Hari ke-3 ( Victory Monument – Damneon Saduak Floating Market )
Lepas breakfast, kami
check out untuk ke Damneon
Saduak Floating Market di Ratchaburi.. Damneon
Saduak merupakan salah satu dari beberapa floating market yang terdapat di Bangkok. Terletak lebih kurang 100km di
luar kota Bangkok..Selain dari Damneon Saduak, juga terdapat juga pasar seperti Amphawa dan Chao Phraya di Ratchaburi..kitaorang plan ke Damneon Saduak
kerana difahamkan waktu operasi dari 7.00am-4.00pm. Dari hotel kami naik BTS
di Sala Daeng dan tukar ke laluan ke Mo Chit di stesen Siam
Square. Turun di stesen Victory Monument untuk mendapatkan Van ke
Ratchaburi. Depan
bulatan Victory Monument tu ada stesen minivan di sebelah kanan berhadapan 7-Eleven.
Victory Monument
Memandangkan mula-mula tu kami agak melilau-lilau nak mencari
van. Perjalanan kami agak lewat.. bertolak jam 11.25am dengan melalui beberapa
wilayah Ratchaburi, perjalanan memakan masa 2 jam sebelum tiba di Samut
Sogkhram. Kos tiket Van adalah THB100/pax (RM10.00). . Pastikan korang bagitau kat driver van pasar mana yang korang nak
pegi sebab driver ni kalau boleh dia nak hantar tempat paling dekat jer.. cabaran untuk sampai ke sini agar
besar kalau dapat driver van yang tak faham bahasa.
Van yang kami naiki drop kitaorang kat satu pangkalan bot sewa khas untuk bawa pelancong ke floating market (terdapat beberapa pengkalan bot di sini dan driver mungkin dah ada perjanjian dengan pengusaha tertentu tempat dia drop penumpang tu). Pengusaha bot ni akan offer untuk bawa korang naik bot mereka ( THB800/bot untuk tempoh 1 ½ jam), aku dibagitau yang van/teksi bawa pelancong tak dibenarkan masuk terus ke floating market (mungkin dah ditetapkan begitu untuk bantu pengusaha2 bot ni).. Tapi, dia cakap boleh je kalau nak jalan kaki...jaraknya 10KM.. perghh!!
Stesen Minivan di Victory Monument..
Van yang kami naiki drop kitaorang kat satu pangkalan bot sewa khas untuk bawa pelancong ke floating market (terdapat beberapa pengkalan bot di sini dan driver mungkin dah ada perjanjian dengan pengusaha tertentu tempat dia drop penumpang tu). Pengusaha bot ni akan offer untuk bawa korang naik bot mereka ( THB800/bot untuk tempoh 1 ½ jam), aku dibagitau yang van/teksi bawa pelancong tak dibenarkan masuk terus ke floating market (mungkin dah ditetapkan begitu untuk bantu pengusaha2 bot ni).. Tapi, dia cakap boleh je kalau nak jalan kaki...jaraknya 10KM.. perghh!!
(sebelum
naik Tuk-Tuk)
Setelah
bertenang seketika dan mengira bajet, kami decide untuk berjalan
kaki..kalau ikut google maps dalam 2.7km je.. takde la sampai 10km.. so, masing-masing menapak..(malang gak bagi kami sebab van tu stop kat pengkalan yang
jauh.. ada je pengkalan yang dekat sikit dengan pasar.. sambil menapak tu..aku try tahan
teksi..tapi driver teksi pun cakap sama.. tak dibenarkan masuk ke pasar..
So, gigih la menapak..(baru la nampak mcm backpackers sejati..huhu..) setelah menapak beberapa ratus meter, nasib baik ada penyelamat datang bawak tuk-tuk.. uncle tu cakap boleh hantar.. yahuuuiii....(melompat gumbira kejap).. sebab dah berpeluh bontot berjalan. Uncle tu gamble angkut kitaorg ramai-ramai sekaligus dengan tuk-tuk motosikalnya.. (dah macam naik motosikal sarkis pulak rasanya..) uncle ni rilek je bawak masuk kg..mungkin beliau ada imuniti untuk masuk ke dalam pasar tu..tak pun dia ketua kg tu..haha..
satu tuk-tuk naik 6 orang.. dah mcm sarkis.. kann??
So, gigih la menapak..(baru la nampak mcm backpackers sejati..huhu..) setelah menapak beberapa ratus meter, nasib baik ada penyelamat datang bawak tuk-tuk.. uncle tu cakap boleh hantar.. yahuuuiii....(melompat gumbira kejap).. sebab dah berpeluh bontot berjalan. Uncle tu gamble angkut kitaorg ramai-ramai sekaligus dengan tuk-tuk motosikalnya.. (dah macam naik motosikal sarkis pulak rasanya..) uncle ni rilek je bawak masuk kg..mungkin beliau ada imuniti untuk masuk ke dalam pasar tu..tak pun dia ketua kg tu..haha..
Pintu gerbang masuk ke pasar..
tokey sampan yang baik..
Para peniaga Damneon Saduak Floating Market
Lebih
kurang 10 minit naik tuk-tuk, uncle tu bawa ke pengkalan sampan la pulakk…sama
jerr..huhu...(kos tuk-tuk THB20/pax). Pengkalan
ni dah dekat dengan pasar sebenarnya.. Pakej
untuk bersampan selama 2 jam di floating market THB500 /sampan.. lebih
berbaloi dan tenang berbanding bot berenjin.. Auntie tokey sampan tu pun sangat
mesra.. siap bagi jambu potong cecah asam lagi untuk kami makan-makan dalam
sampan..
Kapten sampan kitaorang..
Laluan bot & sampan ke pasar..
Maka bersampanlah ke floating market melalui rumah-rumah dipinggir terusan tu,
menurut kata uncle tu(dlm bahasa Thai)..macamlah aku faham.. floating market meriah bermula awal
pagi hingga jam 1.00pm.. masa kami sampai tu dah lengang sebab dah dekat
3.00pm.. pasar
sebelah atas kebanyakkan dah tutup.. tapi masih ada penjual-penjual bersampan
yang menjual makanan dan buah-buahan.. juga sebahagian kedai yang menjual barangan
perhiasan, cenderamata dan pakaian..
So, waktu pagi memang sesak sebab selain jualan cenderamata, ada juga jualan keperluan harian seperti sayur-sayuran dan barang-barang dapur.. selain tu ianya penuh dengan bot dan sampan yang membawa pelancong... memang jemmlahh...
Suasana Damneon Saduak Floating Market di waktu pagi.. sesak amat..
Sumber: Google Images
So, waktu pagi memang sesak sebab selain jualan cenderamata, ada juga jualan keperluan harian seperti sayur-sayuran dan barang-barang dapur.. selain tu ianya penuh dengan bot dan sampan yang membawa pelancong... memang jemmlahh...
tokey kedai sedang mempromosi jualan.. nak beli barang-barang kat sini semua kena tawar menawar..sebab kalau boleh barang satu kedai tu dia nak jual kat korang..
Dia datanggg....
Makcik penjual buah jambu madu bersampan..
makcik tengah potong mangga..
Menu luch..mangga siam..
sourvenir..figura peniaga bersampan..
Dayungan balik ke pengkalan sampan..sebab aku pakai pendayung
dia.. pakcik tu kayuh pakai pinggan plastik.
(sebenarnya dia sedang balancekan sampan..sebab aku dayung
melelong kiri kanan..huhu)
Kat sini baru aku faham kenapa
diorang beria-iya suruh naik bot.. sebab memang
kedai-kedainya hanya boleh diakses dengan bot saja.. kalau kedai atas tu
agak limited la kita nak jalan.. satu lagi.. dah datang jauh-jauh..elok la rasa
pengalaman naik sampan.. tamat tour floating market .. kami bergerak balik ke
Bangkok (tokey sampan tolong call uncle tuk-tuk
tu untuk hantar ke stesen van). Selamat tiba di hentian
Victory Monument sekitar jam 7.00pm.. dan kami ambik BTS ke Mo Chit di kawasan
Chatucak. Dari stesen
BTS Mo Chit, menapak ke Hotel G9..belakang
depoh BTS. Walk in je.. ambik bilik triple
THB1500/room.
G9 Hotel Chatuchak
pemandu tuk-tuk yang hampehh..kena pauu!.
Tujuan stay sini sebab esoknya nak ke Chatucak Weekend Market. Dinner meggi cup dengan roti jer.. lepas rehat dan mandi manda..keluar ke Chatucak Night Market.. pasar malam ni ada weekend jer.. dari hotel ambik tuk-tuk untuk ke kawasan Chatucak.. nasib tak baik kena pau dengan pemandu tuk-tuk..masa nak naik tu dia cakap THB50 satu tuk-tuk. .dah sampai ke pasar mintak THB50 sorang..satu tuk-tuk naik 3 org jadi THB150 (RM15.00+)..hampehh betul. Balik kami naik teksi jer..tambang ikut meter baru THB40 (RM4.00)..
suasana pasar malam yang penuh sesak..
peniaga minuman panas & sejuk..
Hari ke-4 ( Chatuchak Weekend Market – Hat Yai )
Chatuchak (atau Jatujak; Thai: จตุจักร) juga
di kenali sebagai J.J Market merupakan pasar minggu terbesar di Thailand
meliputi kawasan seluas 3.5 ekar (1.13 km2 ) menempatkan
lebih kurang 8,000 kedai dan gerai jualan. Ianya dibuka setiap hari,
tetapi terdapat sesetegah gerai jualan yang hanya dibuka pada Sabtu dan Ahad
sahaja. Kompleks pasar dibahagikan kepada 27 Seksyen (rujuk peta) meliputi ;
·
Pakaian dan Aksesori (sections 2-6, 10-26)
·
Kraftangan (sections 8-11)
·
Seramik (sections 11, 13, 15, 17, 19, 25)
·
Perabot dan Perhiasan Rumah (sections 1,3,4,7,8)
·
Makanan dan Minuman (sections 2, 3, 4, 23, 24, 26, 27)
·
Pokok Hiasan dan Peralatan
Perkebunan (sections 3, 4)
·
Seni dan Galeri (section 7)
·
Haiwan Peliharaan dan Aksesori (sections 8, 9, 11, 13)
·
Buku (sections 1,
27)
·
Antik dan Koleksi (sections 1, 26)
·
Pakaian Terpakai dan Lain-lain (sections 2, 3, 4, 5, 6, 22, 25, 26)
kat sini banyak peniaga buah potong..
makanan dan kudapan ala Thai..
strawberry in cup..
Pagi-pagi kitaorang gerak ke
pasar Chatuchak.. kali ni naik teksi turun kat Gate 3. Kalau
dari Stesen BTS Mo Chit tu korang boleh masuk ikut Gate 2 sebelah Chatucak Park.
Makan breakfast menu nasi kuning kat salah satu kedai muslim dalam tu. Memandangkan masing-masing ada agenda
shopping.. kami jalan cari barang sendiri-sendiri.. Secara keseluruhan aku tak
sempat jalan keseluruhan pasar pun..
mungkin sesuku bahagian pasar jer yang dijelajah (kena datang lagi ni..huhu..). Kebanyakkannya tengok kedai pakaian dan kasut bundle.. memang rambang mata la
kalau jalan kat sini.. semua benda dijual harga berpatutan dan mampu milik.. tapi
mostly kalau yang jenama branded tu sah-sah la yang tiruan.. kecuali
barang-barang bundle..boleh dapat yang genuine..
Nasi kuning kari ayam...menu breakfast
ni tulisan Abe Zaki..dia bagitau mana tempat nak cari makan..
Dapat la sepasang kasut Nike kat
kedai bundle Abang Zaki (beliau orang Patani.. buleh kecek Kelate).
Abe Zaki bagitau kalau datang Bangkok dan senang nak cari makan.. dia suggest stay
kat area Petchaburi..ramai komuniti muslim duk
sana dan dekat dengan masjid. So, kalau korang sesat kat Chatuchak..boleh la cari kedai
Abe Zaki ex-footballers..pernah main dengan kelab
kat Siam & Kelantan...tanya
budak-budak kedai kasut bundle mesti kenal beliau (dekat Gate 3)
pasar dah mula sesak waktu tengahari..
Vintage Chevrolet Trucks..
Pengunjung mula sesak bila dah
waktu tengahari..dengan kemeriahan peniaga dan pengunjung.. nak jalan pun payah.
Memandangkan hari ni last day kat Bangkok.. kitaorang tak leh merayap lelama di Chatuchak.. kami gerak balik ke hotel jam 2.00pm untuk kemas barang sebab nak kejar
flight kul 6.25pm ke Hat Yai.
menu ice blend yang menarik..
Banana Oreo, Mango & Apple Yogurt..
Roti bakar sedap..
Untuk ke airport dari Chatuchak..ambik
MRT ke stesen Bang Sue dan tukar naik train ke Dong Mueng.. flight selamat berlepas dan landing di Hat Yai International Airport
jam 8.00pm. Kami terus ambik teksi ke hotel Meridien Hat Yai (booking melalui Agoda.com, bilik
triple RM 106/night). Aktiviti malam hanyalah keluar dinner kat kedai
tomyam berdekatan HatYai Park..tak dpt nak jalan jauh sebab hujan lebat tak
berhenti-henti sejak dari airport lagi..
Bang Sue Junction..
beli tiket train Bang Sue - Dong Muang..
Hari ke-5 ( Hat Yai - Puduraya )
Cuaca Hat Yai sama
macam semalam..tak berubah dengan mendung dan hujan.. aktiviti di Hat Yai sama
macam trip sudah-sudah (rujuk entry lepas).. untuk kesekian kalinya ke Hat Yai
Plaza Market.. breakfast kat foodcourt.. beli barang barang sikit-sikit. Balik
hotel packing barang dan checkout.. ambil tuk-tuk terus ke tempat agen tiket Hat Yai Inter Top Tour tak jauh dari Hat Yai
Station.. (tiket
bas Hat Yai-KL RM50.00). Aku suggest kalau korang nak balik naik
bas..elok je beli kat sini sebab owner dia Melayu Thai. Ada kemudahan bilik mandi, surau dan wiFi.. kat sebelah tu ada
kedai makan dan roti canai..
Lunch kat sebelah tempat tunggu bas..sedap!
bazar karat dalam Lee Garden Plaza..
Bubble tea di Lee Garden Plaza..
Sementara tunggu bas
kul 7.00pm..jalan-jalan tengok gerai jualan hingga ke Lee Garden Plaza.. lepak minum teh tarik, sempat urut kaki yang krem dan balik ke tempat tunggu bas.. Bas bertolak jam 7.30pm.. Berhenti di
sempadan untuk cop passport dan meneruskan perjalanan ke KL.. bas ni stop kat stesen
minyak jer untuk penumpang ke toilet.. takde berhenti makan-makan pun..so elok
beli bekal makanan siap-siap..perjalanan lancar dan selamat tiba di depan
Maybank Puduraya jam 5.00 am keesokkannya..
Inter Top Tour Hat Yai..tempat naik bas..
Hat Yai hujan sepanjang hari..
(masa ni Kelantan dah banjir) #pray4pantaitimur
Hari ke-6 (Puduraya-Putrajaya)
Masing-masing berpecah kat sini.. lepas breakfast kat UTC Pudu..aku ambik LRT balik rumah untuk sambung tido...zzzzzZZZzz..
Secara keseluruhan..trip berjalan dengan lancar walaupun ada ruang-ruang masa yang membazir sebab tak tau hala tuju.. dan untuk trip ni kitaorang tak sempat nak ke shopping-shopping kompleks yang famous di Bangkok sebab mejelajah ke luar kota Bangkok dua hari berturut-turut.. Mungkin kena datang lain kali untuk jelajah shopping kompleks jer..(kalau banyak duit la..). Apapun..trip kali ni suksess dan memberi satu pengalaman baru kat semua ahli rombongan... Jomm plan ke tempat lainn lakk.. sapa nak ikut angkat tangann..!!
-TAMAT-
Sekian..Sekadar Berkongsi..
#kesimpulan : Gadis sampan tak jumpa sebab ramai makcik-makcik yang meniaga di Floating Market..
BAJET :*
Flight KL - BKK - RM 176.00
Flight BKK- HatYai - RM 122.00
Bas HatYai- KL -RM 50.00
Penginapan /pax -RM 130.00
Makan2 -RM 80.00
Jalan2 -RM 80.00
TOTAL =RM 638.00
*Nota:
Makan2 dan Jalan2 anggaran secara kasar untuk 4 hari..
Penginapan secara bilik share triple di hotel2 berlainan
No comments:
Post a Comment