Ao
Nang adalah titik
tengah wilayah pantai Krabi, Thailand. Pekan ini terdiri daripada jalan utama,
yang dikuasai oleh restoran, pub, kedai-kedai dan perniagaan lain yang
bertujuan untuk pelancong. Pantai yang utama digunakan oleh sunbathers,
terdapat sejumlah besar bot longtail yang menawarkan akses kepada pantai-pantai
lain di tanah besar dan di pulau-pulau berdekatan. Ao Nang terletak di atas
peta perjalanan backpackers, ramai
daripada mereka yang datang untuk mendaki struktur Karst di Krabi yang
unik yang ditawarkan secara meluas melalui pusat di Ao Nang, kebanyakan tempat
mendaki adalah pantai di Railay, Tonsai dan Phra Nang. Pantai utama di Ao Nang adalah tempat berlepas untuk bot
ke beberapa tempat, termasuk resort yang berdekatan Railay (atau Rai Leh), yang
tidak boleh diakses melalui jalan raya, Pulau Poda dan Pulau Ayam ~ Wiki
Kedai-kedai cenderamata di Ao Nang
speedboat at Tup Island
Catatanku :
Aku namakan percutian kali ni sebagai Trip Kengkawan sebab pergi dengan kawan-kawan
seramai 5 orang.. Trip ni ala-ala backpackers la konon.. tapi ke Krabi je pun..
nak buat macamana..kitaorang bukan boleh cuti lelama pun macam backpackers mat
saleh tu.. depa sekali jalan dua tiga bulan.. kalau aku buat macam tu.. alamatnya
tak makan laa.. Trip ni asalnya dirancang untuk ke
Bangkok menaiki keretapi.. tapi memandangkan hari kami sampai ke Hat Yai untuk
transit ke Bangkok tu tengah bergolak dengan tunjuk perasaan menetang kerajaan..
so, kami tukar haluan ke Krabi.
1St
Day : KL – Hatyai by Train
Untuk
trip ni bermakna kali ke-2 aku ke Krabi.. yang 1st
rujuk entry Hat Yai & Krabi.. aku stay kat Hat Yai then
ambil pakej ke Krabi.. (balik hari..), tapi kali ni terus ke Krabi.. seperti
biasa, perjalanan bermula dari Stesen Sentral Kuala Lumpur menaiki keretapi ..Tiket KL-Hatyai (Bed) dengan harga RM60.00.
Bertolak pada jam 9.15pm dan tiba di Hat Yai jam 10.00am keesokkannya.
Hat Yai Junction.. stesen keretapi Hat Yai
Menunjukkan sokongan dengan menaiki pickup beramai-ramai..
Dari
Hat Yai kami ambil tiket Van untuk ke Krabi dari tour agen berdekatan Hat Yai
Station dengan kos RM17/pax (kalau korang terus ke hentian Van.. tiket ke Krabi
RM13.00 je). Kami dihantar ke hentian van menaiki tuk-tuk oleh agen. Van bergerak pada jam 2.15pm dan perjalanan ke
Krabi mengambil masa 5 jam.. Van ni berhenti di beberapa station untuk ambil
dan turunkan penumpang dan sekali untuk makan. Sempat la tido beberapa round. Tiba
di Krabi pada jam 7.00 malam.. terus cari hotel secara walk in je.. takde booking-booking pun.. ada beberapa hotel di
sekitar Krabi Town ni yang affordable.. kena pandai cari.. dari tempat van
drop, kitaorang menapak ke Thai Hotel yang berdekatan.. tu pun tanya orang
dan aku dah survey dalam Google Maps. (Digalakkan
beli simpack internet telco Thai utk online dan kalau sampai awal korang boleh
terus ke Ao Nang sebab kat sana lagi banyak bajet hotel).
Hentian Van untuk Ke Trang/Krabi/Phuket
Krabi Custom House
Kami
menginap di Thai Hotel dengan kos RM70/night tanpa
breakfast untuk 3 malam, kira murah la bila share.. bilik standard dan
selesa.. Masa check in tu, kat lobi ada agen untuk Krabi Tour.. kami booking
siap-siap aktiviti untuk esoknya. Pakej
‘4 Island Hopping’ dengan kos RM45/pax (Long
Tail Boat). Speedboat kalau tak silap aku dalam RM80/pax. Dari hotel, keluar mencari makan malam
berhampiran Chaofah Park.. ada beberapa stall muslim tepi sungai berhampiran Krabi
Custom House. Dinner kami makan simple2 aje..nasi goreng dan mee goreng
seafood.. lepas makan balik tido kepenatan sebab dah sehari semalam dalam
perjalanan.
4 Island Hopping bersama Hj.Harun
Boatman..
Hari ke-2 : Four
Island Hopping
Agen
tour datang pickup kat hotel jam 8 pagi.. selain dari kitaorang ada beberapa
pelancong luar dan satu grup chinese auntie dari Penang..dengan menaiki lori teongsew
kami dibawa ke jeti dai Ao Nang Beach untuk combine dengan grup-grup lain dalam satu
bot.
..
..
Sesi menahan nafas sebelum snokelling..kurus kann??
Poda Island view from boat..
Pakej dari Barracudas Tour bermula jam 9.00am
– 4.00pm.. semua pakej tour pulau bermula dari pantai Ao Nang. Aturcara tour 4
Island Hopping adalah seperti berikut ;-
Tup Island (Snorkeling and Exploring), Chicken Island
(Snorkeling), Poda Island (Relaxing, Swimming and picnic lunch), Phranang Cave
Beach (Relaxing and Swimming).. Aturcara sama je dengan trip pertama aku dulu..
(baca disini).
Snokelling session with tiger barb..
Mr.Jojo & Indah..
Kami
bernasib baik sebab dapat tourguide melayu muslim Thai.. Haji
Harun (fb name: Jojo Krabi).. dia ni ex-international student Universiti
Islam Antarabangsa(UIA)..memang terbaik la services dari beliau ni.. macam2
cerita boleh share.. yang menariknya beliau juga merupakan Imam II masjid pekan
Ao Nang.
Chicken Island...
Speeding boat vs Catamaran..
Karts structure...view from Poda Island
Tamat Island hopping jam 4.00pm dan
dihantar balik ke hotel. Waktu petang semua tido sebab penat seharian
bersnokelling.. Malamnya keluar ke pasar malam berhampiran dengan hotel..jarak
jalan kaki je..boleh tanya orang sekitar arah ke pasar malam. Pasar malam Krabi memang ada setiap hari..macam2 benda boleh cari.. ada stall jual makanan
halal (tengok logo halal/ makcik penjual).. dan yang
agak menarik adalah nasi kuning dan beberapa kuih tempatan yang jarang kita
tengok ..kami tapau je balik makan kat bilik..sebab balik pun dah lewat
malam..lepas makan terus landing sampai pagi..
Hari ke-3: Krabi
Scooter & Kapcai Rides
Hari
ketiga kami sewa motosikal skuter & kapcai untuk meronda Krabi..bikers
kental la kononnya.. kadar sewaan adalah RM15.00-20.00/day bergantung pada jenis motosikal.
Untuk sewaan perlu mencagarkan satu
passport, yang menariknya motosikal diberikan dengan minyak full tank..tapi
syaratnya masa hantar kena bagi balik fulltank..so, takde la bila ambik
motorsikal tu baru nak mengagau cari petrol pump.(kalau kat Malaysia, sewa apa-apa kenderaanpun.. meter minyak sure ‘E’....kannnn??).
Destinasi pertama
adalah Tiger Cave Temple (Wat Tham Sua), ia merupakan sebuah kuil Budha yang terletak di atas
puncak bukit dengan ketinggian 2,000 dan mempunyai 1,272 anak tangga yang perlu
dipanjat untuk sampai ke arca patung budha emas di puncak bukit. Cari lokasi
guna google maps aje..lebih kurang 20minit dari pekan Krabi.. hajat dihati
memang nak naik sampai atas..tapi tak kesampaian sebab dah bergaduh dengan
monyet-monyet liar kat tangga Wat..(garang siot
monyet2 kat sini).
Wat Tham Sua nun di puncak bukit..
Tangga tempat nak memulakan pendakian...sblm diterkam monyet liar..
Wat Tham Sua
Meneruskan perjalanan ke Ao
Nang Beach.. ride santai-santai sambil tengok suasana kampung dan
berhenti untuk lunch kat satu kedai muslim di Ao Nang (depan masjid). Dalam
perjalanan balik dari Ao Nang ke pekan Krabi, singgah di Krabi Kart Speedway, Wat
Sai Thai dan Dataran Krabi ..kat dataran ni korang boleh naik bot untuk
river tour.. Malamnya mencari restoren
tomyam sekitar pekan Krabi untuk dinner..namapak satu kedai yang agak meriah
dengan logo halal..so malam tu kami menjamu selera dengan siakap stim, tomyam
campur, udang tepung, somtam dan kerabu mangga.. lepas makan terus balik
kekenyangan..
Krabi Technical College...dulu konon2 ofis nak buat lawatan ke sini..
Masjid yang cantik..sebelum sampai ke Ao Nang beach..
Hari ke-4: Krabi
– Hat Yai
Pagi
hari ke 4, aku sempat ride sensorang ke Maharaj
Market di pekan Krabi..ia pasar
besar bagi Krabi, terdapat berbagai section jualan.. dari barangan runcit
hingga barangan basah untuk keperluan harian..tujuan aku ialah section
makanan..saja menjamu mata.. ada section makanan halal yang menjual makanan dan
kuih muih tempatan yang agak unik dan menarik.. lepas breakfast roti canai
depan hotel.. kami menunggang ke Tesco Lotus (mcm kat Malaysia tade Tesco..kann?).
Sebenarnya
saja-saja menghabiskan masa sebelum hantar motorsikal. Tengahari balik packing
barang untukbalik ke Hat Yai..(tiket van beli kat agen
dihotel..senang kan??..front desk hotel boleh urus semuanya..cakap je nak apa).
Van datang ambik kat Hotel dan bergerak ke Hatyai jam 1.00pm.. tiba di
Hat Yai jam 6.00pm.. Check-in di Louise Guest House -RM40/night..dah mcm
pelanggan tetap lak aku kat guesthouse ni.. bukan apa..sebab guesthouse
ni letak betul2 depan Hat Yai Station..senang nak menapak ke stesen keretapi
nak balik nanti.. Malamnya kami merayap disepanjang
jalan-jalan Niphat Uthit sampai ke Grand Plaza Hotel.. then makan nasi
lemak 7 teh tarik kat tepi McD.. lepas makan..shopping barang cenderahati dan balik ke bilik..
Hari ke-5 : Last
Day (Hat Yai- KL Sentral)
Bangun
pagi..bangun pagi kami terus menapak ke pasar pagi dan Plaza Market untuk breakfast..kat sini baru la start memborong tshirt dan
benda-benda yang menarik perhatian sebagai cenderahati kawan-kawan..masa kat
Krabi tak membeli sangat sebab malas nak bawa..
Kat dalam pasar ada kedai baju,seluar, beg, kasut dan macam2 lagi lah..dijual dengan harga yang berpatutan..boleh la kalau korang nak shopping kat sini..hampir jam 12.00 tghari kami balik ke bilik untuk packing barang.. lepas checkout..terus ke stesen keretapi untuk perjalanan ke KL pada jam 4.00pm.. selamat tiba di KL Sentral pada jam 6.00am esok paginya.. maka tamatlah sesi backpackers kali ini dengan jayanyaa…
Plaza Market Hat Yai
Kat dalam pasar ada kedai baju,seluar, beg, kasut dan macam2 lagi lah..dijual dengan harga yang berpatutan..boleh la kalau korang nak shopping kat sini..hampir jam 12.00 tghari kami balik ke bilik untuk packing barang.. lepas checkout..terus ke stesen keretapi untuk perjalanan ke KL pada jam 4.00pm.. selamat tiba di KL Sentral pada jam 6.00am esok paginya.. maka tamatlah sesi backpackers kali ini dengan jayanyaa…
Perfect combination....Pisang dan sirap...
Pada aku, trip ini berjalan dengan lancar walaupun tanpa mengikut
plan yang sepatutnya…Cuma masa last day tu.. masing-masing dah menghabiskan duit baht Thai kat pasar.. so lunch kami makan pisang dengan air sirap je sebab dah takde duit… huhu..sedihh!
aku yang dulu bukanlah yang sekarang...
Hat Yai Station
BAJET
PERCUTIAN:
Tiket
KTM
(Lower
Bed) (KL-Hatyai-KL) - RM120 / two
way
Tiket
Van
(Hatyai-Krabi)
– RM 17 (agen)
Krabi-Hatyai
- RM15 (frontdesk
hotel)
4
Island Hopping –
RM45
Bilik
Hotel Krabi (share 3pax) – RM70 /3
night
Guesthouse
HatYai (Share) -RM20/ 1 night
Motorbike
Rent –
RM15/day
Makan/Minum
–RM100 (5 days)
JUMLAH : RM402.00
(Tidak termasuk shopping)
Sekian.Sekadar Berkongsi
No comments:
Post a Comment