“Even the smallest person
can change the course of the future.”
– Galadriel
Bukit Broga
terletak di bahagian Timur Pekan Semenyih, Selangor Darul
Ehsan sejauh 4 kilometer menghala ke Broga. Ketinggiannya ialah
400 meter dari paras laut.
Bukit Broga juga
menjadi lokasi bagi penggemar fotografi untuk merakam
gambar matahari terbit dan terbenam. Ia juga merupakan awal pendakian
untuk mendaki gunung Tok Wan. ~Wiki
View 1st peak dari Puncak Broga
Meriahnya macam ada kenduri..
Catatanku :
Last week punya last
week.. aku and the “Gang Kaki Hiking Gaban Z Potong Dua Setengah” telah berjaya
menakluki gunung tertinggi di daerah Kajang iaitu Bukit Broga (ye ke tertinggi?).. Bukit
Broga ni memang bukan calang-calang orang yang dapat naik.. hanya mereka yang
berhati kental saja sanggup mendakinya.. biasanya budak-budak sekolah mendaki
bukit ni.. termasuk ibubapa yang membawa anak-anak beriadah dihujung minggu (reverse psikologi). Persiapan mental dan fizikal perlu dilakukan
dengan secukupnya untuk mendaki Bukit Broga yang
ketinggiannya 400 meter dari aras laut.. tinggi sikit je dari Eiffel Tower (325M)..(cita-cita nak gi Paris).
Suram-suram nak cerah..
Latihan mingguan
telah dilakukan sejak 2 bulan lepas dengan mendaki bukit Hutan Simpan Ayer Hitam Puchong yang sangat tinggi
melangit..(tinggi sikit dari flat 4 tingkat)
serta mendaki anak tangga ofis.. selain dari itu kami juga melakukan latihan
sampingan lain iaitu dengan lepak makan2 di kedai mamak Darussalam pekena mee
goreng telur mata.. ianya penting untuk menambah jumlah lemak badan sebab masa
mendaki nanti lemak2 ni banyak yang akan terbakar dan ia juga membekalkan
tenaga..
View dari atas Hutan Simpan Ayer Hitam Puchong
Hutan Simpan Ayer Hitam Puchong
Sesi latihan Hutan Simpan Ayer Hitam
Ahli latihan.. yang peginya separuh je..
Berbalik kepada
cerita asal.. oleh kerana kami plan nak tengok sunrise di puncak Broga.. maka
masing–masing diarahkan bertolak awal dari rumah.. Meeting
point adalah di stesen mintak Petronas pekan Semenyih.. Jam 5.00 pagi
aku dah keluar rumah.. member-member dari serata tempat semua sampai sekitar
jam 5.30am.. Selesai solat Subuh di surau Petronas dan mula bergerak ke check
point untuk mendaki (kaki bukit). Kalau dari pekan Kajang.. nak masuk ke Broga adalah simpang kiri traffic
light selepas Petronas (Petronas belah kanan)
atau follow je signboard Nottingham Universiti.. lebih
kurang 6.4KM dari jalan besar (rujuk map).
Dari simpang traffic light Petronas Pekan Semenyih
Trek yang agak curam di awal pendakian
View dari atas ke bawah trek
Sampai kat tempat
base camp.. Parking dalam kebun sawit (bayar RM2.00/kereta). Tuan punya kebun sawit charge.. (untung kebun dia kat starting
point orang naik). Kalau tak nak park dalam kebun tu.. korang parking je tepi jalan.. free.. tapi
limited parking la sebab ruang tepi jalan dia tak besar.. nak selamat bayar je
lah.. Masa sampai jam 6.15am.. orang dah berduyun-duyun tiba.. memang meriah. Mungkin
disebabkan hari minggu.. lepas stretching ala kadar.. kami memulakan pendakian dari
pintu gerbang RHB dalam suasana blur-blur nak cerah.. Pendakian
bermula jam 6.30am dengan melalui kawasan hutan di kaki bukit.. laluan agak
landai dan tak memenatkan pada permulaan.. Cuma disesetengah tempat trek
agak sempit.. kena follow je orang depan.. tambahan dengan keramaian orang tu
bertambahlah sempit jadinya..
Awal pagi di atas bukit..
Selepas selesai
kawasan hutan.. akan jumpa kawasan lapang dengan tumbuhan lalang-lalang yang
tinggi hinggalah tiba di kawasan trek yang agak curam.. tempat yang curam ni disediakan
tali untuk kemudahan pendaki.. kalau tak nak lalu tali tu ada trek-trek tepi
yang yang boleh panjat.. Cuma payah sikit la.. laluan trek adalah tanah merah
bukit.. so pakailah kasut yang bersesuaian.. kalau ada hiking shoes & gear lagi cunn.. sesetengah tempat nampak agak
licin.. terutama kalau lepas hujan.. (orang
cakap..tak digalakkan naik lepas hujan.. risiko tergolek adalah tinggi..)
Menuju puncak..
view yang cantik dan memukau pandangan..
Pendakian kami
berjalan lancar dengan pengunjung yang berbagai kaum dan ragam.. memang meriah
macam ada kenduri kat atas tu.. sesi pendakian fasa
pertama selesai apabila sampai di kawasan lapang dengan ketulan batu-batu besar
puncak pertama pada jam 7.30am..nak kata sempat tengok sunrise..tak juga
sebab dah cerah. Tapi pemandangan dari
puncak ni memang cantik.. sesuai untuk selfie-selfie dan ambik gambar
pre-wedding.. or post-wedding.. or past-wedding.. memang cun la.. tapi belum
sampai puncak lagi.. korang kena simpan tenaga sikit untuk meneruskan pendakian
fasa kedua..
View dari puncak 1st ke peak 400M
Ahli rombongan meminang puteri puncak Broga..
Pendakian
fasa kedua ni kena turun sikit ke bawah sebelum mula mendaki
ke puncak berikutnya yang lebih tinggi dari puncak pertama.. jarak lebih
kurang 800 meter ke depan dari puncak pertama..
alang-alang dah sampai tu eloklah korang meneruskan misi hingga sampai ke
puncak.. lepas melalui trek dilaluan berlalang yang cantik tu.. akan jumpa trek
curam yang memerlukan bantuan tali untuk naik ke atas sebelum tiba di papan
tanda “Puncak Bukit Broga 400 Meter” dan “RHB : Congratulationas! You Made It To The Top”.
Puncak Broga..
Congratulations by RHB!!
Sampai sini maka telah sahlah bahawa korang semua berjaya menakluk puncak Broga.. view dari sini pun cantik.. akan nampak pekan Semenyih di
bawahnya dan puncak Gunung Tok Wan di belakangnya.. selepas
posing-posing dan selfie-selfie (kalau time orang ramai kena tunggu turn untuk
bergambar kat signboard tu).. lepas tu kami bergerak turun ke base camp
(ayat mcm naik Everest je).. Masa turun pun kena hati-hati terutama masa sampai di
kawasan hutan kaki bukit tu.. laluan turun hanya beberapa inci dari tebing curam laluan
air yang dalam.. so jangan nak lari-lari lak.. terjunam nanti.. Keseluruhan
pendakian memakan masa 1 jam naik dan 1 jam untuk turun.. Kami menamatkan ekspidisi menawan puncak Broga sekitar jam 10.00 pagi sebelum bergerak ke
kedai mamak di Pelangi Semenyih untuk mengisi perut..(cover balik lemak2
yang terbakar).
Gembira di puncak fasa I..
Secara keseluruhan
aktiviti berjalan lancar dan sangat sesuai untuk kesihatan.. Bukit Broga sesuai untuk didaki tak kira peringkat usia.. skala
cabarannya tidak begitu sukar dan tidak begitu memenatkan kerana banyak laluan
landai untuk rehat.. Ramai juga yang bawa family dan anak-anak untuk mendaki..
Sekali sekala kalau nak try hiking bersama family apa salahnya..
#kipidapdongibap... selfie dengan lebah..
Selamat Mendaki!!
Nota:
Semua gambar menggunakan handphone Xiomi RedNote (MI) setting Auto & Fisheye
Semua gambar menggunakan handphone Xiomi RedNote (MI) setting Auto & Fisheye
Tip :
1. Pakai pakaian yang
sesuai.. track suit etc.. jangan pakai sweater tebal2..
2. Bawa bekalan air..
tak payah banyak2 macam nak camping..
3. Kasut bersesuaian
sebab laluan bertanah merah..
4. Makan dulu sebagai
lapik perut.. kat atas takde gerai jualan.
5. Kalau naik
pagi-pagi sebelum subuh.. bawak la torchlight.
6. Kalau
jarang-jarang bersenam tu.. buat la stretching sikit2 sebelum naik..
7. Tengok keadaan
cuaca.. kalau lepas hujan trek licin dan tak digalakkan untuk mendaki.
8. Elok mendaki awal pagi sebab sejuk.
9. Sentiasa
berhati-hati semasa mendaki..
Sekian. Sekadar
Berkongsi