu yang menarik aku tengok.. selain dari kaunter multiservice.. ada kaunter khas untuk pos bunga-bungaan.. boleh juga kalau nak pos bunga kat awek..

Saigon Central Post Office

Suasana di dalam Saigon Central Post Office

Lepas tu menapak ke Hard Rock Café Ho Chi Minh yang teletak di belakang Central Post Office. Ambik laluan tepi pos ofis ke belakang.. Hard Rock Café ni terletak di bagunan kompleks Kumho Plaza yang bersekali dengan bangunan InterContinental Hotel. Kumho Plaza menempatkan restoren-restoren dan tempat makan yang agak hi class.. nak cari kedai halal memang takda la.. kecuali nak minum-minum kat Starbucks… boleh jalan-jalan je dalam tu dan sambil selfie2 depan Hard Rock Cafe.. 


Selfie depan HRC Ho Chi Minh dan laluan untuk ke War Museum..

Lepak sampai petang sikit then menapak ke War Remnants Museum.. kena patah balik ke Indipendence Palace melalui taman depan Notre Dame tadi.. sebenarnya aku pun blur-blur cari jalan masa ni.. kebetulan berjalan sekali dengan aku sorang aweks sekolah.. minta tolong dia tunjuk arah.. dia suruh follow sampai depan war museum tu.. rupanya sekolah dia kat depan war museum tu je. Le Quy Don High School Saigon.. sebenarnya  masa jumpa aku tadi dia nak ke bus stop untuk balik rumah.. tapi bila aku tanya arah… terus dia bawa tunjuk jalan pastu dia patah balik.. jauh gak la menapak.. baik sungguh.. (kalau korang perasan.. awek baju merah dlm gambar kat atas tu..)



War Remnants Museum 

Vietcong Tank

War Remnants Museum buka pada 4 Sept.1975 untuk memperingati sejarah Vietnam War pada 1962 -1973 antara tentera Amerika dan Vietcong.. pada asalnya ia dinamakan  "Exhibition House for U.S and PuppetCrimes".  Muzium ini telah beberapa kali ditukar nama. Pada  tahun 1990 namanya ditukar ke “Exhibition House for Crimes of War and Aggression” dan last sekali pada 1995 kepada “War Remnants Museum”.. menggugurkan perkataan “U.S” & “Puppet Crimes” sebagai menghormati hubungan diplomatik dengan negara Amerika..


Gambar-gambar  pameran

Gambar oleh Nick Ut "Napalm Girl"..
memenangi anugerah Pulitzer Award 1972

Muzium yang beroperasi di bangunan bekas pejabat Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA) ini menempatkan bahan-bahan yang berkaitan dengan perang Amerika-Vietnam.. gambar-gambar peristiwa semasa perang.. senjata-senjata yang digunakan serta sejarah awal kebangkitan nasionalisma negara. Secara keseluruhan boleh dikatakan ianya memaparkan kekejaman tentera Amerika semasa perang.. potret-potret yang menyentuh hati dan jiwa.. peristiwa-peristiwa besar yang masih kekal dalam memori rakyatnya.. Dengan kata lain.. kalau masuk sini.. korang automatik akan benci Amerika!


 
“Vietnamese women and children in M Lai before being killed in the massacre, March 16, 1968.  According to court testimony, they were killed seconds after the photo was taken.”


Tragedi My Lai..

 

Gambar-gambar  dan info di ruang pameran


Aset dan peralatan tentera Amerika & Vietnam semasa perang yang dipamerkan

Kebanyakkan pengunjung adalah pelancong dan beberapa kumpulan pelajar sekolah atau university yang membuat lawatan.. Kat sini aku jumpa satu family dari Malaysia (dua girls yang bawa ibubapanya melancong ke HCM).. tak sempat tanya diorang dari mana.. mak ayahnya dah agak berumur dan dari pemerhatian aku depa ni bukan orang dari bandar (sorry tak tau nak describe..)  kalau tak silap maknya pakai kain batik dan baju kurung kedah.. ayahnya bertshirt kolar dan berkopiah.. sangat sempoiii.. aku respek dengan usahanya diaorang mambahagiakan ibubapa.. touching kejap.. yang bagusnya trip depa pun main redah jerr katanya..haha.. sempat kami berborak-borak dan aku menunjukkan arah  jalan nak ke Central Post Office dan Notre-Dame.. oh ya.. lupa nak bagitau.. bayaran masuk ke muzium perang adalah VND 15,000 seorang.


Tiket masuk ke War Museum


Senjata-senjata zaman perang..

Peluru roket dan mortar..

Lepas melawat muzium perang.. aku berpatah balik ke Ben Thanh. Sempat singgah di Independence Palace.. tapi tak boleh masuk sebab dan 6.00pm.. just ambil gambar dari luar.. sampai Ben Thanh aku singgah dinner di restoren Halal Amin  kat Malaysia Street.. lapar beb..tengahari tak makan.. lepas tu terus balik ke hostel ambil backpack yang aku tinggalkan tengahari tadi.


Berbagai jenis landmine..


Kedai Halal Amin ..pelayan dia boleh cakap melayu..


Kuey tiow sup Vietnam..

Memandangkan dorm aku ambik sehari je.. so tengahari tadi aku dah checkout sebab nak checkin di Sabah Saigon Boutique Hotel. Salah seorang Board of Director dan share patner hotel ni merupakan kenalan dari Sabah (Kak Bitty & Abg Fikri).  Masa check in dorm semalam aku dah mesej Kak Bitty bagitau aku ada kat HCM.. so dia pun mengofferkan bilik hotel.. apalagi .. kecik tapak tangan nyiru aku tadahkan.. Sabah Saigon merupakan satu-satunya hotel berkonsep halal yang terdapat Ho Chi Minh.. boleh tahan juga jaraknya dari Pham Ngu Lao.. dalam 1km lebih berjalan kaki.. 


Saigon night view..

Twin sharing

Check in di Sabah Saigon pada jam 7.30malam..  dapat bilik yang selesa setelah 5 hari stay kat dorm..bilik twin sharing include breakfast.. lepas mandi manda.. naik ke Sky Bar di Aras 9 tengok view bandaraya Ho Chi Minh di malam hari.. layann juga.. ada pool kecik kat depan bar kalau nak berenang.




Pool depan Sky Bar Aras  9.. Sabah Saigon


Morning view..

Hampir jam 9.00pm.. aku gagahkan kaki menapak ke Night Market Ben Thanh.. nak usha barang-barang yang mampu milik sebelum fly balik esok.. lalu dataran taman depan Ben Thanh tu kebetulan ada concert ambang merdeka. yang rehearsal semalam tu.. so kali ni layan konsert full.. orang memang ramai sebab ada artis-artis diaorang dengan jemputan-jemputan VIP.. mungkin artis popular kot sebab ramai penontonnya.. aku layan kejap jer.. sebab tak faham lagu-lagunya.. dari gerak tari penari-penarinya aku agak ianya lagu-lagu patriotik.. haha.. then meneruskan misi ke pasar.. ronda-ronda beli apa yang patut.. minum kopi basikal.. dan balik ke hotel jam 11.00pm.. tamat hari ke-2 di HCM dengan jaya..



Konsert ambang merdeka..


Day 6 : Ho Chi Minh City – Kuala Lumpur (KLIA2)

Bangun pagi-pagi untuk packing barang sebab aku plan nak checkout awal untuk naik bas ke Airport.. Flight aku ke KL jam 2.45 petang.. tapi disebabkan tak konfiden dengan bas ke airport timenya camne.. so biar gerak awal.. biar cepat asal selamat.. Tapi sebab dah beberapa hari makan tak seberapa.. breakfast aku mengambil masa agak lama.. makanan banyak beb.. buffet la katakan.. 



Sabah Saigon breakfast at Skybar..

Sekitar jam 10.00 pagi aku menapak ke stesen bas sebelah Ben Thanh Market untuk ambik bas ke airport..  Bas ke Tan Son Nath International Airport bernombor 152.. warna biru.. tunggu di platform no. 152 tu.. Tambang bas ke airport VND5000. Perjalanan lancar dan selamat tiba di Airport sebelum jam 12.00 tengahari.. perjalanan memakan masa dalam setengah jam jer dari bandar tadi..



 
Bas untuk ke airport..No.152

Check in dan pemeriksaan imigresen berjalan lancar.. Sementara tunggu flight.. lepak jer kat balai berlepas borak-borak dengan member sama flight yang nak balik ke Teluk Intan sehingga dipanggil masuk.. Flight selamat fly pada 2.45 dan landing di KLIA pada 6.45pm.. maka tamatlah trip redah aku Siem Reap - Phnom Penh - Ho Chi Minh City selama 6 hari 5 malam dengan jayanya..



Tan So Nath Airport (SGN)

Sekian. Sekadar Berkongsi.

KOS BERBAGKPACKERS :

Flight :
KL - SR  & SGN - KL  = RM 177.00
Dorm:  
(Siem Reap) = $12.00 / 2 night
(Phnom Pehn) = $ 5.00 / 1 night
(Ho Chi Minh = $ 6.00/ 1 night
Transport / Bus:
Siem Reap - Phnom Pehn = $9.00
Phnom Pehn - Ho Chi Minh =$10.00
Tuk-Tuk (Angkor Wat Tour) =$10.00 (shared)
Meal :
RM100.00 ( Roughly )
Shopping :
RM50.00
Miscellaneous : 
RM 50.00

TOTAL = RM 595.40

Exchange Rate at real time: 
$1.00 = RM 4.20

No comments:

Post a Comment

PULAU LANGKAWI : Menjejak Lagenda Mencari Laksa

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada ta...