Sunday, August 28, 2011

Ramadan Berlalu : bulan rahmat dan rezeki..

 
Sungguh pantas masa berlalu.. Pejam celik puasa dah nak sampai ke penghujungnya.. semoga amalan kita sepanjang bulan yang mulia ini diterima..
Betul seperti yang dikata.. bulan Ramadhan ini adalah bulan rahmat dan rezeki kepada semua orang.. bulan ni saja la kita tengok banyak pasar-pasar ramadhan di merata tempat.. rezeki kepada peniaga.. yang berniaga setahun sekali pun ramai.. juga bazar-bazar ramadhan yang menjual persiapan raya.. pun turut sama tumpang rezeki.. bulan Ramadhan juga orang kita lebih ringan tangan untuk menghulur derma.. anak-anak yatim, ibu tunggal, fakir miskin menerima rezeki bulan Ramadhan.. restoren-restoren dan hotel yang menyediakan buffet berbuka puasa juga juga berlumba-lumba menawarkan promosi..
Kambing panggang , Zul & en.Sam.. Puteri Garden

 Sup Ekor Federal
Catatanku :

Bulan Ramadhan ni juga merupakan bulan rezeki buat aku juga.. bukan rezeki apa sangat la.. dapat bonus tu rezeki jugak.. selain dari tu, sebab kerja.. sepanjang bulan Ramadhan aku banyak kena kerja luar.. bila meeting & bengkel secara automatiknya semua masuk pakej makan minum & penginapan.. save bajet berbuka..hehe..


Mix at Federal KL
Sepanjang bulan puasa ni.. macam-macam benda la masuk ke perut.. hajat nak meng"kurus"kan badan konon-konon sebab tak makan.. hancur dan tak kesampaian.. aku rasa badan macam dipam-pam pulak.. mane taknya.. buffet ramadhan setiap hari.. ..3 meeting & bengkel kerja..3 hotel.. 13 hari buffet + 2 jemputan berbuka puasa + 1 sesi mkn ikan bakar di Port Klang.... total pertambahan berat berat badan adalah 3kg... hoho.. suksesss kan… :P
Korang macam mana..ada menurun ke menaik??..haha..





Rest. DSelat, Port Klang


Hasniza, Federal KL

Hash.. Federal KL

Rahimah & Sara..Federal KL

Mee Bandung Puteri Garden


Masak Sendiri..

 Rojak pasar Ramadhan




Sup daging berempah & Ikan bakar puteri


Ima.. Ancasa KL
Sekian. Sekadar Berkongsi..

Tuesday, August 16, 2011

Blackout : Hidup di dalam kegelapan..


Definisi 'blackout'
English to English
Noun
1. a suspension of radio or tv broadcasting
2. darkness resulting from the extinction of lights (as in a city invisible to enemy aircraft)
3. the failure of electric power for a general region
4. a momentary loss of consciousness
5. partial or total loss of memory
~Tapi maksud aku nak certita = takda letrik / takda karan..
Catatanku :
Semalam adalah hari Ahad ke-2 dalam bulan Ramadhan ini.. (ehh..semalam Isnin la!!).. ok..kira hari Ahad baru ni la.. aku memang takda program dan takda plan nak berbuka kat luar.. memandangkan hari Sabtu dah keluar merayau dan buka puasa.. so dengan penuh kerajinan aku cadang nak masak lebihan saki baki bahan masakan yang ada kat rumah.. ( sebab esoknya kena kerja luar selama 4 hari )..kalau tinggal kang sah masuk bakul sampah..
Setelah di semak.. ada lebihan sos spaghetti carbonara mushroom, ada sosej dan nugget ayam,.. so, makan spaghetti la aku berbuka nanti (mindaku berkata)..
Maka dengan rajinnya aku memulakan tugasan masak memasak pada kul 5.30pm.. zup zapp zupp zapp… siap la sepinggan spaghetti dan nugget ayam terhidang..
tunggu time nak berbuka jerr… sedang syok tgk TV.. PaaaPP!!! BLACKOUT!!!…. Jam dah 7ptg.. suasana makin gelap.. lilin pulak takde.. panas & rimas ngan nyamuk lagii.. memang dugaan..
Maka untuk memuaskan hati sendiri.. aku mengucapkan GOODBYE lahh kepada spaghetti & nuggetku… start keta zoommm… McD here I comeeeee……….
So, pada petang hari tersebut..berbukalah aku dengan GCB Double, ice lemon tea & fries (dlm hati kata..spaghetti aku wat sahur la) yang syoknya Wifi kat McD laju seyh… then balik rumah kul 10pm.. rumah dah cerah..maknanya telah berkaran semula..syabasss TNB!...& syabass inspektor sahabb!!..
Sekian, Sekadar Berkongsi

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan : Dendang Perantau


1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramdhan 1432H, hari pertama mana di Umat Islam diseluruh dunia berpuasa bagi menyempurnakan rukun Islam ke-3. Seperti biasa masuk ofis pada hari pertama puasa.. akan ada sapaan “dah breakfast ke belum?”.. selain dari “bangun sahur ke tak?”.. Malam tadi memang aku tak bangun sahur.. sebab tak prepare apa2 makanan pun.. biasa la puasa sorang2..

Dalam bulan2 puasa ni..memang teringat bagaimana kita puasa masa kecik2 dulu.. zaman sekolah2..zaman asrama dan Universiti.. semua teringat, yang pasti semuanya indah2.. korang pun mesti ada cerita puasa waktu kat kampong atau kat mana2 selain masa sekarang. Aku ingat masa kecik2 dulu.. bulan puasa di kampong memang meriah habis. Terutama waktu malam.. seronok ke surau ngan kawan2.. bukan terawih sangat pun (budak2 la katakan) .. tunggu moreh je. Dan menjadi kebiasaan lepas habis solat sunat terawih..time meratib.. (org kg. sebut ‘ngatib’).. akan ada dua team yang berlawan kekuatan suara. .(selalunya geng2 muda remaja la..).. bertingkah-tingkah...org tua2 pun layan jerr.. lepas tu pakat makan moreh ramai2..

Selalunya moreh disediakan mengikut giliran oleh penduduk kg. mengikut keikhlasan dan kemampuan individu yang bersedekah moreh tersebut.. contoh nya malam pertama : sedekah moreh dari keluarga Pak Mat.. so, ikut la family Pak Mat nak bagi apa pun..dan malam esoknya giliran keluarga lain plak.. kalau menu dulu2..selalunya bubur dengan roti, pulut kuning, kuih-kuih, roti cicah gulai daging (feberet aku..), mihun goreng, mee goreng dan lain-lain makanan yang simple..

Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Dan satu hari akan diadakan majlis berbuka puasa beramai-ramai untuk surau tersebut..( dlm kg. ada beberapa buah surau), masa ni hidangan disediakan oleh setiap keluarga yang menyertai majlis tersebut.. biasa satu keluarga akan menyediakan 2 – 3 hidang (set nasi & lauk pauk dlm satu talam)..dan ada yang lebih sampai 10 hidang .. time ni, sebagai kanak2.. dah tau dah nak ‘aim’ hidangan family mana.. (biasanya tgk family yang agak loaded..sure lauk sedap punya..haha..). Biasanya kaum wanita berbuka kat atas surau manakala orang lelaki kat bawah, kawasan lapang yang dibentang tikar.. maka seluruh kg. berkumpul berbuka beramai-ramai. Dan biasa acara berbuka ni, begilir-gilir dari surau ke surau yang lain.. itulah kenangan puasa masa kecik2 di kg. Selain dari banyak kenangan2 lain..

Semalam :

Aku keluar lewat dari ofis.. sekitar jam 7 malam, member pun takde.. Hari 1st puasa, masing2 ada agenda, yang ada family..berbuka ngan family, yang ada housemate ngan housemate.. yang ada awek….ngan aweks kot.. Maka tanpa hala tujuan dan malas nak fikir nak buka dengan menu apa.. aku terus ke Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya ( Masjid Besi)..

Masjid mengadakan majlis berbuka puasa setiap hari kepada para tetamu yang datang berbuka kat masjid. Orang boleh tahan ramai juga, so pada hari pertama puasa tahun ni, aku berbuka kat masjid..Lepas azan, berbuka dengan 3 biji kurma dan sepotong agar-agar dan terus solat Maghrib.. selepas selesai solat Maghrib baru lah disediakan makanan untuk berbuka.. dan menu hari pertama Ramadhan 1432 aku adalah Nasi Briani Ayam Masak Merah + Sirap Bandung..Alhamdulillah..rezeki untuk hari pertama.. ( sambil makan.. teringat keluarga..dan rasa agak sayu.. ).

Sambil-sambil tu tengok warga asing yang turut mencari rezeki di Malaysia turut berbuka bersama..( rasa berada di luar negara la pulak..hehe..)..

Sekian. SELAMAT BERPUASA.. sekadar berkongsi rasa..

PULAU LANGKAWI : Menjejak Lagenda Mencari Laksa

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada ta...