Saturday, March 26, 2011

RON 95 dan kebakaran kereta... Ntah lerr...


sekadar gambar hiasan..

Catatanku :
Jumaat~25 Mac11..Dalam perjalanan nak gi meeting kat KL melalui Maju Expressway Cyberjaya – KL, tetiba jer jalan sesak dan sebuah kereta BOMBA meliatas bas rombongan kami.. kat depan jalan dah jem... rupa-rupanya ada sebuah kereta GEN2 terbakar..tengok gaya macam terbakar sendiri jer.. bermula kat bahagian enjin.. so, abg-abg BOMBA pun bertugas la memadam api..
Aku ada terbaca dulu bahawa FOMCA (Federation of Malaysia Consumers Association) minta kerajaan kaji pengunaan RON95 sebab banyak kes kereta terbakar.. tapi kerajaan dah jawab kat Parlimen RON95 bukan puncanya..ntah lerr..
Aku pun pakai RON95..sebab keta pun dah buruk..hehe


Ni aku petik dari Blog Singalautmetro.
TAHUN ini boleh diiktiraf sebagai Tahun Kereta Terbakar! Sejak Januari lalu, hampir 100 kes dilaporkan media mengenai kebakaran kereta, sesetengahnya membabitkan korban dan kecederaan kekal. Itu belum dianggarkan kejadian kebakaran yang tidak dilaporkan, seperti terbakar di tepi jalan dan dibiarkan sahaja oleh pemilik kenderaan!

Banyak pihak sedar tragedi yang sedang berlaku ini. Malah banyak pihak juga cuba membuat rumusan dan kesimpulan mengenai punca kebakaran kenderaan yang dilaporkan meningkat. Namun tiada satu pun rumusan yang boleh dijadikan asas untuk kita memberi fokus penyelesaiannya, kecuali banyak dikatakan orang tentang minyak RON95!
Barangkali kerajaan kena bersikap terbuka terhadap semakin banyak dakwaan terhadap punca banyak kes kebakaran kenderaan kebelakangan ini, adalah berpunca daripada RON 95. Tidak salah ujian, penelitian dan timbang uji secara berkala atau bertubi dilakukan kerana kadang-kala sesuatu kekurangan itu hanya dapat ditemui selepas ia diuji berkali-kali.

Diturunkan di bawah ini sebahagian daripada kejadian kereta terbakar di negara ini:27 Januari 2010 – Sebuah kereta terbakar dan gagal dipadamkan di Seksyen 7 Shah Alam
29 Julai 2010 – Seorang lelaki tua maut apabila keretanya terbakar dirempuh lori di km 313 Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) pada jam 8.55 malam
14 Oktober 2010 – Sebuah kereta terbakar di km 24.4 Jalan Lingkaran Tengah 2 Ampang, Selangor
14 Oktober 2010 -Sebuah kereta Honda City terbakar apabila melanggar pokok mengakibatkan enam terbunuh di Kampar Perak.
14 Oktober 2010 – Sebuah kereta Honda City terbakar dilanggar Honda CRV di Kuala Lumpur.
14 Oktober 2010 – sebuah kereta jenis Ford Escape tiba-tiba terbakar di Lingkaran 2, Hulu Klang menuju ke Ampang.

http://singalautmetro.blogspot.com/2010/10/banyak-kes-kereta-terbakar-uji-semula.html

Kalau terbakar macam ni..takperr la juga.....
Sekian. Sekadar Berkongsi.

Friday, March 25, 2011

Makan Nasi Arab lahhh....





Al Baraka Arab Cuisine @ Cyberjaya, Selangor


Location : Cyberjaya, Selangor
32-G, Lingkaran Cyber Point Barat,
Cyberjaya,
63000, Selangor
Cuisine Arab Food

Falafel, Tadjine

Price: Arayes (RM12),
Mandy Chicken (RM13)
Mandy Lamb (RM15)
Contact: 016-795 0005 (delivery available)



Catatanku :
Semalam aku ke Cyberjaya atas satu urusan kat sana sambil-sambil nak keluar lunch.. kat Cyberjaya ni ada satu restoran Arab Cuisene yang famous... Restoren SABA namanya... aku dah berangan nak makan kat situ sbenarnya...

Tapi, bila dah settle urusan.. boss bawak gi satu lagi restoren arab yang ada kat sana.. (seperti nama di atas).. kedainya boleh tahan dan OK.. tak berapa besar dan bersih... suasana pun aman sebab tak ramai orang sangat.. cuma orang yang ambil order tu tak rupa pak arab... mcm bangla pun ada aku tgk.. tak tau la kalau arab kacukan.. tapi ada sorang tukang masak arab kat dapur..

So, menu makan tengahari kami adalah.. Mandy Lamb.. kami 3 orang semua pilih menu sama.. (sebab boss makan tu.. lagipun tu menu nasi yang paling mahal... hehe...) Portion nasi ni agak besar..dengan 3 ketul kambing panggang..dan rasanya macam ala-ala nasi beriani .. tapi tak ada kuah.. cuma ada cili tumbuk semacam air asam untuk cecah, serta sedikit sayuran..sangat lazatt... kalau org tak kuat makan macam aku.. memang tak habis..konon la..
Mandy Lamb


Selain dari tu, menu lain yang ditawarkan di sini ialah..(..rujuk Menu & Harga di bawah.) jadi pada hari tu tu kami balik ke ofis dengan perut yang full dan hati yang gembira..(sebab boss bayar).. khehehe...


Menu & Harga

Sila la korang cuba ye!!.. (harganya kalau tak salah aku lebih murah dari Rest. SABA)


Map nak ke sana..

Sekian. Sekadar Berkongsi




Thursday, March 24, 2011

Seluar Sedap : Zzzzz......





gambar hiasan..

Last week aku ke pasar malam Putrajaya...
sambil tengok2 barang & beli makanan..
aku usha area orang jual baju..
sorang adik yang meniaga baju-baju pompuan tegur..

Dia : "Bang...!! seluar sedap bang.. murah jerr.."
Aku : "err... boleh pakai ke orang lelaki??.."
Dia : "Boleh bang! pakai kat rumah buat tido..sedap bang.."
Aku : ".. oo... boleh eh!..." (sambil belek2 seluar yang tergantung)..

Maka aku pun balik dengan sehelai seluar sedap yang agak fancy!


Seriuss!!..memang sedap pakai buat tido.. selesa beb!!
(lepas ni nak cari dua tiga helai.. murah jer punn.. RM6.00 sehelai)
~kat downtown RM5.00 je..

rama-rama bulu ayam kat langsir aku..tiada kena mengena dgn seluar sedap..

Sekian. Sekadar Berkongsi..


Wednesday, March 23, 2011

Cinta yang Menghilang...



Cinta boleh hilang kerana kita namanya manusia.. kita selalu mengharapkan satu pulangan dalam bercinta.. Kita menyayangi kerana ingin disayangi, menghargai kerana ingin dihargai, ingin mengalah kerana mengharapkan dia turut mengalah, setia kerana ingin dia setia, ingin dia mengerti, ingin dewasa dengan berbagai harapan..'

Semakin banyak harapan yang tidak terwujud, semakin banyak kekecewaan mengganti.. semakin cinta terhakis dan akhirnya habis tidak bersisa..

Hal-hal prinsip yang terus menjadi keegoan adalah hal yang paling besar menghakis cinta.. kerana cinta perlukan perjuangan dan kegigihan yang lebih untuk orang-rang yang boleh berkompromi dalam hal-hal sebegitu..

Selain itu, jika ada prospek yang lain kelihatan lebih menjanjikan, maka cinta akan lebih mudah menghilang...

~ sakitnya kehilangan yang dicintai~

~ori by Hannah

Tuesday, March 15, 2011

Gunung Datuk N9: Mendaki gunung hingga ke puncaknya..




Info Gunung Datuk / Datok :

Terletak di Hutan Lipur Gunung Datuk, Kota, Rembau Negeri Sembilan. Perjalanan untuk ke sini kira-kira 21 km dari Pekan Rembau dan 15 km dari Pekan Tampin. Lokasi tepatnya adalah Kampung Batang Nyamor, Gadung, Hutan Lipur Gunung Datuk. Mempunyai ketinggian 870m/2900ft dan merupakan puncak permatang yang menganjur dari Gunung Rembau.

Catatanku :



Program pendakian ke Gunung Datuk ni berlaku pada tahun 2010. Aku sebenarnya tak pernah pun hiking yang beria-ia sebegini.. setakat naik bukit gi airterjun berkelah tu ada la.. So, setelah dirancang sebaiknya.. Aku ngan member ofis seramai 10 orang bertolak ke Rembau pada jam 8.00 malamDari Putrajaya menuju Seremban mengunakan Lebuhraya Utara-Selatan dan masuk melalui plaza tol Pedas dan pekan Tampin. Perjalanan mengambil masa sekitar 2 jam. Tiba di kaki Gn. Datuk pada jam 11.00 mlm sebab kami lepak minum dulu kat R&R Seremban. Hutan Lipur GD ni merupakan tempat perkelahan di hujung minggu kepada pengunjung setempat.. semua kemudahan ada disediakan oleh pihak pengurusan..tandas, surau, dewan, gerai makan.. dan pejabat pengurusan yang menguruskan tempat ni. Sebelum mendaki.. kena register semua ahli kat pejabat pengurusan dan taklimat ringkas diberikan. Bayaran RM 3.00 dikenakan untuk setiap pendaki bagi tujuan penyengaraan dan kebersihan.



Pendakian ni diguide oleh sorang member yang dah biasa naik gunung ni.. setelah selesai membahagikan barangan keperluan dan masakan untuk dibawa naik.. kami memulakan pendakian pada jam 1.00 pagi.. memang dah plan nak naik malam sebab nak tengok sunrise..guide cakap, pendakian biasa mengambil masa 2 jam untuk tiba ke puncak.. jadi untuk pendakian malam dan 1st time bagi kebanyakan dari kami.. jangkaan masa kami adalah 2-4 jam..


Trek bermula di sebelah aliran sungai hutan lipur.. dengan 90% laluan menegak (mendaki).. dan terdapat trek yang agak curam di sesetengah tempat.. pendakian malam kami berjalan lancar..dengan cuaca cerah dan sejuk.. kelebihan mendaki malam adalah kerana tak panas.. sepanjang pendakian, kena sentiasa check bilangan ahli.. takut2 ada yang tercicir.. tak pun ”bertambah”.. caranya, setiap orang diberikan nombor dan ingat nombor masing2, serta siapa kat depan dan belakang dorang.. arahan berhenti atau bergerak menggunakan ”kod rahsia”..



Separuh perjalanan dilalui dengan suksess tapi agak perlahan sebab ada yang dah mula pancit, kami berhenti rehat di pertegahan pendakian, ada kawasan lapang dan landai... lepas lepak 15minit.. kami teruskan baki pendakian yang dah mula mencabar emosi, jiwa dan raga.. dengan trek yang semakin menegak.. ada yang mula down.. tapi pakat2 memberikan sokongan moral.. dan berhenti banyak kali coz memberikan peluang kepada yang pancit berehat (bukan aku) hehe.. dengan susah payah..akhirnya berjaya tiba campsite di puncak sekitar jam 5.00 pagi (kawasan lapang dan rata..lebih kurang sebesar court tennis).




Masa dicatat adalah 4 jam.. ada yang dah pengsan.. kami pasang khemah dan masak air.. pekena kopi panas.. sebelum tunggu pagi.. borak-borak.. last-last masing2 tertidur.. sebab penat yang amat.. dan pada jam 7.00 pagi kami begrgerak dari campsite mendaki sikit lagi ke atas.. di kawasan batu2 besar dan lapang untuk tengok panorama dari puncak.. ada tangga besi disediakan untuk memudahkan pendakian.






Pemandangan dari puncak memang cantik.. boleh nampak Selat Melaka & Putrajaya jika cuaca cerah.. serta tengok pekan Rembau dan kampung-kampung di bawahnya.. kat puncak ni juga terdapat satu lekukan pada batu yang dikatakan bekas tapak kaki Hang Tuah.. setelah bersusah payah.. akhirnya semua gumbiraaa... sebab berjaya panjat gunung.. setelah puas melepak dan bergambar.. turun ke camp site untuk breakfast dan masak.. sekitar jam 11 pagi.. campsite mula sesak dengan para pendaki yang tiba.. mereka2 yang mula mendaki pada waktu pagi..




Kami masak ala kadar untuk makan tengahari.. nasi berlaukkan sardin, telur dadar dan ikan bilis goreng.. lazatnya tak terhingga kalau kat atas gunung.. lepas lunch.. start packing barang untuk bergerak turun pada jam 2 petang.. perjalanan turun memang pantas.. hanya ambil masa 1 jam setengah.. kat base..memang ramai pengujung yang datang berpiknik dan mandi sungai.. kami tak lepas peluang.. turut berendam sehingga jam 5 petang.. dan bergerak balik ke KL pada jam 6 petang..selamat tiba di KL pada jam 9 malam.. secara keseluruhan program kali ni.. syok & penat... hehe.. selamat mencuba mendaki..


Tip & pesanan :
1. Bawak bekalan air yang mencukupi.. kat atas takde 7-e..
2. Jangan habiskan air kat atas.. sebab masa turun pun nak kena minum jugak..dahaga beb!
3. Jangan pakai pakaian yang tak sesuai.. ex: jeans & jaket dua tiga lapis.. kompen pengsan..
4. Jangan isap rokok.. merokok membahayakan kesihatan dan memancitkan.. hehe..

Sekian. Sekadar berkongsi..

PULAU LANGKAWI : Menjejak Lagenda Mencari Laksa

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada ta...