Sibu City View
Sibu ialah salah satu bandar dan
bahagian di Sarawak. Ia terletak di pertemuan Sungai Rajang dengan Sungai
Igan, kira-kira 60 km dari laut. Kebanyakan penduduknya berbangsa Cina Foo
How dan Iban dari Batang Rajang. Terdapat juga penduduk Bumiputera
lain seperti orang Melayu dan Melanau.
Mengikut banci 2002, jumlah penduduk di
bahagian Sibu adalah seramai 228,800 orang. Daya tarikan Sibu ialah
keramahan penduduk di sini. Terdapat juga sebuah bangunan yang tinggi iaitu To
Pek Kong yang terletak di perairan Sibu yang jelas kelihatan dari jauh. Sibu
mempunyai keunikan tersendiri yang mempunyai hasil tani, buahan serta sayuran
tempatan yang mungkin tidak atau jarang dijumpai di Semenanjung Malaysia antaranya
ialah buah Dabai dan buah Engkalak yang merupakan buahan
bermusim yang menjadi kegemaran masyarakat di Sarawak ~ Wiki
Rajang Esplanade
Catatanku :
Pertama kali sampai ke Sibu, Sarawak setelah
bertahun-tahun hidup..Penerbangan Firefly direct ke Sibu pada jam 6.40 ptg dan
sampai pada jam 9.05 malam. Sampai pun atas urusan kerja.. ya la kan..
bukannya ada sedara mara kat sini nak datang. Kecuali la datang melancong. Sebab
datang atas urusan kerja, so banyak benda la tak dapat di explore masa kat sini
sebab terikat dengan jadual kerja. Tapi sempat la juga jalan-jalan di sekitar
bandar dan makan-makan di kedai-kedai sekitar hotel. Tempat menginap di
RH Hotel Sibu attach dengan
shopping mall di sebelahnya.. jadi, ada masa lapang jer… terus ke mall.
Dan yang menarik kerana hotel ni menghadap
Sungai Rajang,
berhampiran Rajang Port Authority.. pagi-pagi
terjaga dengan bunyi hon kapal.
RH HOTEL SIBU
Pasar Malam Sibu
Jadi selama 4 hari di Sibu, sempat ke Pasar
Malam Sibu unutk tengok-tengok kepelbagaian makanan, ke Rajang
Esplanade dan Durin yang terletak lebih kurang 45km dari bandar untuk
mencari kedai cenderahati(Moi Moi Handicraft). . Sebabnya, kat bandar
agak sukar untuk mencari kedai-kedai yang menjual cenderahati dan buah tangan.
Tidak seperti bandar-bandar lain yang menjadi tumpuan pelancong.
Sepanjang di sini sempat merasa makan Laksa Sarawak, Mee Kolok, Mee Kampua dan Nasi Ayam Penyet
beberapa kali. Untuk mencari makanan agak mudah di sini, walaupun
kebanyakan restoran Cina, tapi mereka buat konsep stall yang dioperate oleh
peniaga-peniaga muslim.
Cucur Sayur
Si
gadis Sibu..
Juga terdapat foodcourt di pawagam lama Cathay berhampiran Sanyan Mall (boleh cuba nasi
ayam penyet kat sini). Selain dari tu boleh la try makan kat Chinese Muslim Restaurent berhadapan dengan
stesen minyak Exxel Jln. Kg. Nyabor.. depan RH Hotel. Cuma makanan di sini agak
mahal sikit. Tapi kebanyakannya sangat sedap.
Member satu kolej dan satu intake ROTU di UPM.. jumpa di Sibu
Jadi, untuk aku yang pertama kali sampai.
Sibu adalah bandar yang boleh dikunjungi untuk mencari kelainan.
Sekian. Sekadar Berkongsi.
No comments:
Post a Comment