Saturday, March 26, 2011

RON 95 dan kebakaran kereta... Ntah lerr...


sekadar gambar hiasan..

Catatanku :
Jumaat~25 Mac11..Dalam perjalanan nak gi meeting kat KL melalui Maju Expressway Cyberjaya – KL, tetiba jer jalan sesak dan sebuah kereta BOMBA meliatas bas rombongan kami.. kat depan jalan dah jem... rupa-rupanya ada sebuah kereta GEN2 terbakar..tengok gaya macam terbakar sendiri jer.. bermula kat bahagian enjin.. so, abg-abg BOMBA pun bertugas la memadam api..
Aku ada terbaca dulu bahawa FOMCA (Federation of Malaysia Consumers Association) minta kerajaan kaji pengunaan RON95 sebab banyak kes kereta terbakar.. tapi kerajaan dah jawab kat Parlimen RON95 bukan puncanya..ntah lerr..
Aku pun pakai RON95..sebab keta pun dah buruk..hehe


Ni aku petik dari Blog Singalautmetro.
TAHUN ini boleh diiktiraf sebagai Tahun Kereta Terbakar! Sejak Januari lalu, hampir 100 kes dilaporkan media mengenai kebakaran kereta, sesetengahnya membabitkan korban dan kecederaan kekal. Itu belum dianggarkan kejadian kebakaran yang tidak dilaporkan, seperti terbakar di tepi jalan dan dibiarkan sahaja oleh pemilik kenderaan!

Banyak pihak sedar tragedi yang sedang berlaku ini. Malah banyak pihak juga cuba membuat rumusan dan kesimpulan mengenai punca kebakaran kenderaan yang dilaporkan meningkat. Namun tiada satu pun rumusan yang boleh dijadikan asas untuk kita memberi fokus penyelesaiannya, kecuali banyak dikatakan orang tentang minyak RON95!
Barangkali kerajaan kena bersikap terbuka terhadap semakin banyak dakwaan terhadap punca banyak kes kebakaran kenderaan kebelakangan ini, adalah berpunca daripada RON 95. Tidak salah ujian, penelitian dan timbang uji secara berkala atau bertubi dilakukan kerana kadang-kala sesuatu kekurangan itu hanya dapat ditemui selepas ia diuji berkali-kali.

Diturunkan di bawah ini sebahagian daripada kejadian kereta terbakar di negara ini:27 Januari 2010 – Sebuah kereta terbakar dan gagal dipadamkan di Seksyen 7 Shah Alam
29 Julai 2010 – Seorang lelaki tua maut apabila keretanya terbakar dirempuh lori di km 313 Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) pada jam 8.55 malam
14 Oktober 2010 – Sebuah kereta terbakar di km 24.4 Jalan Lingkaran Tengah 2 Ampang, Selangor
14 Oktober 2010 -Sebuah kereta Honda City terbakar apabila melanggar pokok mengakibatkan enam terbunuh di Kampar Perak.
14 Oktober 2010 – Sebuah kereta Honda City terbakar dilanggar Honda CRV di Kuala Lumpur.
14 Oktober 2010 – sebuah kereta jenis Ford Escape tiba-tiba terbakar di Lingkaran 2, Hulu Klang menuju ke Ampang.

http://singalautmetro.blogspot.com/2010/10/banyak-kes-kereta-terbakar-uji-semula.html

Kalau terbakar macam ni..takperr la juga.....
Sekian. Sekadar Berkongsi.

3 comments:

  1. sebnarnyer memang betul punca kebakaran bukan berpunca dari penggunaan petrol ron95.kebiasaan kebakaran berpunca dari sistem pendawaian,kedudukan bateri longgar. bla da wayar yang koyak kemungkinan wujud percikan api dan menyebabkan kebakaran kecil yang tak dapat dikawal dengan lebih awal. seeloknyer sediakan alat pemadam api b`saiz 1kg dalam keta sbagai persediaan bla terjadi kebakaran pada keta anda. lagi satu saye nak pesan, keta terbako tak akan meletup macam citer hollywood yg pernah anda lihat.tu sume tipu belaka,abis kuat pun tayar keta je yg meletup sbb terbako.

    ReplyDelete

PULAU LANGKAWI : Menjejak Lagenda Mencari Laksa

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada ta...