Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan : Dendang Perantau


1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramdhan 1432H, hari pertama mana di Umat Islam diseluruh dunia berpuasa bagi menyempurnakan rukun Islam ke-3. Seperti biasa masuk ofis pada hari pertama puasa.. akan ada sapaan “dah breakfast ke belum?”.. selain dari “bangun sahur ke tak?”.. Malam tadi memang aku tak bangun sahur.. sebab tak prepare apa2 makanan pun.. biasa la puasa sorang2..

Dalam bulan2 puasa ni..memang teringat bagaimana kita puasa masa kecik2 dulu.. zaman sekolah2..zaman asrama dan Universiti.. semua teringat, yang pasti semuanya indah2.. korang pun mesti ada cerita puasa waktu kat kampong atau kat mana2 selain masa sekarang. Aku ingat masa kecik2 dulu.. bulan puasa di kampong memang meriah habis. Terutama waktu malam.. seronok ke surau ngan kawan2.. bukan terawih sangat pun (budak2 la katakan) .. tunggu moreh je. Dan menjadi kebiasaan lepas habis solat sunat terawih..time meratib.. (org kg. sebut ‘ngatib’).. akan ada dua team yang berlawan kekuatan suara. .(selalunya geng2 muda remaja la..).. bertingkah-tingkah...org tua2 pun layan jerr.. lepas tu pakat makan moreh ramai2..

Selalunya moreh disediakan mengikut giliran oleh penduduk kg. mengikut keikhlasan dan kemampuan individu yang bersedekah moreh tersebut.. contoh nya malam pertama : sedekah moreh dari keluarga Pak Mat.. so, ikut la family Pak Mat nak bagi apa pun..dan malam esoknya giliran keluarga lain plak.. kalau menu dulu2..selalunya bubur dengan roti, pulut kuning, kuih-kuih, roti cicah gulai daging (feberet aku..), mihun goreng, mee goreng dan lain-lain makanan yang simple..

Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Dan satu hari akan diadakan majlis berbuka puasa beramai-ramai untuk surau tersebut..( dlm kg. ada beberapa buah surau), masa ni hidangan disediakan oleh setiap keluarga yang menyertai majlis tersebut.. biasa satu keluarga akan menyediakan 2 – 3 hidang (set nasi & lauk pauk dlm satu talam)..dan ada yang lebih sampai 10 hidang .. time ni, sebagai kanak2.. dah tau dah nak ‘aim’ hidangan family mana.. (biasanya tgk family yang agak loaded..sure lauk sedap punya..haha..). Biasanya kaum wanita berbuka kat atas surau manakala orang lelaki kat bawah, kawasan lapang yang dibentang tikar.. maka seluruh kg. berkumpul berbuka beramai-ramai. Dan biasa acara berbuka ni, begilir-gilir dari surau ke surau yang lain.. itulah kenangan puasa masa kecik2 di kg. Selain dari banyak kenangan2 lain..

Semalam :

Aku keluar lewat dari ofis.. sekitar jam 7 malam, member pun takde.. Hari 1st puasa, masing2 ada agenda, yang ada family..berbuka ngan family, yang ada housemate ngan housemate.. yang ada awek….ngan aweks kot.. Maka tanpa hala tujuan dan malas nak fikir nak buka dengan menu apa.. aku terus ke Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya ( Masjid Besi)..

Masjid mengadakan majlis berbuka puasa setiap hari kepada para tetamu yang datang berbuka kat masjid. Orang boleh tahan ramai juga, so pada hari pertama puasa tahun ni, aku berbuka kat masjid..Lepas azan, berbuka dengan 3 biji kurma dan sepotong agar-agar dan terus solat Maghrib.. selepas selesai solat Maghrib baru lah disediakan makanan untuk berbuka.. dan menu hari pertama Ramadhan 1432 aku adalah Nasi Briani Ayam Masak Merah + Sirap Bandung..Alhamdulillah..rezeki untuk hari pertama.. ( sambil makan.. teringat keluarga..dan rasa agak sayu.. ).

Sambil-sambil tu tengok warga asing yang turut mencari rezeki di Malaysia turut berbuka bersama..( rasa berada di luar negara la pulak..hehe..)..

Sekian. SELAMAT BERPUASA.. sekadar berkongsi rasa..

No comments:

Post a Comment

PULAU LANGKAWI : Menjejak Lagenda Mencari Laksa

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada ta...