Tuesday, September 9, 2014

HO CHI MINH CITY, DELTA MEKONG & CHU CHI TUNNEL

 

Bandar Raya Ho Chi Minh (Saigon) (bahasa Vietnam: Thành phố Hồ Chí Minh) merupakan bandar raya terbesar di Vietnam. Bandar ini pernah dikenali sebagai Prey Nokor dan merupakan pelabuhan utama Kemboja sebelum dikuasai oleh Vietnam pada abad ke-17. Semasa dinamai Saigon, bandar ini menjadi ibu kota Cochinchina Perancis dan kemudian Vietnam Selatan dari 1954 hingga 1975 dalam Perang Vietnam. Pada 1975, Saigon digabungkan dengan Gia Định dan dinamakan semula Bandar Raya Ho Chi Minh.



View HCM dari atas flight


Para penunggang motosikal di HCM

Pusat bandar terletak di tebing Sungai Saigon dan berdekatan dengan delta Sungai Mekong. Bandar Raya Ho Chi Minh terletak 1,760 di selatan ibu negara, Hanoi. Kawasan metropolitannya didiami seramai 9 juta penduduk, dan merupakan kawasan perbandaran terbesar di Indochina. Nama "Saigon" masih digunakan dengan meluas di kalangan penduduk tempatan. ~ edit Wikipedia


berpusu-pusu mencari haluan

Catatanku :

Trip Ho Chi Minh ni dah lama delay untuk story disebabkan kebusyan melanda dan berlaku beberapa peristiwa penting dalam hidup.. Seperti biasa, perancangan bercuti secara bajet memerlukan perancangan awal bergantung keberadaan tiket (bergantung pada SALE tiket Air Asia sebenarnya). Tiket ke Ho Chi Minh aku dapat dengan harga RM178.00 pergi dan balik. Beli pada Januari dan penerbangan pada Oktober.. bayangkan betapa lama kena tunggu. Tapi takpe..janji tiket murah. So dalam masa menunggu tu..seperti biasa..buka tabung untuk percutian, mecari hotel secara online dan merancang tempat untuk berjalan. Duit dah tukar siap-siap di Malaysia dari RM ke matawang Vietnam Dong dan US Dollar. Trip dirancang untuk 4 hari 3 malam..


public transport 



1st Day (Ben Thanh Market )

Penerbangan pada jam 7.05 pagi dari LCCT Kuala Lumpur dan selamat tiba di Tan So Nhat International Airport, Saigon pada jam 8.05 pagi waktu tempatan (waktu kat Ho Chi Minh lewat 1 jam dari Malaysia). Sebulan sebelum trip ni..aku dah survey tempat penginapan, makan-makan dan pakej untuk berjalan.. Penginapan aku dah booking di Mifuki Inn Hotel (nama  hotel tak leh blah..hehe) melalui Agoda.com dengan kos RM70.00/night. Sampai sana, lepas settle imigresen  terus melilau cari orang dari hotel  sebab mereka janji jemput di airport… tinjau2 kot ada orang pegang tag nama aku ke..tapi haramm.. menunggu sekitar sejam lebih, sampai ke sudah takda yg datang..nak call hotel takde nombor…nasib badan. Lastly ambil teksi airport  Vinasun untuk ke hotel.. terbang la duit bajet RM45.00. 



kedai kopi & budaya minum kopi di HCM




Hotel ni kecik je.. ada WiFi free..kira okey untuk penginapan bajet.. yang penting tak jauh dari Ben Thanh Market dan tempat makan.. jarak jalan kaki je.. lepas settle check-in, terus keluar meninjau kawasan.. destinasi utama adalah pasar Ben Thanh, pasar ni memang terkenal dengan jualan kain cotton baju kurung, telekung, pakaian kanak-kakak dan dewasa serta beg tangan dan bagpack dengan harga murah. Selain untuk beli bagi kegunaan sendiri..ada juga kiriman dari kawan-kawan.. Peniaga-peniaga (amoi-amoi Vietnam) kat sini agak agresif untuk menarik pelanggan membeli kat kedai mereka.. ada yang siap tarik-tarik tangan kita suruh tengok.. sesetengah ada yang boleh berbahasa melayu simple.. “abang..mulahh...abang..mulahh..” ayat tu je kot diorg tau..disebabkan tujuan nak survey kedai dulu..so kami tak beli apa2. 


masyarakat HCM lepak minum petang



Dah penat meronda pasar..kami mula mencari tempat makan.. kebetulan masa perjalanan ke pasar tu lalu depan kedai Hjh.Basiroh (kedai jual telekung dan kedai makan). Kedai ni memang terkenal di kalangan pelancong dari Malaysia dan terletak depan Hotel Saigon Pink. Kat jalan depan hotel ni ada beberapa kedai makanan halal.. Kami luch kat Restoren Kampung Melayu, restoren ni milik seorang Dato’ dari Malaysia, dia ada 3 buah restoren kat sini.. (supervisornya budak Negeri Sembilan yang baru 3 bln dtg duk Vietnam..mcm best je keja beliau). Menu set Nasi Ayam..datang jauh2 makan nasi ayam.?? Tapi makan kat restoren ni agak mahal sebab restoren ni agak standard.. Lepas makan balik ke bilik kejap untuk rest.. maklumlah bangun awal kul 4.00 pagi lagi ke LCCT..


Set Nasi Ayam HCM Restoren Kg.Melayu

Di depan kedai Hjh. Basiroh

Kami keluar sekitar 5.00 petang.. petang tu hujan dan cuaca gelap nak malam.. sini malam awal sejam dari Malaysia..so jam 6.00 petang dah gelap..suasana malam lebih meriah sebab ada pasar malam disekeliling pasar Behn Thanh. Pasar tutup pada jam 5.00 petang..barangan jualan lebih kurang sama je dengan barang yang dijual dalam pasar.. dan kebanyakkan peniaga adalah peniaga-peniaga yang meniaga dalam pasar pada siangnya..Cuma ada tambahan gerai2 makan dan peniaga2 buah-buahan.. Harga barang jualan mungkin lebih murah dari dalam pasar dan masih boleh tawar menawar.. (kadang-kadang boleh dapat separuh dari harga yang mereka letak).  


Kopi Basikal Glosyan
Dalam duk jalan-jalan tu sempat la sambar t-shirt ngan bagpack Deuter mini (ofkos la yg tiruan) dan yang menariknya ada orang jual kopi pakai basikal.. Glosyan Coffee namanya..orang kata kopi Vietnam ni sedap..so try juga la segelas (RM3.00).. memang terbaik.. lepas tu dah kemaruk kopi basikal ni.. tiap-tiap malam cari.. huhu..

Sungai Mekong



2nd Day ( Mekong River Tour )

Program hari kedua adalah tour ke delta Sungai Mekong.. Delta Mekong terkenal dengan kegiatan pertaniannya..dulu masa belajar Geografi kat sekolah dapat tengok peta je.. so hari ni gi melawat sendiri.. rasa macam hebat jer..haha. Kami ambik tour pakej kat lobby hotel je.. kat sini agen tour memang ada merata tempat.. harga tour bergantung kepada agen-agen tersebut.. So, untuk trip ni.. kami ambil 2 pakej dari TVK Travel & Tours.. 1st – Mekong Delta 1 Day Tour ( USD$12.00/pax) dan 2nd – Chu Chi Tunnel Halfday Tour (USD$9.00/pax). Breakfast untuk hari kedua dah masuk sekali dengan harga bilik, kami makan roti je sebab nak makan benda lain tak berapa yakin. Lepas breakfast, menunggu agen tour datang. 


 Miss Tourguide

melawat kampung

Jam 8.00 pagi agen tour pickup kat hotel dan transfer ke bas yang akan membawa kami ke Delta Mekong bersama dengan pelancong2 lain dari pelbagai negara..dlm bas ni kami je dari Malaysia kot. Sepanjang jalan dapat tengok kesibukkan kotaraya Ho Chi Minh.. dengan motorsikal yang beribu juta..dan pergerakan kenderaan yang bersimpang siur....nampak ngeri je tengok sebab mereka main redah je bawa motor.. tapi tak pulak eksiden.. memang hebat la diaorang ni. Perjalanan dari hotel memakan masa 3 jam. Tour guide kami pada hari adalah seorang gadis yang cun..hehe..namanya Miss Luao (Nama moden dia Jenny ke apa..aku tak ingat..) so, sepanjang jalan dengar dia bercerita pasal Delta Mekong dan macam-macam lagi.. aku dah lelap.. perjalanan boleh tahan lasaknya..kadang2 jalan o.k, kadang2 k.o bergantung kepada kondisi jalan.. lepas stop kejap kat kawasan rehat utk para penumpang melepaskan hajat (kawasan toilet tgh sawah dgn view yang cantik). Meneruskan perjalanan.. dah dekat2 nak sampai..bas melalui jambatan merentasi Sungai Mekong.. memang besar la sungainya pun..








Persembahan nyayian lagu-lagu rakyat

Akhirnya kami sampai ke 1st stop untuk tour ni.. iaitu sebuah kampung orang Vietnam.. dah pegi Vietnam..kampung orang Vietnam la kann.. tak kan kg. Baru KL pulok ye dok?.. haha.. Sebenarnya kami tak tau tentative program..main follow jer menapak ramai-ramai masuk kampung.. Aktiviti pertama yang kami lakukan adalah melihat sarang lebah dan rasa madu lebah asli. Kemuadian kami dihidangkan dengan buah-buahan segar seperti pisang, tembikai, nanas dan buah naga. Masa tengah makan-makan ni ada nyayian lagu traditional dari kumpulan music pakcik makcik kampung tu kot. Duduk je, kami dihidangkan dengan buah-buahan segar dan teh madu. Campuran madu dengan air teh…tapi rasa dia pelik sikit.. katanya untuk tambah power..power rangers kot!!..


Ahlil musik...

Masa ni kami dihiburkan dengan nyayian lagu tradisional, masing-masing melopong jer sebab sepatah haram tak faham.. iramanya agak klasik dengan gesekan alat music tradisional.. Mungkin melodi lagu yang agak perlahan menyebabkan suasana agak hambar..lagu-lagu rakyat kot depa ni nyanyi... abis nyanyian..Miss Loua explain pasal alat2 musik Vietnam.. yang special sikit tang gitar Vietnam tu.. ada kelainan dari fret gitar biasa..dan sesi bagi tip kat penyanyi..




Penduduk pinggir sungai di Delta Mekong (makcik sedang melambai)


Aktiviti seterusnya pula, kami dibawa ke jeti untuk mendayung sampan ke tempat memproses coconut candy.  Satu sampan naik 4 orang penumpang…ngam-ngam la untuk kami berempat.  



sampankuuu...

captain sedang bertungkus lumus membetulkan sampan setelah dinaiki Fadzly..huhu..

Masa ni hujan turun dengan selebat-lebatnya..nasib baik dah beli baju hujan pakai buang siap-siap masa datang tadi.. Sekali sampai turn.. captain sampan tu seorang makcik.. berusahalah dia mendayung melalui laluan air yang kiri kanannya dipenuhi pokok apa ntah..rembia ke nipah tak tau la aku.. memang adventure dalam hujan lebat dan air sungai laju tu.. sampan lak bergerak melawan arus.. tengokkan makcik tu muka dah semput..kami ramai-ramai dayung sekali.. aku pulak yang dayung lebih.. berpeluh jugak la ketiak..


jeti kampung

bot nelayan sungai Mekong

Sampai tempat memproses coconut candy dengan jayanya.. aku bagi tip USD$1.00 kat makcik tu..kedekut kann.haha.sebab aku yang dayung lebih dari dia..kejam tak?  Kami ramai2 masuk tempat orang proses coconut candy.. dan yang tak best..anjing pun join sekali..banyak anjing kowt kt sini..hampeh tul.. Miss Laou menerangkan cara membuat coconut candy. 


tempat memproses Coconut Candy

Proses nak buat coconut candy macam lebih kurang buat dodol je aku tengok..tapi moden sikit..pakai mesin kacau santan atas api..sampai la jadi candy. Pelancong dibenarkan untuk rasa coconut candy yang terdiri daripada beberapa jenis perisa..ada pandan., durian..jagung… cokelat dan lain-lain. . Sambil lepak-lepak tunggu hujan berhenti..ada sorang brader ni keluarkan ular sawa untuk tontonan..so siapa2 yang berani macam aku..boleh la pegang dan bergambar.. jinak je ular ni.. mungkin sebab dia dah kenyang..kalau tak jadi menu luch la aku..hehe



Giant Budha..

aktiviti nelayan sungai mekong (..mcm tidur jer..)
Kemudian kami di bawa menaiki bot besar untuk ke tempat makan dinamakan Turtle Island.. banyak penyu kot pulau ni.. dalam perjalanan Miss Laou sambung cerita pasal Delta Mekong dan aktiviti hidup penduduk di Delta Mekong. Makanan-makanan rakyat dan lain-lain.. dia cakap orang Vietnam makan semua benda akibat kesusahan hidup masa lampau.. sampai sekarang pun makanan tu macam jadi tradisi.. sampai chef terkenal Anhtony Bourdain ‘No Reservation’ cakap.. apa yang bergerak  orang Vietnam makan..hehe..


Burmese Pyhton cuba membelit leher aku... 

Lepas selesai makan, kami menaiki bot semula untuk ke jeti (makan tengahari masuk dalam pakej, tapi tak dijamin halal..so lebih elok bawa makanan sendiri dan order air kelapa). Dalam perjalanan..kami melintasi sebuah pulau dinamakan Coconut Island.. kat pulau ada sebuah tokong dikenali sebagai Coconut Pagoda.. mengikut cerita..seorang sami yang mengasaskannya memuja kelapa dan mencipta agama kelapa..hidup pun makan kelapa jer..tapi takde pengikut..lepas dia mati..ajaran dia abis macam tu aja.. haiii dunia-dunia..macam-macam hal..hehe.. Sampai kat jeti bas telah siap menunggu untuk balik ke Ho Chi Minh City. 

Dalam perjalanan, bas berhenti kat sebuah tokong Budha untuk tengok patung budha yang terbesar ada kat Vietnam sebagai last destinasi tour kami.. O.K..besar la jugak.. Kami tiba di hotel pada pukul 6.00 petang. Perjalanan seharian ke Mekong agak penat..dalam bas tidur je. Walaupun penat, malamnya kami keluar makan di kedai Hjh. Basiroh dan sempat lagi round-round pasar malam area Ben Thanh Market dan membeli beberapa barangan dan cenderamata yang menarik perhatian.


3rd  Day ( Chu Chi Tunnel Halfday Tour )


dalam terowong Chu Chi..kena jalan itik daaa...

Tour hari ke-3 ke Chu Chi Tunnel ni sekali ambil dengan pakej Mekong semalam.. Atucara pagi sama jer.. lepas breakfast.. agen datang pickup then terus ke Chu Chi Tunnel.. tour untuk hari ni memakan masa setengah hari jer sebab dekat dengan bandar.. perjalanan lebih kurang 1jam setengah dari hotel.. Tour guide hari ni Mr. Alan.. (kami panggil dia Amir Jahari).. sebab dia siap nyanyi dalam bas..muka dah la sebijik.. 


Mr. Alan a.k.a Amir Jahari..  kihh3..

Dalam perjalanan..seperti biasa,  Alan menerangkan sejarah bandar Ho Chi Minh City..revolusi Vietnam.. bagaimana nama bandar Saigon ditukar nama kepada nama Ho Chi Minh dan macam2 lagi..ada aku faham...ada yang tak faham.. Bas stop kejap kat sebuah perusahaan kraf dari kulit telur.. yang menarik kat sini adalah kebayakkan pekerja dilatih dari mangsa-mangsa kecederaan akibat jerangkap samar tinggalan perang (OKU).




Perusahaan kraf dari kulit telur

pekerja kraf sedang menyiapkan karya dari kulit telur..



Sampai di Chu Chi Tunnel settle urusan tiket.. terus di bawa masuk ke kompleks Chu Chi ni.. Alan sempat menerangkan nama Chu Chi ni sebenarnya diambil dari nama pokok Chu Chi yang banyak tumbuh kat kawasan tu.. pokok ni sejenis pokok beracun dimana getah dia dijadikan racun untuk jerangkap samar tentera Vietcong..

Alan menunjukkan pokok Chu Chi... 




Kompleks Chu Chi ni merupakan satu kawasan yang dipulihara sebagai tarikan pelancong utama ke Vietnam..difahamkan terowong bawah tanah tenteran Vietcong ini menjangkau sepanjang 200km dan terdapat kompleks seperti rumah, pejabat, sekolah, hospital di bawah tanah sekitar Vietnam.. terowong ini digunakan oleh tentera Vietcong menentang tentera Amerika pada tahun 1975.. sepanjang lawatan.. Alan menunjukkan jenis jerangkap samar yang digunakan dan cara hidup tentera Vietcong dizaman perang.. Terdapat sebuah kereta kebal Amerika yang berjaya diletupkan oleh mereka yang dijadikan bahan pameran..


Mr.Alan sedang eplain pasal mamat askar vietcong ni..

beliau ni nak menyorok..

Kami diberi peluang untuk memasuki terowong yang dijadikan laluan untuk bergerak dari satu stesen ke stesen lain di bawah tanah..aku cuba2 la jadi askar Vietcong.. memang sempit dan gelap..boleh merangkak jer pun.. tak pun jalan itik.. terowong tak panjang mana..lebih kurang 50meter je..tapi krem gak la peha duk jalan itik dalam tu.. fuhh..pengalaman beb..selain tu..try masuk tempat tentera menyorokkan diri sewaktu serang hendap.. dan last sekali dijamu dengan makan ubi kayu cicah kelapa & gula.. makanan ruji waktu perang kata Alan..


Amoi ni nak try menyorok jugak..


aku punnn....


ekjass cantik2 supaya tak dapat dikesan..


akhirnyaaa...kami menyorok bersama!..


Akhir lawatan kami diberikan peluang untuk mencuba menembak senjata zaman perang.. tapi peluru kena beli sendiri.. ramai gak yang mencuba.. aku sebagai bekas askar (W) pencen takde la eksaited sangat nak menembak...senjata yang lain agak menarik adalah AK47, GARANG M1, K59.. peluru dijual mengikut jenis senjata setiap 10butir/set berharga antara 200k VND – 400k VND. Memandangkan peluru mahal..kami tengok orang menembak jer lahh..


Bengkel bawah tanah


seksyen lain pintu masuk Chu Chi Tunnel


kesempitan hidup dalam terowong...


askar pencen..


lubang maut... jatuh naya..

Tamat Tour Chu Chi Tunnel sekitar jam 1.00 tengahari dan bergerak balik ke hotel.. Aktiviti petang kami adalah membeli belah barang-barang yang dikirim oleh sabahat handai sebab esok dah lastday naik flight pepagi jam 7.00am..  So, kami ke Pasar Benh Tanh untuk membeli kain cotton dan telekung, bila beli dalam kuantiti yang banyak, dapat lah tawar harga dengan lebih murah.. Lagipun kami beli ramai2 kat 1 kedai jer (kedai yang kami dah survey masa 1st day..tokey dia pun agak boleh dibawa berunding). Malam, meronda pasar malam untuk kali terakhir dan makan kat Restoren Kg. Melayu..menghabiskan saki baki duit Vietnam.. tapi duit USD banyak lagi.. balik dari pasar malam.. terus packing barang masuk beg..


tanker US Army yang terkena land mine..TEBABOO!!


cenderamata berupa kelonsong peluru..


harga peluru kalau nak menembak...pengg!!pengg!!


for shooters only...tapi aku redah jerr...


tu diaa aihh...semangat mat salleh ni jadi askar..


yang ni level RAMBO... hahah...

4th  Day (Last Day Saigon – Kuala Lumpur)

Bangun sekitar jam 5 pagi untuk bersiap ke airport.. turun je ke lobi hotel, teksi yang dibooking oleh pihak hotel dah siap tunggu.. Di aiport kami settlekan urusan wrapping bagasi dan drop bag.. dalam menuggu boarding tu, tinjau kedai makan untuk breakfast..tapi satu pun takda yang sesuai (faktor halal). Breakfast dengan minum kopi jer.. Flight ke Kuala Lumpur selamat berlepas pada jam 7.15 pagi.. selamat tiba di LCCT lebih kurang jam 10.00 pagi.. maka edisi percutian HO CHI MINH TRIP 2013 berjaya ditamatkan dengan jayanya dan suksess dengan bajet yang masih di bawah kawalan.


sesi makan ubi kayu cicah gula perang + kelapa..


lagi sekali... sayalah  Mas Suparman Djoko Widodo...


Alan dan ubi kayunyaaa... sedap gak wehh..

rakan sebagpackers aku sejak dulu... Fadzly..


KOS (Tiket/Tour/Makan/Penginapan)

Anggaran RM450++ 
~tidak termasuk shopping.


Sekian. Sekadar Berkongsi

Saturday, February 8, 2014

TRAVELOQUE : Phuket-Phi Phi-Hat Yai

   
  

Kepulauan Phi Phi (bahasa Thailand: หมู่ เกาะ พี พ) terletak di Thailand, antara pulau Phuket dan daratan Thailand. Secara politik kepulauan ini merupakan sebahagian dari Wilayah Krabi.

Ko Phi Phi Don ("ko" bererti pulau dalam bahasa Thailand) adalah pulau terbesar dalam kepulauan ini, dan merupakan satu-satunya pulau dengan penduduk kekal walaupun pantai dari pulau terbesar kedua, Ko Phi Phi Lee sering dikunjungi oleh banyak pelancong. Tidak ada kemudahan di dalam pulau ini, namun perjalanan dari Ko Phi Phi Don hanya memerlukan waktu sebentar saja. Pulau-pulau lain tidak lebih dari batu-batu karang besar yang mencuat ke permukaan laut.


Viking Cave







Ko Phi Phi Lee menjadi pulau terkenal, setelah difiturkan dalam filem The Beach. Pada 26 Disember 2004, Phi Phi Don hancur oleh tsunami akibat Gempa bumi Lautan Hindi. Pada 13 Mei 2005, hampir seluruh perniagaan di pulau ini telah beroperasi kembali dengan penggera seluruh-pulau dan kemudahan keselamatan~ edit Wikipedia.

Catatanku :

Hari Pertama

Travel ke Phuket ini adalah pengalaman kedua bagi aku.. yang first dulu pergi secara solo sebab membawa diri..(rujuk entry Phuket: Ekspidisi Solo)..tapi kali ni dengan kawan-kawan selama 5 hari 4 malam..perjalanan menggunakan penerbangan Airasia dengan kos RM99.00 sehala..ambik tiket sehala jer..sebab balik tu plan nak ke Hat Yai dan naik keretapi dari Hat Yai balik KL.. so jadi la kisah Traveloque Phuket-Phi Phi-Hat Yai (nak jugak tuu..) sbb macam best jer bunyi walaupun travel tak seberapa..



Flight dari LCCT ke Phuket jam 4.00pm..landing sekitar jam 5.00pm (4.00pm Thai).. sebab aku pernah datang, so aku la jadi tourleader..tapi kali ni aku agak blur sebab tak jumpa cari bas airport untuk ke Phuket town. Plan asal nak ke town naik bas dan dari town ke Patong Beach naik tuk-tuk.. tapi sebab bas takde (ada tapi kena tunggu dlm sejam.) dan faktor kami tak booking hotel lagi.. kami ambik perkhidmatan teksi freelance yang menawarkan tambang yang lebih murah direct ke Patong dengan kos THB 600 (Kalau ambik teksi airport kos sekitar THB800-900). Mamat yang kami ambik ni pakai Toyota Fortuner..kira selesa la.. tapi satu yang tak best, dia stop kat agen yang paksa booking bilik hotel dengan mereka..( tips untuk elak.. cakap bilik dah booking dan bayar..make sure korang tahu nama hotel2 kat sana kalau nak klentong punnn..)


Soi Dr. Watthana.

Sampai di Patong sekitar jam 6.00 pm, aku minta driver drop depan McD jalan pantai (Thawewong Rd.) sebab kami nak cari bilik sekitar Soi Dr. Watthana.. kawasan ni banyak budget hotel yang affordable..dan tak jauh dari Soi Bang La (tempat yang happening di waktu malam).. dapat bilik di Grand Orchid Inn dengan kos THB 600 satu malam..Cuma kat sini payah nak cari kedai makan murah.. untuk 2 hari kami makan di restoren India muslim dekat ngan hotel (ada 2 buah restoren India Muslim kat lorong ni)..Cuma kos makan kat restoren ni agak mahal.. makan tomyam dan lauk-lauk biasa mcm kita makan kat kedai tomyam di Malaysia tu pun kos lebih kurang RM20.00 seorang setiap kali makan...mahalll dowh!! 





Aktiviti malam selepas dinner adalah merayap ke Bang La Street.. melewati kemeriahan hiburan malam sambil tengok gelagat manusia.. memang ramai tourist kat lorong ni.. especially dari western country & negara arab.. kami setakat jalan-jalan jer la.. nak masuk bar-bar yang bersepah tu memang tak la.. kat luar awek dan ladyboy siam menari dah separa bogel..kalau kat dalam tak tau la.. (tak leh masuk sebab ahli trip ada pompuan..) Sambil jalan-jalan tu cari agen tour untuk trip ke pulau esoknya.. kami ambik pakej untuk Phi Phi Island Hopping dengan kos RM120.00 seorang then terus balik tido sebab esok pepagi kena bangun untuk island tour.


Aturcaranya seperti berikut..

ITINERARY WILL BE : 
07.30 - 07.45 am.
Pick up from hotel and transfer to Rasada Harbor.
08.30 am.
Depart from Rasada Harbor to Phi Phi Island . Complimentary coffee,tea, softdrink and dessert  (self service)
09.50 am.
Arrive at Phi Phi Le , snorkeling & swimming at Maya Bay (Where the movie The Beach).
After enjoyable then sightseeing at Bida Island, Loh Samah Bay , Pileh Cove & Viking Cave to experience the crystal clear waters
12.00 am.
Arrive at Phi Phi Don the main land of Phi Phi Island
12.30 am.
Buffet lunch at Phi Phi Don
After lunch you get the free time to explore the surroundings and relaxing on the beach
14.30 am.
Departure from Phi Phi Island
16.00 am.
Arrive at Rasada Harbor then transfer back to hotel

Hari ke-2

 Jetty

Seperti perancangan, bangun awal untuk island tour.. agen tour dtg ambil kat hotel dan bergerak ke jeti sekitar jam 8.30pagi.  Untuk tour ni kami dicombine dgn tourist lain dalam satu speedboat dengan di guide oleh Miss Susan (lelaki okeyy!!). Seperti tentative program..destinasi pertama adalah Maya Bay.. tempat shooting filem The Beach Leonardo DiCaprio zaman dulu2.. pemandangan memang cantik.. sebab bay ni macam terletak antara dua bukit batu macam gerbang laluan masuk.. pantai dengan air jernih membiru hijau zamrud.. keadaan Maya Bay agak sesak dengan pengujung.. kat sini org tak mandi pun.. sekadar berjalan-jalan ambik gambar.. sebab pantai penuh dengan speedboat parking.. nak mandi pun kena celah2 bot.. tapi ada juga yang mandi-manda kat hujung2 beach..  



Miss Susannn..
" we have small toilet down there for small small bussiness.. 
it's easy for woman..not easy for man.."



Viking Cave



Stop kat sini sekitar 45 minit sebelum di bawa melihat Viking Cave & Pileh Cove.. sini takde beach..tempat macam teluk di antara bukit batu..airnya sangat jernih dan difahamkan sangat dalam.. ada juga bot2 yang disewa secara personal oleh pelancong stop kat sini untuk snorkeling.. tapi unutk tour kami ni tak la..tengok air pun gerun. Kendian kami ke kawasan yg sesuai untuk snorkeling di Samah Bay..kami dilepaskan dari atas bot.. snorkeling sini boleh dikatakan best juga.. tapi sebab ditengah laut.. ikan agak kurang.. dasar laut pun flat jer..tak banyak karang-karangan.. lepas snorkeling, bergerak ke Phi Phi Don untuk makan tengahari disalah satu restoren kat situ.. lunch memang masuk dalam pakej… tapi makanan biasa2 jer..(difahamkan ianya masakan halal..tapi kalau korang was-was..makan nasi ngan telur goreng dan sayur je la..buat lapik perut )






Lepas lunch ada satu trip snorkeling lagi then lepak kat beach.. santai2 dengan dihidangkan buah tembikai air coke & fanta oren sejuk.. dengan matahari panas membahang..memang heaven lah.. Island hopping tamat sekitar jam 4.00 petang, then bergerak ke jeti dan dihantar balik sampai ke hotel jam 5.00 petang.. rehat2 dan mandi sebelum keluar makan malam dan meronda ke Bang La Street untuk kesekian kalinya..




Hari ke-3

Hari ni plan asal nak stay kat Patong dan ambil bas malam ke Hat Yai, tapi memandangkan kena checkout hotel tengahari.. so tukar plan untuk ke Hat Yai terus pada pagi ni juga sebab anggaran masa perjalanan Phuket-Hat Yai sekitar 6-7 jam..  sekitar jam 9.00 pagi kami dah gerak ke Phuket Town naik bas pantai (lori ubahsuai jadi bas..kos THB20/ RM2.00). Sampai kat pekan, kena ambik tuk-tuk untuk ke stesen bas. Ada beberapa syarikat bas ke Hat Yai..so kena pandai pilih nak yang murah atau mahal.. bergantung pada jenis bas. Bas ekspress mahal la sikit..harga tiket antara RM29 – RM40.. Kami sebenarnya salah pilih bas.. sebab nak murah punya pasal, harga tiket RM29.00 untuk bas ekspress yang berhenti dibeberapa stesen. Siksa beb!...sebab banyak berhenti, perjalanan dari Phuket ke Hat Yai memakan masa hampir 9 jam..dari pagi membawa ke malam.. nasib baik dah makan sebelum naik bas..kalau tak.. kebulur lah kami..(saja nak bagitau.. area kedai makan tepi stesen bas tu ada satu kedai muslim..owner dia boleh cakap melayu..jual nasi campur dan mihun/mee sup).  


Phi Phi Don


Monkey Bay

Sampai di Hat Yai sekitar jam 8 malam.. dari stesen bas naik tuk-tuk ke Louise Guesthouse, sebelah Robinson Mall depan stesen keretapi (kalau baca entry HatYai-Krabi..aku stay sini gak dulu). Kos THB400/fan room. Lepas mandi manda..terus keluar merayap ke pasar malam cari buah tangan dan gi makan nasi lemak depan Lee Garden Hotel. Seperti biasa suasana malam di Hat Yai memang meriah..dengan gerai-gerai jualan di sepanjang jalan NiphatUthit Rd. (depan Plaza Lee Garden). Di sini boleh jumpa majoriti pelancong dari Malaysia.. Penat merayap then balik tido..


Maya Bay
Hari ke-4

Aktiviti biasa kalau datang Hat Yai.. bangun awal pagi then menapak ke pasar pagi tengok kemeriahan orang tempatan membeli barang-barang keperluan.. seperti biasa, aku cari nenas comel2 yang manis dan bersari tu.. tak sah kalau tak makan nenas ni kalau datang Hat Yai.. dan seterusnya ke Hat Yai Plaza Market.. 


Nenas Comel..(gambar masa gi Trang)


Breakfast kat aras 2 pasar.. lepas breakfast meneruskan usaha mengperabihkan saki baki duit bath.. beli t-shirt dua tiga helai. Masa datang pagi tadi masih larat menapak ke pasar.. tapi dah tengahari ni.. kaki pun da krem..so balik ke Guesthouse naik tuk-tuk .. siap packing barang dan check out kul 12.30 tgh.. menapak ke stesen keretapi untuk tunggu train kul 4.00pm.. (untuk balik ni aku dah ambik tiket awal lagi.. beli tiket kat stesen KTM  Kajang.. RM60 untuk tempat tidur..)  keretapi bergerak jam 4.00pm dan berhenti di Padang Besar untuk pemeriksaan passport lebih kurang 1 jam dan meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.. lepas dinner di gerabak kantin..masing-masing hanyut.. sepanjang jalan tido jer..





Hari ke-5

Last day.. bermula perjalanan keretapi dari Hat Yai 4.00 petang semalam..selamat tiba di stesen KL Sentral jam 5.30pagi.. maka tamatlah trip PHUKET-PHI PHI-HAT YAI untuk kali ini.. Secara keseluruhan trip berjalan lancar walaupun dengan bajet ciput dan tidak mengikut iteranary.. Sekian..semoga bertemu di trip akan datang..


Kos (Secara Kasar)
Tiket Flight KL-Phuket (1way)             – RM 99.00
Tiket Train-Bed (Hat Yai-KL)               – RM 60.00
Tiket Bas (Phuket-Hat Yai)                  - RM 29.00
Island Hopping Tour                           – RM 120.00
Bilik Penginapan/3 night (Sharing)     – RM 80.00
Makan-Minum DLL                            – RM 100.00
JUMLAH                                            - RM 479.00

* Tidak termasuk shopping

SEKIAN. SEKADAR BERKONGSI

PULAU LANGKAWI : Menjejak Lagenda Mencari Laksa

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada ta...