Bandar Raya Ho Chi Minh (Saigon) (bahasa Vietnam: Thành phố Hồ Chí Minh) merupakan bandar raya terbesar di Vietnam. Bandar ini pernah dikenali sebagai Prey Nokor dan merupakan pelabuhan utama Kemboja sebelum dikuasai oleh Vietnam pada abad ke-17. Semasa dinamai Saigon, bandar ini menjadi ibu kota Cochinchina Perancis dan kemudian Vietnam Selatan dari 1954 hingga 1975 dalam Perang Vietnam. Pada 1975, Saigon digabungkan dengan Gia Định dan dinamakan semula Bandar Raya Ho Chi Minh.
View HCM dari atas flight
Para penunggang motosikal di HCM
Pusat
bandar terletak di tebing Sungai Saigon dan berdekatan dengan delta Sungai
Mekong. Bandar Raya Ho Chi Minh terletak 1,760 di selatan ibu
negara, Hanoi. Kawasan metropolitannya didiami seramai 9 juta penduduk,
dan merupakan kawasan perbandaran terbesar di Indochina. Nama
"Saigon" masih digunakan dengan meluas di kalangan penduduk tempatan.
~ edit Wikipedia
Catatanku
:
Trip
Ho Chi Minh ni dah lama delay untuk story disebabkan kebusyan melanda dan berlaku
beberapa peristiwa penting dalam hidup.. Seperti biasa, perancangan bercuti
secara bajet memerlukan perancangan awal bergantung keberadaan tiket (bergantung pada SALE tiket Air Asia sebenarnya).
Tiket ke Ho Chi Minh aku dapat dengan harga RM178.00 pergi dan balik. Beli pada
Januari dan penerbangan pada Oktober.. bayangkan betapa lama kena tunggu. Tapi
takpe..janji tiket murah. So dalam masa menunggu tu..seperti biasa..buka tabung
untuk percutian, mecari hotel secara online dan merancang tempat untuk
berjalan. Duit dah tukar siap-siap di Malaysia dari RM ke matawang Vietnam Dong dan
US Dollar. Trip dirancang untuk 4 hari 3 malam..
public transport
1st
Day (Ben Thanh Market )
Penerbangan pada jam 7.05 pagi dari LCCT Kuala
Lumpur dan selamat tiba di Tan So Nhat International Airport, Saigon pada jam
8.05 pagi waktu tempatan (waktu kat Ho Chi Minh lewat 1 jam dari Malaysia).
Sebulan sebelum trip ni..aku dah survey tempat penginapan, makan-makan dan
pakej untuk berjalan.. Penginapan aku dah booking di Mifuki
Inn Hotel (nama hotel tak leh blah..hehe) melalui Agoda.com dengan kos RM70.00/night. Sampai sana, lepas
settle imigresen terus melilau cari
orang dari hotel sebab mereka janji
jemput di airport… tinjau2 kot ada orang pegang tag nama aku ke..tapi haramm..
menunggu sekitar sejam lebih, sampai ke sudah takda yg datang..nak call hotel
takde nombor…nasib badan. Lastly
ambil teksi airport Vinasun untuk ke
hotel.. terbang la duit bajet RM45.00.
Hotel ni kecik je.. ada WiFi free..kira okey untuk penginapan bajet.. yang penting tak jauh dari Ben Thanh Market dan tempat makan.. jarak jalan kaki je.. lepas settle check-in, terus keluar meninjau kawasan.. destinasi utama adalah pasar Ben Thanh, pasar ni memang terkenal dengan jualan kain cotton baju kurung, telekung, pakaian kanak-kakak dan dewasa serta beg tangan dan bagpack dengan harga murah. Selain untuk beli bagi kegunaan sendiri..ada juga kiriman dari kawan-kawan.. Peniaga-peniaga (amoi-amoi Vietnam) kat sini agak agresif untuk menarik pelanggan membeli kat kedai mereka.. ada yang siap tarik-tarik tangan kita suruh tengok.. sesetengah ada yang boleh berbahasa melayu simple.. “abang..mulahh...abang..mulahh..” ayat tu je kot diorg tau..disebabkan tujuan nak survey kedai dulu..so kami tak beli apa2.

Dah
penat meronda pasar..kami mula mencari tempat makan.. kebetulan masa perjalanan
ke pasar tu lalu depan kedai Hjh.Basiroh (kedai jual telekung dan kedai makan).
Kedai ni memang terkenal di kalangan pelancong dari Malaysia dan terletak depan
Hotel Saigon Pink. Kat jalan depan hotel ni ada beberapa kedai makanan halal..
Kami luch kat Restoren Kampung Melayu, restoren ni milik seorang Dato’ dari
Malaysia, dia ada 3 buah restoren kat sini.. (supervisornya budak Negeri Sembilan yang
baru 3 bln dtg duk Vietnam..mcm best je keja beliau). Menu set Nasi
Ayam..datang jauh2 makan nasi ayam.?? Tapi makan kat restoren ni agak mahal
sebab restoren ni agak standard..
Lepas makan balik ke bilik kejap untuk rest.. maklumlah bangun awal kul 4.00
pagi lagi ke LCCT..
Set Nasi Ayam HCM Restoren Kg.Melayu |
Di depan kedai Hjh. Basiroh
Kami
keluar sekitar 5.00 petang.. petang tu hujan dan cuaca gelap nak malam..
sini malam awal sejam dari Malaysia..so jam 6.00 petang dah gelap..suasana
malam lebih meriah sebab ada pasar malam disekeliling pasar Behn Thanh. Pasar
tutup pada jam 5.00 petang..barangan jualan lebih kurang sama je dengan barang
yang dijual dalam pasar.. dan kebanyakkan peniaga adalah peniaga-peniaga yang
meniaga dalam pasar pada siangnya..Cuma ada tambahan gerai2 makan dan peniaga2
buah-buahan.. Harga barang jualan mungkin lebih murah dari dalam pasar dan
masih boleh tawar menawar.. (kadang-kadang boleh dapat separuh dari harga yang mereka
letak).
Dalam duk jalan-jalan
tu sempat la sambar t-shirt ngan bagpack
Deuter mini (ofkos la yg tiruan) dan yang
menariknya ada orang jual kopi pakai basikal.. Glosyan
Coffee namanya..orang kata kopi Vietnam ni sedap..so try juga la
segelas (RM3.00).. memang terbaik.. lepas tu dah kemaruk kopi basikal ni..
tiap-tiap malam cari.. huhu..
Kopi Basikal Glosyan |
2nd
Day ( Mekong River Tour )
Program
hari kedua adalah tour ke delta Sungai Mekong.. Delta Mekong terkenal dengan
kegiatan pertaniannya..dulu masa belajar Geografi kat sekolah dapat tengok peta
je.. so hari ni gi melawat sendiri.. rasa macam hebat jer..haha. Kami ambik
tour pakej kat lobby hotel je.. kat sini agen tour memang ada merata tempat..
harga tour bergantung kepada agen-agen tersebut.. So, untuk trip ni.. kami
ambil 2 pakej dari TVK Travel & Tours.. 1st – Mekong Delta 1 Day Tour ( USD$12.00/pax) dan 2nd – Chu Chi Tunnel Halfday Tour (USD$9.00/pax).
Breakfast untuk hari kedua dah masuk sekali dengan harga bilik, kami makan roti
je sebab nak makan benda lain tak berapa yakin. Lepas breakfast, menunggu agen
tour datang.
Miss Tourguide
melawat kampung
Jam
8.00 pagi agen tour pickup kat hotel
dan transfer ke bas yang akan membawa kami ke Delta Mekong bersama dengan
pelancong2 lain dari pelbagai negara..dlm bas ni kami je dari Malaysia kot. Sepanjang
jalan dapat tengok kesibukkan kotaraya Ho Chi Minh.. dengan motorsikal yang
beribu juta..dan pergerakan kenderaan yang bersimpang siur....nampak ngeri je tengok
sebab mereka main redah je bawa motor.. tapi tak pulak eksiden.. memang hebat
la diaorang ni. Perjalanan dari hotel memakan masa 3 jam. Tour guide kami pada
hari adalah seorang gadis yang cun..hehe..namanya Miss
Luao (Nama moden dia Jenny ke apa..aku tak ingat..) so, sepanjang jalan dengar dia
bercerita pasal Delta Mekong dan macam-macam lagi.. aku dah lelap.. perjalanan
boleh tahan lasaknya..kadang2 jalan o.k, kadang2 k.o bergantung kepada kondisi
jalan.. lepas stop kejap kat kawasan rehat utk para penumpang melepaskan hajat
(kawasan toilet tgh sawah dgn view yang cantik). Meneruskan perjalanan.. dah
dekat2 nak sampai..bas melalui jambatan merentasi Sungai Mekong.. memang besar
la sungainya pun..
Persembahan nyayian lagu-lagu rakyat
Persembahan nyayian lagu-lagu rakyat
Akhirnya kami sampai ke 1st stop untuk tour ni.. iaitu
sebuah kampung orang Vietnam.. dah pegi Vietnam..kampung orang Vietnam la
kann.. tak kan kg. Baru KL pulok ye dok?.. haha.. Sebenarnya kami tak tau
tentative program..main follow jer menapak ramai-ramai masuk kampung.. Aktiviti
pertama yang kami lakukan adalah melihat sarang lebah dan rasa madu lebah asli.
Kemuadian kami dihidangkan dengan buah-buahan segar seperti pisang, tembikai,
nanas dan buah naga. Masa tengah makan-makan ni ada nyayian lagu traditional
dari kumpulan music pakcik makcik kampung tu kot. Duduk je, kami
dihidangkan dengan buah-buahan segar dan teh madu. Campuran madu dengan air teh…tapi
rasa dia pelik sikit.. katanya untuk tambah power..power rangers kot!!..
Ahlil musik...
Masa ni kami dihiburkan dengan nyayian lagu tradisional, masing-masing
melopong jer sebab sepatah haram tak faham.. iramanya agak klasik dengan
gesekan alat music tradisional.. Mungkin melodi lagu yang agak perlahan
menyebabkan suasana agak hambar..lagu-lagu rakyat kot depa ni nyanyi... abis
nyanyian..Miss Loua explain pasal alat2 musik Vietnam.. yang special sikit tang
gitar Vietnam tu.. ada kelainan dari fret gitar biasa..dan sesi bagi tip kat
penyanyi..
Penduduk pinggir sungai di Delta Mekong (makcik sedang melambai)
Aktiviti
seterusnya pula, kami dibawa ke jeti untuk mendayung sampan ke tempat memproses
coconut candy. Satu sampan naik 4 orang penumpang…ngam-ngam la untuk kami berempat.
Masa ni
hujan turun dengan selebat-lebatnya..nasib baik dah beli baju hujan pakai buang
siap-siap masa datang tadi.. Sekali sampai turn.. captain sampan tu seorang makcik.. berusahalah dia mendayung melalui laluan air yang kiri kanannya dipenuhi pokok apa ntah..rembia ke nipah tak tau la aku.. memang
adventure dalam hujan lebat dan air sungai laju tu.. sampan lak bergerak melawan
arus.. tengokkan makcik tu muka dah semput..kami ramai-ramai dayung sekali.. aku
pulak yang dayung lebih.. berpeluh jugak la ketiak..
sampankuuu...
captain sedang bertungkus lumus membetulkan sampan setelah dinaiki Fadzly..huhu..
Sampai
tempat memproses coconut candy dengan jayanya.. aku bagi tip USD$1.00 kat makcik
tu..kedekut kann.haha.sebab aku yang dayung lebih dari dia..kejam tak? Kami ramai2 masuk tempat orang proses coconut
candy.. dan yang tak best..anjing pun join sekali..banyak anjing kowt kt
sini..hampeh tul.. Miss Laou menerangkan cara membuat coconut candy.
Proses nak buat coconut candy macam lebih kurang buat dodol je aku tengok..tapi moden sikit..pakai mesin kacau santan atas api..sampai la jadi candy. Pelancong dibenarkan untuk rasa coconut candy yang terdiri daripada beberapa jenis perisa..ada pandan., durian..jagung… cokelat dan lain-lain. . Sambil lepak-lepak tunggu hujan berhenti..ada sorang brader ni keluarkan ular sawa untuk tontonan..so siapa2 yang berani macam aku..boleh la pegang dan bergambar.. jinak je ular ni.. mungkin sebab dia dah kenyang..kalau tak jadi menu luch la aku..hehe
tempat memproses Coconut Candy

Giant Budha..
aktiviti nelayan sungai mekong (..mcm tidur jer..) |
Lepas
selesai makan, kami menaiki bot semula untuk ke jeti (makan tengahari masuk dalam pakej, tapi tak
dijamin halal..so lebih elok bawa makanan sendiri dan order air kelapa).
Dalam perjalanan..kami melintasi sebuah pulau dinamakan Coconut Island.. kat
pulau ada sebuah tokong dikenali sebagai Coconut Pagoda.. mengikut
cerita..seorang sami yang mengasaskannya memuja kelapa dan mencipta agama
kelapa..hidup pun makan kelapa jer..tapi takde pengikut..lepas dia mati..ajaran
dia abis macam tu aja.. haiii dunia-dunia..macam-macam hal..hehe.. Sampai kat jeti bas
telah siap menunggu untuk balik ke Ho Chi Minh City.
Dalam perjalanan, bas berhenti kat sebuah tokong Budha untuk tengok patung budha yang terbesar ada kat Vietnam sebagai last destinasi tour kami.. O.K..besar la jugak.. Kami tiba di hotel pada pukul 6.00 petang. Perjalanan seharian ke Mekong agak penat..dalam bas tidur je. Walaupun penat, malamnya kami keluar makan di kedai Hjh. Basiroh dan sempat lagi round-round pasar malam area Ben Thanh Market dan membeli beberapa barangan dan cenderamata yang menarik perhatian.

3rd
Day ( Chu Chi Tunnel Halfday Tour )
Tour hari ke-3 ke Chu Chi Tunnel ni sekali ambil dengan pakej Mekong semalam.. Atucara pagi sama jer.. lepas breakfast.. agen datang pickup then terus ke Chu Chi Tunnel.. tour untuk hari ni memakan masa setengah hari jer sebab dekat dengan bandar.. perjalanan lebih kurang 1jam setengah dari hotel.. Tour guide hari ni Mr. Alan.. (kami panggil dia Amir Jahari).. sebab dia siap nyanyi dalam bas..muka dah la sebijik..
Dalam perjalanan..seperti biasa, Alan menerangkan sejarah bandar Ho Chi Minh City..revolusi Vietnam.. bagaimana nama bandar Saigon ditukar nama kepada nama Ho Chi Minh dan macam2 lagi..ada aku faham...ada yang tak faham.. Bas stop kejap kat sebuah perusahaan kraf dari kulit telur.. yang menarik kat sini adalah kebayakkan pekerja dilatih dari mangsa-mangsa kecederaan akibat jerangkap samar tinggalan perang (OKU).
dalam terowong Chu Chi..kena jalan itik daaa... |
Tour hari ke-3 ke Chu Chi Tunnel ni sekali ambil dengan pakej Mekong semalam.. Atucara pagi sama jer.. lepas breakfast.. agen datang pickup then terus ke Chu Chi Tunnel.. tour untuk hari ni memakan masa setengah hari jer sebab dekat dengan bandar.. perjalanan lebih kurang 1jam setengah dari hotel.. Tour guide hari ni Mr. Alan.. (kami panggil dia Amir Jahari).. sebab dia siap nyanyi dalam bas..muka dah la sebijik..
Mr. Alan a.k.a Amir Jahari.. kihh3..
Dalam perjalanan..seperti biasa, Alan menerangkan sejarah bandar Ho Chi Minh City..revolusi Vietnam.. bagaimana nama bandar Saigon ditukar nama kepada nama Ho Chi Minh dan macam2 lagi..ada aku faham...ada yang tak faham.. Bas stop kejap kat sebuah perusahaan kraf dari kulit telur.. yang menarik kat sini adalah kebayakkan pekerja dilatih dari mangsa-mangsa kecederaan akibat jerangkap samar tinggalan perang (OKU).
Perusahaan kraf dari kulit telur |
pekerja kraf sedang menyiapkan karya dari kulit telur.. |
Kompleks Chu Chi ni merupakan satu kawasan yang dipulihara
sebagai tarikan pelancong utama ke Vietnam..difahamkan terowong bawah tanah
tenteran Vietcong ini menjangkau sepanjang 200km dan terdapat kompleks seperti
rumah, pejabat, sekolah, hospital di bawah tanah sekitar Vietnam.. terowong ini
digunakan oleh tentera Vietcong menentang tentera Amerika pada tahun 1975..
sepanjang lawatan.. Alan menunjukkan jenis jerangkap samar yang digunakan dan
cara hidup tentera Vietcong dizaman perang.. Terdapat sebuah kereta kebal
Amerika yang berjaya diletupkan oleh mereka yang dijadikan bahan pameran..
Kami
diberi peluang untuk memasuki terowong yang dijadikan laluan untuk bergerak dari
satu stesen ke stesen lain di bawah tanah..aku cuba2 la jadi askar Vietcong..
memang sempit dan gelap..boleh merangkak jer pun.. tak pun jalan itik.. terowong
tak panjang mana..lebih kurang 50meter je..tapi krem gak la peha duk jalan itik
dalam tu.. fuhh..pengalaman beb..selain tu..try masuk tempat tentera
menyorokkan diri sewaktu serang hendap.. dan last sekali dijamu dengan makan
ubi kayu cicah kelapa & gula.. makanan ruji waktu perang kata Alan..
Akhir lawatan kami diberikan peluang untuk mencuba menembak senjata zaman perang.. tapi peluru kena beli sendiri.. ramai gak yang mencuba.. aku sebagai bekas askar (W) pencen takde la eksaited sangat nak menembak...senjata yang lain agak menarik adalah AK47, GARANG M1, K59.. peluru dijual mengikut jenis senjata setiap 10butir/set berharga antara 200k VND – 400k VND. Memandangkan peluru mahal..kami tengok orang menembak jer lahh..
Amoi ni nak try menyorok jugak.. |
aku punnn.... |
ekjass cantik2 supaya tak dapat dikesan.. |
akhirnyaaa...kami menyorok bersama!.. |
Akhir lawatan kami diberikan peluang untuk mencuba menembak senjata zaman perang.. tapi peluru kena beli sendiri.. ramai gak yang mencuba.. aku sebagai bekas askar (W) pencen takde la eksaited sangat nak menembak...senjata yang lain agak menarik adalah AK47, GARANG M1, K59.. peluru dijual mengikut jenis senjata setiap 10butir/set berharga antara 200k VND – 400k VND. Memandangkan peluru mahal..kami tengok orang menembak jer lahh..
Bengkel bawah tanah
seksyen lain pintu masuk Chu Chi Tunnel |
kesempitan hidup dalam terowong...
askar pencen.. |
lubang maut... jatuh naya.. |
Tamat
Tour Chu Chi Tunnel sekitar jam 1.00 tengahari dan bergerak balik ke hotel..
Aktiviti petang kami adalah membeli belah barang-barang yang dikirim oleh
sabahat handai sebab esok dah lastday naik flight pepagi jam 7.00am.. So, kami ke Pasar Benh Tanh untuk membeli kain
cotton dan telekung, bila beli dalam kuantiti yang banyak, dapat lah tawar
harga dengan lebih murah.. Lagipun kami beli ramai2 kat 1 kedai jer (kedai yang
kami dah survey masa 1st day..tokey dia pun agak boleh dibawa
berunding). Malam, meronda pasar malam untuk kali terakhir dan makan kat
Restoren Kg. Melayu..menghabiskan saki baki duit Vietnam.. tapi duit USD banyak
lagi.. balik dari pasar malam.. terus packing
barang masuk beg..
tanker US Army yang terkena land mine..TEBABOO!! |
cenderamata berupa kelonsong peluru.. |
harga peluru kalau nak menembak...pengg!!pengg!! |
for shooters only...tapi aku redah jerr... |
tu diaa aihh...semangat mat salleh ni jadi askar.. |
yang ni level RAMBO... hahah... |
4th
Day (Last Day Saigon – Kuala Lumpur)
Bangun
sekitar jam 5 pagi untuk bersiap ke airport.. turun je ke lobi hotel, teksi yang
dibooking oleh pihak hotel dah siap tunggu.. Di aiport kami settlekan urusan
wrapping bagasi dan drop bag.. dalam menuggu boarding tu, tinjau kedai makan
untuk breakfast..tapi satu pun takda yang sesuai (faktor halal). Breakfast
dengan minum kopi jer.. Flight ke Kuala Lumpur selamat berlepas pada jam 7.15
pagi.. selamat tiba di LCCT lebih kurang jam 10.00 pagi.. maka edisi percutian HO CHI MINH TRIP
2013 berjaya ditamatkan dengan jayanya dan suksess dengan bajet yang
masih di bawah kawalan.
sesi makan ubi kayu cicah gula perang + kelapa.. |
lagi sekali... sayalah Mas Suparman Djoko Widodo... |
Alan dan ubi kayunyaaa... sedap gak wehh.. |
rakan sebagpackers aku sejak dulu... Fadzly.. |
KOS (Tiket/Tour/Makan/Penginapan)
Anggaran RM450++
~tidak termasuk shopping.
Sekian. Sekadar Berkongsi
No comments:
Post a Comment