Saturday, June 2, 2012

Nasi Ganja Ipoh : Tempat jatuh lagi dikenang..





 Nasi kandar adakah satu hidangan utara Malaysia yang popular, dan berasal dari Pulau Pinang. Ia satu hidangan nasi kukus yang boleh tawar atau sedikit berperisa, dan disajikan dengan kepelbagaian kari dan hidangan sampingan.

Perkataan Nasi Kandar, timbul sewaktu waktu kelihatan penjaja nasi menjinjing (mengandar) tiang yang menggantung dua bekas nasi. Nama itu telah kekal dan hari ini perkataan Nasi Kandar ada kelihatan pada kebanyakan restoran Tamil Islam atau "Mamak Malaysia" dan gerai hidangan India Muslim.
Nasi untuk dijadikan nasi kandar biasanya diletakkan dalam bekas kayu kira-kira tiga kaki tinggi yang memberi ia satu bau tersendiri. Hidangan nasi kandar dilengkapi oleh daging seperti ayam goreng, limpa kari, daging lembu, telur ikan, udang atau sotong goreng. Hidangan sayur itu biasanya adalah seperti terung, bendi atau peria. Satu campuran sos kari dituang pada nasi. Ini dipanggil 'banjir' (pembanjiran) dan menyampaikan satu rasa pelbagai pada nasi. ~Wikipedia

  
  
~Beratur untuk order nasi..

Catatanku :

Awal Mei lepas kebetulan ke Ipoh atas urusan kerja selama 4 hari. Sebelum begerak dari ofis tu dah plan nak makan macam2 kat Ipoh. Yang pertama dalam ingatan adalah Nasi Ganja Ipoh, selalu dengar orang cerita jer.. kata orang sangat sedap sehingga akan terasa nak makan lagi.. ketagih la kiranya..sebab tu dipanggil nasi ganja! Setelah survey tempat ikut melalui Google Maps.. dapat agak la tempatnya di mana.. lagipun dah beberapa kali ke Ipoh dan tempatnya tak jauh dari tempat penginapan di Tower Regency. Sampai ngam-ngam masa lunch.. orang dah ramai beratur nak makan..yang bungkus pun ramai. Kami bernasib baik ada orang baru lepas makan.. dapat la meja!. Aku makan nasi lauk ayam goreng + pedal.. memang sedap dan akan ketagih ..brrrr..brrrr!!

  
Berikut adalah artikel dari KOSMO berkaitan Nasi Ganja Ipoh:

JIKA berkunjung ke Ipoh, Perak, tidak sah rasanya kalau tidak singgah makan nasi kandar di sebuah gerai yang terletak di sebuah restoran Cina lama, Kedai Kopi Yong Suan di Jalan Yang Kalsom.
Gerai tersebut dibuka sejak tahun 1960 seusia dengan kedai kopi itu sendiri, mungkin bukan sahaja yang tertua di ibu negeri Perak ini, malah yang paling popular di kalangan penggemar nasi kandar.

Walaupun nama asal masakan popular Pulau Pinang itu ialah nasi kandar ayam merah, kebanyakan orang menggelarkannya 'nasi ganja' kerana keenakannya. Malah, ia juga mampu membuatkan ramai yang ketagih.
Warga Lembah Kinta yang pernah mencuba nasi itu pasti menjadi pelanggan setia masakan tersebut. Manakala, orang luar pula tidak lupa singgah makan di situ setiap kali berkunjung ke bandar raya Ipoh.

Sekiranya datang ke restoran ini pada waktu tengah hari, anda bukan sahaja terpaksa beratur panjang, malah sukar untuk mendapat tempat duduk. Namun penggemar nasi ini sanggup beratur panjang.
Ia semata-mata untuk menghilangkan rasa ketagihan terhadap 'nasi ganja'. Uniknya, pelanggan terdiri daripada pelbagai bangsa termasuk Melayu dan India walaupun ia merupakan sebuah kedai kopi Cina.


'Vangge, vangge, vangge', panggilan dalam bahasa Tamil yang bermaksud 'Marilah, marilah, marilah' pasti menjadi santapan telinga setiap kali lalu di depan restoran berkenaan.
Sama seperti pengasas Kedai Kopi Yong Suan, pengusaha asal nasi kandar tersebut, Kamal Naseer Abdul Rahman, sudah meninggal dunia. Tradisi perniagaan tersebut diteruskan oleh ahli keluarganya.
Adik ipar Kamal, Nihmatullah Syed Mustafa, 44, berkata, keistimewaan nasi ganja terletak pada ayam merahnya yang dimasak menggunakan sambal kelapa. Hidangan ini dikatakan tidak boleh didapati di restoran lain di seluruh negara.
  
"Nasi kandar ini turut menggunakan resipi rahsia. Kami juga menggunakan pelbagai rempah ratus yang digiling secara tradisional dan dibeli khas dari Pulau Pinang," katanya.
Menurut Nihmatullah, sejak dibuka 49 tahun lepas, nasi ganja semakin hari semakin mendapat sambutan daripada orang ramai termasuklah pelancong asing dari Singapura, Thailand dan juga Australia.
"Dulu, tempat ini menjadi tumpuan orang ramai kerana ia terletak di hadapan Stesen Bas Tanjung Rambutan. Walaupun stesen bas itu telah ditutup sejak 15 tahun lepas, sambutan tidak pernah pudar," katanya.
"Biasanya, kami boleh menjual tidak kurang daripada 1,000 pinggan nasi kandar setiap hari. Jumlah ini mungkin akan meningkat pada hujung minggu dan hari kelepasan am," cerita Nihmatullah.
Sementara itu, pemilik kedai kopi, Yang Yong Suan, 58, berkata, sambutan orang ramai terhadap nasi kandar itu turut melariskan jualan di kedai yang diwarisi daripada mendiang ayahnya – Sumber dari KOSMO

  
 ~Sempat gak cuba Mee Rebus Ramli.. di Jalan Raja Ekram


Bandaraya Ipoh..

Sekian, Sekadar Berkongsi

3 comments:

  1. arwah ayah pelanggan setia dia...smpai anak2 pn terikut suka mkn nasi ganja situ... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum,

      apa coordinates?

      terima kasih.

      Delete
    2. https://maps.google.com.my/maps?hl=en&tab=ll

      Delete

PULAU LANGKAWI : Menjejak Lagenda Mencari Laksa

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada ta...