Saturday, February 8, 2014

TRAVELOQUE : Phuket-Phi Phi-Hat Yai

   
  

Kepulauan Phi Phi (bahasa Thailand: หมู่ เกาะ พี ) terletak di Thailand, antara pulau Phuket dan daratan Thailand. Secara politik kepulauan ini merupakan sebahagian dari Wilayah Krabi.

Ko Phi Phi Don ("ko" bererti pulau dalam bahasa Thailand) adalah pulau terbesar dalam kepulauan ini, dan merupakan satu-satunya pulau dengan penduduk kekal walaupun pantai dari pulau terbesar kedua, Ko Phi Phi Lee sering dikunjungi oleh banyak pelancong. Tidak ada kemudahan di dalam pulau ini, namun perjalanan dari Ko Phi Phi Don hanya memerlukan waktu sebentar saja. Pulau-pulau lain tidak lebih dari batu-batu karang besar yang mencuat ke permukaan laut.


Viking Cave







Ko Phi Phi Lee menjadi pulau terkenal, setelah difiturkan dalam filem The Beach. Pada 26 Disember 2004, Phi Phi Don hancur oleh tsunami akibat Gempa bumi Lautan Hindi. Pada 13 Mei 2005, hampir seluruh perniagaan di pulau ini telah beroperasi kembali dengan penggera seluruh-pulau dan kemudahan keselamatan~ edit Wikipedia.

Catatanku :

Hari Pertama

Travel ke Phuket ini adalah pengalaman kedua bagi aku.. yang first dulu pergi secara solo sebab membawa diri..(rujuk entry Phuket: Ekspidisi Solo)..tapi kali ni dengan kawan-kawan selama 5 hari 4 malam..perjalanan menggunakan penerbangan Airasia dengan kos RM99.00 sehala..ambik tiket sehala jer..sebab balik tu plan nak ke Hat Yai dan naik keretapi dari Hat Yai balik KL.. so jadi la kisah Traveloque Phuket-Phi Phi-Hat Yai (nak jugak tuu..) sbb macam best jer bunyi walaupun travel tak seberapa..



Flight dari LCCT ke Phuket jam 4.00pm..landing sekitar jam 5.00pm (4.00pm Thai).. sebab aku pernah datang, so aku la jadi tourleader..tapi kali ni aku agak blur sebab tak jumpa cari bas airport untuk ke Phuket town. Plan asal nak ke town naik bas dan dari town ke Patong Beach naik tuk-tuk.. tapi sebab bas takde (ada tapi kena tunggu dlm sejam.) dan faktor kami tak booking hotel lagi.. kami ambik perkhidmatan teksi freelance yang menawarkan tambang yang lebih murah direct ke Patong dengan kos THB 600 (Kalau ambik teksi airport kos sekitar THB800-900). Mamat yang kami ambik ni pakai Toyota Fortuner..kira selesa la.. tapi satu yang tak best, dia stop kat agen yang paksa booking bilik hotel dengan mereka..( tips untuk elak.. cakap bilik dah booking dan bayar..make sure korang tahu nama hotel2 kat sana kalau nak klentong punnn..)


Soi Dr. Watthana.

Sampai di Patong sekitar jam 6.00 pm, aku minta driver drop depan McD jalan pantai (Thawewong Rd.) sebab kami nak cari bilik sekitar Soi Dr. Watthana.. kawasan ni banyak budget hotel yang affordable..dan tak jauh dari Soi Bang La (tempat yang happening di waktu malam).. dapat bilik di Grand Orchid Inn dengan kos THB 600 satu malam..Cuma kat sini payah nak cari kedai makan murah.. untuk 2 hari kami makan di restoren India muslim dekat ngan hotel (ada 2 buah restoren India Muslim kat lorong ni)..Cuma kos makan kat restoren ni agak mahal.. makan tomyam dan lauk-lauk biasa mcm kita makan kat kedai tomyam di Malaysia tu pun kos lebih kurang RM20.00 seorang setiap kali makan...mahalll dowh!! 





Aktiviti malam selepas dinner adalah merayap ke Bang La Street.. melewati kemeriahan hiburan malam sambil tengok gelagat manusia.. memang ramai tourist kat lorong ni.. especially dari western country & negara arab.. kami setakat jalan-jalan jer la.. nak masuk bar-bar yang bersepah tu memang tak la.. kat luar awek dan ladyboy siam menari dah separa bogel..kalau kat dalam tak tau la.. (tak leh masuk sebab ahli trip ada pompuan..) Sambil jalan-jalan tu cari agen tour untuk trip ke pulau esoknya.. kami ambik pakej untuk Phi Phi Island Hopping dengan kos RM120.00 seorang then terus balik tido sebab esok pepagi kena bangun untuk island tour.


Aturcaranya seperti berikut..

ITINERARY WILL BE : 
07.30 - 07.45 am.
Pick up from hotel and transfer to Rasada Harbor.
08.30 am.
Depart from Rasada Harbor to Phi Phi Island . Complimentary coffee,tea, softdrink and dessert  (self service)
09.50 am.
Arrive at Phi Phi Le , snorkeling & swimming at Maya Bay (Where the movie The Beach).
After enjoyable then sightseeing at Bida Island, Loh Samah Bay , Pileh Cove & Viking Cave to experience the crystal clear waters
12.00 am.
Arrive at Phi Phi Don the main land of Phi Phi Island
12.30 am.
Buffet lunch at Phi Phi Don
After lunch you get the free time to explore the surroundings and relaxing on the beach
14.30 am.
Departure from Phi Phi Island
16.00 am.
Arrive at Rasada Harbor then transfer back to hotel

Hari ke-2

 Jetty

Seperti perancangan, bangun awal untuk island tour.. agen tour dtg ambil kat hotel dan bergerak ke jeti sekitar jam 8.30pagi.  Untuk tour ni kami dicombine dgn tourist lain dalam satu speedboat dengan di guide oleh Miss Susan (lelaki okeyy!!). Seperti tentative program..destinasi pertama adalah Maya Bay.. tempat shooting filem The Beach Leonardo DiCaprio zaman dulu2.. pemandangan memang cantik.. sebab bay ni macam terletak antara dua bukit batu macam gerbang laluan masuk.. pantai dengan air jernih membiru hijau zamrud.. keadaan Maya Bay agak sesak dengan pengujung.. kat sini org tak mandi pun.. sekadar berjalan-jalan ambik gambar.. sebab pantai penuh dengan speedboat parking.. nak mandi pun kena celah2 bot.. tapi ada juga yang mandi-manda kat hujung2 beach..  



Miss Susannn..
" we have small toilet down there for small small bussiness.. 
it's easy for woman..not easy for man.."



Viking Cave



Stop kat sini sekitar 45 minit sebelum di bawa melihat Viking Cave & Pileh Cove.. sini takde beach..tempat macam teluk di antara bukit batu..airnya sangat jernih dan difahamkan sangat dalam.. ada juga bot2 yang disewa secara personal oleh pelancong stop kat sini untuk snorkeling.. tapi unutk tour kami ni tak la..tengok air pun gerun. Kendian kami ke kawasan yg sesuai untuk snorkeling di Samah Bay..kami dilepaskan dari atas bot.. snorkeling sini boleh dikatakan best juga.. tapi sebab ditengah laut.. ikan agak kurang.. dasar laut pun flat jer..tak banyak karang-karangan.. lepas snorkeling, bergerak ke Phi Phi Don untuk makan tengahari disalah satu restoren kat situ.. lunch memang masuk dalam pakej… tapi makanan biasa2 jer..(difahamkan ianya masakan halal..tapi kalau korang was-was..makan nasi ngan telur goreng dan sayur je la..buat lapik perut )






Lepas lunch ada satu trip snorkeling lagi then lepak kat beach.. santai2 dengan dihidangkan buah tembikai air coke & fanta oren sejuk.. dengan matahari panas membahang..memang heaven lah.. Island hopping tamat sekitar jam 4.00 petang, then bergerak ke jeti dan dihantar balik sampai ke hotel jam 5.00 petang.. rehat2 dan mandi sebelum keluar makan malam dan meronda ke Bang La Street untuk kesekian kalinya..




Hari ke-3

Hari ni plan asal nak stay kat Patong dan ambil bas malam ke Hat Yai, tapi memandangkan kena checkout hotel tengahari.. so tukar plan untuk ke Hat Yai terus pada pagi ni juga sebab anggaran masa perjalanan Phuket-Hat Yai sekitar 6-7 jam..  sekitar jam 9.00 pagi kami dah gerak ke Phuket Town naik bas pantai (lori ubahsuai jadi bas..kos THB20/ RM2.00). Sampai kat pekan, kena ambik tuk-tuk untuk ke stesen bas. Ada beberapa syarikat bas ke Hat Yai..so kena pandai pilih nak yang murah atau mahal.. bergantung pada jenis bas. Bas ekspress mahal la sikit..harga tiket antara RM29 – RM40.. Kami sebenarnya salah pilih bas.. sebab nak murah punya pasal, harga tiket RM29.00 untuk bas ekspress yang berhenti dibeberapa stesen. Siksa beb!...sebab banyak berhenti, perjalanan dari Phuket ke Hat Yai memakan masa hampir 9 jam..dari pagi membawa ke malam.. nasib baik dah makan sebelum naik bas..kalau tak.. kebulur lah kami..(saja nak bagitau.. area kedai makan tepi stesen bas tu ada satu kedai muslim..owner dia boleh cakap melayu..jual nasi campur dan mihun/mee sup).  


Phi Phi Don


Monkey Bay

Sampai di Hat Yai sekitar jam 8 malam.. dari stesen bas naik tuk-tuk ke Louise Guesthouse, sebelah Robinson Mall depan stesen keretapi (kalau baca entry HatYai-Krabi..aku stay sini gak dulu). Kos THB400/fan room. Lepas mandi manda..terus keluar merayap ke pasar malam cari buah tangan dan gi makan nasi lemak depan Lee Garden Hotel. Seperti biasa suasana malam di Hat Yai memang meriah..dengan gerai-gerai jualan di sepanjang jalan NiphatUthit Rd. (depan Plaza Lee Garden). Di sini boleh jumpa majoriti pelancong dari Malaysia.. Penat merayap then balik tido..


Maya Bay
Hari ke-4

Aktiviti biasa kalau datang Hat Yai.. bangun awal pagi then menapak ke pasar pagi tengok kemeriahan orang tempatan membeli barang-barang keperluan.. seperti biasa, aku cari nenas comel2 yang manis dan bersari tu.. tak sah kalau tak makan nenas ni kalau datang Hat Yai.. dan seterusnya ke Hat Yai Plaza Market.. 


Nenas Comel..(gambar masa gi Trang)


Breakfast kat aras 2 pasar.. lepas breakfast meneruskan usaha mengperabihkan saki baki duit bath.. beli t-shirt dua tiga helai. Masa datang pagi tadi masih larat menapak ke pasar.. tapi dah tengahari ni.. kaki pun da krem..so balik ke Guesthouse naik tuk-tuk .. siap packing barang dan check out kul 12.30 tgh.. menapak ke stesen keretapi untuk tunggu train kul 4.00pm.. (untuk balik ni aku dah ambik tiket awal lagi.. beli tiket kat stesen KTM  Kajang.. RM60 untuk tempat tidur..)  keretapi bergerak jam 4.00pm dan berhenti di Padang Besar untuk pemeriksaan passport lebih kurang 1 jam dan meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.. lepas dinner di gerabak kantin..masing-masing hanyut.. sepanjang jalan tido jer..





Hari ke-5

Last day.. bermula perjalanan keretapi dari Hat Yai 4.00 petang semalam..selamat tiba di stesen KL Sentral jam 5.30pagi.. maka tamatlah trip PHUKET-PHI PHI-HAT YAI untuk kali ini.. Secara keseluruhan trip berjalan lancar walaupun dengan bajet ciput dan tidak mengikut iteranary.. Sekian..semoga bertemu di trip akan datang..


Kos (Secara Kasar)
Tiket Flight KL-Phuket (1way)             – RM 99.00
Tiket Train-Bed (Hat Yai-KL)               – RM 60.00
Tiket Bas (Phuket-Hat Yai)                  - RM 29.00
Island Hopping Tour                           – RM 120.00
Bilik Penginapan/3 night (Sharing)     – RM 80.00
Makan-Minum DLL                            – RM 100.00
JUMLAH                                            - RM 479.00

* Tidak termasuk shopping

SEKIAN. SEKADAR BERKONGSI

No comments:

Post a Comment

PULAU LANGKAWI : Menjejak Lagenda Mencari Laksa

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada ta...