Saturday, May 14, 2011

Surakarta &Yogyakarta : Nasi Gudeg, Tengkleng and Kraton..


Adi Sumarmo Airport

Surakarta (juga disebut Solo atau Sala) ialah nama sebuah kota di Provinsi Jawa Tengah, Indonesia yang berpenduduk 503.421 jiwa (2010) dan kepadatan penduduk 13.636/km2 dengan luas 44 km2. Bahagian timur kota ini direntasi oleh Sungai Bengawan Solo.



Kota Yogyakarta adalah sebuah bandar raya yang besar di Indonesia. Bandar raya ini pernah menjadi ibu negara Indonesia pada masa pemberontakan. Selain itu, bandar raya ini adalah ibu kota Daerah Istimewa Yogyakarta. Yogyakarta juga dikenali sebagai kota pelajar kerana hampir 20% daripada penduduknya adalah pelajar, dengan 137 buah institusi pendidikan tinggi terletak di sini~edit Wikipedia



Grand Solo Mall


Catatanku : ( Kadar tukaran RM1.00 = IDR 2,852.00)

Trip ke Surakarta/Solo – Yogyakarta/Jogja, telah dirancang pada pada Januari 2011 (pastinya semasa sale tiket Airasia). Tempahan penerbangan dibuat untuk tarikh 9 -11 Mei 2011. KL-SOLO. RM78.00 seorang untuk dua hala (rujuk tip nak dpt tiket murah kat bawah). Setelah menunggu hampir 4 bulan, aku bersama seorang member ofis akhirnya terbang ke Solo City. Flight pada jam 10.45am dan mendarat di Adi Sumarmo Airport pada jam 1.00pm (Waktu tempatan 12.00 tgh..lewat sejam dari waktu Malaysia).




Trip kali ini, aku dah plan dengan sorang kenalan Facebook dari Solo. Dia dan sorang membernya setuju nak jadi guide. Jadi takla risau sangat mana nak gi. Dari airport kami ambil teksi terus ke hotel dengan kos IDR55,000 (RM19.50). Member dah tolong booking Hotel Anugerah Palace di Jln, Slamet Riyadi, Solo IDR220,000/night (RM77.00).



Selepas check in, terus ke Grand Mall Solo yang terletak berhampiran, sepanjang laluan pejalan kaki/beca terdapat push-cart yang menjual makanan tempatan seperti bakso, mee sup (mie ayam), nasi kuceng (nasi + ikan goreng + sayur) dan macam-macam lagi, tapi kami pilih utk makan Nasi Ayam Penyet di foodcourt Grand Solo Mall.(sangat sedap dan ayam rangup makan sampai ke tulang).


Nasi Ayam Penyet..


 Nasi Liwet

Selepas jumpa member Facebook (Anin & Febri) , dorang bawa ke Galabo di Pasar Klewer.. Sepanjang jalan ni ada lebih kurang 20-30 buah gerai yang menjual makanan. Peniaga akan berikan tikar untuk duduk & makan.. sebab tak ada kerusi meja. Boleh lepak atas jalan sambil makan, jalan ni memang ditutup pada waktu malam.


Sate Kambing 



soda gembira..


tempe kicap..


Member suggest order Tengkleng Kambing, only in Solo ada makanan ni, ianya sup part kambing. tulang, kaki, kepala dll. (IDR20,000/RM7.00 set)..sekali aku dapat bahagian kepala.. ada telinga..bola mata..rahang siap gigi dan aku tak sanggup nak makan..hehe..tapi rasa la jugak sikit.. selain tu, kami makan sate kambing kuah kicap di garnish dengan cili potong + kobis, minum Es Soda Gembira (bandung soda).

Tengkleng GALABO

telinga kambing ada di situu..


Peniaga di lesehan sepanjang Jl.Slamet Riyaldi


2nd Day- Yogyakarta: Bangun jam 5.30am dan turun breakfast sambil tunggu member datang (kat sini 6.00am dan cerah) Rancangannya adalah ke Yogyakarta dan Prambanan menggunakan keretapi dari Stesen Solobalapan, dari hotel naik teksi ke stesen (IDR12,000/RM4.20) . Beli tiket train jam 8.45am dengan kos IDR9,000 (RM3.20) seorang,


Tugu Jend. Slamaet Riyaldi di Jalan Jend. Slamet Riyaldi

Perjalanan ke Jogja ambil masa 1 jam (64km dari Solo), sepanjang jalan kita boleh lihat pemandangan sawah padi dan kampung2 tradisi.. juga kelihatan puncak Merapi dari jauh. Turun di stesen TuguJogja dan berjalan ke Jalan Malioboro untuk ambil bas Transjogja untuk melawat Candi Rara Jonggrang atau Lara Jonggrang yang terletak di desa Prambanan lebih kurang 20 km di timur Yogyakarta, Candi ini dibina pada sekitar tahun 850 Masehi. Pejalanan memakan masa 45 minit dan tiket bas berharga IDR3,000 (RM1.10).



Tour Guide ( Febri & Anin )







Solo - Jogja IDR9,000/pax

Train to Jogja..bapak Ticket Inspector

Di hentian Prambanan, perlu menaiki beca / kereta kuda ke pintu masuk candi.. kalau nak berjalan kaki pun boleh.. tapi jaraknya agak jauh. So, pilihan kami ialah kereta kuda.. boleh naik 4 org sekaligus dengan kos IDR20,00/RM7.00, kalau naik beca pun sama.. IDR10,000/ RM3.50 utk sebuah (2 orang). Untuk melawat kompleks candi, tiket masuk dikenakan sebanyak IDR30,000/RM10.60.. termasuk pengangkutan ke Kraton Ratu Boko kira-kira 3km dari candi utama. Dari Kraton Ratu Boko boleh lihat puncak merapi dengan jelas kalau cuaca baik.. (malangnya kami tak dapat tengok sebab ditutupi awan).. masa kami datang tu,


Trans Jogja.. Malioboro - Prambanan

Naik delman istimewa ku duduk di muka.. 




Prambanan view dari Kraton Ratu Boko..


Lompatan gembira di Kraton Ratu Boko

kompleks candi ni masih dalam proses baikpulih selepas kejadian gempa dan letusan merapi.. kesan abu panas masih dapat dilihat ditepi aliran sungai dalam kompleks candi. Pada jam 3.00pm kembali ke Jalan Malioboro untuk mencari buahtangan dan cenderahati kepada kawan-kawan dan kaum keluaraga,







Candi Prambanan , Jogjakarta

kami lunch Nasi Gudeg (Nasi+ Ayam Goreng+Sayur nangka+sambal kulit sapi) kat sini. Disepanjang jalan Malioboro terdapat deretan kedai & gerai jualan di kaki lima yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian, beg, kasut, aksesori, kraft, cenderahati dan makanan.

Nasi Gudeg lesehan
Jalan Malioboro

Paling banyak adalah kedai menjual batik khas Indonesia, selain cenderamata.. juga boleh beli makanan oleh-oleh khas Jogja di panggil Bakhpia Pathok..sejenis kuih dibuat dari kacang hijau, menghabis masa di Malioboro sebelum kembali ke Solo dengan keretapi jam 7.00pm.

Ahli jalan-jalan Solo & Jogjakarta

 Pak Kusir yang sedang bekerja..

Lorong-lorong di sekitar Kraton..

3rd-Day- Kraton Solo: Flight ke KL pada 12.15 tghari, lepas breakfast, kawan dari Solo dtg hantar karak & kopi lampung sbg cenderahati. Lepas  bertukar buah tangan & ucap terima kasih, aku sempat keluar ke Kraton Solo & Pasar Klewer cari cenderahati. Asalnya nak jalan ke Grand Mall, tapi belum buka..so, naik beca ke Kraton..mula tu ingatkan dekat..rupanya agak jauh..tapi pak beca tu sanggup bawa gak..berpeluh-peluh gak la dia kayuh.. lepas tu siap tunggu dan hantar kami ke pasar.. dia minta IRD15,000/RM5.20.. tapi kesian lak sebab memang jauh dia kayuh.. aku bagi IDR30,000/ RM10.60. kemudian balik ke hotel packing barang.. Pihak hotel dah arrange pengangkutan untuk hantar ke airport jam 10.00am (free).. di airport kena bayar Airport Tax sebanyak IDR100,000 / RM35.00.. selamat check-in dan fly pada jam 12.15 tghri..


Adjeng (kiri) PR dari HAP yang hantar kami sampai ke airport..


Satria Kraton

Perjalanan kali ini sangat berbaloi dengan Kos RM470.00 (Termasuk Shopping)
Bajet :

Tiket Flight – RM 78.00

Bilik Hotel – RM 77.00

Makan & Jalan-Jalan – RM 110.00

Airport Tax – RM 35.00

Shopping & Tip – RM 150.00

= RM 470.00





TIP UNTUK BERJALAN-JALAN KALI NI :

1. TIKET FLIGHT: Beli masa promo, kena ikut time tiket tu ada.. weekdays/hari kerja pun apa salahnya sebab time weekend/cuti, harga lebih mahal dan selalunya sehala je murah, tiket balik dah mahal ( 2 way). Tip aku.. ambil sehala pergi..dan ambik tiket sehala untuk balik(flight dari sana)..kena cari yang time yang matching la..pergi dan balik.. serta cukup masa untuk jalan-jalan.
2. Cari kenalan dari tempat yang dituju melalui FB/Skype/YM
3. Buat bajet perjalanan dan stay pada bajet tersebut.
Sekian. Sekadar berkongsi.

2 comments:

  1. Hash,

    kelihatan sangat best kaedah berjalan-jalannya. tapi sup kambing ada kepala tu memang ta bley bayang~ T_T

    ReplyDelete
  2. CikPiny,
    Anda patut pergi mencubanya..hehe..:)

    ReplyDelete

PULAU LANGKAWI : Menjejak Lagenda Mencari Laksa

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada ta...