Friday, November 21, 2014

Yogyakarta : Dari Borobudur ke Laut Selatan





Daerah Istimewa Yogyakarta adalah Daerah Istimewa setingkat provinsi di Indonesia yang merupakan peleburan Negara Kesultanan Yogyakarta dan Negara Kadipaten Paku Alaman.  Daerah Istimewa Yogyakarta yang terletak di bagian selatan Pulau Jawa bagian tengah dan berbatasan dengan Provinsi Jawa Tengah dan Samudera Hindia. Daerah Istimewa yang memiliki luas 3.185,80 km2 ini terdiri atas satu kota dan empat kabupaten, yang terbagi lagi menjadi 78 kecamatan dan 438 desa/kelurahan. Menurut sensus penduduk 2010 memiliki jumlah penduduk 3.452.390 jiwa dengan proporsi 1.705.404 laki-laki dan 1.746.986 perempuan, serta memiliki kepadatan penduduk sebesar 1.084 jiwa per km2.


Kepadatan Yogyakarta dari atas flight..

Penyebutan nomenklatur Daerah Istimewa Yogyakarta yang terlalu panjang menyebabkan sering terjadinya penyingkatan nomenkaltur menjadi DI Yogyakarta atau DIY. Daerah Istimewa ini sering diidentikkan dengan Kota Yogyakarta sehingga secara kurang tepat disebut dengan Jogja, Yogya, Yogyakarta, Jogjakarta. Walaupun memiliki luas terkecil ke dua setelah Provinsi DKI Jakarta, Daerah Istimewa ini terkenal di tingkat nasional dan internasional. Daerah Istimewa Yogyakarta menjadi tempat tujuan wisata andalan setelah Provinsi Bali. Selain itu Daerah Istimewa Yogyakarta menjadi daerah terparah akibat bencana gempa pada tanggal 27 Mei 2006 dan erupsi Gunung Merapi pada medio Oktober-November 2010.~ edit Wiki Indonesia.

 Adi Sucipto International Airport


Buku merah jangan lupa bawa..

Catatanku :
Trip Jogja ni aku rancang pada bulan November 2013 setelah dapat tiket freeseat Airasia (seperti biasa la kann..traveller bajet). walaupun freeseat..tetap kena bayar tax & fuel surcaj, namun masih berbaloi dengan kos RM128.00 return ticket, tapi tempoh menunggu untuk fly selama 5 bulan..iaitu pada Jun 2014.. lama siott..tapi takpe la kan..boleh kumpul duit pelan-pelan..untuk trip ni, kami 3 dewasa 1 kanak-kanak (member + isteri & anaknya)..tapi flight diorang sehari lebih awal dari aku sebab kami beli tiket berasingan.. bagi aku ni 2nd time ke Jogja..first dulu travel dari Solo dengan Fadzly Rujuk entri : Surakarta & Jogjakarta..

Pintu Gerbang meyambut ketibaan..

Brader ni tengah bawa burung merpati..


1st Day : Kuala Lumpur - Jogjakarta

Flight pada jam 9.45am dan mendarat di Adi Sucipto International Airport, Yogyakarta pada jam 11.20am waktu Indonesia (awal sejam dari Malaysia).  Member yang sampai semalam datang jemput di airport dengan driver yang dia booking. Dari airport terus ke rumah makan Restoren Sekhar Kedhaton di Kotagede untuk lunch... Diorang ni dah sempat ke  Perkampungan dan Muzium Merapi serta beberapa tempat lain semalam.. so, aku join bermula hari kedua.. Destinasi wajib yang aku dah plan dalam trip ni adalah Candi Borobudur di Magelang. Lepas lunch, sempat menyinggah di kilang baju dan tempat pertukangan perak di Kotagede sebelum ke Malioboro dan terus balik ke hotel.. aku dah booking Rene Hotel Jln. P. Mangkubumi  secara online melalui Agoda.com dengan kos RM98.00/night..hotel ni kategori hotel bajet juga la walaupun agak mahal.. hanya ada 20 buah bilik.. berhampiran dengan stasiun keretapi Tugu.. juga dalam jarak berjalan kaki dari tempat tumpuan di Jalan Malioboro..

Bilik penginapan di Hotel Rene


 
Stasiun Jogjakarta & Jalan Malioboro..


 “Dalam bahasa Sansekerta, kata “malioboro” bermakna karangan bunga. itu mungkin ada hubungannya dengan masa lalu ketika Keraton mengadakan acara besar maka jalan malioboro akan dipenuhi dengan bunga. Kata malioboro juga berasal dari nama seorang kolonial Inggris yang bernama “Marlborough” yang pernah tinggal disana pada tahun 1811-1816 M. Pendirian jalan malioboro bertepatan dengan pendirian keraton Yogyakarta (Kediaman Sultan). Di era kolonial (1790-1945) pola perkotaan itu terganggu oleh Belanda yang membangun benteng Vredeburg (1790) di ujung selatan jalan Malioboro. Selain membangun benteng belanda juga membangun Dutch Club (1822), the Dutch Governor’s Residence (1830), Java Bank dan kantor Pos untuk mempertahankan dominasi mereka di Yogyakarta. ~ Pamungkaz.net”


Lintasan stesen keretapi Tugu..


Pada malamnya kami menaiki beca dari hotel hingga ke Benteng Vredeburg (tukang beca dan kereta kuda memang sentiasa ada untuk bawa penumpang disepanjang jalan Malioboro hingga ke Kraton dan kawasan sekitar.. kos antara IDR20,000-IDR50,000). Jalan Malioboro sangat meriah pada malam hari dengan aktiviti jual beli. Sepanjang jalan tu memang penuh dengan kedai-kedai dan stall jualan di kaki lima.. macam-macam barang jualan..dari pakaian, beg, kasut, selipar, hasil kraf, batik dan accessories wanita, warung-warung makan yang dikenali sebagai lesehan dan lain-lain lagi.. selain aktiviti jualan..banyak pengamen jalanan yang mengadakan persembahan dan hiburan kepada orang ramai..


Kemeriahan Jl. Malioboro diwaktu malam..


penghibur yang berkostum seram.. untuk fotografi..

pengamen..

Kostum era kolonial..dan cewek Jogja.. Nol KM (KM 0)..


Makan malam Nasi Padang berhampiran Stasiun Tugu.. lepas tu melepak di Ankringan Kopi Joss Pak Agus di berhampiran hotel..warung tolak ni wujud pada malam hari saja..ia jadi tempat lepak-lepak minum kopi dan makan ringan-ringan seperti tempe goreng, mee dan nasi kucing yang siap dibungkus..yang bestnya diorang bentang tikar je atas kaki lima jalan dan ramai-ramai duk bersila minum kopi.. yang spesial dan menjadi trademark di Jogja adalah ‘Kopi Joss’nya..juga dipanggil kopi arang.. ianya kopi O biasa je..Cuma lepas bancuh tu, mereka akan masukkan seketul arang yang sedang merah membara ke dalam cawan kopi..dan mengeluaarkan bunyi “josssssszzzz…”..berasap-asap..dan bila minum tu terasa aroma arangnya..(dah macam kopi Pak Belalang pulakk..)..tapi seriuss sedap..rasa lain sikit..kalau ke Jogja, korang patut try…cuma hati-hati je la masa minum..takut tertelan arang sekali..naya jerr..


Kopi Joss Pak Agus..

Menu-menu yang biasa terdapat di lesehan..


Sambil lepak kita akan dihampiri pengamen untuk minta izin buat show depan kita..boleh request lagu..lepas tu pandai-pandai la hulur kat diorang.. malam-malam berikutnya aku lepak kat sini..borak-borak dengan tukang bancuh kopi..yang bagusnya sebab dia tahu pasal Malaysia sebab ada sedara mara yang kerja di Johor..



Papantanda menyambut ketibaan..

step up..


Selfie..


2-Day : Dari Borobudur ke Pantai Selatan

Jam 8.00 pagi, Pak Danan dah siap tunggu dilobi hotel untuk  trip ke Borodubur.. (pemandu yang diaturkan oleh kenalan dari Solo.. kos untuk 2 hari IDR 1.4 juta..)  Perjalanan dari hotel ke Borobudur dengan jarak lebih kurang 50km dari Jogjakarta megambil masa 1 jam setengah melalui daerah Sleman dan Mutilan sebelum sapai ke Borobudur yang terkenal dan di wartakan sebagai World Heritage Site oleh UNESCO. Tiket masuk untuk pelancong luar adalah IDR 230,000.. (Pelancong lokal IDR 30,000 jerr.. ini tidak adil..huhu..)


Tiket masuk..


Plak World Heritage Site UNESCO

Menurun..




Antara ukiran pada dinding yang mungkin mempunyai
maksud dan ceritanya..

View dari atas Borobudur

View dari other side..


“Borobudur ialah kuil atau candi agama Buddha yang terletak di desa Boro ,Kabupaten Magelang, Jawa Tengah, Indonesia. Borobudur terletak kira-kira 100 km di barat daya Semarang dan 40 km di sebelah barat laut Yogyakarta. Luasnya 2500 km persegi. Borobudur adalah stupa Buddha mazhab Mahayana, dan monumen Buddha terbesar di dunia. Ia dibina antara tahun 750 dan 850 Masihi oleh pemerintah Jawa Dinasti Sailendra dan Sanjaya.. Kuil Borobudur dibina atas tanah bukit hanya setinggi 265 meter dari dasar laut dan 15 meter tinggi. Borobudur berbentuk gunung 6 segi bujur dan mempunyai 3 tingkat. Pada puncak Borobudur ada stupa induk berbentuk loceng berlubang-lubang. Bahagian paling utama terletak di bahagian puncak yang dikelilingi oleh 72 patung Buddha. Setiap patung Buddha terletak dalam stupa loceng yang berlubang-lubang. Borobudur ini dihiasai dengan 2672 arca dan 504 patung Buddha. Monumen ini menjadi tempat utama Lord Buddha dan tempat perjalanan pemujaan terpenting penganut Buddha di Indonesia dan dunia. Semasa mendaki, mengelilingi Borobudur menuju Buddha, terdapat 1460 keping arca pada dinding dan hiasan balustrades”~ Wikipedia Indonesia


Laluan di setiap lantai candi


Kerja-kerja pemuliharaan struktur..

Tourist & guide..

Dari pintu masuk..kita kena berjalan beberapa ratus meter untuk sampai ke binaan candi.. dalam kompleks terdapat kemudahan yang disediakan untuk keselesaan pengunjung..ada bilik tayangan video, dewan untuk aktiviti, tandas,  tempat makan dan gerai-gerai jualan di pintu masuk dan keluar. Setelah mendaki beberapa anak tangga..kita akan dapat menikmati pemandangan menarik dari atas candi dari sudut 360 darjah..view yang sangat indah.. sape-sape yang belajar matapelajaran Sejarah memang tau pasal Candi Borobudur ni sebab ada dalam buku teks sekolah..zaman aku belajar dulu la.. skang tak tau ada ke tak.. dan memang jadi cita-cita aku nak menjejakkan kaki ke tempat-tempat yang tersenarai dalam buku Sejarah..boleh gitu??


Gambaran pelan lantai binaan Borobudur


View sebelum mendaki anak tangga ke atas..

Selfie lagii..


Menghabiskan masa sekitar 2 jam di sini.  Lepas dari pintu keluar candi..kita akan melalui gerai-gerai jualan cenderamata.. dan yang tak bestnya apabila penjual-penjual freelancance tanpa gerai akan follow kita sambil memaksa untuk membeli barang jualan mereka..rimas sangat rasanya..

Hentian pusat jual beli salak madu..

sesi pilih memilih..

Size mega..


Meneruskan agenda lawatan ke Perkampungan Salak di Daerah Sleman.. kebanyakkan rumah penduduk kawasan ni semua ada kebun salak.. even di tepi rumah sekalipun..dan buah salak dari kawasan ni memang sangat terkenal di Jogja dan seantero Jawa Tengah..stop kejap kat pasar buah salak beli nak bawak balik.. seterusnya lunch di Restoren Timbul Roso, Jln. Cankringan Daerah Sleman.. restoren ni aku suruh driver cari sebab aku tengok Qi Razali makan kat sini dalam Denstinasi Bajet TV9 – episode Jogjakarta ( pengaruh TV...).

Hentian makan..

Menu lunch..sup buntut..

ada berannn...??

Restoren ni menarik sebab tempat makannya adalah pondok yang dibina atas kolam ikan dan dikelilingi  pokok-pokok hutan.. makan sambil feeling-feeling alam semulajadi. Actually tour aku ni tak ikut agenda sangat..walaupun iternary dah disediakan oleh agen.. tapi driver ikut je ke mana kitaorang nak pegi.. so, lepas makan kami suruh driver bawak ke kawasan pantai..


Jambatan menuju Parangtritis..

Welcome..


Pantai Depok.. 



perahu-perahu nelayan di Pantai Depok design dia memang camni..cantik..

Dari Daerah Sleman kami ke Pantai Selatan.. iaitu pantai Depok dan Parangtritis.. Pantai selatan terkenal dengan kisah lagenda Nyi Roro Kidul atau digelar Ratu Laut Selatan.. walaupun ianya satu lagenda..tapi terdapat golongan tertentu yang masih mengadakan upacara pemujaan tahunan di laut selatan…kebanyakkan pengunjung hanya bersantai saja kat tepi pantai sebab pantai ni ombaknya agak besar kerana menghadap laut lepas Indian Ocean..kalau mata korang tahap Superman mungkin boleh nampak Australia nun ditengah laut..huhu.. terdapat anak-anak tempatan yang main luncur air.. berani sungguh depa ni.. 

Surfers..

Mencabar ombak Lautan Hindi

beach boys..

Seterusnya balik ke kota Jogja..dalam perjalanan sempat stop bergambar kat depan university tertua dan terkenal Indonesia..Universitas Gadjah Mada.. (ambik feel konon nak sambung belajar luar Negara..)

Pintu masuk ke Universitas Gadjah Mada


Pada malamnya kitaorang gi dinner di Gudeg Bu Tjitro, Jln. Janti, Bantul..sebuah restoren khas masakan Jogja..  Nasi Gudeg adalah makanan khas Jogja/Jawa Tengah.. set nasi dengan ayam goreng berserta sambal nangka muda , kuah, tempe dan sambal goreng krecek..lepas makan, seperi biasa..berjalan-jalan di Malioboro membeli cenderamata sebab esoknya dah nak balik..


Gudeg Bu Tjitro


Alun-alun Jogja..

nak cuba kena tutup mata..

awal-awal dah menyenget...patutnya tuju tengah antara 2 pokok tu...


3rd & Last Day : Alun-alun Kraton Jogja- Adi Sucipto-KLIA2

Kami check-out dari pada awal pagi sebab driver akan hantar terus ke airport pada jam 2.00pm..tapi sementara menunggu masa flight balik..sempat la buat shortrip ke Kraton Jogja.. tempat kediaman dan acara rasmi sultan-sultan pemerintah Kesultanan Nyojakarta Hadiningrat dulu-dulu.. pada masa sekarang Jogjakarta diperintah oleh Sri Sultan Hamengkubowono ke-10 yang juga merupakan Gabenur Daerah Istimewa Jogjakarta.


Kraton Jogja

Model binaan kraton..

pakaian penghuni kraton..

Pakaian anak-anak dan kerabat


Kemudian kami di bawa melawat ke muzium kereta (pada mulanya aku ingat kereta-kereta sport koleksi sultan..rupanya kereta kuda kegunaan untuk upacara rasmi sultan..). Lepas tu mencuba lagenda pohon beringin kembar di Alun-alun Jogja.. mengikut mitos, takde  orang yang boleh berjalan melepasi di antara dua pokok tersebut dengan menutup mata.. kecuali dengan hati yang benar-benar tulus dan bersih.. so, aku try la jugak.. berjalan memang menyenget ke tepi la jawabnya (hati tak tulus..hahaha). 

Muzium kereta..

Hentian Lunch

Bakhpia Pathok 25


Dalam perjalanan ke Airport, berhenti lunch kat restoren Ayam Goreng Suharti di Jalan Adi Sucipto sebelum ke kedai Bakhpia Pathtok 75..membeli bakhpia pathtok makanan ole-ole khas Jogja.. jam 3.00pm kami dihantar ke airport oleh Pak Danan untuk penerbagan pada ke KL pada jam 5.15pm..


Pengusaha batik canting berhampiran Kraton

Muzium Kereta..


Kami dah siap check-in secara online..tapi masa pemeriksaan masuk tu tak berapa lancar sebab buah salak yang dibeli dirampas oleh polis airport atas alasan kami tak boleh bawa balik biji-bijian atau tumbuhan… memang frust la..member 3 kg dan aku 2 kg..kenyang la depa makan buah salah..huhh.. Penerbangan ke KL berjalan lancar dan selamat mendarat di KLIA pada jam 8.40pm..

take off..semoga ketemu lagi..


Secara keseluruhan, trip ni berjalan dengan lancar dan memberikan nostalgia kepada buku Sejarah dengan kos yang masih boleh dikurangkan sekiranya travel beramai-ramai..

KOS KASAR :
Tiket Flight               - RM 128.00
Hotel                         - RM 98/night x 2 ( RM196.00)
Pengakutan & Tour    - RM 134.00/pax
Makan                        - RM 80.00
Airpot Tax (Indo)        - RM 45.00
                       TOTAL : RM  583.00
Remarks :
Kos untuk bilik hotel &  sewa kenderaan lagi jimat jika ramai ahli..


Sekian. Sekadar Berkongsi

Monday, November 3, 2014

KRABI The Second: Trip Kengkawan



Ao Nang adalah titik tengah wilayah pantai Krabi, Thailand. Pekan ini terdiri daripada jalan utama, yang dikuasai oleh restoran, pub, kedai-kedai dan perniagaan lain yang bertujuan untuk pelancong. Pantai yang utama digunakan oleh sunbathers, terdapat sejumlah besar bot longtail yang menawarkan akses kepada pantai-pantai lain di tanah besar dan di pulau-pulau berdekatan. Ao Nang terletak di atas peta perjalanan  backpackers, ramai daripada mereka yang datang untuk mendaki struktur Karst di Krabi yang unik yang ditawarkan secara meluas melalui pusat di Ao Nang, kebanyakan tempat mendaki  adalah pantai di Railay, Tonsai dan Phra Nang. Pantai utama di Ao Nang adalah tempat berlepas untuk bot ke beberapa tempat, termasuk resort yang berdekatan Railay (atau Rai Leh), yang tidak boleh diakses melalui jalan raya, Pulau Poda dan Pulau Ayam ~ Wiki

Kedai-kedai cenderamata di Ao Nang

 speedboat at Tup Island



Catatanku :
Aku namakan percutian kali ni sebagai Trip Kengkawan sebab pergi dengan kawan-kawan seramai 5 orang.. Trip ni ala-ala backpackers la konon.. tapi ke Krabi je pun.. nak buat macamana..kitaorang bukan boleh cuti lelama pun macam backpackers mat saleh tu.. depa sekali jalan dua tiga bulan.. kalau aku buat macam tu.. alamatnya tak makan laa.. Trip ni asalnya dirancang untuk ke Bangkok menaiki keretapi.. tapi memandangkan hari kami sampai ke Hat Yai untuk transit ke Bangkok tu tengah bergolak dengan tunjuk perasaan menetang kerajaan.. so, kami tukar haluan ke Krabi.

Bandar Hat Yai  yang berwarna warni..

Para pejuang kemerdekaan sedang berdemonstrasi...

1St Day : KL – Hatyai by Train
Untuk trip ni bermakna kali ke-2 aku ke Krabi.. yang 1st  rujuk entry Hat Yai & Krabi.. aku stay kat Hat Yai then ambil pakej ke Krabi.. (balik hari..), tapi kali ni terus ke Krabi.. seperti biasa, perjalanan bermula dari Stesen Sentral Kuala Lumpur menaiki keretapi ..Tiket KL-Hatyai (Bed) dengan harga RM60.00. Bertolak pada jam 9.15pm dan tiba di Hat Yai jam 10.00am keesokkannya.

Hat Yai Junction.. stesen keretapi Hat Yai
Menunjukkan sokongan dengan menaiki pickup beramai-ramai..

Dari Hat Yai kami ambil tiket Van untuk ke Krabi dari tour agen berdekatan Hat Yai Station dengan kos RM17/pax (kalau korang terus ke hentian Van.. tiket ke Krabi RM13.00 je). Kami dihantar ke hentian van menaiki tuk-tuk oleh agen.  Van bergerak pada jam 2.15pm dan perjalanan ke Krabi mengambil masa 5 jam.. Van ni berhenti di beberapa station untuk ambil dan turunkan penumpang dan sekali untuk makan. Sempat la tido beberapa round. Tiba di Krabi pada jam 7.00 malam.. terus cari hotel secara walk in je.. takde booking-booking pun.. ada beberapa hotel di sekitar Krabi Town ni yang affordable.. kena pandai cari.. dari tempat van drop, kitaorang menapak ke Thai Hotel yang berdekatan.. tu pun tanya orang dan aku dah survey dalam Google Maps. (Digalakkan beli simpack internet telco Thai utk online dan kalau sampai awal korang boleh terus ke Ao Nang sebab kat sana lagi banyak bajet hotel).

Hentian Van untuk Ke Trang/Krabi/Phuket


Krabi Custom House

Kami menginap di Thai Hotel dengan kos RM70/night tanpa breakfast untuk 3 malam, kira murah la bila share.. bilik standard dan selesa.. Masa check in tu, kat lobi ada agen untuk Krabi Tour.. kami booking siap-siap aktiviti untuk esoknya. Pakej  ‘4 Island Hopping’ dengan kos RM45/pax (Long Tail Boat). Speedboat kalau tak silap aku dalam RM80/pax.  Dari hotel, keluar mencari makan malam berhampiran Chaofah Park.. ada beberapa stall muslim tepi sungai berhampiran Krabi Custom House. Dinner kami makan simple2 aje..nasi goreng dan mee goreng seafood.. lepas makan balik tido kepenatan sebab dah sehari semalam dalam perjalanan.

4 Island Hopping bersama Hj.Harun

Boatman..

Hari ke-2 : Four Island Hopping
Agen tour datang pickup kat hotel jam 8 pagi.. selain dari kitaorang ada beberapa pelancong luar dan satu grup chinese auntie dari Penang..dengan menaiki lori teongsew kami dibawa ke jeti dai Ao Nang Beach  untuk combine dengan grup-grup lain dalam satu bot.
.. 
Tup Island..
Tup Island view dari atas bukit..

Sesi menahan nafas sebelum snokelling..kurus kann??

Poda Island view from boat..


Pakej dari Barracudas Tour bermula jam 9.00am – 4.00pm.. semua pakej tour pulau bermula dari pantai Ao Nang. Aturcara tour 4 Island Hopping adalah seperti berikut  ;-
Tup Island (Snorkeling and Exploring), Chicken Island (Snorkeling), Poda Island (Relaxing, Swimming and picnic lunch), Phranang Cave Beach (Relaxing and Swimming).. Aturcara sama je dengan trip pertama aku dulu.. (baca disini).

Snokelling session with tiger barb..

Mr.Jojo & Indah..

fish...fish...and chip..


jalan-jalan tepi laut kat Railay Beach


Kami bernasib baik sebab dapat tourguide melayu muslim Thai.. Haji Harun (fb name: Jojo Krabi).. dia ni ex-international student Universiti Islam Antarabangsa(UIA)..memang terbaik la services dari beliau ni.. macam2 cerita boleh share.. yang menariknya beliau juga merupakan Imam II masjid pekan Ao Nang.

Chicken Island...
Speeding boat vs Catamaran..

Karts structure...view from Poda Island

Tamat Island hopping jam 4.00pm dan dihantar balik ke hotel. Waktu petang semua tido sebab penat seharian bersnokelling.. Malamnya keluar ke pasar malam berhampiran dengan hotel..jarak jalan kaki je..boleh tanya orang sekitar arah ke pasar malam. Pasar malam Krabi memang ada setiap hari..macam2 benda boleh cari.. ada stall jual makanan halal (tengok logo halal/ makcik penjual).. dan yang agak menarik adalah nasi kuning dan beberapa kuih tempatan yang jarang kita tengok ..kami tapau je balik makan kat bilik..sebab balik pun dah lewat malam..lepas makan terus landing sampai pagi..

Bike Rent...bikers

Hari ke-3: Krabi Scooter & Kapcai Rides
Hari ketiga kami sewa motosikal skuter & kapcai untuk meronda Krabi..bikers kental la kononnya.. kadar sewaan adalah RM15.00-20.00/day bergantung pada jenis motosikal. Untuk  sewaan perlu mencagarkan satu passport, yang menariknya motosikal diberikan dengan minyak full tank..tapi syaratnya masa hantar kena bagi balik fulltank..so, takde la bila ambik motorsikal tu baru nak mengagau cari petrol pump.(kalau kat Malaysia, sewa apa-apa kenderaanpun.. meter minyak sure ‘E’....kannnn??). 

Bikers Kental..

Born to ride kapcai.. 


Destinasi pertama adalah Tiger Cave Temple (Wat Tham Sua), ia merupakan sebuah kuil Budha yang terletak di atas puncak bukit dengan ketinggian 2,000 dan mempunyai 1,272 anak tangga yang perlu dipanjat untuk sampai ke arca patung budha emas di puncak bukit. Cari lokasi guna google maps aje..lebih kurang 20minit dari pekan Krabi.. hajat dihati memang nak naik sampai atas..tapi tak kesampaian sebab dah bergaduh dengan monyet-monyet liar kat tangga Wat..(garang siot monyet2 kat sini). 

Wat Tham Sua nun di puncak bukit..

Tangga tempat nak memulakan pendakian...sblm diterkam monyet liar..

Wat Tham Sua 

Meneruskan perjalanan ke Ao Nang Beach.. ride santai-santai sambil tengok suasana kampung dan berhenti untuk lunch kat satu kedai muslim di Ao Nang (depan masjid). Dalam perjalanan balik dari Ao Nang ke pekan Krabi, singgah di Krabi Kart Speedway, Wat Sai Thai dan Dataran Krabi ..kat dataran ni korang boleh naik bot untuk river tour..  Malamnya mencari restoren tomyam sekitar pekan Krabi untuk dinner..namapak satu kedai yang agak meriah dengan logo halal..so malam tu kami menjamu selera dengan siakap stim, tomyam campur, udang tepung, somtam dan kerabu mangga.. lepas makan terus balik kekenyangan..


Krabi Technical College...dulu konon2 ofis nak buat lawatan ke sini..



Masjid yang cantik..sebelum sampai ke Ao Nang beach..


Hari ke-4: Krabi – Hat Yai
Pagi hari ke 4, aku sempat ride sensorang ke Maharaj Market  di pekan Krabi..ia pasar besar bagi Krabi, terdapat berbagai section jualan.. dari barangan runcit hingga barangan basah untuk keperluan harian..tujuan aku ialah section makanan..saja menjamu mata.. ada section makanan halal yang menjual makanan dan kuih muih tempatan yang agak unik dan menarik.. lepas breakfast roti canai depan hotel.. kami menunggang ke Tesco Lotus (mcm kat Malaysia tade Tesco..kann?). 

Pintu masuk ke Krabi National Park

Tuk Tuk motosikal..

Sculpture Ketam di Dataran Krabi,,

Sebenarnya saja-saja menghabiskan masa sebelum hantar motorsikal. Tengahari balik packing barang untukbalik ke Hat Yai..(tiket van beli kat agen dihotel..senang kan??..front desk hotel boleh urus semuanya..cakap je nak apa). Van datang ambik kat Hotel dan bergerak ke Hatyai jam 1.00pm.. tiba di Hat Yai jam 6.00pm..  Check-in di Louise Guest House -RM40/night..dah mcm pelanggan tetap lak aku kat guesthouse ni.. bukan apa..sebab guesthouse ni letak betul2 depan Hat Yai Station..senang nak menapak ke stesen keretapi nak balik nanti.. Malamnya kami merayap disepanjang jalan-jalan Niphat Uthit sampai ke Grand Plaza Hotel.. then makan nasi lemak 7 teh tarik kat tepi McD.. lepas makan..shopping barang cenderahati dan balik ke bilik..

Tuk-tuk di pasar Hat Yai

 Ford Falcon 1960


1960 Mercedes Benz S-Class

Hari ke-5 : Last Day (Hat Yai- KL Sentral)
Bangun pagi..bangun pagi kami terus menapak ke pasar pagi dan Plaza Market untuk breakfast..kat sini baru la start memborong tshirt dan benda-benda yang menarik perhatian sebagai cenderahati kawan-kawan..masa kat Krabi tak membeli sangat sebab malas nak bawa.. 


Plaza Market Hat Yai


Kat dalam pasar  ada kedai baju,seluar, beg, kasut dan macam2 lagi lah..dijual dengan harga yang berpatutan..boleh la kalau korang nak shopping kat sini..hampir jam 12.00 tghari kami balik ke bilik untuk packing barang.. lepas checkout..terus ke stesen keretapi untuk perjalanan ke KL pada jam 4.00pm.. selamat tiba di KL Sentral pada jam 6.00am esok paginya.. maka tamatlah sesi backpackers kali ini dengan jayanyaa…
Perfect combination....Pisang dan sirap...

Pada aku, trip ini berjalan dengan lancar walaupun tanpa mengikut plan yang sepatutnya…Cuma masa last day tu.. masing-masing dah menghabiskan duit baht Thai kat pasar.. so lunch kami makan pisang dengan air sirap je sebab dah takde duit… huhu..sedihh!

aku yang dulu bukanlah yang sekarang...


Hat Yai Station

 
BAJET PERCUTIAN:
Tiket KTM
(Lower Bed) (KL-Hatyai-KL)          - RM120 / two way
Tiket Van
(Hatyai-Krabi)                                   – RM 17 (agen)
Krabi-Hatyai                                      - RM15 (frontdesk hotel)
4 Island Hopping                              – RM45
Bilik Hotel Krabi (share 3pax)         – RM70 /3 night
Guesthouse HatYai (Share)               -RM20/ 1 night
Motorbike Rent                                 – RM15/day
Makan/Minum                                   –RM100 (5 days)
                                          JUMLAH : RM402.00

(Tidak termasuk shopping)

Sekian.Sekadar Berkongsi






PULAU LANGKAWI : Menjejak Lagenda Mencari Laksa

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada ta...