Daerah Istimewa Yogyakarta adalah Daerah
Istimewa setingkat provinsi di Indonesia yang merupakan
peleburan Negara Kesultanan Yogyakarta dan Negara Kadipaten Paku
Alaman. Daerah Istimewa Yogyakarta yang terletak di bagian selatan Pulau Jawa bagian
tengah dan berbatasan dengan Provinsi Jawa Tengah dan Samudera
Hindia. Daerah Istimewa yang memiliki luas
3.185,80 km2 ini terdiri atas satu kota dan empat kabupaten, yang terbagi
lagi menjadi 78 kecamatan dan 438 desa/kelurahan. Menurut sensus
penduduk 2010 memiliki jumlah penduduk 3.452.390 jiwa dengan proporsi 1.705.404
laki-laki dan 1.746.986 perempuan, serta memiliki kepadatan penduduk sebesar
1.084 jiwa per km2.
Kepadatan Yogyakarta dari atas flight..
Penyebutan
nomenklatur Daerah Istimewa Yogyakarta yang terlalu panjang menyebabkan sering
terjadinya penyingkatan nomenkaltur menjadi DI Yogyakarta atau DIY. Daerah
Istimewa ini sering diidentikkan dengan Kota Yogyakarta sehingga
secara kurang tepat disebut dengan Jogja, Yogya, Yogyakarta, Jogjakarta.
Walaupun memiliki luas terkecil ke dua setelah Provinsi DKI
Jakarta, Daerah Istimewa ini terkenal di tingkat nasional dan
internasional. Daerah Istimewa Yogyakarta menjadi tempat tujuan wisata andalan
setelah Provinsi Bali. Selain itu Daerah Istimewa Yogyakarta menjadi
daerah terparah akibat bencana gempa pada tanggal 27 Mei 2006
dan erupsi Gunung Merapi pada medio Oktober-November 2010.~ edit Wiki Indonesia.
Adi Sucipto International Airport
Buku merah jangan lupa bawa..
Catatanku :
Trip Jogja
ni aku rancang pada bulan November 2013 setelah dapat tiket freeseat Airasia (seperti biasa
la kann..traveller bajet). walaupun freeseat..tetap kena bayar tax
& fuel surcaj, namun masih berbaloi dengan kos RM128.00 return ticket, tapi tempoh
menunggu untuk fly selama 5 bulan..iaitu pada Jun 2014.. lama siott..tapi takpe
la kan..boleh kumpul duit pelan-pelan..untuk trip ni, kami 3 dewasa 1
kanak-kanak (member + isteri & anaknya)..tapi flight diorang sehari lebih awal
dari aku sebab kami beli tiket berasingan.. bagi aku ni 2nd time ke
Jogja..first dulu travel dari Solo dengan Fadzly Rujuk entri : Surakarta & Jogjakarta..
Pintu Gerbang meyambut ketibaan..
Brader ni tengah bawa burung merpati..
1st Day : Kuala Lumpur - Jogjakarta
Flight pada
jam 9.45am dan mendarat di Adi Sucipto International Airport,
Yogyakarta pada jam 11.20am waktu Indonesia (awal
sejam dari Malaysia). Member yang
sampai semalam datang jemput di airport dengan driver yang dia booking. Dari
airport terus ke rumah makan Restoren Sekhar Kedhaton di Kotagede untuk
lunch... Diorang ni dah sempat ke Perkampungan
dan Muzium Merapi serta beberapa tempat lain semalam.. so, aku join bermula
hari kedua.. Destinasi wajib yang aku dah plan dalam trip ni adalah Candi
Borobudur di Magelang. Lepas lunch, sempat
menyinggah di kilang baju dan tempat pertukangan perak di Kotagede sebelum ke Malioboro
dan terus balik ke hotel.. aku dah booking Rene Hotel Jln. P. Mangkubumi secara online melalui Agoda.com dengan kos RM98.00/night..hotel
ni kategori hotel bajet juga la walaupun agak mahal.. hanya ada 20 buah bilik.. berhampiran dengan
stasiun keretapi Tugu.. juga dalam jarak berjalan kaki dari tempat tumpuan di
Jalan Malioboro..
Bilik penginapan di Hotel Rene
Stasiun Jogjakarta & Jalan Malioboro..
“Dalam bahasa Sansekerta,
kata “malioboro” bermakna karangan bunga. itu mungkin ada hubungannya dengan
masa lalu ketika Keraton mengadakan acara besar maka jalan malioboro akan
dipenuhi dengan bunga. Kata malioboro juga berasal dari nama seorang kolonial Inggris
yang bernama “Marlborough” yang pernah tinggal disana pada tahun 1811-1816 M. Pendirian
jalan malioboro bertepatan dengan pendirian keraton Yogyakarta (Kediaman
Sultan). Di era kolonial (1790-1945) pola perkotaan itu terganggu oleh Belanda
yang membangun benteng Vredeburg (1790) di ujung selatan jalan Malioboro.
Selain membangun benteng belanda juga membangun Dutch Club
(1822), the Dutch Governor’s Residence (1830), Java Bank dan kantor Pos
untuk mempertahankan dominasi mereka di Yogyakarta. ~ Pamungkaz.net”
Lintasan stesen keretapi Tugu..
Pada
malamnya kami menaiki beca dari hotel hingga ke Benteng Vredeburg (tukang beca dan kereta kuda memang sentiasa ada untuk
bawa penumpang disepanjang jalan Malioboro hingga ke Kraton dan kawasan
sekitar.. kos antara IDR20,000-IDR50,000). Jalan Malioboro sangat meriah pada malam hari
dengan aktiviti jual beli. Sepanjang jalan tu memang penuh dengan kedai-kedai
dan stall jualan di kaki lima.. macam-macam barang jualan..dari pakaian, beg,
kasut, selipar, hasil kraf, batik dan accessories wanita, warung-warung makan
yang dikenali sebagai lesehan dan lain-lain lagi.. selain aktiviti
jualan..banyak pengamen jalanan yang mengadakan persembahan dan hiburan kepada
orang ramai..
Kemeriahan Jl. Malioboro diwaktu malam..
penghibur yang berkostum seram.. untuk fotografi..
pengamen..
Kostum era kolonial..dan cewek Jogja.. Nol KM (KM 0)..
Makan malam Nasi
Padang berhampiran Stasiun Tugu.. lepas tu melepak di Ankringan
Kopi Joss Pak Agus di berhampiran hotel..warung
tolak ni wujud pada malam hari saja..ia jadi tempat lepak-lepak minum kopi dan
makan ringan-ringan seperti tempe goreng, mee dan nasi kucing yang siap
dibungkus..yang bestnya diorang bentang tikar je atas kaki lima jalan dan
ramai-ramai duk bersila minum kopi.. yang spesial dan menjadi
trademark di Jogja adalah ‘Kopi Joss’nya..juga dipanggil kopi arang.. ianya kopi O biasa je..Cuma lepas bancuh tu,
mereka akan masukkan seketul arang yang sedang merah membara ke dalam cawan
kopi..dan mengeluaarkan bunyi “josssssszzzz…”..berasap-asap..dan
bila minum tu terasa aroma arangnya..(dah macam kopi Pak Belalang pulakk..)..tapi
seriuss sedap..rasa lain sikit..kalau ke Jogja, korang patut try…cuma hati-hati
je la masa minum..takut tertelan arang sekali..naya jerr..
Kopi Joss Pak Agus..
Menu-menu yang biasa terdapat di lesehan..
Sambil lepak
kita akan dihampiri pengamen untuk minta izin buat show depan kita..boleh
request lagu..lepas tu pandai-pandai la hulur kat diorang.. malam-malam
berikutnya aku lepak kat sini..borak-borak dengan tukang bancuh kopi..yang
bagusnya sebab dia tahu pasal Malaysia sebab ada sedara mara yang kerja di
Johor..
Papantanda menyambut ketibaan..
step up..
Selfie..
2-Day : Dari Borobudur ke Pantai Selatan
Jam 8.00
pagi, Pak Danan dah siap tunggu dilobi hotel untuk trip ke Borodubur..
(pemandu yang diaturkan oleh kenalan dari Solo..
kos untuk 2 hari IDR 1.4 juta..) Perjalanan dari hotel ke Borobudur dengan jarak lebih kurang 50km dari Jogjakarta megambil masa 1
jam setengah melalui daerah Sleman dan Mutilan
sebelum sapai ke Borobudur yang terkenal dan di wartakan sebagai World Heritage
Site oleh UNESCO. Tiket masuk untuk pelancong luar adalah IDR 230,000.. (Pelancong
lokal IDR 30,000 jerr.. ini tidak adil..huhu..)
Tiket masuk..
Plak World Heritage Site UNESCO
Menurun..
Antara ukiran pada dinding yang mungkin mempunyai
maksud dan ceritanya..
View dari atas Borobudur
View dari other side..
“Borobudur ialah kuil atau candi agama Buddha yang
terletak di desa Boro ,Kabupaten Magelang, Jawa
Tengah, Indonesia. Borobudur terletak kira-kira 100 km di barat
daya Semarang dan 40 km di sebelah barat laut Yogyakarta.
Luasnya 2500 km persegi. Borobudur
adalah stupa Buddha mazhab Mahayana, dan monumen Buddha
terbesar di dunia. Ia dibina antara
tahun 750 dan 850 Masihi oleh pemerintah
Jawa Dinasti Sailendra dan Sanjaya.. Kuil
Borobudur dibina atas tanah bukit hanya setinggi 265 meter dari dasar laut dan
15 meter tinggi. Borobudur berbentuk gunung 6 segi bujur dan mempunyai 3
tingkat. Pada puncak Borobudur ada stupa induk berbentuk loceng
berlubang-lubang. Bahagian paling utama terletak di bahagian puncak yang
dikelilingi oleh 72 patung Buddha. Setiap patung Buddha terletak dalam stupa loceng yang
berlubang-lubang. Borobudur ini dihiasai dengan 2672 arca dan 504 patung
Buddha. Monumen ini menjadi tempat utama Lord Buddha dan tempat perjalanan
pemujaan terpenting penganut Buddha di Indonesia dan dunia. Semasa mendaki,
mengelilingi Borobudur menuju Buddha, terdapat 1460 keping arca pada dinding
dan hiasan balustrades”~
Wikipedia Indonesia
Laluan di setiap lantai candi
Kerja-kerja pemuliharaan struktur..
Tourist & guide..
Dari pintu
masuk..kita kena berjalan beberapa ratus meter untuk sampai ke binaan candi..
dalam kompleks terdapat kemudahan yang disediakan untuk keselesaan
pengunjung..ada bilik tayangan video, dewan untuk aktiviti, tandas, tempat makan dan gerai-gerai jualan di pintu
masuk dan keluar. Setelah mendaki beberapa anak
tangga..kita akan dapat menikmati pemandangan menarik dari atas candi dari sudut
360 darjah..view yang sangat indah.. sape-sape yang belajar matapelajaran
Sejarah memang tau pasal Candi Borobudur ni sebab ada dalam buku teks sekolah..zaman
aku belajar dulu la.. skang tak tau ada ke tak.. dan memang jadi cita-cita aku
nak menjejakkan kaki ke tempat-tempat yang tersenarai dalam buku Sejarah..boleh
gitu??
Gambaran pelan lantai binaan Borobudur
View sebelum mendaki anak tangga ke atas..
Selfie lagii..
Menghabiskan
masa sekitar 2 jam di sini. Lepas dari
pintu keluar candi..kita akan melalui gerai-gerai jualan cenderamata.. dan yang
tak bestnya apabila penjual-penjual freelancance tanpa gerai akan follow kita
sambil memaksa untuk membeli barang jualan mereka..rimas sangat rasanya..
Hentian pusat jual beli salak madu..
sesi pilih memilih..
Size mega..
Meneruskan
agenda lawatan ke Perkampungan Salak di Daerah
Sleman.. kebanyakkan rumah penduduk kawasan ni semua ada kebun salak.. even
di tepi rumah sekalipun..dan buah salak dari kawasan ni memang sangat terkenal
di Jogja dan seantero Jawa Tengah..stop kejap kat pasar buah salak beli nak
bawak balik.. seterusnya lunch di Restoren Timbul Roso,
Jln. Cankringan Daerah Sleman.. restoren ni
aku suruh driver cari sebab aku tengok Qi Razali makan kat sini dalam
Denstinasi Bajet TV9 – episode Jogjakarta ( pengaruh TV...).
Hentian makan..
Menu lunch..sup buntut..
ada berannn...??
Restoren ni
menarik sebab tempat makannya adalah pondok yang dibina atas kolam ikan dan dikelilingi pokok-pokok hutan.. makan sambil
feeling-feeling alam semulajadi. Actually
tour aku ni tak ikut agenda sangat..walaupun iternary dah disediakan oleh
agen.. tapi driver ikut je ke mana kitaorang nak pegi.. so, lepas makan kami
suruh driver bawak ke kawasan pantai..
Jambatan menuju Parangtritis..
Welcome..
Pantai Depok..
perahu-perahu nelayan di Pantai Depok design dia memang camni..cantik..
Dari
Daerah Sleman kami ke Pantai Selatan.. iaitu pantai Depok dan Parangtritis.. Pantai selatan terkenal dengan kisah
lagenda Nyi Roro Kidul atau digelar Ratu Laut Selatan..
walaupun ianya satu lagenda..tapi terdapat golongan tertentu yang masih
mengadakan upacara pemujaan tahunan di laut selatan…kebanyakkan pengunjung hanya
bersantai saja kat tepi pantai sebab pantai ni ombaknya agak besar kerana
menghadap laut lepas Indian Ocean..kalau mata korang tahap Superman mungkin
boleh nampak Australia nun ditengah laut..huhu.. terdapat anak-anak tempatan yang
main luncur air.. berani sungguh depa ni..
Surfers..
Mencabar ombak Lautan Hindi
beach boys..
Seterusnya balik ke kota Jogja..dalam
perjalanan sempat stop bergambar kat depan university tertua dan terkenal Indonesia..Universitas
Gadjah Mada.. (ambik feel konon nak
sambung belajar luar Negara..)
Pintu masuk ke Universitas Gadjah Mada
Pada
malamnya kitaorang gi dinner di Gudeg Bu Tjitro, Jln. Janti, Bantul..sebuah
restoren khas masakan Jogja.. Nasi Gudeg adalah makanan khas Jogja/Jawa Tengah.. set
nasi dengan ayam goreng berserta sambal nangka muda , kuah, tempe dan sambal
goreng krecek..lepas makan, seperi biasa..berjalan-jalan di Malioboro
membeli cenderamata sebab esoknya dah nak balik..
Gudeg Bu Tjitro
Alun-alun Jogja..
nak cuba kena tutup mata..
awal-awal dah menyenget...patutnya tuju tengah antara 2 pokok tu...
3rd & Last Day : Alun-alun Kraton Jogja- Adi
Sucipto-KLIA2
Kami
check-out dari pada awal pagi sebab driver akan hantar terus ke airport pada
jam 2.00pm..tapi sementara menunggu masa flight balik..sempat la buat shortrip
ke Kraton Jogja.. tempat kediaman dan acara
rasmi sultan-sultan pemerintah Kesultanan Nyojakarta Hadiningrat dulu-dulu..
pada masa sekarang Jogjakarta diperintah oleh Sri Sultan Hamengkubowono ke-10
yang juga merupakan Gabenur Daerah Istimewa Jogjakarta.
Kraton Jogja
Model binaan kraton..
pakaian penghuni kraton..
Pakaian anak-anak dan kerabat
Kemudian kami di bawa
melawat ke muzium kereta (pada mulanya aku ingat
kereta-kereta sport koleksi sultan..rupanya kereta kuda kegunaan untuk upacara
rasmi sultan..). Lepas tu mencuba lagenda pohon beringin kembar di Alun-alun Jogja.. mengikut mitos, takde orang yang boleh berjalan melepasi di antara
dua pokok tersebut dengan menutup mata.. kecuali dengan hati yang benar-benar
tulus dan bersih.. so, aku try la jugak.. berjalan memang menyenget ke tepi la jawabnya (hati tak tulus..hahaha).
Muzium kereta..
Hentian Lunch
Bakhpia Pathok 25
Dalam perjalanan
ke Airport, berhenti lunch kat restoren Ayam Goreng
Suharti di Jalan Adi Sucipto sebelum ke kedai Bakhpia Pathtok 75..membeli
bakhpia pathtok makanan ole-ole khas Jogja.. jam 3.00pm kami dihantar ke
airport oleh Pak Danan untuk penerbagan pada ke KL pada jam 5.15pm..
Pengusaha batik canting berhampiran Kraton
Muzium Kereta..
Kami dah
siap check-in secara online..tapi masa pemeriksaan masuk tu tak berapa lancar
sebab buah salak yang dibeli dirampas oleh polis airport atas alasan kami tak
boleh bawa balik biji-bijian atau tumbuhan… memang frust la..member 3 kg dan
aku 2 kg..kenyang la depa makan buah salah..huhh.. Penerbangan ke KL berjalan
lancar dan selamat mendarat di KLIA pada jam 8.40pm..
take off..semoga ketemu lagi..
Secara
keseluruhan, trip ni berjalan dengan lancar dan memberikan nostalgia kepada
buku Sejarah dengan kos yang masih boleh dikurangkan sekiranya travel
beramai-ramai..
KOS KASAR :
Tiket Flight - RM 128.00
Hotel - RM 98/night x 2 ( RM196.00)
Pengakutan &
Tour - RM 134.00/pax
Makan - RM 80.00
Airpot Tax (Indo) -
RM 45.00
TOTAL : RM 583.00
Remarks :
Kos untuk bilik
hotel & sewa kenderaan lagi jimat
jika ramai ahli..
Sekian. Sekadar Berkongsi