Tuesday, March 15, 2011

Gunung Datuk N9: Mendaki gunung hingga ke puncaknya..




Info Gunung Datuk / Datok :

Terletak di Hutan Lipur Gunung Datuk, Kota, Rembau Negeri Sembilan. Perjalanan untuk ke sini kira-kira 21 km dari Pekan Rembau dan 15 km dari Pekan Tampin. Lokasi tepatnya adalah Kampung Batang Nyamor, Gadung, Hutan Lipur Gunung Datuk. Mempunyai ketinggian 870m/2900ft dan merupakan puncak permatang yang menganjur dari Gunung Rembau.

Catatanku :



Program pendakian ke Gunung Datuk ni berlaku pada tahun 2010. Aku sebenarnya tak pernah pun hiking yang beria-ia sebegini.. setakat naik bukit gi airterjun berkelah tu ada la.. So, setelah dirancang sebaiknya.. Aku ngan member ofis seramai 10 orang bertolak ke Rembau pada jam 8.00 malamDari Putrajaya menuju Seremban mengunakan Lebuhraya Utara-Selatan dan masuk melalui plaza tol Pedas dan pekan Tampin. Perjalanan mengambil masa sekitar 2 jam. Tiba di kaki Gn. Datuk pada jam 11.00 mlm sebab kami lepak minum dulu kat R&R Seremban. Hutan Lipur GD ni merupakan tempat perkelahan di hujung minggu kepada pengunjung setempat.. semua kemudahan ada disediakan oleh pihak pengurusan..tandas, surau, dewan, gerai makan.. dan pejabat pengurusan yang menguruskan tempat ni. Sebelum mendaki.. kena register semua ahli kat pejabat pengurusan dan taklimat ringkas diberikan. Bayaran RM 3.00 dikenakan untuk setiap pendaki bagi tujuan penyengaraan dan kebersihan.



Pendakian ni diguide oleh sorang member yang dah biasa naik gunung ni.. setelah selesai membahagikan barangan keperluan dan masakan untuk dibawa naik.. kami memulakan pendakian pada jam 1.00 pagi.. memang dah plan nak naik malam sebab nak tengok sunrise..guide cakap, pendakian biasa mengambil masa 2 jam untuk tiba ke puncak.. jadi untuk pendakian malam dan 1st time bagi kebanyakan dari kami.. jangkaan masa kami adalah 2-4 jam..


Trek bermula di sebelah aliran sungai hutan lipur.. dengan 90% laluan menegak (mendaki).. dan terdapat trek yang agak curam di sesetengah tempat.. pendakian malam kami berjalan lancar..dengan cuaca cerah dan sejuk.. kelebihan mendaki malam adalah kerana tak panas.. sepanjang pendakian, kena sentiasa check bilangan ahli.. takut2 ada yang tercicir.. tak pun ”bertambah”.. caranya, setiap orang diberikan nombor dan ingat nombor masing2, serta siapa kat depan dan belakang dorang.. arahan berhenti atau bergerak menggunakan ”kod rahsia”..



Separuh perjalanan dilalui dengan suksess tapi agak perlahan sebab ada yang dah mula pancit, kami berhenti rehat di pertegahan pendakian, ada kawasan lapang dan landai... lepas lepak 15minit.. kami teruskan baki pendakian yang dah mula mencabar emosi, jiwa dan raga.. dengan trek yang semakin menegak.. ada yang mula down.. tapi pakat2 memberikan sokongan moral.. dan berhenti banyak kali coz memberikan peluang kepada yang pancit berehat (bukan aku) hehe.. dengan susah payah..akhirnya berjaya tiba campsite di puncak sekitar jam 5.00 pagi (kawasan lapang dan rata..lebih kurang sebesar court tennis).




Masa dicatat adalah 4 jam.. ada yang dah pengsan.. kami pasang khemah dan masak air.. pekena kopi panas.. sebelum tunggu pagi.. borak-borak.. last-last masing2 tertidur.. sebab penat yang amat.. dan pada jam 7.00 pagi kami begrgerak dari campsite mendaki sikit lagi ke atas.. di kawasan batu2 besar dan lapang untuk tengok panorama dari puncak.. ada tangga besi disediakan untuk memudahkan pendakian.






Pemandangan dari puncak memang cantik.. boleh nampak Selat Melaka & Putrajaya jika cuaca cerah.. serta tengok pekan Rembau dan kampung-kampung di bawahnya.. kat puncak ni juga terdapat satu lekukan pada batu yang dikatakan bekas tapak kaki Hang Tuah.. setelah bersusah payah.. akhirnya semua gumbiraaa... sebab berjaya panjat gunung.. setelah puas melepak dan bergambar.. turun ke camp site untuk breakfast dan masak.. sekitar jam 11 pagi.. campsite mula sesak dengan para pendaki yang tiba.. mereka2 yang mula mendaki pada waktu pagi..




Kami masak ala kadar untuk makan tengahari.. nasi berlaukkan sardin, telur dadar dan ikan bilis goreng.. lazatnya tak terhingga kalau kat atas gunung.. lepas lunch.. start packing barang untuk bergerak turun pada jam 2 petang.. perjalanan turun memang pantas.. hanya ambil masa 1 jam setengah.. kat base..memang ramai pengujung yang datang berpiknik dan mandi sungai.. kami tak lepas peluang.. turut berendam sehingga jam 5 petang.. dan bergerak balik ke KL pada jam 6 petang..selamat tiba di KL pada jam 9 malam.. secara keseluruhan program kali ni.. syok & penat... hehe.. selamat mencuba mendaki..


Tip & pesanan :
1. Bawak bekalan air yang mencukupi.. kat atas takde 7-e..
2. Jangan habiskan air kat atas.. sebab masa turun pun nak kena minum jugak..dahaga beb!
3. Jangan pakai pakaian yang tak sesuai.. ex: jeans & jaket dua tiga lapis.. kompen pengsan..
4. Jangan isap rokok.. merokok membahayakan kesihatan dan memancitkan.. hehe..

Sekian. Sekadar berkongsi..

1 comment:

PULAU LANGKAWI : Menjejak Lagenda Mencari Laksa

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada ta...