Saturday, February 8, 2014

TRAVELOQUE : Phuket-Phi Phi-Hat Yai

   
  

Kepulauan Phi Phi (bahasa Thailand: หมู่ เกาะ พี พ) terletak di Thailand, antara pulau Phuket dan daratan Thailand. Secara politik kepulauan ini merupakan sebahagian dari Wilayah Krabi.

Ko Phi Phi Don ("ko" bererti pulau dalam bahasa Thailand) adalah pulau terbesar dalam kepulauan ini, dan merupakan satu-satunya pulau dengan penduduk kekal walaupun pantai dari pulau terbesar kedua, Ko Phi Phi Lee sering dikunjungi oleh banyak pelancong. Tidak ada kemudahan di dalam pulau ini, namun perjalanan dari Ko Phi Phi Don hanya memerlukan waktu sebentar saja. Pulau-pulau lain tidak lebih dari batu-batu karang besar yang mencuat ke permukaan laut.


Viking Cave







Ko Phi Phi Lee menjadi pulau terkenal, setelah difiturkan dalam filem The Beach. Pada 26 Disember 2004, Phi Phi Don hancur oleh tsunami akibat Gempa bumi Lautan Hindi. Pada 13 Mei 2005, hampir seluruh perniagaan di pulau ini telah beroperasi kembali dengan penggera seluruh-pulau dan kemudahan keselamatan~ edit Wikipedia.

Catatanku :

Hari Pertama

Travel ke Phuket ini adalah pengalaman kedua bagi aku.. yang first dulu pergi secara solo sebab membawa diri..(rujuk entry Phuket: Ekspidisi Solo)..tapi kali ni dengan kawan-kawan selama 5 hari 4 malam..perjalanan menggunakan penerbangan Airasia dengan kos RM99.00 sehala..ambik tiket sehala jer..sebab balik tu plan nak ke Hat Yai dan naik keretapi dari Hat Yai balik KL.. so jadi la kisah Traveloque Phuket-Phi Phi-Hat Yai (nak jugak tuu..) sbb macam best jer bunyi walaupun travel tak seberapa..



Flight dari LCCT ke Phuket jam 4.00pm..landing sekitar jam 5.00pm (4.00pm Thai).. sebab aku pernah datang, so aku la jadi tourleader..tapi kali ni aku agak blur sebab tak jumpa cari bas airport untuk ke Phuket town. Plan asal nak ke town naik bas dan dari town ke Patong Beach naik tuk-tuk.. tapi sebab bas takde (ada tapi kena tunggu dlm sejam.) dan faktor kami tak booking hotel lagi.. kami ambik perkhidmatan teksi freelance yang menawarkan tambang yang lebih murah direct ke Patong dengan kos THB 600 (Kalau ambik teksi airport kos sekitar THB800-900). Mamat yang kami ambik ni pakai Toyota Fortuner..kira selesa la.. tapi satu yang tak best, dia stop kat agen yang paksa booking bilik hotel dengan mereka..( tips untuk elak.. cakap bilik dah booking dan bayar..make sure korang tahu nama hotel2 kat sana kalau nak klentong punnn..)


Soi Dr. Watthana.

Sampai di Patong sekitar jam 6.00 pm, aku minta driver drop depan McD jalan pantai (Thawewong Rd.) sebab kami nak cari bilik sekitar Soi Dr. Watthana.. kawasan ni banyak budget hotel yang affordable..dan tak jauh dari Soi Bang La (tempat yang happening di waktu malam).. dapat bilik di Grand Orchid Inn dengan kos THB 600 satu malam..Cuma kat sini payah nak cari kedai makan murah.. untuk 2 hari kami makan di restoren India muslim dekat ngan hotel (ada 2 buah restoren India Muslim kat lorong ni)..Cuma kos makan kat restoren ni agak mahal.. makan tomyam dan lauk-lauk biasa mcm kita makan kat kedai tomyam di Malaysia tu pun kos lebih kurang RM20.00 seorang setiap kali makan...mahalll dowh!! 





Aktiviti malam selepas dinner adalah merayap ke Bang La Street.. melewati kemeriahan hiburan malam sambil tengok gelagat manusia.. memang ramai tourist kat lorong ni.. especially dari western country & negara arab.. kami setakat jalan-jalan jer la.. nak masuk bar-bar yang bersepah tu memang tak la.. kat luar awek dan ladyboy siam menari dah separa bogel..kalau kat dalam tak tau la.. (tak leh masuk sebab ahli trip ada pompuan..) Sambil jalan-jalan tu cari agen tour untuk trip ke pulau esoknya.. kami ambik pakej untuk Phi Phi Island Hopping dengan kos RM120.00 seorang then terus balik tido sebab esok pepagi kena bangun untuk island tour.


Aturcaranya seperti berikut..

ITINERARY WILL BE : 
07.30 - 07.45 am.
Pick up from hotel and transfer to Rasada Harbor.
08.30 am.
Depart from Rasada Harbor to Phi Phi Island . Complimentary coffee,tea, softdrink and dessert  (self service)
09.50 am.
Arrive at Phi Phi Le , snorkeling & swimming at Maya Bay (Where the movie The Beach).
After enjoyable then sightseeing at Bida Island, Loh Samah Bay , Pileh Cove & Viking Cave to experience the crystal clear waters
12.00 am.
Arrive at Phi Phi Don the main land of Phi Phi Island
12.30 am.
Buffet lunch at Phi Phi Don
After lunch you get the free time to explore the surroundings and relaxing on the beach
14.30 am.
Departure from Phi Phi Island
16.00 am.
Arrive at Rasada Harbor then transfer back to hotel

Hari ke-2

 Jetty

Seperti perancangan, bangun awal untuk island tour.. agen tour dtg ambil kat hotel dan bergerak ke jeti sekitar jam 8.30pagi.  Untuk tour ni kami dicombine dgn tourist lain dalam satu speedboat dengan di guide oleh Miss Susan (lelaki okeyy!!). Seperti tentative program..destinasi pertama adalah Maya Bay.. tempat shooting filem The Beach Leonardo DiCaprio zaman dulu2.. pemandangan memang cantik.. sebab bay ni macam terletak antara dua bukit batu macam gerbang laluan masuk.. pantai dengan air jernih membiru hijau zamrud.. keadaan Maya Bay agak sesak dengan pengujung.. kat sini org tak mandi pun.. sekadar berjalan-jalan ambik gambar.. sebab pantai penuh dengan speedboat parking.. nak mandi pun kena celah2 bot.. tapi ada juga yang mandi-manda kat hujung2 beach..  



Miss Susannn..
" we have small toilet down there for small small bussiness.. 
it's easy for woman..not easy for man.."



Viking Cave



Stop kat sini sekitar 45 minit sebelum di bawa melihat Viking Cave & Pileh Cove.. sini takde beach..tempat macam teluk di antara bukit batu..airnya sangat jernih dan difahamkan sangat dalam.. ada juga bot2 yang disewa secara personal oleh pelancong stop kat sini untuk snorkeling.. tapi unutk tour kami ni tak la..tengok air pun gerun. Kendian kami ke kawasan yg sesuai untuk snorkeling di Samah Bay..kami dilepaskan dari atas bot.. snorkeling sini boleh dikatakan best juga.. tapi sebab ditengah laut.. ikan agak kurang.. dasar laut pun flat jer..tak banyak karang-karangan.. lepas snorkeling, bergerak ke Phi Phi Don untuk makan tengahari disalah satu restoren kat situ.. lunch memang masuk dalam pakej… tapi makanan biasa2 jer..(difahamkan ianya masakan halal..tapi kalau korang was-was..makan nasi ngan telur goreng dan sayur je la..buat lapik perut )






Lepas lunch ada satu trip snorkeling lagi then lepak kat beach.. santai2 dengan dihidangkan buah tembikai air coke & fanta oren sejuk.. dengan matahari panas membahang..memang heaven lah.. Island hopping tamat sekitar jam 4.00 petang, then bergerak ke jeti dan dihantar balik sampai ke hotel jam 5.00 petang.. rehat2 dan mandi sebelum keluar makan malam dan meronda ke Bang La Street untuk kesekian kalinya..




Hari ke-3

Hari ni plan asal nak stay kat Patong dan ambil bas malam ke Hat Yai, tapi memandangkan kena checkout hotel tengahari.. so tukar plan untuk ke Hat Yai terus pada pagi ni juga sebab anggaran masa perjalanan Phuket-Hat Yai sekitar 6-7 jam..  sekitar jam 9.00 pagi kami dah gerak ke Phuket Town naik bas pantai (lori ubahsuai jadi bas..kos THB20/ RM2.00). Sampai kat pekan, kena ambik tuk-tuk untuk ke stesen bas. Ada beberapa syarikat bas ke Hat Yai..so kena pandai pilih nak yang murah atau mahal.. bergantung pada jenis bas. Bas ekspress mahal la sikit..harga tiket antara RM29 – RM40.. Kami sebenarnya salah pilih bas.. sebab nak murah punya pasal, harga tiket RM29.00 untuk bas ekspress yang berhenti dibeberapa stesen. Siksa beb!...sebab banyak berhenti, perjalanan dari Phuket ke Hat Yai memakan masa hampir 9 jam..dari pagi membawa ke malam.. nasib baik dah makan sebelum naik bas..kalau tak.. kebulur lah kami..(saja nak bagitau.. area kedai makan tepi stesen bas tu ada satu kedai muslim..owner dia boleh cakap melayu..jual nasi campur dan mihun/mee sup).  


Phi Phi Don


Monkey Bay

Sampai di Hat Yai sekitar jam 8 malam.. dari stesen bas naik tuk-tuk ke Louise Guesthouse, sebelah Robinson Mall depan stesen keretapi (kalau baca entry HatYai-Krabi..aku stay sini gak dulu). Kos THB400/fan room. Lepas mandi manda..terus keluar merayap ke pasar malam cari buah tangan dan gi makan nasi lemak depan Lee Garden Hotel. Seperti biasa suasana malam di Hat Yai memang meriah..dengan gerai-gerai jualan di sepanjang jalan NiphatUthit Rd. (depan Plaza Lee Garden). Di sini boleh jumpa majoriti pelancong dari Malaysia.. Penat merayap then balik tido..


Maya Bay
Hari ke-4

Aktiviti biasa kalau datang Hat Yai.. bangun awal pagi then menapak ke pasar pagi tengok kemeriahan orang tempatan membeli barang-barang keperluan.. seperti biasa, aku cari nenas comel2 yang manis dan bersari tu.. tak sah kalau tak makan nenas ni kalau datang Hat Yai.. dan seterusnya ke Hat Yai Plaza Market.. 


Nenas Comel..(gambar masa gi Trang)


Breakfast kat aras 2 pasar.. lepas breakfast meneruskan usaha mengperabihkan saki baki duit bath.. beli t-shirt dua tiga helai. Masa datang pagi tadi masih larat menapak ke pasar.. tapi dah tengahari ni.. kaki pun da krem..so balik ke Guesthouse naik tuk-tuk .. siap packing barang dan check out kul 12.30 tgh.. menapak ke stesen keretapi untuk tunggu train kul 4.00pm.. (untuk balik ni aku dah ambik tiket awal lagi.. beli tiket kat stesen KTM  Kajang.. RM60 untuk tempat tidur..)  keretapi bergerak jam 4.00pm dan berhenti di Padang Besar untuk pemeriksaan passport lebih kurang 1 jam dan meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.. lepas dinner di gerabak kantin..masing-masing hanyut.. sepanjang jalan tido jer..





Hari ke-5

Last day.. bermula perjalanan keretapi dari Hat Yai 4.00 petang semalam..selamat tiba di stesen KL Sentral jam 5.30pagi.. maka tamatlah trip PHUKET-PHI PHI-HAT YAI untuk kali ini.. Secara keseluruhan trip berjalan lancar walaupun dengan bajet ciput dan tidak mengikut iteranary.. Sekian..semoga bertemu di trip akan datang..


Kos (Secara Kasar)
Tiket Flight KL-Phuket (1way)             – RM 99.00
Tiket Train-Bed (Hat Yai-KL)               – RM 60.00
Tiket Bas (Phuket-Hat Yai)                  - RM 29.00
Island Hopping Tour                           – RM 120.00
Bilik Penginapan/3 night (Sharing)     – RM 80.00
Makan-Minum DLL                            – RM 100.00
JUMLAH                                            - RM 479.00

* Tidak termasuk shopping

SEKIAN. SEKADAR BERKONGSI

Sunday, September 29, 2013

Surabaya : Kota Yu dan Buaya


Kota Surabaya adalah ibu kota Provinsi Jawa Timur, Indonesia. Surabaya merupakan kota terbesar kedua di Indonesia setelah Jakarta, dengan jumlah penduduk metropolisnya yang mencapai 3 juta jiwa, Surabaya merupakan pusat bisnis, perdagangan, industri, dan pendidikan di kawasan Jawa Timur. Surabaya terkenal dengan sebutan Kota Pahlawan karena sejarahnya yang sangat diperhitungkan dalam perjuangan merebut kemerdekaan bangsa Indonesia dari penjajah. Kata Surabaya konon berasal dari cerita mitos pertempuran antara sura (ikan hiu) dan baya (buaya) dan akhirnya menjadi kota Surabaya.


Hotel Sahid Surabaya

Surabaya terletak di tepi pantai utara provinsi Jawa Timur. Wilayahnya berbatasan dengan Selat Madura di Utara dan Timur, Kabupaten Sidoarjo di Selatan, serta Kabupaten Gresik di Barat. Surabaya berada pada dataran rendah,ketinggian antara 3 - 6 m di atas permukaan laut kecuali di bagian Selatan terdapat 2 bukit landai yaitu di daerah Lidah dan Gayungan ketinggiannya antara 25 - 50 m di atas permukaan laut dan di bagian barat sedikit bergelombang. Surabaya terdapat muara Kali Mas, yakni satu dari dua pecahan Sungai Brantas. ~ Wikipedia


Stesen Keretapi Gubeng

Angkot ke Pasar Turi

Catatanku :

Setelah tamat  Bromo Midnight Tour kami bertolak ke Kota Surabaya lebih kurang 120km dari Cemara Lawang.. Driver membawa kami singgah di Tangulagin (perkampungan kraf) dan seterusnya ke tempat penginapan di Sahid Surabaya..hotel ni berdekatan dengan stesen keretapi Gubeng dan Plaza Surabaya serta Muzium Kapal  Selam Pasopati. Kami check in sekitar jam 2 petang.. Setelah membersihkan diri dan berehat seketika.. perut dah mula lapar.. kami berempat menapak ke Plaza Surabaya cari makan lunch merangkap dinner.. Plaza Surabaya ni macam common shopping complex kat K.L..ada kedai2, butik2, fastfood restoren dan foodcourt. Dalam tu juga ada Matahari Store..(lebih kurang macam AEON Jusco dalam Midvalley tu..)



Bakmie.. Plaza Surabaya

Kami makan kat Foodcourt di Aras 3.. Lepas makan, meronda shopping kompleks kejap sambil lepak-lepak tengok warga Surabaya balik dari kerja dan shopping..pulang ke hotel sekitar 6.00pm.. dalam perjalanan dari Plaza..sempat singgah pekena nasi goreng simple dengan air kelapa kat pushcart tepi jalan.. sampai hotel terus landing sebab kepenatan tak cukup tidur akibat Bromo Midnight Tour…


Dinner tepi jalan..

Nasi goreng gerai tolak tepi jalan.. Jl. Kayon Surabaya

Bapak Chef..


Hari Kedua di Surabaya..lepas breakfast kat hotel, kami menapak ke Stesen Keretapi Gubeng.. tujuan nak naik train ke Pasar Turi..sebab kalau ikut survey melalui Google map..aku tengok laluan train tu boleh sampai ke hentian Pasar Turi..tapi bila tanya kat kaunter tiket.. laluan tu jalur lain..sebab stesen Gubeng untuk laluan ke Jogja dan Jakarta.. karna aku pun tak faham..so option berikutnya naik angkut ke Pasar Turi.. 


Laluan shortcut ke Tugu Pahlawan

Pasar Turi Lama yang telah terbakar

Pasar Turi ni macam pasar awam kat Malaysia..ada jual macam2 benda..dari barang basah hingga ke pakaian dan peralatan letrik. Driver angkut tu cakap Pasar Turi yang asal telah terbakar pada tahun 2012 dan kebanyakkan peniaga telah berpindah ke Pusat Grosir Surabaya yang terletak bersebelahan.






Pusat Grosir Surabaya



Soda Gembira

Kami ke  Pusat Grosir Surabaya untuk shopping buah tangan dan makan tengahari di foodcourt PGS. Kebanyakkan kedai kat Pusat Grosir ni adalah kedai pakaian.. Lepas makan menapak ke Pasar Turi lama.. dapat la tengok kesan kebakaran yang sedang dibaik pulih..masih ada kedai-kedai beroperasi dibahagian aras bawah yang tak terjejas semasa kebakaran. Dari Pasar Turi.. ada jalan shortcut ke Tugu Pahlawan dan Dataran Pemuda.. lepas posing-posing seketika di Dataran Pahlawan.. kami ambil teksi untuk ke Kenjeran Beach.


Dinding Pengkisahan Sejarah Kemerdekaan Indonesia




Dua Orang Pejuang Kemerdekaan

Tugu Pahlawan


Kenjeran Beach ni merupakan kawasan riadah tepi pantai yang dibina oleh pihak pemerintah untuk penduduk beriadah. Tempat ni juga dikenali sebagai Kenpark.. (Nak kata taman tema tu.. tak jugak sebab takde la permainan banyak macam Sunway Lagoon tu.. just benda2 basic je.. naik basikal..menunggang kuda.. permaian kanak2.. dan tempat makan.) Masuk sini dikenakan bayaran.. lupa pulak berapa rupiah..tapi tak la mahal..lingkungan 5 ke 10 ribu rupiah seorang la kalau tak salah aku.





Pintu Masuk ke KENPARK @ Kenjaren Beach

Kami lepak minum air kelapa ngan makan sate kerang dan Lontong Kupang..makanan femes kat sini ( Nasi impit + kuah berisi sejenis siput laut yang kecik..diorang panggil Kupang.. anak kupang la kot.. ) Sambil makan bersila ditepian laut.. boleh tengok orang menjala ikan dan bot-bot serta perahu nelayan lalu-lalang.  




Makan Bersila di Kenjaren Beach


Lontong Kupang

Sate Kerang

Kami ke Kenjaren Beach pun dah agak petang.. so plan berikutnya nak ke Kembang Jepun pada waktu malam.. Kembang Jepun tu macam kawasan China Town. juga dikenali sebagai Kya-Kya Surabaya.. ada tempat makan2 dan gerai2.. tapi pakcik teksi tu cakap..kebanyakkan kedai makan Cina.. dan kami pun tak sure jauh mana tempat tu dari hotel..takut nak balik pulak susah.. so tukar plan ke Muzium Kapal Selam Pasopati yang terletak berhampiran dengan hotel..

Pengantin..

Uangnya dah habis mbak!

Proton Pesona yang dijadikan teksi.

Monumen ini sebenarnya merupakan kapal selam KRI Pasopati 410, salah satu armada Angkatan Laut Republik Indonesia buatan Uni Soviet tahun 1952...bayaran masuk dikenakan 5000 rupiah seorang.. kalau datang dalam group..ada seorang awek yang akan mengiringi untuk terangkan sejarah kapal selam tu..hehe.. Maka kami pun dapat la merasa naik kapal selam walaupun kapal tu tak menyelam.. lawatan bermula dari bahagian kabin krew hingga ke haluan torpedo dan pusat kawalan..Cuma duk dalam tu agak panas.. lepas ni kena tunggu kapal selam Scorpene jadi muzium pulak la kalau nak merasa naik kapal selam kat Malaysia.. hihi.. 



Tangga laluan masuk ke Kapal Selam Pasopati


Haluan Torpedo.. boleh buat tempat tido..



Habis sesi melawat.. (korang jangan lupa lak bagi  tip kat tour guide..) kami terus ke Plaza Surabaya yang terletak bersebelahan untuk makan malam dan balik ke hotel.. tamat hari kedua lepas pekena air kelapa kat pushcart depan hotel.




 
Tour Guide Kapal Selam

Hari Ke-3 : Lastday sebelum berangkat ke balik ke Malaysia..lepas breakfast, sempat ke Plaza Surabaya sebab flight  kami kul 5 petang dan dah arrange dengan pemandu yang akan hantar ke airport..kami plan melawat ke House of Sampoerna masa dalam perjalan ke airport tu.. House of Sampoerna ni merupakan pusat pengeluaran rokok kretek jenama Sampoerna..jenama rokok ni memang berasal dari Surabaya dan kilang asal pengeluaran rokok ni dijadikan muzium untuk lawatan pelancong.. tapi masih ada pekerja dibahagian kilang baru terletak dibelakang dengan bangunan asal..bangunan ni bercantum dengan bangunan asal.






House of Sampoerna,Surabaya

Tiada bayaran masuk dikenakan. Kat dalam muzium ni boleh tengok gambar2 awal kilang dan pengasasnya.. bahan2 dan peralatan digunakan. Naik ke aras 2..kita boleh tengok ke bahagian production dimana barisan pekerja membalut setiap batang rokok by hand dengan kelajuan cahaya..aku rasa sebatang  rokok tu 5 second je diorang buat kot.. dan mungkin dalam 3 minit untuk siap sekotak rokok. 



Bahagian Pengeluaran Rokok Kretek Sampoerna


RM1.00 sekotak

Memula dengan ambik tembakau..gulung..potong dan packing dalam sofpack untuk setiap 10 batang rokok…masing2 dengan skill tersendiri..bila dah ramai2 tu..macam sedang menari dengan tempo yang sama pulak.. (section ni tidak dibenarkan mengambil gambar..tapi aku ambik gak curi-curi..hehe..) Kat sini juga ada bahagian jualan cenderamata dan buahtangan.. juga ada jual rokok kretek dengan harga kilang.. sekotak kretek 10 batang, harganya lebih kurang RM 1.00 je..





Bas Surabaya Heritage Track

Di House of Sampoerna ada disediakan bas pelancong oleh pihak Tourism Surabaya untuk city tour dikenali dengan nama Surabaya Heritage Track.. bas akan bertolak pada masa2 yang ditetapkan dan ianya GRATIS (free).. kita bebas naik dan turun kat mana2.. kalau tak turun..sampai balik ke House of Sampoerna ni.. setiap trip memakan masa 1 jam..Tapi sebab kami dah takda masa..so bergambar dengan bas je la yang dapat..


Bandara Juanda Airport, Surabaya

Bebek Penyet Lalapan..

Dari House of Sampoerna terus ke airport.. tapi sempat suruh pakcik driver bawak gi makan dulu kat area dekat2 Bandara Juanda.. Di airport settle semua check in..dan masuk balai berlepas..Masa scan beg.. Fadzly terkantoi sebab cubaan menyeludup pasir gunung berapi Bromo.. beg kena punggah.. macam-macam alasan bagi kat polis airport.. nak buat ubat la.. buat masker la.. last-last lepas gak pasir tu selepas hulur baki-baki duit rupiah yang ada..(huhh..korupsi sungguh..) Penerbangan lancar dan selamat tiba disekitar 7.00pm..



Secara keselurahan Trip ke Surabaya dan Bromo berjalan lancar dengan bajet yang mampu.. dapat pengalaman tengok kawah gunung berapi depan mata.. mengangumi ciptaan Allah s.w.t dan bersyukur tinggal di bumi Malaysia…





Sekian. Sekadar Berkongsi.

PULAU LANGKAWI : Menjejak Lagenda Mencari Laksa

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada ta...