Thursday, February 24, 2011

Kuching : Walking with groundcroc..


Ahli Rombongan..
Kuching merupakan salah satu bahagian di negeri Sarawak. Pusatnya ialah bandar Kuching, ibu negeri Sarawak. Penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum seperti Cina, Melayu, Bidayuh, Iban, Melanau, Orang Ulu dan lain-lain. Secara amnya, Kuching merupakan bandar keempat terbesar di Malaysia Jumlah penduduk bandaraya Kuching setakat tahun 2007 dianggarkan sekitar 634 517 orang. Kuching telah diisytiharkan sebagai bandaraya pada 1 Ogos 1988.
Kuching mula dibuka pada awal kurun ke-17 merupakan sebuah wilayah ufti bagi kerajaan Majapahit. Ada versi menyatakan bahawa perkataan Kuching berasal daripada pokok buah mata kucing yang tumbuh melata di Bukit Mata Kucing (Lokasi sekarang Taman Permata/Kereta dan Wisma Hasil). ~ Wikipedia


Catatanku :
Trip jalan-jalan ke Kuching Julai 2010 dirancang sekitar Januari 2010. Masa ada Sale tiket AirAsia (dah macam duta AirAsia pulak...) tempahan dibuat untuk 5 orang dengan kos RM 98 .00 seorang bagi penerbangan dua hala.. so kena tunggu selama 6 bulan.. dua minggu sebelum trip.. aku dah settle booking ’rumah tumpangan’ dan kereta.. survei tempat yang nak pergi melalui internet dan Google earth..



Hari pertama.
Berkumpul di LCCT.. flight jam 9.45am.. check-in dah buat secara online. Sementara tunggu boarding.. lepak & sarapan di CafĂ© LCCT.. penerbangan ke Kuching mengambil masa 1 jam 45 minit. Tiba pada 11.30 am.. settle segala urusan dan ambil kereta yang dihantar ke airport oleh ownernya. (Wira Aeroback 1.5 M / RM80.00 day). Dari Airport terus mencari arah ke tempat penginapan di Jalan Green Hill dengan menggunakan khidmat GPS henpon. Perjalanan lancar tanpa kesesatan. Sebelum chek-in.. singgah lunch Nasi Ayam Penyet di Lot.1, Jln. Datuk Ajibah Abol.. memang sedap ayam goreng panas + sambal tumis.. then terus ke check-in di TRACKS Bed&Breakfast.. memang sempoi..penyambut tetamunya 24 jam tak pakai baju..(lelaki Iban..) actually ni hostel utk tempat backpackers.. ada 4 bilik & 1 dorm.. ‘rumah tumpangan ayam’ (kata member aku..).. ada beberapa orang backpackers dari Europe stay kat dorm.. lelaki dan perempuan..
homestayy...

jalan-jalann..

Destinasi pertama adalah Muzium Kuching, kompleks muzium ni ada beberapa bangunan yang menempatkan artifak & bahan pameran.. dan di belakangnya terdapat Aquarium Kuching.. boleh tengok ikan-ikan & buaya.. di seberang jalan berhadapan muzium terdapat Dewan Tun Abdul Razak.. juga tempat pameran bahan-bahan sejarah.. program diteruskan ke Kuching Waterfront. Di sini terdapat kedai2 yang menjual pakaian dan cenderahati di Jalan Main Bazar. Aku sempat shopping 2 helai t-shirt .. murah la jugak.. seterusnya ke The Spring.. salah sebuah shopping kompleks di Kuching, lepak minum di Big Apple Donut sambil cuci mata.. untuk dinner hari pertama.. kami ke Benteng Satok.. masa ni dah pening sikit cari jalan.. tapi last2 jumpa gak.. Benteng Satok adalah kawasan gerai2 tertetak berhadapan Wisma Satok.. macam-macam boleh try kat sini.. Untuk menu malam.. semestinya kami mencuba Mee Kolok.. bersama teh tarik sarawak @ teh 3 layer.. mee kolok ni mee dan kuahnya dihidang berasingan.. cara makan sebetulnya kami tak tau.. so ada member tuang jer kuah dlm mee.. ada yang amik mee..celup dlm kuah.. hentam jer la..janji dpt makan & kenyang.


Hari Kedua
Mencari Puteri Santubong & Kek Lapis:

Selepas breakfast ala kadar di bilik.. ( roti bakar & nescafe )..self-service.. program hari ke-2 adalah ke Kg. Budaya Sarawak lebih kurang 35km dari pusat bandar.. terletak di kaki Gunung Santubong... sekali lagi khidmat GPS henpon digunakan. Selamat sampai dengan jayanya sekitar jam 9.30 pagi.. Tiket masuk RM60.00 (dewasa) dan RM30 (kanak-kanak). Kg. Budaya dibuka pada jam 9.00 pagi - 16.45 petang setiap hari. 


Luas keseluruhan kg. Budaya ini ialah 17 1/2 ekar dan dibina beberapa buah rumah dari pelbagai suku yang terdapat di Sarawak, antaranya Rumah Bidayuh, Iban, Penan, Orang Ulu, Melanau, Melayu dan China. Ia berkonsepkan life museum di mana kita boleh tengok cara hidup suku kaum-suku kaum yang ada di Sarawak. Masa beli tiket, kami dibekalkan buku Passport untuk dicop bila sampai kat rumah yang dilawati.



Kg. Budaya Sarawak



pahlawan & maajun kuat salasaa..


Yang menariknya ialah ada dua kali persembahan kebudayaan di Dewan Legenda. Bermula jam 11.30 hingga 12.15 kemudian pada jam 4.00 hingga jam 4.45 ptg. Ianya merupakan persembahan tarian kebudayaan dengan muzik serta pakaian tradisional dari pelbagai suku di Sarawak. Sambil tengok kebudayaan Sarawak.. boleh jugak shopping kat sini..souvenir je la..


ubat kebass... originally Penan made!!




lepas tu plan nak gi Muzium Kucing (Cat Museum).. tapi sebab GPS salah target.. sampai ke Muzium Kuching yg kami dah gi smalam.. hehe.. Misi seterusnya adalah mencari kek Lapis.. kami ke Kg.Boyan.. kena naik bot menyeberangi sungai. Tambang murah je..50sen.. kat sini ada kedai kek lapis yang glamer.. Kek Lapis Dayang Salhah. yang best kat sini.. boleh rasa macam2 kek lapis yg disediakan sebagai sample.. makan sampai kenyang.. harga bergantung pada jenis kek.. antara RM10 - RM45. Tapi kebanyakan harganya RM10/pcs..


Naik bot.. mencari kek lapis..

Nak rasa ke..nak bagi kenyang??


Student2 UNIMAS

Untuk dinner hari ni, ada member dari Kuching suggest makan seafood kat Top Spot Foodcourt, Taman Kereta. Terletak di tingkat atas bangunan parking kereta di Jln. Padungan. Kat sini ada banyak stall yang menawarkan masakan seafood dengan berbagai jenis ikan, ketam, udang dan kerang-kerangan dengan konsep open space. Lobster pun ada.. Menu kami kat ABC Seafood ialah Ketam Cili, Butter Prawn, Siakap Tiga Rasa dan sayur Midin Belacan (pucuk paku)

Top Spot Seafood


yummm..yummm..



Hari Ketiga
Last day..bangun awal pagi untuk ke Pasar Minggu Satok.. macam makcik2 pulak..target adalah memborong ikan terubuk masin.. kalau gi Sarawak, tidak sah kalau tak bawak balik buah tangan terubuk masin.. ye tak? Pasar minggu ni agak besar.. area benten Satok jugak ( tmpat makan 1st day.). Sblm tu.. pekena Nasi Lemak Sibo.. ( brader E-joi).. area ni macam pasar pagi jugak la.. tempat penduduk membeli barang2 keperluan dihari minggu.. terdapat macam2 gerai jualan.. dari pakaian hingga barang runcit.. juga ada pasar basah.. dan semestinya gerai2 menjual ikan terubuk masin.. harga bergantung pada size.. ada RM10 utk 2 ekor.. hinggalah RM10 utk 5 ekor. Sesuai utk buat buah tangan.. yang best.. ikan dibungkus kemas & cantik dalam kotak berbalut plastik. (yg x best.. bila dah tengahari sikit.. boleh dapat 6 ekor utk RM10.. rugi beli awal2 ..heheh.). Selepas masing2 puas hati memborong.. ( x beli apa sangat pun..).. terus balik ke penginapan utk kemas2 barang... then terus ke Airport.. sebab kena hantar kereta sewa kul 2.00 pm.. flight kami kul 5.00pm.. melepak la sekejap.. selamat tiba di LCCT sekitar 7.00 pm. 



yeaassshh..hasil rompakan..


Secara keseluruhannya trip yang diplan kali ni suksess dan happening dengan kos RM 350/ sorang.. tidak termasuk shopping.


Tip travel bajet :
Booking tiket murah..
Booking hotel bajet
Booking kereta sewa murah
Survei map & intrest place
Buat tentatif program & jalan sendiri..

Tip nak bajet& senang berjalan :

~collect duit dgn jumlah yg dipersetujui semua org then sorang pegang.. segala perbelanjaan guna duit tu.. nak makan, minum, tiket masuk, sewa, parking.. ngeteh..dan lain-lain.. nak shopping duit sendiri la!!

Sekian. Sekadar Berkongsi

Sunday, January 30, 2011

Kuantan : Aviation, satar dan angin laut


Info Kuantan :

Pada peringkat awalnya Kuantan lebih dikenali dengan nama Kampung Teruntum. Penempatannya adalah di sekitar muara Sungai Kuantan iaitu berhadapan dengan bangunan hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sekarang . Ia telah dibuka oleh Haji Senik (adalah seorang tokoh ulamak berasal dari Patani, Selatan Thai) dan pengikut-pengikutnya dalam tahun 1850an. Nama Teruntum ini dikatakan berasal dari pokok Teruntum yang banyak terdapat di pinggir Sungai Kuantan pada ketika itu.~ kuantanku.tripod.com




Catatanku :
Kali ni aku nak cerita pasal Kuantan.. aku ada urusan kerja kat Kuantan selama 4 hari pada awal tahun 2011 hari tu. Kami bertolak dari Putrajaya pada jam 10.00 am terus je ikut Lebuhraya Pantai Timur (LPT) masuk tol Karak dan keluar tol Kuantan, tiba pada jam 2.00 pm. Melilau gak cari jalan ke hotel, tak biasa la katakan.. check-in di Megaview Hotel, betul-betul sebelah Sg.Kuantan.. berhampiran jeti Jabatan Laut. Sebab pergi atas urusan kerja.. so kebanyakan masa habis kat bilik meeting jer.. tapi dicelah-celah kesibukan.. sempat juga la merayap ke Teluk Cempedak dan ke Tg. Lumpur.





Hari pertama sampai dah meredah ke Tg. Lumpur mencari satar.. Tg. Lumpur ni memang terkenal dengan gerai ikan bakar dan seafood, terutama sebelah malam. Terdapat banyak kedai makan di sepanjang jalan Tg.Lumpur menuju ke Pekan (sebelum bangunan Yayasan Pahang). Dalam banyak-banyak kedai tu..kami singgah di Warung Mokna, heran jugak sebab ramai orang makan walaupun dah petang.




Rupa-rupanya..ada menu special.. kami pekena Ikan Goreng tepung (Ikan Kembung size XL.. ), Udang Goreng tepung, Satar, Keropok Lekor dan Tapai Ubi Kayu Goreng tepung.. memang syokk habiss (sebab orang belanja..hehe..).. cecah dengan sos cili.. memang orang Kuantan dah biasa makan benda-benda ni waktu petang.. kalau kat KL.. balik-balik jumpa pisang goreng & keropok lekor keras cam kayu.. jadi, saper2 yang ke Kuantan tu.. singgah ler Tg. Lumpur.. Harganya pun tak la mahal sangat.. kami makan 5 orang, RM40 ++ ..




Selesai makan, sempat merayap ke Teluk Cempedak, aku pernah sampai sini.. bertahun dulu la.. banyak benda dah berubah.. ada dataran dan laluan pejalan kaki yang cantik. Kenderaan semua parking kat luar.. kalau dulu semua masuk sampai ke pantai.. terutamanya motor ler.



Selama 4 hari di Kuantan, sempat ke Tg. Lumpur sebanyak 3 kali, Teluk Cempedak 2 kali.. dan hari last, ada ahli mesyuarat yang pergi sampai ke Kemaman mencari satar.(dorang gi Warung Awie...rujuk entree Ikan Kelah, Terengganu..). Aku tak ikut sebab keluar ke Teluk Cempedak ngan adik aku yg study kat Polisas..













Aktiviti lain adalah lawatan kerja ke pusat latihan repair kapal terbang.. selagi belum tutup mata..kerja..kerja..kerjaa.. (kata Labu..)..






Sebelum balik..singgah ke Tg. Lumpur sekali lagi untuk membeli keropok lekor fresh yang baru dimasak.. 






Sekian. Sekadar Berkongsi.

PULAU LANGKAWI : Menjejak Lagenda Mencari Laksa

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada ta...