Bangkok, (Bahasa Thai: Krung Thep, Krung Thep Mahanakhon) adalah ibu kota dan bandar
terbesar Thailand. Bangkok terletak di sebelah timur tebing Sungai
Chao Phraya, berdekatan dengan Teluk Thailand. Bangkok merupakan sebuah
bandar yang progresif yang sedang pesat membangun dari segi ekonomi yang mampu
bersaing dengan Singapura dan Hong Kong. Bangkok juga merupakan
destinasi pelancongan yang popular di dunia.
Sejarah Bangkok bermula sebagai sebuah pusat perdagangan yang
kecil yang berada di bawah pengaruh Ayutthaya, ibu
kota Siam yang lama. Pada 1567, Ayutthaya jatuh
di tangan Burma sebuah ibu kota sementara ditubuhkan di seberang sungai dari
Bangkok. Pada tahun 1782, RajaRama I membina istananya di sungai tersebut
dan menjadikan Bangkok ibu kotanya, menamakannya "Krung Thep".
Muara sungai Chao Phraya dari atas flight..
Bangkok merupakan salah satu daripada 76 wilayah (changwat) di Thailand. Wilayah Bangkok dicipta pada tahun 1972 dengan
percantuman wilayah Bangkok yang lama,changwat Phra Nakhon, dengan wilayah
Thonburi. Bangkok terbahagi kepada 50 kawasan
pentadbiran (khet, dipanggil amphoe di wilayah-wilayah yang lain).- Wikipedia BM
Catatanku :
Trip penutup
tahun 2014 ni memang dah plan dari awal tahun bersama
kawan-kawan..Cuma destinasi jer baru ditetapkan
pada sekitar bulan Oktober.. bajet telah dikumpul sejak awal tahun..
Bangkok dipilih berdasarkan kos yang bersuaian dan banyak lokasi yang boleh
explore.. perancangan awal adalah dengan menaiki train
KL-Hatyai-Bangkok.. tapi memandangkan faktor masa perjalanan dan cuti tak berapa panjang, so aku cari
tiket flight pada tarikh yang kosnya tak berapa beza dengan naik train. Dapat tiket Airasia KUL-DMK (Dong Muang Airport, Bangkok) sehala dengan
kos RM176..
tiket balik dari DMK-Hat Yai RM122 dan Bas Hat Yai -KL RM50.. aku rasa
macam dah murah berbanding return tiket KUL-DMK-KUL. Keseluruhan trip dirancang untuk 5 hari
termasuk travel day.
Don Muang International Airport, Bangkok
1st Day (KLIA- Don Muang, Bangkok-Silom)
Berkumpul di KLIA2 untuk
flight jam 5.40pm dan selamat tiba Dong Muang International Airport, Bangkok pada 7.00pm
waktu tempatan (waktu Thai awal 1 jam dari
Malaysia). Disebabkan trip ni sangat bajet.. so segala kos sebolehnya
dijimatkan.. Hotel bajet aku booking melalui bookingroom.com di kawasan Silom.. dari airport ambik train di stesen Dong Muang untuk ke stesen
Hua Lampong dan tukar naik MRT terus ke hentian MRT Silom. Kat sini
terdapat tiga sistem pegangkutan utama iaitu keretapi, MRT (underground) dan BTS (skytrain) selain dari
bas, teksi dan tuk-tuk. Tambang keretapi Dong Muang-Hua Lampong THB5 (50 sen) dan MRT Hua Lampong-Silom THB18 (RM1.80). (Digalakkan ambik
peta laluan MRT & BTS untuk rujukan). Secara keseluruhan kitaorang
bergerak menggunakan MRT & BTS (2 jalur pengangkutatan
utama di kota Bangkok..mcm LRT & Monorel la kalau kat KL)
Stesen Keretapi Hua Lampong..
Dari hentian MRT, menapak ke Urban Age di Soi 6 Silom.. boleh tahan la
gak jauhnya.. aku pilih area Silom sebab kat sini banyak bajet hotel selain meriah diwaktu
malam.. tiap-tiap malam ada pasar malam disepanjang kaki lima kedai.. Silom juga
menjadi pilihan kepada backpackers untuk stay selain dari di Khao San.. mungkin
sebab dah dekat dengan kawasan hiburan malam di Soi Pat Pong.
Penginapan dorm type dengan kos RM22/pax/night... bila duk hotel bajet ni.. korang kena terima la hakikat bahawa itu adalah hotel bajet.. terima la segala kekurangan dengan seadanya..
Jalan Silom..
Urban Age..sesuai untuk backpackers..
Penginapan dorm type dengan kos RM22/pax/night... bila duk hotel bajet ni.. korang kena terima la hakikat bahawa itu adalah hotel bajet.. terima la segala kekurangan dengan seadanya..
Koc express..
Sosej halal...boleh beli kat 7E..
Hari Ke-2 ( Bangkok - Phra Nankong Si Ayutthaya )
Perancangan hari ke-2 ke
Ayutthaya.. sebab semalam dan kena pau kaw-kaw.. kami breakfast simple makan roti dengan sosej segera beli kat 7E.. then lepas makan terus menapak ke MRT Silom untuk ke Stesen Hua Lampong.. kalau nak ke Ayutthaya memang lebih senang naik train.. selain murah, kekerapan trip juga banyak.. ada 2 jenis train iaitu Rapid dan Express.. tiket express berharga THB20 (RM2 +)..
Aku beli tiket jam ETD 8.20am dan ikut tiket.. ETA adalah 9.39am (tapi jangan caya sangat). So lepas tanya kat information kaunter, kami pun tunggu kat platform seperti yang dibagitau.. sampai 8.30am.. train tak timbul2.. rupanya diberi info platform yang salah (hampeh punya information kaunter).. kami terlepas train express 8.20am.. terpaksa la naik train rapid jam 9.45am.. rugi masa sejam.. nasib baik tak payah beli tiket lain.
Satu masalah naik tren rapid ni.. tahap kelajuan laju sikit jer dari siput sedut.., selain kena behenti banyak kali untuk bagi laluan pada train express.. memang krem bontot la duk dalam koc tu.. dengan seat tegak 90 darjah.. tapi yang menariknya.. train ni macam pasar.. kejap-kejap ada makcik datang bawak barang-barang jualan (makanan & air).. meriah la jugak.. tapi lama-lama jadi boring.. asyik-asyik makcik sama je duk ulang-ulang... tapi inilah namanya pengalaman.. nostalgic macam naik train belah Gua Musang dulu-dulu tu..
Tiba di stesen Ayutthaya jam 1.00pm.. bayangkan berapa lama duk dalam train. Bila turun kat stesen Ayutthaya.. terdapat ramai pemandu tuk-tuk akan offer untuk kita ambik perkhidmatan diorang untuk tour kompleks candi Ayutthaya.. tapi aku dah plan nak kayuh besikal jer jelajah pulau ni.. kami cross jalan depan stesen keretapi tu ke jeti bot untuk menyeberangi sungai ke pulau Ayutthaya..tambang bot THB5 (50sen) sorang. Secara geografinya Kompleks Candi Ayutthaya adalah sebuah kawasan yang dikelilingi aliran Sungai Chao Phraya yang membentuk seperti sebuah pulau..
Sampai je kat seberang.. memang banyak kedai yang menawarkan perkhidmatan sewa basikal dan motosikal.. kos sewaan sebuah basikal THB40 (RM4+) sehari. So korang boleh menjelajah kompleks candi selagi larat.. Tempat sewa basikal tu juga akan bekalkan peta kompleks candi dan akan suggest tempat-tempat korang patut lawat. siap lukis peta laluan lagi kat map tu..
Ayutthaya (nama lengkap Phra Nakhon Si Ayutthaya) merupakan
satu wilayah di tengah Thailand. Antara wilayah yang berhampiran ialah Ang
Thong, Lop Buri, Saraburi, Pathum Thani, Nonthaburi, Nakhon
Pathom dan Suphan Buri. Ayutthaya pernah
menjadi ibu negara Thailand / Siam dari 1350 hingga
serangan tentera Burma pada 1767. Sejarah Thailand merujuk
zaman ini sebagai Kerajaan Ayutthaya. Terdapat kesan-kesan istana purba di Taman
Sejarah Ayutthaya yang diktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.
Wilayah ini juga menjadi lokasi kompleks istana musim panas Bang Pa-in.
Dah dapat basikal masing-masing.. Kami memulakan kayuhan Le Tour de Ayutthaya dari jeti terus ke Wat Maha Tat.. kompleks candi besar dengan binaan struktur batu bata yang disusun cantik.. tiket masuk ke THB50 (RM5).. tempat ni terkenal dengan ikon Buddha Head yang menjadi tarikan utama.. patung kepala buddha dicelah-celah akar pokok bodhi.. seterusnya berkayuh Wat Yannasen dan Wat Thammikarat.. kat sini ada segerombolan patung ayam jantan diletakkan di sekitar wat. Mungkin sebagai simbol penghormatan ataupun lambang kekuatan..ntah la..
Kemudian meneruskan misi kayuhan ke Wat Na Phra Men dan Wat Tum.. sebenarnya banyak tempat yang disuggest.. tapi memandangkan kami berbasikal pada waktu tengahari.. memang rasa nak pengsan la.. tu pun skip-skip tempat.. Bila dah sampai Wat Tum tu kira dah kat tengah-tengah kompleks.. dan suku pulau telah dijelajah..
Kami berhenti makan kat satu gerai muslim tepi jalan depan Wat Tum.. tepi tempat parking.. makcik ni jual nasi campur dengan kepak ayam panggang.. masa sampai tu kedai dah nak tutup sebab makcik tu tengah kemas-kemas.. dah dekat kul 4.00pm.. mungkin kesian tengok kami yang muka kebuluran.. makcik tu siapkan kerabu somtam dan kepak ayam serta saki lauk yang ada.. wehuiiii.. melantak tak ingat la masing-masing.. sayangg makcikk...
Lepas makan, berkayuh pula ke Elephant Kraal.. kat tempat ni korang boleh bergambar dengan anak gajah (THB40 /RM4 +) dan juga naik gajah pusing area elephant kraal tu.. (THB400 /RM40 /pax). Aku difahamkan kat sini juga diorang adakan elephant show.. tapi time kami sampai tu takde apa pun.. mungkin sampai salah time kot.. lepas bermesra-mesra dengan gajah.. berkayuh pula ke Wat Phra Ram dan melengkapkan pusingan kembali ke Wat Maha Tat..
Secara keselurahannya kami hanya menjelajah separuh pulau aje..banyak lagi tempat-tempat yang tak sempat nak singgah disebabkan faktor masa dan tenaga.. lagi satu.. sebab lama tak kayuh basikal.. kremm bontot sebab dapat basikal yang pelananya (saddle) tak berapa ergonomik.. kira tak suit bontot la.. haha..
Hampir jam 5.00pm kami ke jeti untuk hantar basikal dan ambil pakej Ayutthaya Sunset Tour.. melihat pemandangan matahari terbenam sambil menaiki bot.. kos 1 bot THB800 (RM80 +) untuk tempoh 2 jam.. sepanjang tour tu akan akan stop kat 3 wat disepanjang sungai yang mengelilingi pulau Ayutthaya tu.. nama wat aku tak ingat sangat.. tapi sebab dah petang.. kami hanya stop kat kuil 1st yang menempatkan patung giant buddha.. yang lain passing by jer.. sambil feeling-feeling tengok view matahari terbenam yang cantik berlatarbelakangkan kuil-kuil lama..
Tiket train ke Ayuttahaya...
Train ke Ayuttahaya
Platform tempat kami salah tunggu.. Ayuttahaya sila ke platform No.8 ye..
Aku beli tiket jam ETD 8.20am dan ikut tiket.. ETA adalah 9.39am (tapi jangan caya sangat). So lepas tanya kat information kaunter, kami pun tunggu kat platform seperti yang dibagitau.. sampai 8.30am.. train tak timbul2.. rupanya diberi info platform yang salah (hampeh punya information kaunter).. kami terlepas train express 8.20am.. terpaksa la naik train rapid jam 9.45am.. rugi masa sejam.. nasib baik tak payah beli tiket lain.
View sepanjang jalan..
Bang Sue Junction.. stop tunggu train express lalu... lama gile..
Makcik jual makanan...
landasan menuju Ayutthaya
Uncle ni pun dah lena...lama sangat naik train..
Tiba di stesen Ayutthaya jam 1.00pm.. bayangkan berapa lama duk dalam train. Bila turun kat stesen Ayutthaya.. terdapat ramai pemandu tuk-tuk akan offer untuk kita ambik perkhidmatan diorang untuk tour kompleks candi Ayutthaya.. tapi aku dah plan nak kayuh besikal jer jelajah pulau ni.. kami cross jalan depan stesen keretapi tu ke jeti bot untuk menyeberangi sungai ke pulau Ayutthaya..tambang bot THB5 (50sen) sorang. Secara geografinya Kompleks Candi Ayutthaya adalah sebuah kawasan yang dikelilingi aliran Sungai Chao Phraya yang membentuk seperti sebuah pulau..
Bot untuk cross sungai ke pulau..
Peta jelajah pulau dan laluan yang disuggest oleh tokey basikal..
7.30pm tu time kena pulangkan basikal..
Wat Maha Tat dari luar..
Basikal aku kaler merah...di Wat Yannasen
Wat Maha Tat
Buddha Head di Wat Maha Tat..
Dah dapat basikal masing-masing.. Kami memulakan kayuhan Le Tour de Ayutthaya dari jeti terus ke Wat Maha Tat.. kompleks candi besar dengan binaan struktur batu bata yang disusun cantik.. tiket masuk ke THB50 (RM5).. tempat ni terkenal dengan ikon Buddha Head yang menjadi tarikan utama.. patung kepala buddha dicelah-celah akar pokok bodhi.. seterusnya berkayuh Wat Yannasen dan Wat Thammikarat.. kat sini ada segerombolan patung ayam jantan diletakkan di sekitar wat. Mungkin sebagai simbol penghormatan ataupun lambang kekuatan..ntah la..
Wat Thammikarat..
Wat ayam jantan di Thammikarat
Relik-relik purba..
Wat Phra Men.. bayaran masuk THB30..
Menu luch dan orang-orang kelaparan..
Baby elephant di Elephant Kraal.. boleh bergambar dengan beliau..
Bapak Gajah...yang ni memang besar... kaler pun cerah.. mungkinkah beliau ini gajah putih...
Lepas makan, berkayuh pula ke Elephant Kraal.. kat tempat ni korang boleh bergambar dengan anak gajah (THB40 /RM4 +) dan juga naik gajah pusing area elephant kraal tu.. (THB400 /RM40 /pax). Aku difahamkan kat sini juga diorang adakan elephant show.. tapi time kami sampai tu takde apa pun.. mungkin sampai salah time kot.. lepas bermesra-mesra dengan gajah.. berkayuh pula ke Wat Phra Ram dan melengkapkan pusingan kembali ke Wat Maha Tat..
Penjinak gajah...
Baby tengah menyusu... pasal dia ni la aku langgar tiang sebab lari masa dia menonong datang kat aku.. mata tengok gajah sambil lari (sila bayangkan).. memang diorang tak ikat anak gajah ni..
Makanan gajah untuk dibeli kalau berminat nak bagi makan gajah..
Sedang diberi makan..
Kawasan elephant kraal ni jadi laluan untuk gajah bawa pelancong..
Gajah-gajah juga boleh di ajak race...
Secara keselurahannya kami hanya menjelajah separuh pulau aje..banyak lagi tempat-tempat yang tak sempat nak singgah disebabkan faktor masa dan tenaga.. lagi satu.. sebab lama tak kayuh basikal.. kremm bontot sebab dapat basikal yang pelananya (saddle) tak berapa ergonomik.. kira tak suit bontot la.. haha..
Bot untuk sunset tour
Restoren atas kapal untuk makan sambil tour sungai..
View di sepanjang sunset tour..
Pengunjung wat sedang berdoa..
Kat sungai depan wat ni banyak gile ikan patin...tak tau kenapa takde orang tangkap..siap ada mesin jual makanan ikan kat jeti depan wat.. sapa tangkap kena sumpahan kot..huhu
Irrawady Red tail Catfish yang di awet..
Hampir jam 5.00pm kami ke jeti untuk hantar basikal dan ambil pakej Ayutthaya Sunset Tour.. melihat pemandangan matahari terbenam sambil menaiki bot.. kos 1 bot THB800 (RM80 +) untuk tempoh 2 jam.. sepanjang tour tu akan akan stop kat 3 wat disepanjang sungai yang mengelilingi pulau Ayutthaya tu.. nama wat aku tak ingat sangat.. tapi sebab dah petang.. kami hanya stop kat kuil 1st yang menempatkan patung giant buddha.. yang lain passing by jer.. sambil feeling-feeling tengok view matahari terbenam yang cantik berlatarbelakangkan kuil-kuil lama..
Sunset view di Wat Chaiwatthanaram
Salah sebuah masjid yang terdapat di Ayutthaya
Bot yang membawa pelancong untuk sunset tour..
Budak-budak mandi sungai...nak kena sebat ni...
Istana rehat Queen.. tapi mengikut kata pemandu bot aku tu..last queen datang sini 4 tahun lepas..lama tuu..
Hentian keretapi Ayutthaya
Ayutthaya Sunset Tour tamat jam 6.30pm sebelum kami bergegas ke stesen keretapi untuk balik ke Bangkok dengan train jam 7.45pm dan tiba di Hua Lampong sekitar jam 9.00pm.. Lepas rehat dan bermandi mandi.. keluar dinner di kedai Dubai Arab Food.. sebab dah letih menjelajah Ayutthaya.. kami naik BTS dari Sala Daeng ke Chong Nongsi untuk ke restoren ni yang terletak berhampiran Hotel Pullman Silom dan kawasan little india.. Menu dinner nasi baryani ayam dan Roti Nan Cheese.. tapi kedai harga agak mahal.. kos makan untuk 6 orang sekitar RM200.. haaaa ambekk kau.. Lepas makan.. meronda di night market sepanjang jalan Silom sebelum balik tido..zzzz..
Sekian catatan untuk Siri 1... bersambung di Siri 2. Klik (Damneon Saduak Floating Market - Chatucak Weekend Market - Hat Yai..)
Adiosss...
No comments:
Post a Comment