Search This Blog

Loading...

Sunday, July 10, 2011

Hat Yai & Krabi : Addicted to Kerabu Kaki Ayam & Hale’s Syrup..



Krabi : Sebuah wilayah yang terletak di pantai barat Thailand menghadap ke Laut Andaman dan ianya merupakan kawasan alam semulajadi yang menakjubkan. Paling menarik adalah bukit batu kapur yang menegak di daratan dan laut yang membentuk menjadi pulau. Krabi juga terkenal dan menjadi tumpuan para rock climbers dari seluruh dunia untuk mencuba pendakian di Tong Sai Beach dan juga Railay Beach. Pantai ini menjadi sebahagian daripada wilayah Krabi di Semenanjung Phra Nang. Terdapat kira-kira 154 buah pulau di dalam wilayah ini. Koh Phi Phi Leh mungkin merupaka yang paling terkenal kerana ianya merupaka set pengambaran filem The Beach. Pantai wilayah itu rosak teruk akibat Tsunami pada 26 Disember 2004. Pulau lain termasuk Koh Phi Phi Don, sebahagian dari Phi Phi Island dan Ko Lanta, sebuah pulau yang lebih besar di selatan ~ edit Wiki







Catatanku :

Percutian ke Hat Yai dan Krabi dirancang selepas aku pertama kali ke Hat Yai dengan family sekitar April 2011. Tapi kali ni plan dengan kawan-kawan pulak. Pada awalnya ramai yang nak ikut.. last2 tinggal 4 orang jer..(ada yang sangkut PTPTN)..hehe. Kali ni aku plan untuk naik keretapi dari KL Sentral. Tiket aku dah booking awal2 melalui KTMB Ticket Online. Tiket sehala dari KL – Hat Yai berharga RM54.00 (Upper Bed). Aku cadangkan ambil tempat tidur sebab perjalanan memakan masa sekitar 14 jam (asalnya kami nak ambil seat aje..nasib baik tukar perancagan..kalau tak..bengkok belakang kami..)



Pada 23 Jun..malam Khamis, kami seramai 4 orang ( Aku, Lee, Ima & Sara) berkumpul di Stesen KL Sentral jam 8.00 pm, Keretapi Ekspress Langkawi bertolak dari KL Sentral pada jam 9.15 pm. Naik je Koc Q1 KTMB..masing2 hanyut (sebab bed muat untuk tido jer). Keratapi berhenti di beberapa buah stesen utama sepanjang perjalanan seperti Tg.Malim,Ipoh, Taiping, Butterwoth, Alor Setar dan Arau.. last sekali di Stesen Padang Besar. 



Kami tiba di Padang Besar sekitar jam 9.00am keesokkannya. Kat sini, perlu turun untuk pemeriksaan Imigresen Malaysia dan Thailand, serta menunggu sekitar 45 minit untuk keretapi diperiksa. Sempat breakfast nasi lemak bungkus di kantin stesen. Dari Padang Besar ke Hat Yai hanya dua gerabak sahaja yang memasuki Thailand dan perjalanan memakan masa sejam. Selamat tiba di Stesen Hat Yai pada jam 11.00 pagi.


1st Day: Hat Yai & Khlong Hae
Kami ke Louise Guest House yang jaraknya kira-kira 200 meter dari setesen di sebelah pasaraya Robinson Mall. Pergi secara gamble sebab tak booking, nasib baik ada bilik kosong (Fan Room- RM30/Night..memang bajett ..), untuk tido jer pun.. lepas letak barang dan rest seketika.



Eksplorasi Hat Yai bermula. 1st, cari Tour Agent untuk ke Krabi. (Plan asal nak ke Trang, tapi dimaklumkan pulau2 di Trang di tutup atas faktor keadaan air & cuaca). So, pilihannya ialah Krabi Island Tour dengan kos RM180.00/ pax.






Lunch kat Restoren Al-Rahman.. menu: nasi putih, tomyam campur, kerabu kaki ayam, telur dadar daging cincang dan ikan goreng serta air sirap (RM49.00/ 4 pax)..seperti yg aku bagitau entry dulu (HatYai&Trang).. makan kat sini agak mahal. Lepas makan, naik tuk-tuk untuk ke Klonghae Floating Market. Terletak lebih kurang 10km dari bandar. Kos tambang tuk-tuk Rm10/seorang pergi dan balik..





Floating Market ni merupakan satu pasar terapung atau dalam bahasa Thai dikenali sebagai thalat nam Klong Hae. . Thalat=pasar...nam=air atau pasar air. Klong Hae ialah nama sungai tersebut. Yang menarik kat sini ialah terdapat lebih kurang 40-50 penjual-penjual bersampan yang menjual berbagai makanan Thai, Antara makanan yang dijual di dalam sampan antaranya mee, tomyam, sup daging, pulut mangga, sup ayam rebung, telur puyuh goreng, ikan keli bakar kerabu dan ladu ubi kayu.





Salah satu keunikan di sini ialah air minuman dijual di dalam buluh dan tembikar dengan pelbagai bentuk. Harga jualan makanan dan minuman adalah sekitar 20 – 35 bht(RM2 –RM3.50). Selain dari makanan, ada pasar kraf dan cenderahati serta pakaian di pasar bahagian atas.






Khlong Hae Floating Market

Pasar ni dibuka pada jam 3pm – 9pm setiap hari. Menghabiskan masa sekitar 2 jam di sana sebelum kembali ke bandar. Acara malam adalah berjalan-jalan sambil shopping cenderahati & T-shirt di gerai-gerai jualan sepanjang jalan Niphat Uthit Rd dan minum teh tarik & makan pulut mangga di stall Hat-Yai Teh Tarik berhampiran McD sebelum balik ke bilik.




2nd Day : Hat Yai-Krabi
Bangun 5.00am menunggu agen tour datang pick-up. Bertolak ke Krabi pada jam 5.30am dengan jarak perjalanan 386km dan mengambil masa 4jam. Toyota Innova untuk 4 org amat selesa untuk perjalanan jauh.





Boleh lihat pemandangan kampung2 sepanjang jalan. Tiba di Ao Nang, Krabi sekitar jam 9.00am.. Selesai menguruskan pakej dengan Barracuda Tour, sementara menunggu bot pada 9.30am. kami sempat meninjau kedai2 yang menjual t-shirt dan cenderahati.



Ao Nang, Krabi
 


Di sini banyak pengusaha-pengusaha bot pelancongan yang menawarkan pakej Island Tour.. so kita boleh walk-in saja kalau korang datang terus ke Krabi. Tapi kena pastikan datang awal sebab bot akan bergerak antara jam 9.30am -9.45am untuk 1 day island tour. Kebanyakkan bot yang digunakan adalah jenis Long Tail Boat (bot ekor biawak) sederhana besar..




Poda Island, Krabi
Island tour bermula dengan dibawa ke Poda Island..20minit dari jeti..(aku & Sara mabuk laut sebab bot kecil dan ombak kuat). Pulau ini mempunyai pemandangan yang sangat cantik. Air yang jernih dan menghijau.. pulau ni agak besar sebab ada org tinggal kat sini. Selepas berjalan-jalan dan mengambil gambar sekitar pulau, kami diberikan makanan untuk lunch atas bot.. Nasi bungkus.. then seterusnya ke Chiken Island dan Tup Island (2 pulau).. Gugusan 3 pulau yang bersambung antara satu sama lain oleh beting pasir. Pegunjung boleh berjalan dari Tup Island ke Chicken Island semasa air surut..lebih kurang paras peha ke pinggang.




Lepas tu acara snorkeling, semua dilepaskan dari atas bot berhampiran ‘pulau ayam’. Pada aku, snorkeling kat sini biasa-biasa aje kerana ikan tak banyak spesis..dan karang-karang pun tak banyak..Cuma airnya yang jernih..(masih teringat-teringat snorkeling kat Redang..lagi best..ada Nemo..). Last sekali dibawa ke Railay Beach(Phra Nang).. sebuah teluk yang hanya boleh dihubungi dengan bot kerana dipisahkan dengan bukit batu kapur. Kawasan ni memang tempat popular bagi rock climbers kerana bukit batu kapur yang menegak menghadap laut Andaman..






Krabi 4 Island Tour tamat pada jam 4.00pm dan kembali ke jeti bagi meneruskan perjalanan balik ke Hat Yai. Tiba di Hat Yai sekitar jam 9.00pm. Dinner di Restoren Rassef dan sambung night shopping & merayau sekitar Grand Plaza Hotel sebelum pulang ke bilik.




3rd Day : Hat Yai Market – Padang Besar
Last day kat Hat Yai, pagi-pagi lagi kami dah menapak ke pasar pagi yang terletak berhampiran Kim Yong Market.. sebuah pasar pagi yang meriah dengan penduduk tempatan membeli barangan keperluan..macam pasar pagi kat Malaysia juga. Cuma kat sini ada kelainan sikit la dari barangan jualan serta makanan pagi. Kami beli breakfast Nasi Kuning + Ayam Goreng Rempah.. dari sini, terus berjalan kaki ke Hat Yai Market (Pasar Besar Hat Yai), sebuah kompleks pasar yang merupakan salah satu tempat tumpuan pelancong untuk shopping..(kebayakan dari Malaysia).. yang menjual pelbagai barangan.. dari buah-buahan, pakaian, aksesori, kasut, beg-beg hinggalah kepada barangan elektronik dengan harga yang murah, masih boleh tawar menawar.









Kami lepak breakfast di foodcourt tingkat 3 (ada beberapa peniaga muslim). Menu pagi..nasi kuning bungkus + kerabu kaki ayam..Lepas breakfast, masing-masing berpecah untuk menghabiskan saki baki baht Thai yang masih ada. Aku & Lee, mencari beg kalis air..Aqua Pack yang macam kat Krabi..tapi frust takde kat Hat Yai, rugi tak beli siap2 di Krabi, Selain dari tu..banyak kedai beg camping dijual dengan harga murah (Deuter dll..of coz yg tiruan). Sara & Ima sibuk dengan beg tangan wanita (murah2 dan cantik..sekitar RM20-RM35), dan pakat beli sirap nak bawak balik.. Settle membeli belah apa yang patut.. gi lunch kat kedai kerabu kaki ayam untuk kesekian kalinya.. bath tinggal ngam2 untuk Nasi Putih + Kerabu Kaki Ayam+ Sirap je.. balik ke bilik, packing barang dan gerak ke stesen keretapi untuk train ke KL pada jam 4.00pm.. Perjalanan pulang berjalan lancar dan selamat tiba di KL Setral pada jam 6.15am keesokkan harinya…



 


Secara Keseluruhannya, trip berjalan lancar dengan bajet yang masih di dalam range perbelanjaan. Dapat la tour Krabi Island, sepasang kasut, tshirt, outdoor torchlight, Sony headfon, makanan2 ringan..




Tip Perjalanan :
1.Kalau naik train..aku suggest ambil tempat tidur..serius lenguh kalau duk seat aje..

2. Tak payah bawak pakaian banyak2..sebab kat sana ada byk jual pakaian murah2..(kalau confirm beli untuk diri sendiri..pakai jer terus..)

3.Buat bajet & list apa yang nak beli..(sebab kat sana akan rambang mata..semua nak..)

4.Untuk duit makan..& tambang..collect siap2 dari semua orang.. (sebab kebanyakan masa akan makan bersama-sama)..untuk makanan ringan tu sendiri2 lerr..


Bajet :
1. TIKET KTMB : RM104.00 (UPPER BED / 2 WAY)
2. KRABI TOUR : RM180.OO
3. MAKAN : RM50.OO/pax
4. SHOPPING : RM150.OO (Bergantung pada bajet masing2)
TOTAL :RM 484.00

SEKIAN. SEKADAR BERKONGSI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...