Perkataan Nasi Kandar, timbul sewaktu waktu
kelihatan penjaja nasi menjinjing (mengandar) tiang yang menggantung dua bekas
nasi. Nama itu telah kekal dan hari ini perkataan Nasi Kandar ada kelihatan
pada kebanyakan restoran Tamil
Islam atau "Mamak
Malaysia" dan gerai hidangan India
Muslim.
Nasi untuk dijadikan nasi kandar biasanya
diletakkan dalam bekas kayu kira-kira tiga kaki tinggi yang memberi ia satu bau
tersendiri. Hidangan nasi kandar dilengkapi oleh daging seperti ayam goreng, limpa kari, daging lembu, telur ikan, udang
atau sotong goreng. Hidangan sayur itu biasanya adalah seperti terung, bendi atau peria. Satu campuran sos kari
dituang pada nasi. Ini dipanggil 'banjir' (pembanjiran) dan menyampaikan satu
rasa pelbagai pada nasi. ~Wikipedia
~Beratur untuk order nasi..
Catatanku :
Awal Mei lepas kebetulan ke Ipoh atas urusan
kerja selama 4 hari. Sebelum begerak dari ofis tu dah plan nak makan macam2 kat
Ipoh. Yang pertama dalam ingatan adalah Nasi Ganja Ipoh, selalu dengar orang
cerita jer.. kata orang sangat sedap sehingga akan terasa nak makan lagi..
ketagih la kiranya..sebab tu dipanggil nasi ganja! Setelah survey tempat ikut
melalui Google Maps.. dapat agak la tempatnya di mana.. lagipun dah beberapa
kali ke Ipoh dan tempatnya tak jauh dari tempat penginapan di Tower Regency.
Sampai ngam-ngam masa lunch.. orang dah ramai beratur nak makan..yang bungkus
pun ramai. Kami bernasib baik ada orang baru lepas makan.. dapat la meja!. Aku makan
nasi lauk ayam goreng + pedal.. memang sedap dan akan ketagih ..brrrr..brrrr!!
Berikut adalah artikel dari KOSMO berkaitan
Nasi Ganja Ipoh:
JIKA berkunjung
ke Ipoh, Perak, tidak sah rasanya kalau tidak singgah makan nasi kandar di
sebuah gerai yang terletak di sebuah restoran Cina lama, Kedai Kopi Yong Suan di Jalan Yang Kalsom.
Gerai tersebut
dibuka sejak tahun 1960 seusia dengan kedai kopi itu sendiri, mungkin bukan
sahaja yang tertua di ibu negeri Perak ini, malah yang paling popular di
kalangan penggemar nasi kandar.
Walaupun nama
asal masakan popular Pulau Pinang itu ialah nasi kandar ayam merah, kebanyakan
orang menggelarkannya 'nasi ganja' kerana
keenakannya. Malah, ia juga mampu membuatkan ramai yang ketagih.
Warga Lembah
Kinta yang pernah mencuba nasi itu pasti menjadi pelanggan setia masakan
tersebut. Manakala, orang luar pula tidak lupa singgah makan di situ setiap
kali berkunjung ke bandar raya Ipoh.
Sekiranya
datang ke restoran ini pada waktu tengah hari, anda bukan sahaja terpaksa
beratur panjang, malah sukar untuk mendapat tempat duduk. Namun penggemar nasi
ini sanggup beratur panjang.
Ia semata-mata
untuk menghilangkan rasa ketagihan terhadap 'nasi ganja'. Uniknya, pelanggan
terdiri daripada pelbagai bangsa termasuk Melayu dan India walaupun ia
merupakan sebuah kedai kopi Cina.
'Vangge,
vangge, vangge', panggilan dalam bahasa Tamil yang bermaksud 'Marilah, marilah,
marilah' pasti menjadi santapan telinga setiap kali lalu di depan restoran
berkenaan.
Sama seperti
pengasas Kedai Kopi Yong Suan, pengusaha asal nasi kandar tersebut, Kamal Naseer Abdul Rahman, sudah
meninggal dunia. Tradisi perniagaan tersebut diteruskan oleh ahli keluarganya.
Adik ipar Kamal, Nihmatullah Syed Mustafa, 44, berkata, keistimewaan nasi ganja terletak pada ayam merahnya yang
dimasak menggunakan sambal kelapa. Hidangan ini dikatakan tidak boleh didapati
di restoran lain di seluruh negara.
Menurut
Nihmatullah, sejak dibuka 49 tahun lepas, nasi ganja semakin hari semakin
mendapat sambutan daripada orang ramai termasuklah pelancong asing dari
Singapura, Thailand dan juga Australia.
"Dulu, tempat
ini menjadi tumpuan orang ramai kerana ia terletak di hadapan Stesen Bas
Tanjung Rambutan. Walaupun stesen bas itu telah ditutup sejak 15 tahun lepas,
sambutan tidak pernah pudar," katanya.
"Biasanya,
kami boleh menjual tidak kurang daripada 1,000 pinggan nasi kandar setiap hari.
Jumlah ini mungkin akan meningkat pada hujung minggu dan hari kelepasan
am," cerita Nihmatullah.
Sementara itu,
pemilik kedai kopi, Yang Yong Suan, 58, berkata, sambutan orang ramai terhadap
nasi kandar itu turut melariskan jualan di kedai yang diwarisi daripada
mendiang ayahnya – Sumber dari KOSMO
Bandaraya Ipoh..
Sekian, Sekadar Berkongsi