Siem Reap merupakan ibu kota Provinsi Siem Reap di Kemboja.
Bandar ini terletak di bahagian barat laut negara dan merupakan pusat
pelancongan dan budaya penting di Kemboja kerana menjadi gerbang masuk ke
kawasan purbakala kota Angkor yang terkenal. Bandar yang beriklim tropika ini
mempunyai jumlah penduduk sebanyak 139.458 orang pada tahun 2006.
Siem Reap mempunyai bangunan
tua kolonial dan seni bina China dan Perancis di sekitar Pasar Lama. Di bandar
ini terdapat pusat tarian tradisional Apsara, pusat cenderamata, penenun kain
sutera, sawah luar bandar, kampung nelayan, dan pusat konservasi burung berhampiran tasik Tonle Sap. Bandar udara di bandar ini ialah Lapangan Terbang
Antarabangsa Angkor-Siem Reap. ~ Wikipedia
Jambatan yang mejadi laluan ke Angkor Wat.. juga dikenali sebagai Jambatan Pelangi
dan kebetulan masa sampai tu lepas hujan.. ada pelangi kat atas tu..
Catatanku :
Day 1: KL - Siem Reap – Angkor- Tonle Sap
Trip ni asalnya dirancang
untuk tiga orang.. tiket flight Airasia dah beli awal2 dengan kos RM78.00 (KL-Siem Reap) dan RM99.00 (Ho Chi Minh – KL). Tapi oleh sebab 2 lagi member ada
kekangan kerja.. aku terpaksa redah sorang-sorang menjadikannya sebagai "solo
backpacking trip". Memandangkan flight pada awal pagi jam 6.45am.. aku keluar
rumah sekitar 4:30a.m untuk ke KLIA2. Check-in dah buat siap secara online. Penerbangan mengambil masa 2jam dan selamat
tiba di Siem Reap International Airport pada jam 7:50a.m waktu tempatan (masa di Cambodia
awal sejam dari Malaysia).
Tempat penginapan dengan free basikal..
Hard Rock Cafe Siem Reap
Airport Siem Reap ni kecik je.. hanya satu flight je tiba pada satu2 masa.. so masa sampai tu takda la sesak sangat..
proses imigresen berjalan lancar.. (Cuma masa cop passport, pegawai tu minta tips.. aku tak
bagi sebab takde duit kecik.. tapi aku cakap elok2 ngan dia..)
Walaupun terentang banner besar kat belakang tu
“No-Tipping Zone”..hampehh!
Keluar dari airport dah ada
driver tuk-tuk yang dihantar oleh Blossoming Ronduol Lodge untuk pickup. Aku
booking dorm 2 malam dari hotel ni melalui Booking.com. kos satu katil dorm $6 USD/night include breakfast. Masa booking tu boleh
request free pickup dari airport ke hotel yang jarak perjalanannya sekitar 20
minit. Settle check-in dan dapat dorm 8 katil di aras 3.. dorm selesa dengan
satu bilik air..
This is what we call 'holidayyyy'....
Sampai dorm jumpa Ady Hashim..
member group BBM “Bacpackers
Buddies Malaysia” yang sedang travel solo dari Ho Chi Minh balik ke Kuala Lumpur melalui jalan darat dan Ly Liena yang satu flight dengan aku pagi tadi.. dia punya trip Siem Reap – Aranyaphratet - Bangkok
(tunggu kawan dia sampai esok). Sebelumnya
aku dah contact Ady melalui Facebook untuk discuss sewaan tuk-tuk Safy Angkor Wat (kos tuk tuk ~$20 USD/day). Safy datang jemput pada jam
10.00am untuk ke Angkor Wat.. Tiket 1 day pass berharga $20 USD untuk masuk ke kompleks
Angkor. Terdapat juga pass untuk 2 dan 3 hari berharga $40 USD. Kami ambik 1day
pass je.
Tempat beli tiket..setiap tiket ada gambar masing2..
1 day pass Angkor.. $20 USD
Safy Angkorwat tgh ride ke Bayon Temple
Bayon Temple
Runtuhan Candi di Ta Phrom
Angkor Wat adalah sebuah kuil atau
candi yang terletak di kota Angkor, Cambodia. Kuil ini dibangun oleh
Raja Suryawarman II pada pertengahan abad ke-12.
Pembangunan kuil Angkor Wat memakan waktu selama 30 tahun. Pada tahun 1992, Angkor
Wat dimasukkan dalam daftar Tapak Warisan Dunia UNESCO. Terdapat
beberapa candi yang terkenal di dalam kompleks Angkor antaranya adalah Angkor Thom,
Bayon Temple dan Wat Ta Phrom.
Kitaorang menghabiskan masa sehingga jam 3:00p.m melawat dari Angkor Wat
hinggalah tamat di wat Ta Phrom tempat penggambaran filem Tomb Rider lakonan
Angelina Jolie. View sangat menarik melihat kota purba yang di teggelami hutan
belantara selama beribu tahun..
Balik dari Angkor singgah untuk late lunch di Restoren Muslim Family Kitchen terletak
berhampiran Masjid An Kaekmah, Kg. Stang Thmey. Restoren ni milik seorang Melayu Champa.. tokey
dia sangat mesra dan boleh cakap melayu.. lupa dah apa nama beliau.. termasuk pelayannya pun boleh cakap melayu. Lunch petang tu Nasi Goreng Seafood & Kopi Ais ($4 USD).
Balik hostel lepak kejap
sebelum Safy datang ambik pada jam 4.30p.m untuk Sunset View di Tasik Tonle Sap (Tasik air tawar tebesar di Asia Tenggara).
Ly Liena join kitaorang ke Tonle Sap. Perjalanan agak mencabar sebab jalan yang
dalam pembinaan serta jalan tanah merah yang tak rata. Melantun-lantun la dalam
Tuk tuk tu.. Kat Tonle Sap kita boleh ambil pakej Sunset
Boat Tour untuk melawat perkampungan nelayan di pinggir tasik sambil
menikmati matahari terbenam.. Kos untuk tour $15 USD/pax. Sebagai langkah penjimatan.. kami lepak kat jeti je
sampai matahari terbenam.. view dia memang cantik. Jam 6.00p.m balik ke pekan
dalam hujan lebat.. tapi Safy steady je bawak tuk-tuk dalam hujan tu sambil
pegang payung.. hebat betul dia.. komitmen!
Penjaga tiket di Ta Phrom
Salah satu binaan di dalam kompleks Angkor Wat..
"kalau mata korang tajam..nampak la aku yang haluss di sana.."
Untuk naik ke struktur yang paling tinggi..
kena beratur sebab limited orang je boleh naik pada satu2 masa..
Bayon Temple..
Ta Phrom.. struktur yang dilitupi akar pokok yang menjadi lokasi pengambaran filem Tomb Rider..
Tonle Sap sunset view
Jeti untuk Tonle Sap Sunset Tour
Kami singgah di Art Market
di tengah2 pekan tu (tempat jualan cenderamata dan barang2 kraf) dan
meronda ke Pub
Street yang meriah dengan pelancong eropah.. ada beberapa cafe / bar kat sini yang buat show tarian tradisional Khmer iaitu Apsara.. antaranya di Temple Bar dan Rooftop Bar.. show free je.. tapi sambil lepak2 tu order la air coke.. aku sempat beli tiket bas ke Phnom Pehn
dari tour agen dekat Pub Street. Dapat la bargain dari harga asal $12 ke $9 USD bagi perjalanan Siem Reap – Phnom Pehn dengan bas
Rith Mony
Transport.
Jam 8.30p.m sekali lagi ke Muslim Family Kichen untuk makan malam.. kali ni kitorang try menu fofular di Siem Reap yang di gelar “Lembu Panjat Bukit”/“Beef Climbing Mountain" dan beberapa hidangan sampingan lain.. kos makan untuk 3 orang adalah $18 USD. Balik lepak di hostel sambil layan movie di cafe dan menamatkan hari pertama pada jam12.00p.m.
Apsara dancer..
Jam 8.30p.m sekali lagi ke Muslim Family Kichen untuk makan malam.. kali ni kitorang try menu fofular di Siem Reap yang di gelar “Lembu Panjat Bukit”/“Beef Climbing Mountain" dan beberapa hidangan sampingan lain.. kos makan untuk 3 orang adalah $18 USD. Balik lepak di hostel sambil layan movie di cafe dan menamatkan hari pertama pada jam12.00p.m.
Menu Lembu Panjat Bukit.. periuk ni ada bonjolan kat tengah macam bukit... sebab tu depa panggil lembu panjat bukit kot..
Menu ni akan di masak depan korang oleh akak ni..
Day 2: Siem Reap – Angkor – Night Market
Bangun awal pagi
sebab sini memang cerah awal.. jam 6.00a.m dah terang benderang. Hostel
menyediakan set basic breakfast.. telur & roti + coffe/tea.. boleh
order ikut style yg kita suka.. Lepas breakfast Ady bergerak
ke Bangkok manakala Liena memulakan tour Angkor Wat bersama kawannya yang baru
tiba. Aku ada sehari lagi kat sini sebelum bergerak ke Phnom Pehn esoknya.. So
aku decide nak ke Angkor lagi sekali.. kali ni kayuh basikal pulak.. basikal
memang disediakan pihak hostel secara free.. walapun basikal agak antik.. tapi
boleh la setakat nak buat Le Tour de’Angkor tu.. ikut perkiraan Google
Maps, jarak hostel ke Angkor Thom sekitar 14KM.. Jam 10.00am aku berkayuh ke Angkor ikut jalan Charles De Gaulle yang Safy bawak semalam.. laluan ni straight jer.. akan bawa kita
terus ke Angkor.. nasib baik ingat jalan... dalam berkayuh sempat singgah
di Angkor
National Museum.. ambik gambar dari luar jer..
kalau nak masuk tiketnya $5 USD.
Angkor National Museum
Sampai ke pintu masuk..
Jalan kat sini boleh
dikatakan tak berapa sibuk.. masih selamat untuk berbasikal.. tetapi ramai penduduknya menggunakan
motosikal.. pengangkutan awam utamanya adalah Tuk tuk.. walaupun ada bas awam
tapi jarang-jarang kelihatan.. sepanjang jalan bila dah penat berkayuh aku berhenti rehat.. ambik
gambar view-view menarik.. so trip hari ni aku repeat balik tempat2 yang pergi
semalam.. tapi tak masuk ke dalam wat.. sebab kalau nak masuk kena tunjuk tiket
sedangkan aku ada tiket semalam.. masa kat Bayon
Temple tgh duk snap2 gambar.. sorang guard datang mintak tiket.. aku bagi je
tiket semalam..dia ok jer.. siap cakap “terima kasih”.. dia penah duk KL kot sebab
dia dapat agak aku orang Malaysia.
Park dulu depan Angkor Wat
Sampai North Gate to Angkor Thom
View dari atas North Gate
Kayuhan pegi memakan masa sekitar dua jam sebelum sampai di last
stop Angkor Thom (campur berhenti rehat).. so kalau korang gigih.. aku cadangkan kayuh basikal jer.. lagi
santai.. celah manapun korang boleh redah.. aku menghabiskan masa sehingga jam 3.00p.m
sebab tunggu cuaca redup sebelum balik ke pekan.. jarak kayuhan pergi dan balik
sekitar 28KM.. kebas jugak la bontot dan krem kaki..huhu. Sampai ke hostel
sedang elok hujan turun dengan selebat-lebatnya.. petang lepak bilik je
makan meggi..
Malamnya sekali lagi berkayuh
ke Art Market dan Pub Street.. tujuannya cari kedai buah untuk buat bekalan
naik bas esok.. cari tak jumpa last-last beli epal kat
kedai K-Mart.. 4 biji $2 USD.. kira RM2.00 hengget la sebijik.. lepas lepak menaikmati suasana malam kejap..maka akupun balik tido..Zzzz..
Ta Phrom.. mencari relik purba..
Day 3 : Siem Reap – Phnom Pehn
Hari ni aku bangun awal juga sebab
nak packing barang untuk gerak ke Phnom Pehn.. Tiket
jam 10.30a.m dan agen syarikat bas akan datang jemput kat hostel dalam 9.30a.m.. Kebanyakkan perkhidmatan bas kat sini akan sediakan khidmat pickup
dari hotel tempat menginap kalau kita beli tiket dari syarikat mereka.. masa
beli tu kena bagitau siap-siap nama hotel.. nombor bilik dan set masa
diaorang datang pickup.
Lepas breakfast dalam
9.45am agen bas sampai ambil dengan van..lepas tu di transfer ke bas dengan satu grup mat
saleh.. ada la dalam 10 orang dan kebanyakkan mereka nak ke Battambang..
kitaorang dihantar ke Siem Reap Bas Station.. lebih kurang 20 minit naik bas tadi.. di stesen bas ni kami ditransfer ke bas-bas
yang akan menuju destinasi masing2.. So tinggal aku dengan 3 orang pelancong dari
Sri Lanka yang akan ke Phnom Pehn.
Breakfast included.. bread, scrambled egg & coffee..
Tiket Siem Reap - Phnom Pehn..$ 9 USD.. tapi jangan terpedaya dengan gambar basnya..
Siem Reap Bus Terminal..
Selfie sambil tunggu bas.. kat belakang tu 3 orang dari Sri Lanka..
Bas yang sebenarnyaa.. mereput dalam ni..
Bas bergerak pada jam 11.00a.m.. lewat
setengah jam dari masa tiket.. dalam bas tu hanya aku dengan 3 Sri Lanka tu saja orang asing.. yang lain semua local.. Perjalanan sejauh
320KM melalui daerah-daerah di sepanjang National Highway 6.
Walaupun namanya highway.. tapi jalannya sangat la dahsyat.. sesetengah tempat hanya jalan tanah merah jer.. dengan lopak2 air.. kalau nak tido pun memang tak lelap la.. seksa aku bertambah bila handphone tak ada lagu walaupun bawa earphone (HP baru..hew..hew..) Sepanjang perjalanan terpaksa tahan telinga dengar lagu Khmer yang dipasang.. tapi pengubatnya bila disajikan view sawah padi yang luas terbentang.
Pemandangan sangat cantik sebab
sawah padi diselang seli dengan pokok palma.. bas berhenti beberapa kali untuk
turun naik penumpang di pekan-pekan tertentu dan berhenti makan dihentian daerah Kampung Thom.
Lunch aku adalah epal yang beli
semalam.. sebelum masuk
ke bandar Phnom Pehn.. bas berhenti sekali lagi di stesen minyak untuk di cuci..
huh! First time naik bas siap driver stop untuk cuci bas.. penumpang pulak
rilek jer turun ramai2 tunggu kat luar.. ada yang gi beli jajan dan ke toilet..
Selamat tiba di Phnom Pehn pada jam 6.00p.m setelah menempuh
berjalanan selama 7 jam..
Jalan tanah merah..
National Highway 6 Siem Reap - Phnom Pehn... amacam?
syukur tak kita ada highway PLUS.. walaupun berbayarr..
Walaupun namanya highway.. tapi jalannya sangat la dahsyat.. sesetengah tempat hanya jalan tanah merah jer.. dengan lopak2 air.. kalau nak tido pun memang tak lelap la.. seksa aku bertambah bila handphone tak ada lagu walaupun bawa earphone (HP baru..hew..hew..) Sepanjang perjalanan terpaksa tahan telinga dengar lagu Khmer yang dipasang.. tapi pengubatnya bila disajikan view sawah padi yang luas terbentang.
dalam bas..
View sawah padi..
View sepanjang jalan SR - PP
R & R Highway 6 arah utara..huhu.
R & R arah Phnom Pehn..makan epal saja..
Pulut dalam buluh ala-ala lemang ni memang banyak di jual di mana-mana....
Kudap-kudap dan jajan..
Tunggu bas siap di cuci...
Tuk-tuk versi bas mini..
Public transport yang biasa dilihat bila dan sampai ke Phnom Pehn..
To be Continue in
Cambodia- Vietnam Part II : Phnom Pehn..
Sekian. Sekadar
Berkongsi
No comments:
Post a Comment