Saturday, October 28, 2017

Pulau Labuan : Antara Coklat dan Sambal Belacan




  


Wilayah Persekutuan Labuan merupakan Wilayah Persekutuan kedua Malaysia. Ia merangkumi keseluruhan pulau Labuan yang mempunyai keluasan 91.64 km2. Pulau Labuan terletak sekitar 10 km dari pantai Sabah, 2 1/2 jam penerbangan dari Kuala Lumpur, dan sekitar 30 km dari pantai Brunei. Labuan mempunyai pelabuhan yang dalam dan besar, yang merupakan punca asal namanya pelabuhan atau "Labuhan".

Pulau Labuan asalnya merupakan sebahagian dari Kesultanan Brunei. Pada 1846, ia diserahkan kepada British oleh Sultan Brunei Sultan Omar Ali Saifuddin II setelah British menggunakan pulau itu sebagai tapak operasi menentang lanun. Pada 1848 Labuan telah diistiharkan sebagai Tanah Jajahan Mahkota British. Kemudian pada 1890, ia ditadbir oleh Borneo Utara. Namun begitu pada 1 Januari 1906, Labuan telah diserahkan kembali kepada British dan menjadi sebahagian daripada Negeri-negeri Selat pada 30 Oktober 1906 bersama-sama Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

Pada Disember 1941 hingga Jun 1945, Labuan telah diperintah oleh Jepun. Selepas pengunduran Jepun dan pentadbiran tentera British tamat, Labuan digabungkan ke dalam Borneo Utara pada 1946. Seterusnya pada 1963 ia bersama-sama Sabah bergabung ke dalam Malaysia.

Wilayah Persekutuan Labuan terletak kira-kira 8km dari persisir pantai pulau Borneo bahagian pantai barat. Pulau Labuan adalah pulau terbesar, manakala ianya mempunyai lima lagi pulau kecil yang lain di sekitarnya iaitu Pulau Papan, Pulau Burong, Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Kecil dan Pulau Rusukan Besar. Wilayah Persekutuan Labuan terbahagi kepada 29 kampung. Majoriti penduduk Labuan adalah berketurunan Kadayan-Brunei. Mereka beragama Islam dan bertutur dalam bahasa Melayu dialek Kadayan-Brunei atau lebih dikenali sebagai dialek Labuan. ~Wikipedia

Labuan Maps

Catatanku :

Sebenarnya tak ramai orang yang saja-saja nak pergi bercuti ke Labuan melainkan ada  urusan-urusan tertentu. Kalau ada pun mungkin lanjutan dari perjalanan ke Sabah, sebab kebanyakkan sudah tentu memilih Sabah sebagai destinasi percutian atas faktor kos tambang flight yang tidak jauh berbeza. Sebenarnya kita juga boleh ke Pulau Labuan megggunakan perkhidmatan bot dan feri dari jeti Menumbok di Sabah.

Labuan Airport

Sama macam aku, ke Labuan atas urusan kerja. Walaupun aku dah beberapa kali ke Sabah, namun tak ada kesempatan untuk ke Labuan. Finally sampai juga aku ke Labuan. Feeling teruja sebab dengan sampainya ke sini, maka secara rasminya aku telah jejakkan kaki ke semua negeri di dalam Malaysia. Walaupun kita hanya ada 14 buah negeri. Tapi aku percaya ramai yang belum berkesempatan untuk sampai ke semua negeri dalam Malaysia ni.. kannn.. So Labuan ni  jadi special sikit la buat aku.

Dikawasan jeti untuk ke Sabah & Brunei

Sampai Labuan dah malam melalui penerbangan Firefly.. terus dibawa check in di Sky Global Hotel.. dimaklumkan hotel ni je dapat di booking sebab kebanyakkan hotel fully booked sebab shift pekerja offshore pulang ke  darat.. (aku pun tak berapa faham shift pekerja minyak ni..hehe) Semua urusan diuruskan oleh pihak KV Labuan. So ikut je la..lepas check in.. keluar makan sekitar hotel.. ada beberapa kedai makan dikawasan sekitar. Aku rasa..makan dan rate hotel agak mahal di Labuan. Mungkin disebabkan Labuan terkenal dengan status pengeluar minyak dan pusat kewangan serta ramai pekerja offshore yang berwang.
  
Di sekitar jeti

Hari kedua penuh dengan aktiviti melawat ILP Labuan dan KV Labuan.. pada sebelah petang dibawa meronda ke sekitar bandar dan tour pulau Labuan. Sempat ke muzium arang batu Chimney, Taman Jepun dan Surrender Point dan pada sebelah malam diraikan makan malam di Anjung Ketam. Makan kat sini memang meriah dengan makanan laut fresh..ketam dan udang besar-besar… kos tak tau pulak aku sebab disponsor...

Sesi Lawatan ke ILP Labuan

Bersama Pengarah ILP Labuan


Hari ketiga sebelum balik..sempat ke Ujana Kewangan untuk beli cenderahati dan coklat serta kedai kain di sepanjang Jalan Merdeka. Sebelum ke airport tu sempat ke pasar sebab nak cari sambal belacan yang dah siap blend.. kata boss aku sambal belacan Labuan sedap sebab cili padi yang diorang guna lain sikit.. betul ke tak..tak tau la sebab aku tak beli..

Menu Makan malam di Anjung Ketam

Ketam Rebus & Butter Prawn

Bersama Pengarah KV Labuan

Anjung Ketam.. sebuah restoren seafood yang didirikan di atas air..

Secara keseluruhnya tak banyak perkara yang aku dapat buat kat Labuan. Mungkin atas faktor masa yang terhad. Terdapat beberapa tempat yang menjadi tumpuan pelancong sepeti pantai-pantai, muzium dan shopping complex.. yang paling disukai semestinya kedai barangan bebas cukai.. bagi pencinta coklat dan kain.. Labuan memang tempat yang menarik untuk dilawati selain Langkawi. 

Selain dari itu, jalan-jalan cari makan di Labuan juga agak menarik.. berikut antara menu yang boleh dicuba jika korang ke Labuan.. perkongsian dari member (Ira Fatin) yang kerja kat sana...

Nasi Lemak ni aku makan kat kedai mamak sekitar hotel.. menarik bungkusannya.. 
member aku cakap..half cup amenda ntah..hahah... 

Udang ala-ala Lobster ni namanya Satak.. 

Mee Kolo Sup Ikan.. makan kat Loong Fish Head Soup Stall


Soto Makasar..

Kalau suka pantai.. korang boleh ke Pantai Layangan, Batu Manikar atau Palm Beach untuk bersantai dan beriadah..view sunset memang menarik..







Dan kalau nak cari coklat murah (member aku pesan) boleh ke Jalan Patau-Patau area lorang masuk ke Wheaterford.. boleh borong coklat lebih murah berbanding di shopping kompleks..


Ni kedai coklat murah di Patau-Patau


Dan berikut aku selitkan beberapa tempat menarik lain yang boleh di kunjungi di Labuan di petik dari blogger Jue Tapah di https://thejuetapah.wordpress.com seperti berikut.


1. Labuan War Memorial Cemetary


Penting untuk kita mengetahui sejarah. Cemetary ini merupakan salah satu daripada tiga tempat yang perlu dikunjungi di Borneo selain Kundasang War Memorial dan Sandakan War Memorial.

2. Pantai Layang-Layangan / The Peace Park (Taman Damai)


Kedua-dua tempat ini, Pantai Layang-Layangan dan The Peace Park adalah sangat dekat. Selalunya pantai ini dijadikan tempat berkelah bersama keluarga dihujung minggu mahupun ketika lapang.

Sambil-sambil merenung ombak, bolehlah melawat Taman Damai yang hanya berjarak beberapa meter dari kawasan pantai.

3. The Surrender Point



The Surrender Point ini adalah tempat dimana pihak penjajah Jepun akhirnya menyerah kalah dihadapan tentera Australia semasa Perang Dunia Kedua

4. Labuan Marine Museum



Labuan Marine Museum ataupun Muzium Marin ini cuma 5-7 minit jarak perjalanan dari Terminal Feri Labuan. Sesuai untuk aktiviti keluarga terutama mereka yang memiliki anak-anak yang sedang bersekolah, bolehlah buat unofficial school field. Nak tengok rangka ikan paus? Nak tengok saiz kuda laut yang sebenar? Datanglah sini.

5. Menara Jam (Clock Tower)


Menara Jam ini berada di luar pekarangan Labuan Marine Museum. Menara sebenar jam tersebut telah musnah namun replikanya dibina semula untuk memperingati sejarah lalu.

6. The Chimney Museum



Chimney...

The Chimney Museum! Apa yang peliknya ialah tujuan sebenar ia diwujudkan tidak diketahui. Menurut sumber, Chimney yang sebenar tidak berjaya disiapkan namun kini dijadikan kawasan pelancongan dan bukannya untuk tujuan perlombongan arang batu.


7.  The Bird Park Labuan



Jarak The Chimney Museum dan The Bird Park ini tidak lebih dari 5 minit perjalanan. Sesuai untuk mereka yang menyukai burung dan ingin mengetahui jenis-jenis burung dengan lebih baik.

8. Labuan Museum


Bagi mereka yang meminati sejarah, Muzium Labuan amat sesuai untuk anda lawati. Tambah lagi, ia cuma1-2 minit jarak pemanduan dari Terminal Feri. Dekat tu. Staff juga amat mesra melayani kami walaupun bukanlah orang jauh (Sabahan) tapi tetap diberi muka. Satu sifat yang harus dicontohi. Lama juga kami disana, walaupun waktu operasi sudah hampir tamat.

9. UK (Ujana Kewangan) / Financial Park


Lastly, kenalah bagi tau tempat paling banyak dilawati di Labuan, Ujana Kewangan ataupun nama singkatannya UK! UK ini sebenarnya mall, Parkson, Giant semua disitu. Tapi ramai yang datang ni sebab satu sahaja, memborong coklat! Pergh. Sky Park adalah salah satu mart untuk penggemar coklat dan perfume. 
~End~

Begitulah sedikit perkongsian pengalaman aku ke Labuan. So korang boleh la plan melancong ke Labuan jika dah terlanjur sampai ke Sabah.



Sekian. Sekadar Berkongsi.


Thursday, June 29, 2017

DIY Project : Headlamp Polish & UV Coating




DIY Project : Headlamp Polish & UV Coating 



Sempena cuti raya tak pergi ke mana untuk beraya ni.. Abam menjalankan projek mempolish headlamp kereta abam yang memang dah nazak.. biasa la kereta lama.. headlamp memang dah kelabu kekuningan.. 


Setiap kali pergi carwash.. mesti Bangla yang cuci kereta tu offer nak polish headlamp.. kosnya RM60.00 dua-dua belah lampu.. memikir jugak la nak buat... tapi selagi nampak suluh jalan.. abam o.k je ngan lampu keta abam ni.. (haha..dasar kedekut..)

Tapi hari tu abam tengok ada viral kat FB pasal cara-cara DIY Headlamp kereta dengan kos yang jimat.. so sempena raya ni abam cuba la buat..  

Disini abam sharekan bahan-bahan dan cara-caranya serta kos:

Bahan-Bahan

Bahan Yang DiPerlukan & Harga (Beli kat Kedai Hardware)

1. Kertas Pasir 1K (Kasar) - RM 1.00
2. Kertas Pasir 3K (Halus) - RM 1.50 
3. Samurai 1K Clear Laquer - RM19.00
4. Masking Tape - Sedia Ada
5. Paper Lama - Sedia Ada
Total Kos : RM 21.50sen

Headlamp keta abam memang dah tahap nazak ni.. 

Cara- Cara Penyediaan:

1. Menggunakan kertas pasir 1K.. gosok permukaan headlamp hingga tanggal semua kesan-kesan kuning.. masa gosok ni korang basahkan kertas pasir tu.. lepas tu selang-selang curah air kat headlamp tu.. 
kalau gosok direct gitu je... mau berapi headlamp ko tu.. haha

2. Ulang langkah di atas menggunakan kertas pasir 3K.. gosok bagi nampak smooth.. dah selesai biarkan kering... (masa ni headlamp nampak kelabu sikit.. tapi takpe..)

Headlamp sebelum digosok


Hasil selepas digosok menggunakan kertas pasir 1K & 3K

3. Bila dah kering. Cover body kereta menggunakan kertas surat khabar lama dan masking tape untuk kerja-kerja UV Coating. Sembur nipis Samurai 1K Clear Lacquer pada permukaan headlamp tersebut.. tunggu kering dan buat lagi beberapa lapisan.

Biarkan kering sepenuhnya.


Hasil selepas semburan Clear Lacquer 

Dah selesai semua.. boleh la dikemaskan semua peralatan yang digunakan.. biar bersepah kang mengamuk pulak mak pak hang..


Dan beginilah hasil setelah memprojekkan DIY Headlamp kereta abam.. maka bolehlah pergi beraya dengan bergaya berserta lampu kereta yang cerah bersinar-sinar...



Sekian.. Sekadar Berkongsi


Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017
~Maaf Zahir Batin~


Thursday, April 13, 2017

BROGA HILL : EDISI 2 (NEW TRACK)



Bukit Broga terletak di bahagian Timur Pekan Semenyih, Selangor Darul Ehsan sejauh 4 kilometer menghala ke Broga. Ketinggiannya ialah 400 meter dari paras laut.

Bukit Broga kini menjadi tumpuan orang ramai terutama di hari minggu dan cuti umum sebagai tempat rekreasi. Malahan dengan ketinggian yang sederhana ini mampu menjadi lokasi latihan bagi mereka yang suka dengan aktiviti pendakian.

Bukit Broga juga menjadi lokasi bagi penggemar fotografi untuk merakam gambar matahari terbit dan terbenam. Ia juga merupakan awal pendakian untuk mendaki gunung Tok Wan.(Siaran Ulangan) ~Wiki


Mula start kawasan lapang padang lalang ke  check point 1..pacakk..

Catatanku:

Setelah sekian lama tak berhiking.. weekend lepas kawan-kawan ajak hiking Bukit Broga sekali lagi.. so sebab badan pun dan lemau dan mula mereput.. masing2 on.. nak keluarkan peluh sikit.. Macam biasa.. gerak pagi2 ke Semenyih..lalu ikut pekan Kajang.. awal pagi traffic pun tak heavy sangat.. tapi bila sampai simpang tiga Semenyih nak ke Hulu Langat tu..jem kaw-kaw tak tau kenapa.. dalam jam 8.00 pagi baru sampai tempat parking kebun sawit bawah tu.. 

Dalam beberapa bulan lepas aku ada terbaca pasal track Broga dah berubah..ada track baru sebab track asal yang selalu orang naik tu melalui kawasan tanah persendirian.. owner tanah dah pasang pagar dan mengenakan bayaran RM1.00/head bagi hikers yang nak lalu track asal tu.. track baru ni dibuat atas inisiatif beberapa pihak dan ianya percuma..


Start track mendaki selepas kawasan hutan...

Jalan masuk still sama..kena lalu kebun sawit tempat parking kereta.. dalam kebun sawit tu dah ada beberapa stall jual makanan dan pakaian.. mungkin disediakan oleh tuan punya kebun dan disewakan.. bayaran parking masih sama RM3.00/kereta.

Pengunjung boleh tahan ramainya.. seperti biasa.. pada hari minggu Bukit Broga menjadi kawasan port untuk aktiviti hiking santai.. memang berpusu-pusu lah manusia menuju ke puncak..tua muda miskin kaya kita sama sahaja.. Kami mula mendaki dalam jam 8.30pagi.. Check point track baru start pada pintu gerbang asal.. cuma kena ambik track sebelah kanan (ada signboard bertulis *Free Track).. kalau lalu belah kiri tu track asal (berpagar).. ada uncle2 tunggu untuk collect bayaran.. track akan melalui kawasan hutan tanah bukit fasa pertama pendakian.. ada laluan mendaki dan menurun yang tak berapa heavy..trackpun redup diteduhi pokok-pokok hutan.. 


Tumpang bergambar dengan banner Responsible Hikers

Selepas hujung track laluan hutan tu kita akan sampai ke kawasan yang mendaki sebelum sampai ke padang lalang.. track agak curam dari start point mendaki.. start dari sini ada disediakan tali untuk memudahkan pendaki naik ke atas.. kawasan ni agak licin dengan tanah bukit yg gondol dijadikan track.. masa ni agak mencungap juga la nak sampai ke atas.. 

u ken duitt...

Lepas je track curam ni kita akan sampai kat rest point pertama.. ada sepohong kayu daunnya rendang lebat bunganya serta buahnya..walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya (eh..ternasyid lah pulak..)...huhu... kawasan ni agak rata untuk bersantai.. masa kitaorang sampai tu ada grup orang gunung Responsible Hikers tgh buat khidmat masyarakat kepada hikers yang datang.. mereka sponsor air lemon tea panas dengan biskut gula untuk pendaki membasahkan tekak dan tambah tenaga.. sambil tu mereka ada shooting dengan Astro Awani.. terima kasih!!

Responsible Hikers Group..

Masa kat sini kita akan nampak puncak trak track asal di sebelah kiri (laluan berbayar).. lepas check point pertama ni.. kita kena mendaki lagi untuk sampai ke checkpont kedua kawasan batu-batu besar sebelum meneruskan lagi pendakian untuk sampai ke track asal di puncak.. track baru ni sebenarnya laluan dia bersambung dengan track asal selepas puncak ke dua track lama dikawasan menurun sikit tu.. cuma track baru ni terus pacak je ke atas selepas kawasan hutan bawah tadi tu.. bila dah sampai track asal tu..boleh la meneruskan pendakian ke puncak 400M Bukit Broga ikut laluan ke kanan.. mendaki lagi.. huhu..

pewaiii...

Tapi untuk pendakian kali ni.. kitaorang sampai ke check point 2 je.. sebab sorang member dah pewai.. untuk firstimer naik ikut track ni memang agak mencabar la sikit.. tambah2 kalau tak cukup stamina.. View dari atas masih menarik.. cuma kita tak sampai ke kawasan batu-batu besar puncak check point 2 track lama yang viewnya lebih marvelllous.. tapi kalau korang rajin apa salahnya bila dah sampai track lama tu.. ambik kiri mendaki sikit ke kawasan batu2 tu.. view dia cantik ko.. pastu turun la balik untuk ke peak 400M....


View dari Check Point 2 ke bawah.. 

Kasut sukan yang disalahgunakan..dah nak lerai tapak dia..siannn

Lepas lepak2 kejap kat atas tu.. kitaorang start turun nak pegi makan nasik lemak.. haha... so pendakian kali ni kira fail la sebab tak sampai peak 400M Bukit Broga.. lagi pun sebab start naik lambat.. atas tu dah terik cahaya mentari.. orang macam biasa masih berpusu naik dan turun.. masa kitaorang dah kat parking pun masih ramai yang baru sampai nak naik.. ok.. kita akan try next time untuk sampai ke puncak...


Menikmanti pemandangan dengan penuh ketenangan..(eksyenn je ni.).. 


Disebalik tabir nak dpt shoot yg menarik....huhu

Thanks pada ahli :
Hash
Ciko
Nana
Ella

Sekian.. Sekadar Berkongsi..  

PULAU LANGKAWI : Menjejak Lagenda Mencari Laksa

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada ta...