Sunday, May 1, 2011

HAT YAI & TRANG : SAWADEKAPP..



  
Hat Yai (Thai: หาดใหญ่; juga Haad Yai / Had Yai) merupakan sebuah bandar raya di selatan Negara Thai berhampiran dengan sempadan ke Malaysia. Lokasi geografi ialah 7°1U 100°28T. Dengan bilangan penduduk 157,359 orang (2008) di pusat bandaraya dan kira-kira 800,000 orang di Hat Yai Besar, Hat Yai merupakan bandaraya yang terbesar di Wilayah Songkhla dan kawasan metropolis yang terbesar di Selatan Thai. Nama "Hat Yai" merupakan singkatan bagi "Ma Hat Yai", bermaksud pokok Ma Hat (Thai: มะหาด) besar.~Wikipedia
Catatanku :
  


Program 3hari 2malam ke Hat Yai & Trang, Thailand pada awal April 2011. Perancangan asal dibuat untuk megambil tour di Bukit Kayu Hitam..tapi last minute tukar plan, drive terus ke Hat Yai kerana kos lebih jimat (untuk 6 orang). Perjalanan bermula dari KL dan terus ke Penang.. awal pagi bertolak ke Bukit Kayu Hitam dan melalui pos imgiresen Malaysia-Thai di Sadao pada jam 10pagi. Untuk drive masuk ke Thailand perlu ada geran kereta asal dan bayar insurans memasuki Thailand (RM25). Tukaran wang adalah RM 1 = THB 9.1. Jarak dari Bukit Kayu Hitam ke Hat Yai hanyalah 60km (+- 1 Jam memandu). Kami berhenti untuk minum pagi di Restoren Malaysia-Thai di Phang-la. Restoren ni menghidangkan masakan melayu Thai dan nasi campur, yang special kat sini adalah terdapat perbagai jenis bubur & pengat (serawa) dan trademark Thai adalah pulut mangga.






Tiba di Hat Yai sekitar jam 1.00pm dan terus cari hotel. Sebab kami walk-in, so kena cari hotel yang sesuai dengan bajet. (agak sukar mencari hotel pada hari Jumaat & Sabtu kerana kebanyakan hotel di lokasi strategik full book, dicadangkan booking sblm datang). Kami check in di Regency Hat Yai (RM90/Night). Lokasi hotel ni dekat dengan kawasan Night Hawkers & Pasar Pagi Hat Yai. Lepas check in, keluar cari tour agen untuk ke Trang/Krabi. Setelah survey, kami ambil pakej Trang Island 1 Day Tour (RM140/pax) untuk 6 orang, mengkumi pegangkutan, breakfast & lunch dan 4 island snorkelling trip.


  
Untuk malam 1st, meronda disekitar hawkers street. Ada banyak gerai menjual berbagai barangan, pakaian, beg tangan, cenderamata dan makanan dll. Gerai-gerai ni terletak di sepanjang Sanehanusorn Rd (berhadapan Grand Plaza Hotel) dan Niphat Uthit 3 Rd. Selain dari tu, ke Asian Market Yongdee Market berhampiran Metro Hotel. Semua ni adalah walking distance.. Shopping kompleks pun banyak kat area sini. Suasana malam agak sibuk dengan kenderaan terutamanya tuk-tuk & motorsikal, tapi sentiasa ada polis trafik untuk mengawal lalu lintas.


  


Makan malam senang didapati coz ada banyak gerai muslim, dari nasi lemak , nasi briyani, nasi campur dan gerai teh tarik pun ada. Dan yang paling menarik adalah gerai yang menjual makanan goreng.. Ada udang, ketam, ayam, sotong, sosej dan macam2 lagi. Cuma harga makanan di sini agak mahal berbanding di Malaysia, mungkin sebab ramai pelancong kot. (ex. Nasi Goreng = RM 6.00 – RM 6.50 sepinggan)




Hari Ke-2. Bangun awal dan menunggu agen tour datang pickup di hotel untuk ke Trang pada jam 5.30am (6.30am waktu Malaysia). Perjalanan ke Trang mengambil masa 2 jam dengan jarak 143km. Tiba di Trang dan breaksfast di Pang O-Cha Coffeshop., kami braekfast dimsum bebola makanan laut, tauhu goreng, roti & roti canai telur (ada gerai roti canai muslim) meneruskan perjalanan ke Had Yao Pier untuk transfers ke bot Sirinsin Tour di jeti Pak Meng. Bila tengok bot yang agak besar, hati lega coz perasaan rasa safe sikit.. satu bot seramai 30 orang dan bergerak 3 bot serentak. Lebih kurang jam 9.30pagi berlepas dari jeti untuk tour pulau. Lokasi pertama Marakot Cave.  







Sebuah pulau yang mempunyai pantai di dalamnya, tapi untuk ke tengah pulau, kena melalui sebuah gua batu dalam laut sepanjang 80 meter dengan suasana gulap gulita, kena beratur macam itik sambil berenang. Seterusnya ke Koh Rok Nok dan Koh Rok Nai untuk snorkelling. Sesi snorkelling memang best dengan air laut yang menhijau dan ikan-ikan berwarna-warni. Kami di lepaskan di 3 lokasi berlainan untuk snorkelling. Makan tengahari di sediakan di dalam bot. Menu sotong goreng tepung, telur dadar, tauhu lembut, ulam dan sayuran.. makan tak ingat dunia.. ( ada ayam goreng..tapi x berani nak makan..hehe). Trip pulau tamat pada jam 4.00pm..dan kembali ke Hat Yai.





Hari ke-3. Meronda ke pasar pagi berhampiran Kimyong Market sambil mencari breakfast. Pasar ni macam pasar pagi biasa di tempat kita. Macam-macam benda ada jual, terutamanya makanan mentah untuk kegunaan harian selain dari makanan tempatan untuk sarapan.Kami beli nasi kuning lauk ayam goreng rempah untuk sarapan disatu gerai muslim.




Dan sepanjang di sini aku tengok diorang banyak makan nenas. Sentiasa ada di jual di mana saja dan nenas di sini memang manis. Lepas breakfast di bilik hotel, kami check out dan bertolak balik ke KL. Dalam perjalan singgah makan tengahari di Restoren Chekkar di Songkhla dan berhenti pekan Danok (beli beras siam). Perjalanan lancar, cuma pintu sempadan agak sesak kerana ramai orang kita yang habis bercuti hujung minggu nak masuk balik ke Malaysia.




Secara keseluhannya, trip ini seronok coz first time pergi. Cuma tak sempat pergi ke banyak tempat sperti yang diplan asal sebab masa tak mengizinkan. Maybe kena gi next trip.:)
BUDGET SECARA KASAR :
Hotel                                  – RM90/room (Regency)
Tour                                   – RM 140/head
Pengakutan
 (Minyak/tol/insurans dll)  - RM40-RM50/head
Makan Minum                  – RM50/head (3hari)
Shopping – (ikut masing2 punya bajet)
TOTAL :                          RM340.00/PAX

Sekian. Sekadar Berkongsi.

3 comments:

PULAU LANGKAWI : Menjejak Lagenda Mencari Laksa

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada ta...