Thursday, September 10, 2015

Overland Trip : Siem Reap – Phnom Pehn – Ho Chi Minh City (Cambodia – Vietnam) Part. II


Phnom Penh merupakan ibu negara dan bandaraya terbesar di Kemboja. Bandar ini pernah dikenali sebagai "Mutiara Asia" pada zaman 1920-an di era kegemilangannya semasa penjajahan. Bandar ini telah menjadi ibu kota Kemboja sejak abad ke-15, apabila raja Ponhea Yat memindahkan pusat pemerintahan Kerajaan Khmer dari Angkor Thom yang berjaya dikuasai oleh Siam.


Tugu di hadapan OunaLom Pagoda..Sisowath Quay


Terletak di tebing Tasik Tonlé Sap, Mekong dan Bassac, kawasan metropolitan Phnom Penh berkepadatan 2.2 juta penduduk daripada keseluruhan penduduk Kemboja iaitu lebih daripada 14.8 juta orang pada tahun 2008 dan merupakan pusat perdagangan, politik dan kebudayaan negara. Phnom Penh, bersama-sama dengan Siem Reap dan Sihanoukville, adalah destinasi pelancongan global dan domestik yang penting bagi Kemboja.  Ditubuhkan pada tahun 1434, bandar ini terkenal dengan seni bina dari era kolonial Perancis dan seni bina tradisional Khmer yang menjadi tarikan bersejarah.~Wikipedia

OunaLom Pagoda..Sisowath Quay

Suparman Djoko


Catatanku :

Day 3 : Phnom Pehn - Velkommen Backpackers

Selamat tiba di kota Phnom Penh setelah menempuhi perjalanan 7 jam menaiki bas dari Siem Reap. Bandar Phnom Penh lebih sibuk jika dibandingkan dengan Siem Reap kerana jumlah kepadatan penduduknya.  Walaupun tak banyak bangunan pencakar langit yang kelihatan namun pembangunan di sesetegah tempat kelihatan rancak.  Last stop bas dari Siem adalah di  Bus Stop Central Market.. walaupun aku dah survey map (printscreen) untuk ke hostel Velkommen Backpackers berhampiran Sisowath Quay.. tapi bila turun tu aku agak lost sebab google maps dalam HP takda signal.. aku memang nekad nak jalan kaki jer.. 


Hostel tempat menginap 2 malam..

Dorm yang selesa..

Minum nestum lapik perut yang lapar..

Ramai yang mengoffer tuk-tuk.. dengan caj sekitar $2 USD.. tapi rasa rugi lak sebab jaraknya memang boleh berjalan… So dengan agak2 jer aku menapak je ke arah yang diyakini.. padahal memang sesat barat lah.. berhenti kat TOTAL petrol station.. nasib baik petrol station kat sini ada WiFi.. on maps cari arah.. tu dia.. dekat 3KM tersasar.... Nak tak nak terpaksa aku on kan roaming data.. nasib baik maps berfungsi dengan baik membawa aku ke hostel.. jarak menapak 3.7 KM.. lebih kurang sejam lebih menapak campur sesat.. Settle check-in di Velkommen Backpackers bilik dorm 10 katil dengan kos $5 USD/night tanpa breakfast.. Dorm selesa dan luas dengan 2 bilik air. Sekali dengan aku dalam tu ada 4 backpackers lain. Oleh kerana penat naik bas seharian dengan sesatnya lagi.. aku dah tak larat nak ke mana-mana.. lepas mandi dan menunaikan kewajipan.. terus Zzz…

Sisowath Quay, Phom Pehn

Pengangkutan utama untuk rakyatnya..comel jer skuter tu..

Suasana jalan di hadapan Sisowath Quay

 

Killing Field
 ~ Source fb Ady..

Day 3 : Sisowath Quay – Old Market – Night Market (Phnom Pehn)

Hari ni aku takda perancangan rasmi.. Biasanya pelancong akan ambik tour untuk ke Killing Field ($13 USD half day tour) dan bayaran masuk $6 USD..(Ady Hashim pegi  dua hari sebelum jumpa aku di Siem Reap). Aku tak berhajat nak ke sana sebab nak kawal bajet..  so seawal jam 7.00am aku dah keluar menjelajah kawasan sekitar hostel.. elok depan hostel ni ada pasar awam (Kandal Market).. memang meriah dengan penduduk tempatan berjual beli.. especially barang-barang mentah keperluan harian.. ada seksyen jualan barang runcit.. sayuran.. makanan mentah.. ikan udang ketam.. katak!!.. daging (pork) dan lain-lain. Masuk ke dalam ada gerai2 makan.. sama je macam pasar awam kat negara kita.. tapi bahagian tengah tu ada beberapa salon kecik untuk orang set rambut.. fashionable jugak makcik-makcik sini.. selain tu ada seksyen pakaian dan kasut.. kira semua ada lahh.. 


Seksyen jualan barangan keperluan harian di Kandal Market..

Makcik jual sayur-sayuran

Gerai makan dalam pasar.. sedap jer tengok diaorang duk makan..

Aktiviti harian di Kandal Market.. 

Yang ni nampak menarik.. macam donut Big Apple.. tgk time lapar.. huu

Makcik yang buat donut Big Apple tu..

Yang ni macam kuih cakoi..

Seterusnya menapak ke Old Market berhampiran Freedom Park.. suasana sama macam Kandal Market tadi.. barang jualan pun lebih kurang sama.. sambil jalan tu menikmati suasana sekeliling.. tengok bebudak main game sepak selipar.. makcik-makcik berjual beli dan lain-lain aktiviti.. dan untuk makluman cuaca di Phnom Pehn sangatlah panas dan agak berdebu.. untuk kesihatan digalakkan memakai penutup hidung..

Freedom Park.. di hadapan Old Market.. 
Kalau korang sesat bangunan Canadian Bank HQ ni boleh jadi penunjuk arah..
jalan jer sepanjang taman ni..akan membawa ke Sisowath Quay 
(masa aku sesat takda lak aku buat..huhu)

Budak-budak main sepak selipar.. sepak sampai kena kad yang depa susun..
berterabur kad gambar tu..dapat la markah kot.. tak pun dapat kad tu..

 
Aktiviti harian di Old Market.

Gerai nasi campur.. time lapar nampak berselera..

Menu special..percik merencikk!! 

 

Peniaga di sepanjang jalan ke Old Market

Sambil-sambil jalan ni sebenarnya aku cari kedai makan untuk breakfast.. puas la mencari tapi tak jumpa.. walaupun member ada bagitau ada kedai halal di kawasan sekitar.. sampai tengahari tak jumpa..  last2 aku balik ke dorm makan meggi rendam.. bila dah petang sikit keluar cari tiket bas untuk ke Ho Chi Minh, Vietnam esok pagi.. dapat la beli kat agen depan Sisowath Quay.. bas Khai Nam jam 10.30pagi dengan harga $10 USD. Settle beli tiket aku menyelusuri Sisowath Quay di pinggir Sungai Mekong yang menjadi tempat riadah warga Phnom Pehn.. aktiviti waktu petang kat sini sangat meriah.  Macam-macam aktviti petang depa buat.. dan yang popular adalah permainan sepakraga bulu ayam.. dan lagi popular.. jadi port dating bagi couple-couple..

Aktiviti main sepakraga bulu ayam di dataran Sisowath Quay


Photoshoot...

Lepak tepi sungai....

Aku cadang nak sewa basikal untuk berkayuh ke perkampungan muslim di Chrang Chormeah (ikut laluan National  Highway 5).. dalam jarak 7km kalau ikut google maps.. sebab masa dalam bas semalam aku tengok kawasan ni banyak kedai-kedai makan halal.. dan gerai-gerai tepi jalan yang menarik.. ada juga beberapa masjid sepanjang jalan tu sebelum masuk ke Bandar Phnom Pehn.. tapi memandangkan sewa basikal $3 USD sehari dan masa pun dah dekat jam 5.00 petang.. rasa rugi pulak sebab esok pagi-pagi nak gerak ke HCM.. maka aku pun berhuhu lah kat tepi sungai tu sampai petang sambil tengok bot lalu lalang dan makcik-makcik berniaga makanan local.. depan  tu ada jeti bot  yang bawa pelancong untuk Mekong River Cruise.. bayarannya berapa tak sure.. 


Bot Mekong River Cruise..


Peniaga Khmer Noodles bergerak..

Siput rebus pun banyak dijual.. spesis apa tak tau.. 

Ni adalah keratan batang tebu (sugar cane) yang siap dibuang kulit..
diorang makan macam tu jer..

Jagung bakar tepi sungai..

Sekitar jam 6.00 petang aku ke Night Market depan Sisowath Quay.. (hujung jalan depan jeti bot). Night Market ni ala-ala uptown yang menjual pakaian dan barang-barang kraf serta cenderamata. Tapi yang menariknya..terdapat seksyen gerai-gerai makanan yang menjual makanan tempatan.. tempat makannya pula.. diorang bentang tikar tengah2 tu.. semua makan duduk bersila atas tikar.. beli makanan dan pilih la duk mana2 port.. ada dua buah stall makanan halal yang menjual mee dan kuey tiow sup serta masakan goreng-goreng.. harga setiap portion $1.25 - 1.50 USD..murah!!  



Pintu gerbang Night Market..

Aiskrim special Cambodia..


Gerai jualan makanan ala-ala yong tau fu..

Makan bersila ramai-ramai..

Gerai halal di Night Market

Mihun Kari ala Cambodia

Alang-alang... join la sekali...

Aku lepak makan mihun kari ala Cambodia untuk dinner.. lepas makan meninjau jualan di night market.. kalau korang nak shopping kat sini pun okey gak.. harga barang agak reasonable especially t-shirt.. hampir 10.00 malam aku balik hostel. Secara keseluruhan untuk hari ni, aku hanya berlegar sekitar kawasan tak jauh dari Sisowath Quay jer.. tapi puashati dapat tengok aktiviti orang-orang tempatan.. lepak dorm sampai Zzzzz.. 

Sisowath Quay di malam hari..

Buah-buahan potong.. 


Day 4 : Phnom Pehn – Ho Chi Minh City, Vietnam

Seusai Subuh aku dah turun ke pasar cari buah untuk bekalan dalam bas bagi perjalanan Phnom Pehn – Ho Chi Minh nanti.. lepas ke pasar aku usaha cari kedai halal yang aku cari semalam.. kali ni dapat agak setelah mengoogle kat hostel tadi.. tak jauh pun.. laluan ke Night Market.. dua lorong di belakang Velkommen Backpackers.. Sementara menunggu agen bas datang pickup.. aku gi pekena sarapan dulu.. Alang-alang dah kat Cambodia.. tak sah la kalau tak try menu local.. breakfast aku pagi ni adalah Khmer Kuey Tiow Soup.. sedap dan kenyang.. tahan la untuk aku bermusafir sampai petang..


Halal restoren depan Sisowath Quay..

Khmer Noodles Soup.. kena makan dengan dedaun yang diberi berasingan tu..

Jam 9.30 pagi van pickup datang ambik untuk ke stesen bas (aku tak sure stesen ke tak.. sebab van berhenti je tepi jalan dan terus transfer naik bas). Bas bergerak tepat jam 10.30 pagi.. bersama dalam bas dengan aku sorang mat saleh dari Ireland  dan 2 orang minah saleh tak tau dari mana.. yang lain orang2 local.. nasib tak baik aku dapat seat sebelah makcik yang agak kasar tingkahlakunya.. (dia boleh lempang peha aku suruh bangun time dia nak turun masa bas stop kat hentian.. bas ni 2 kali berhenti.. so 2 kali lah aku kena lempang.. hampeh betull..).


Bas Phnom Pehn - Ho Chi Minh

Suasana dalam bas..

Layan Avengers.. tapi  versi alih bahasa Khmer.. yang tak tahannya.. 
suara sorang jer yg bercakap.. tak kira la Hulk ke.. Ironman ke.. 
Captain Amerika ke..suara tetap sama..
satu tone jerr... gaduh macam tu..cemas macam tu gak.. stress!!

Tiket bas Phnom Pehn - Ho Chi Minh.. $10 USD..


Anggaran masa perjalanan adalah 7 jam melalui National Highway 1 Phnom Pehn – Ho Chi Minh termasuk border crossing di Krong Bavet.. sebelum sampai ke check point imigresen. Bas berhenti di hentian rehat untuk makan setelah 3 jam perjalanan.. tempat makan ni dah dekat dengan sempadan. Kat sini dah ramai yang turun bagi mereka-mereka yang tak akan ke Vietnam.  Pekan dekat border ni aku tengok banyak terdapat kasino-kasino dan hotel2 yang besar.. maybe untuk orang kaya Vietnam datang bergambling di Cambodia kot.. Sampai di pos kawalan sempadan Cambodia.. semua penumpang diminta turun untuk pemeriksaan bas.. kena jalan kaki sikit tunggu kat depan then lepas tu naik bas balik untuk ke imigresen sebelah Vietnam..



Hentian R&R arah HCM..

Makan jambu jer lahh..

Sebelum tu, pembantu pemandu bas dah collect passport semua orang yang akan masuk ke Vietnam.. dia dah pergi awal2 ke kaunter imigeresen Vietnam tu untuk cop passport..  kami kena turun bawak beg masing2.. sampai kat kaunter, passport dah siap di cop secara bundle jer.. mamat konduktor tu panggil nama sorang-sorang.. ambik passport dan masuk ke Vietnam.. polis sempadan akan tengok passport dan cop ke belum sebelum keluar dari imigresen tu.. fuhhh.. senang betul! Proses di imigresen ni tak sampai pun setengah jam.


Kasino kasinoo..

Pejabat Imigresen sempadan Cambodia - Vietnam

Tunggu bas di periksa..

Selamat Hari Kemerdekaan ke-58. #sehatisejiwa


Memasuki negara Vietnam, perjalanan lebih lancar dengan kondisi jalan yang lebih baik dari Cambodia.. Setelah menempuh perjalanan selama 8 jam..lebih sejam dan anggaran masa awal. Selamat tiba di Ho Chi Minh City pada jam 6.30 petang..  dan bas drop semua penumpang kat last stop.. aku pun tak pasti area mana.. sekali lagi terpaksa on roaming untuk tengok maps.. tu diaa.. agak jauh dari hostel yang aku booking di kawasan Pham Ngu Lao, District 1. So terpaksa naik teksi motorsikal.. setelah di nego.. dapat la harga $1 USD .. pakcik tu bawa aku merempit dalam kesesakan petang hari ke Galaxy Capsule Hotel, tak jauh dari Ben Thanh Market.. Settle check-in hostel dorm dengan kos $6 USD/night.. maka selesailah journey Phnom Pehn – Ho Chi Minh untuk hari ini..


Naik motor ngan pakcik ni ke hotel.. $1 USD..

Kaunter Galaxy Capsule Hotel, HCM

Bed yang selesa dalam dorm.. 



Sekian. Sekadar Berkongsi..


To be continue : Ho Chi Minh City – Part. III (Final Chapter)

No comments:

Post a Comment

PULAU LANGKAWI : Menjejak Lagenda Mencari Laksa

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada ta...