Friday, August 23, 2013

Bromo : Menjejakkan Kaki di Lingkaran Api Pasifik..





Gunung Bromo (dari bahasa Sanskerta: Brahma, salah seorang Dewa Utama Hindu), merupakan gunung berapi yang masih aktif dan paling terkenal sebagai obyek wisata di Jawa Timur. Sebagai sebuah obyek wisata, Gunung Bromo menjadi menarik karena statusnya sebagai gunung berapi yang masih aktif.

Bromo mempunyai ketinggian 2.392 meter di atas permukaan laut itu berada dalam empat wilayah, yakni Kabupaten Probolinggo, Pasuruan, Lumajang, danKabupaten Malang. Bentuk tubuh Gunung Bromo bertautan antara lembah dan ngarai dengan kaldera atau lautan pasir seluas sekitar 10 kilometer persegi.

Gunung Bromo mempunyai sebuah kawah dengan garis tengah ± 800 meter (utara-selatan) dan ± 600 meter (timur-barat). Sedangkan daerah bahayanya berupa lingkaran dengan jari-jari 4 km dari pusat kawah Bromo.~Wikipedia





Catatanku:





Trip ke Gunung Bromo & Surabaya dirancang bersama seorang member ( Fadly) dan pasangan pengantin baru ( Serai & Caah ). Kira macam trip untuk honeymoon dia orang la..tapi aku dan Fadly jadi penyibuk..hehe! Tapi, segala perancangan diserahkah pada aku sebagai tour leader.. ewahh!.. Sebenarnya tiket dibeli pada bulan Disember dan penerbangan bulan Jun (seperti biasa..tiket harga murah SALE Airasia: KL-SUB-KL = RM128.00 ).. 6 bulan menunggu sebelum flight, sempat la kumpul duit belanja... untuk trip ni, kami buat tabung dan collect RM50.00 sebulan.. dalam 6 bulan. Cukup la duit untuk tour BROMO dan hotel..










Pada masa dan tarikh yang dijanjikan kami berkumpul di LCCT jam 7.00 malam.. Flight kami jam 9.00mlm.. settle check-in semua..fly dan selamat landing di Bandara Juanda Surabaya pada jam 12.00mlm.. penerbangan memakan masa lebih kurang 3 jam.. tiba di airport..kami disambut oleh tour guide dari Travelife Surabaya.. aku dah settle booking tour & hotel sebulan sebelum kami fly..Bromo Midnight Tour dengan kos RM170.00 seorang.. Coco (driver van) dah siap tunggu dengan tag nama aku kat balai ketibaan.











Dari airport kami terus bertolak ke Cemara Lawang..sebuah perkampungan di kaki Gunung Bromo dimana tour akan bermula.. perjalanan memakan masa 3-4 jam.. sebab semua dan penat.. kami tido sepanjang jalan.. tak la lena sangat sebab jalan tak berapa elok (ada sekali tu..tgh syok tido.. van terlnaggar lubang hingga kami melambung dan Fadly landing atas lantai van..haha..) Coco drive non-stop dari airport sebab nak sampai awal untuk tengok sunrise dari puncak view point  Mt.Penanjakan










Sampai di Cemara Lawang sekitar jam 4 pagi..disambut dengan bau belerang yang kuat.. mencengkam lobang hidung..terbatuk-batuk jugak la sementara nak biasakan diri dengan udara Bromo. Di sini kami tukar kenderaan dari van ke jeep 4 wheel yang sedia menunggu.. (4 wheel ni diusahakan oleh penduduk setempat di bawah persatuan..macam koperasi la agaknya).. masa ni orang dah mula berduyun-duyun naik ke puncak Mt. Penajakan.. kebanyakkan pengunjung tempatan kerana aku difahamkan masa tu musim cuti sekolah di Indonesia.. 




4 wheel ni kebanyakkan ditempah oleh orang yang datang secara group.. diberitahu bahawa di Cemara Lawang saja terdapat lebih kurang 400 buah jeep.. (ada beberapa laluan untuk ke puncak Bromo..salah satunya di sinilah). Kebanyakkan anak-anak muda redah jer naik ke puncak dengan motorsikal.. kesian tengok motor tu..huhu..selain motorsikal, ada juga yang naik menggunakan kenderaan persendirian seperti kereta dan van.





Kami bertolak ke puncak menaiki 4 wheel sekitar jam 4.30 pagi..melalui jalan jalan yang agak mencabar..beliku-liku dan melompat-lompat dalam jeep..boleh gugur peranakan..ahaha.. tapi pemandu jeep dah memang pro..rilek je bawa sambil buat lap kat tepi-tepi gaung..jeep-jeep ni bergerak secara serentak..berderet-deret sepanjang laluan mendaki..masing-masing kena cepat sebab kalau lambat..kat puncak dah sesak dan terpaksa parking jauh nak menapak ke viewpoint.. perjalanan sekitar 45 minit.. kami bernasib baik sebab jeep dapat naik sampai ke atas.. menapak untuk mendaki pun tak la jauh sangat..



Pada mula tu kami agak blur sebab ramai sangat masyarakat menuju ke puncak gunung.. tanpa usul periksanya, kamipun menyertai mereka-mereka tersebut.. dan rupanya kat atas tu ada satu viewpoint yg dibina untuk tengok sunrise dan pemandangan Mt.Bromo dan Mt. Semeru.. (baru aku tau Bromo tu kat bawah..) tapi disebabkan rakyat Indonesia yang terlalu ramai kat atas tu.. kami tak dapat tengok sunrise.. (nampak kepala dan bontot orang jerr..) 


 yang garisan merah tu adalah sunrise.. huhu..  ramai2 ni semua tunggu sunrise


Tempat tu macam kawasan lapang..pastu dibina pagar kat tepi tu.. org dah ramai bersidai kat pagar... tak nampak apa la.. dah la gelap... muka dah frust..tak kan camni jer datang jauh-jauh ke Bromo.. tak berbaloi ahh kataku dlm hati..huhu









Dalam duk frust tu cuaca mula cerah... dan bila pemandangan dah clear.. waaaaaaa....mulut ternganga tengok view kat bawah.. syurga mata beb.. nampak lautan pasir di keliling Mt. Bromo yang berlatar belakangkan Mt.Semeru.. dan kawasan rumput savana Tenger.. dari sini boleh nampak orang ramai sedang mendaki kawah Bromo..(sekali lagi frust..kenapa kitaorg tak dibawa ke sana)..arghh..tesionnn... bila dah cerah sikit.. org ramai dah mula turun.. so, kami pun ikut serta..untuk mengubati hati yg frust.. kami turun slow-slow..sambil makan jagung bakar.. sampai kat jeep...siap lepak2 ambik gambar.. 



Naik jeep balik untuk turun ke bawah..masa turun ni dapat la tengok view2 yang cantik melalui celah-celah gaung dan sampai ke kawasan dikenali sebagai Sea of Sand.. Lautan pasir (Segere Wedi).. kawasan pasir gunung berapi yang meliputi keluasan beberapa kilometer persegi disekeliling Mt. Bromo. Kat sini kami berhenti di satu checkpoint untuk memulakan pendakian ke kawah Bromo.. (tempat yang kami nampak masa kat viewpoint Mt.Penanjakan tadi..) 








Masa ni hati dah berbunga-bunga semula.. sebab tadi ingatkan tour dah habis.. Jeep berhenti jauh di tengah padang pasir.. dan kat sini terdapat pengusaha-pengusaha kuda pony yang menawarkan perkhidmatan untuk membawa pelancong sampai ke tangga di kaki  kawah Bromo.. kalau nak jalan kaki pun boleh..tapi tengok pada jaraknya..memang tak la aku.. kami sewa 4 ekor kuda dengan tuan kuda sekali..(sebab tuan kuda yg tarik kuda tu.. takdenye dorang nak bagi ko tunggang sorang2 mcm koboi tu..).. kos untuk seekor kuda IDR 150,000 (+- RM45.00) pergi dan balik.. aku difahamkan kos tu agak. mahal disebabkan cuti sekolah dan faktor kami pelancong (walaupun muka kami mcm rakyat Indon..) 







Driver kuda ( driver ke?..) hantar sampai ke tangga untuk naik ke kawah Bromo..kat sini ada tangga yang mempunyai 250 step untuk sampai ke atas..sebab kami turun lambat dari puncak.. masyarakat tempatan dah penuh nak naik ke atas kawah..tangga pun jem.. nasib baik angin gunung sejuk walapun matahari dah memancar...dengan sabar la melangkah step by step..dan akhirnya kami berjaya melaksanakan misi untuk tengok kawah gunung berapi.. yang masih aktif mengeluarkan asapnya.. bau belerang memang kawww la..disarankan bawa sapu tangan ke..bandana ke.. cover! 













Tak dapat bayangkan kalau termengelungsur ke dalam tu... huhu.. naya..


Pemandangan sekeliling juga sangat mengujakan...bila kat atas mula sesak..kami turun dan menunggang balik ke jeep sambil tu borak-borak dengan tuan kuda dalam bahasa Jerman.. baru aku faham kenapa jeep berhenti jauh sangat dari tangga di kaki Bromo..mereka ni semua sama-sama cari makan. Dengan tu dapat menyediakan pekerjaan kepada masyarakat tempatan..kalau korang  ada kuda..sila pegi duduk kat Bromo..boleh bagi sewa kat orang yang malas berjalan mcm aku.. 
(dalam pada tu duk fikir2 juga berapa income driver kuda tu sehari.. kalau sorang RM45.. trip sorang dalam 45 minit... sehari paling koman dapat 7-8 trip..RM45 x 8 = RM360...convert ke duit Indon..juta-juta tuu.. perghhh.. kayoo.. )





Bromo Midnight Tour kami tamat di Cemara Lawang jam 9.00 pagi.. Jumpa balik dengan Coco yang menunggu di sana.. lepas tu Coco bawa kami gi breakfast kat Restoren di Viewlodge, sambil breakfast boleh tengok view Mt.Bromo dan Mt.Semeru.. sarapan memang dah masuk dalam pakej.. Lepas sarapan, memulakan perjalanan balik ke Surabaya. Dalam perjalanan tu..sempat singgah di Tangulangin (kawasan perusahaan kraf kulit).. dan seterunya ke hotel.. sampai di bandar Surabaya sekitar jam 2.00 petang..






Sekian. Sekadar Berkongsi

~bersambung di episod Surabaya : Kota Yu dan Buaya.. ;)

Monday, April 1, 2013

ITULAH SAYANG-THE RAMLEES

http://www.youtube.com/watch?v=rTGLV__A-xw
ITULAH SAYANG - THE RAMLEES
feat.
Liayana Fizi, Yuna, Najwa & Mira
Tanya sama hati apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpi mu
Masa berjauhan apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang
koleksi lirik lagu http://liriklagu.biz

Tanya sama hati apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra


Tanya sama hati pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpi mu
Masa berjauhan apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang


Tanya sama hati apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra


Tanya sama hati pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpi mu
Masa berjauhan apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang


Itulah sayang





Saturday, July 21, 2012

Patin Masak Tempoyak : Dari Temerloh ke Melbourne


Ikan Patin atau nama saintifiknya Pangasius Sutchi adalah spesis ikan air tawar jenis meserba yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong.
Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau 20kg. Diet utama spesis ini adalah anak-anak ikan, buah-buahan sungai, udang dan bangkai binatang.


Ikan ini pernah mencetuskan kontroversi di Malaysia kerana harganya yang boleh mencecah RM180.00 sekilogram terutamanya di sekitar negeri Pahang, khususnya di daerah Temerloh.  Ikan Patin di Pahang terkenal dengan keenakan dan kelembutannya kerana mempunyai persekitaran yang sesuai sebagai habitat ikan ini. Masakan yang menjadi identiti bagi ikan ini adalah gulai masam tempoyak. Ikan patin sungai mempunyai nilai komersial yang tinggi dan ada yang diternak di kolam-kolam (patin kolam) dan di sangkar-sangkar (patin sangkar). Terdapat beberapa jenis ikan patin yang biasa dikenali antaranya ialah:


1.   Patin Kolam (Biasanya berwarna hitam)

2.   Patin Sangkar (Biasanya berwarna hitam dan putih)

3.   Patin Sungai (Biasaya berwarna cerah atau kelabu)

1. Patin Buah

2. Patin Mucung

3. Patin Juara.
~Wikipedia


Sesi Lawatan 

Catatanku :

Cerita pasal Ikan Patin… aku ni boleh dikatakan sorang penggemar ikan sungai jugak la.. favourite aku ikan Keli.. ikan Patin pun ‘peberet’ gak la..tapi sebab jarang-jarang boleh jumpa berbanding ikan keli..so, tak la selalu makan.. tambah pulak..harganya mahal.. 
Ms.Penny Vakakis, IMVC Melbourne


Kebetulan dua minggu lepas.. aku kena bertugas jadi LO untuk delegasi dari IMVC, Melbourne Australia..lawatan balas dari institut latihan dibawah Kementerian Pelajaran Australia setelah Boss gi melawat ke sana beberapa bulan dulu..(masa gi tak bawak aku..huhu..). Disamping ada conference di PWTC, ada beberapa sesi lawatan yang diatur kepada delegasi. ( Ms.Penny  dan seorang LO dari Kedutaan Australia). Oleh kerana kepakaran beliau dalam bidang Sains Rumahtangga..maka salah satu tempat yang kami bawa melawat adalah Sekolah Menengah Vokasional (ERT) Puteri Temerloh, Pahang.


Patin Masak Tempoyak SMV (ERT) Puteri Temerloh


Biasalah bila ada lawatan, ada la majlis makan-makan.. sampai sekolah jer dah dijamu dengan sarapan yang enak-enak hasil kerja tangan adik-adik yang ambil Kursus Katering. Setelah habis sesi lawatan dan taklimat. Tersedia pulak makan tengahari.. dan di atas meja terhidang menu signature daerah Temerloh.. walaaaa.. ‘Ikan Patin  Masak Tempoyak’. Masakan adik-adik yang memang sedap, original resepi Temerloh..Makan dengan diserve oleh adik-adik comel..perut full setelah menghabiskan 2 ketul ikan. Sambil-sambil tu jenguk tengok Ms.Penny makan patin masak tempoyak.. beliau makan la jugak seketul.

 Adik-adik Kursus Katering..(
Menu Lunch

Lepas lunch.. Puan Pengetua bawa gi pekan Temerloh.. pekena durian kat gerai tepi sungai.. yang kelakar bila Ms.Penny rasa seulas dan terus menyorok dalam kereta sebab tak tahan bau durian, jadi kami-kami jer la yang membelasahnyaa.. huahuaa.. dapat la merasa durian D24, D29, 101 dan Musang King..hehe..pulun habis la.
  
Durian D24


Menjamu Selera

Ahli Rombongan


Dan kebetulan suatu hari dulu aku penah masak Patin Masak Tempoyak.. ikan patin kakak aku bagi. Sebenarnya tak tau pun camne nak masak. Aku Google resepi kat internet dan dapat la resepi dari web MyResepi.com.  Setelah mencari bahan-bahan masakan.. jadi aku berjaya menghasilkan seekor patin masak tempoyak.. Sedappp weyyyy aku masakk!!~sendiri puji~

 
Bahan-bahan masakan 

Berikut adalah resepinya :



Bahan-bahan ( untuk 4 org makan )

·         Satu ekor ikan patin (patin sangkar, sedang-sedang)
·         2 ulas kunyit hidup (ditumbuk halus)
·         6 biji bawang kecil (ditumbuk halus)
·         15 biji cili api (ditumbuk halus)
·         2 senduk tempoyak (agak2, nak pekat letak lebih lagi)
·         1 biji timun cina (dipotong dadu)
·         2 ikat daun kesum
·         2 ikat bunga kantan
·         sedikit asaam keping
·         3 cawan air (ikut kepekatan)
·         garam (ikut rasa)
·         gula (kalau agak terlalu pedas)


Cara-cara

1.    Ikan disiang dan diperapkan dengan asam jawa & limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan selama 1 jam



2.    kunyit hidup, bawang kecil dan cili api ditumbuk halus dan digaulkan dengan tempoyak tadi masukkan kedalam periuk yang diletakkan air, gaul sehingga rata masukkan juga asam keping, letak atas api


3.    dan biar 3 minit baru masukkan ikan yang terlebih dahulu dibersihkan, masukkan bunga kantan, daun kesum dan timun cina tadi, sambil itu masukkan garam, jangan terlampau masin, kalau agak2 pedas sangat masukkan gula sikit.

4.    Cadangan Hidangan: sedap dimakan panas dengan nasi putih, amat menyelerakan, resepi ibu saya sendiri.selamat mencuba

5.    Tambahan: tempoyak biarlah yang 5 hari diperam baru sedap masakan ini mengambil masa lebih kurang 20 minit



 

 


Hasil masakan orang Bujang bersama menu sampingan


Sekian. Sekadar Berkongsi

PULAU LANGKAWI : Menjejak Lagenda Mencari Laksa

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada ta...