Kota Surabaya adalah ibu kota Provinsi Jawa Timur, Indonesia. Surabaya merupakan kota terbesar kedua di Indonesia setelah Jakarta, dengan jumlah penduduk metropolisnya yang mencapai 3 juta jiwa, Surabaya merupakan pusat bisnis, perdagangan, industri, dan pendidikan di kawasan Jawa Timur. Surabaya terkenal dengan sebutan Kota Pahlawan karena sejarahnya yang sangat diperhitungkan dalam perjuangan merebut kemerdekaan bangsa Indonesia dari penjajah. Kata Surabaya konon berasal dari cerita mitos pertempuran antara sura (ikan hiu) dan baya (buaya) dan akhirnya menjadi kota Surabaya.
Hotel Sahid Surabaya
Surabaya
terletak di tepi pantai utara provinsi Jawa Timur. Wilayahnya berbatasan
dengan Selat Madura di Utara dan Timur, Kabupaten
Sidoarjo di Selatan, serta Kabupaten Gresik di Barat. Surabaya
berada pada dataran rendah,ketinggian antara 3 - 6 m di atas permukaan laut
kecuali di bagian Selatan terdapat 2 bukit landai yaitu di daerah Lidah dan
Gayungan ketinggiannya antara 25 - 50 m di atas permukaan laut dan di bagian
barat sedikit bergelombang. Surabaya terdapat muara Kali Mas, yakni satu
dari dua pecahan Sungai Brantas. ~ Wikipedia
Stesen Keretapi Gubeng
Catatanku :
Setelah
tamat Bromo Midnight Tour kami bertolak
ke Kota Surabaya lebih kurang 120km dari Cemara Lawang.. Driver membawa kami
singgah di Tangulagin (perkampungan
kraf) dan seterusnya ke
tempat penginapan di Sahid Surabaya..hotel ni berdekatan dengan stesen keretapi
Gubeng dan Plaza Surabaya serta Muzium Kapal
Selam Pasopati. Kami check in sekitar jam 2 petang.. Setelah
membersihkan diri dan berehat seketika.. perut dah mula lapar.. kami berempat
menapak ke Plaza Surabaya
cari makan lunch merangkap dinner.. Plaza Surabaya ni macam common shopping
complex kat K.L..ada kedai2,
butik2, fastfood restoren dan foodcourt. Dalam tu juga ada Matahari
Store..(lebih kurang macam AEON Jusco dalam Midvalley tu..)
Kami makan kat
Foodcourt di Aras 3.. Lepas makan, meronda shopping kompleks kejap sambil
lepak-lepak tengok warga Surabaya balik dari kerja dan shopping..pulang ke hotel sekitar 6.00pm.. dalam perjalanan dari Plaza..sempat singgah pekena nasi goreng simple dengan air kelapa kat pushcart tepi jalan.. sampai hotel terus
landing sebab kepenatan tak cukup tidur akibat Bromo Midnight Tour…
Bakmie.. Plaza Surabaya
Hari Kedua di
Surabaya..lepas breakfast
kat hotel, kami menapak ke Stesen
Keretapi Gubeng.. tujuan nak
naik train ke Pasar Turi..sebab kalau ikut survey melalui Google map..aku tengok laluan train tu boleh sampai ke hentian Pasar Turi..tapi bila tanya
kat kaunter tiket.. laluan tu jalur lain..sebab stesen Gubeng untuk laluan ke
Jogja dan Jakarta.. karna aku pun tak faham..so option berikutnya naik
angkut ke Pasar Turi..
Pasar Turi ni macam pasar awam kat Malaysia..ada jual macam2 benda..dari barang basah hingga ke pakaian dan peralatan letrik. Driver angkut tu cakap Pasar Turi yang asal telah terbakar pada tahun 2012 dan kebanyakkan peniaga telah berpindah ke Pusat Grosir Surabaya yang terletak bersebelahan.
Laluan shortcut ke Tugu Pahlawan
Pasar Turi Lama yang telah terbakar
Pasar Turi ni macam pasar awam kat Malaysia..ada jual macam2 benda..dari barang basah hingga ke pakaian dan peralatan letrik. Driver angkut tu cakap Pasar Turi yang asal telah terbakar pada tahun 2012 dan kebanyakkan peniaga telah berpindah ke Pusat Grosir Surabaya yang terletak bersebelahan.
Kami ke Pusat Grosir Surabaya untuk shopping buah tangan dan
makan tengahari di foodcourt PGS. Kebanyakkan kedai kat Pusat Grosir ni adalah kedai pakaian.. Lepas makan menapak ke Pasar Turi lama..
dapat la tengok kesan kebakaran yang sedang dibaik pulih..masih ada kedai-kedai beroperasi dibahagian aras bawah yang tak terjejas semasa kebakaran. Dari Pasar Turi.. ada jalan shortcut
ke Tugu Pahlawan dan
Dataran Pemuda.. lepas
posing-posing seketika di Dataran Pahlawan.. kami ambil teksi untuk ke Kenjeran Beach.
Dinding Pengkisahan Sejarah Kemerdekaan Indonesia
Dua Orang Pejuang Kemerdekaan
Tugu Pahlawan
Kenjeran Beach ni merupakan kawasan riadah tepi pantai yang
dibina oleh pihak pemerintah untuk penduduk beriadah. Tempat ni juga dikenali sebagai Kenpark.. (Nak kata taman tema tu.. tak jugak sebab takde la permainan banyak macam Sunway
Lagoon tu.. just benda2 basic je.. naik basikal..menunggang kuda.. permaian kanak2.. dan
tempat makan.) Masuk sini dikenakan bayaran.. lupa pulak berapa rupiah..tapi tak
la mahal..lingkungan 5 ke 10 ribu rupiah seorang la kalau tak salah aku.
Pintu Masuk ke KENPARK @ Kenjaren Beach
Kami lepak minum
air kelapa ngan makan sate kerang dan Lontong Kupang..makanan femes kat sini (
Nasi impit + kuah berisi sejenis siput laut yang kecik..diorang panggil
Kupang.. anak kupang la kot.. ) Sambil makan bersila ditepian laut.. boleh tengok orang menjala
ikan dan bot-bot serta perahu nelayan lalu-lalang.
Makan Bersila di Kenjaren Beach
Lontong Kupang
Sate Kerang
Kami ke Kenjaren
Beach pun dah agak petang.. so plan berikutnya nak ke Kembang
Jepun pada waktu malam.. Kembang Jepun tu macam kawasan China Town. juga
dikenali sebagai Kya-Kya Surabaya.. ada tempat
makan2 dan gerai2.. tapi pakcik teksi tu cakap..kebanyakkan kedai makan Cina..
dan kami pun tak sure jauh mana tempat tu dari hotel..takut nak balik pulak
susah.. so tukar plan ke Muzium Kapal Selam Pasopati yang terletak berhampiran dengan hotel..
Monumen ini
sebenarnya merupakan kapal selam KRI Pasopati 410, salah satu armada Angkatan
Laut Republik Indonesia buatan Uni Soviet tahun 1952...bayaran masuk dikenakan 5000 rupiah seorang.. kalau
datang dalam group..ada seorang awek yang akan mengiringi untuk terangkan
sejarah kapal selam tu..hehe.. Maka kami pun dapat la merasa naik kapal selam
walaupun kapal tu tak menyelam.. lawatan bermula dari bahagian kabin krew hingga ke
haluan torpedo dan pusat kawalan..Cuma duk dalam tu agak panas.. lepas ni kena
tunggu kapal selam Scorpene jadi muzium pulak la kalau nak merasa naik kapal
selam kat Malaysia.. hihi..
Tangga laluan masuk ke Kapal Selam Pasopati
Haluan Torpedo.. boleh buat tempat tido..
Habis sesi
melawat.. (korang jangan lupa lak bagi tip kat tour guide..) kami terus ke Plaza Surabaya
yang terletak bersebelahan untuk makan malam dan balik ke hotel.. tamat hari
kedua lepas pekena air kelapa kat pushcart depan hotel.
Tour Guide Kapal Selam
Hari Ke-3 : Lastday sebelum berangkat ke balik ke Malaysia..lepas
breakfast, sempat ke Plaza Surabaya sebab flight kami kul 5 petang dan dah arrange dengan
pemandu yang akan hantar ke airport..kami plan melawat ke House of Sampoerna masa dalam perjalan ke airport tu.. House
of Sampoerna ni merupakan pusat pengeluaran rokok kretek jenama Sampoerna..jenama
rokok ni memang berasal dari Surabaya dan kilang asal pengeluaran rokok ni
dijadikan muzium untuk lawatan pelancong.. tapi masih ada pekerja dibahagian
kilang baru terletak dibelakang dengan bangunan asal..bangunan ni bercantum dengan bangunan asal.
House of Sampoerna,Surabaya
Tiada bayaran
masuk dikenakan. Kat dalam muzium ni boleh tengok gambar2 awal kilang dan
pengasasnya.. bahan2 dan peralatan digunakan. Naik ke aras 2..kita boleh tengok
ke bahagian production dimana barisan pekerja membalut setiap batang rokok by
hand dengan kelajuan cahaya..aku rasa sebatang
rokok tu 5 second je diorang buat kot.. dan mungkin dalam 3 minit untuk siap
sekotak rokok.
Memula dengan ambik tembakau..gulung..potong dan packing dalam
sofpack untuk setiap 10 batang rokok…masing2 dengan skill tersendiri..bila dah
ramai2 tu..macam sedang menari dengan tempo yang sama pulak.. (section ni tidak dibenarkan mengambil gambar..tapi aku ambik gak
curi-curi..hehe..) Kat
sini juga ada bahagian jualan cenderamata dan buahtangan.. juga ada jual rokok
kretek dengan harga kilang.. sekotak kretek 10 batang, harganya lebih kurang RM
1.00 je..
Bahagian Pengeluaran Rokok Kretek Sampoerna
RM1.00 sekotak
Bas Surabaya Heritage Track
Di House of
Sampoerna ada disediakan bas pelancong oleh pihak Tourism Surabaya untuk city
tour dikenali dengan nama Surabaya Heritage Track.. bas akan bertolak pada masa2 yang ditetapkan
dan ianya GRATIS (free).. kita bebas naik dan turun kat mana2.. kalau tak turun..sampai
balik ke House of Sampoerna ni.. setiap trip memakan masa 1 jam..Tapi sebab
kami dah takda masa..so bergambar dengan bas je la yang dapat..
Bandara Juanda Airport, Surabaya
Bebek Penyet Lalapan..
Dari House of
Sampoerna terus ke airport.. tapi sempat suruh pakcik driver bawak gi makan
dulu kat area dekat2 Bandara Juanda.. Di airport settle semua check in..dan
masuk balai berlepas..Masa scan beg.. Fadzly terkantoi sebab cubaan menyeludup pasir
gunung berapi Bromo.. beg kena punggah.. macam-macam alasan bagi kat polis
airport.. nak buat ubat la.. buat masker la.. last-last lepas gak pasir tu
selepas hulur baki-baki duit rupiah yang ada..(huhh..korupsi sungguh..) Penerbangan lancar dan selamat tiba disekitar 7.00pm..
Sekian. Sekadar Berkongsi.
No comments:
Post a Comment