Saturday, October 28, 2017

Pulau Labuan : Antara Coklat dan Sambal Belacan




  


Wilayah Persekutuan Labuan merupakan Wilayah Persekutuan kedua Malaysia. Ia merangkumi keseluruhan pulau Labuan yang mempunyai keluasan 91.64 km2. Pulau Labuan terletak sekitar 10 km dari pantai Sabah, 2 1/2 jam penerbangan dari Kuala Lumpur, dan sekitar 30 km dari pantai Brunei. Labuan mempunyai pelabuhan yang dalam dan besar, yang merupakan punca asal namanya pelabuhan atau "Labuhan".

Pulau Labuan asalnya merupakan sebahagian dari Kesultanan Brunei. Pada 1846, ia diserahkan kepada British oleh Sultan Brunei Sultan Omar Ali Saifuddin II setelah British menggunakan pulau itu sebagai tapak operasi menentang lanun. Pada 1848 Labuan telah diistiharkan sebagai Tanah Jajahan Mahkota British. Kemudian pada 1890, ia ditadbir oleh Borneo Utara. Namun begitu pada 1 Januari 1906, Labuan telah diserahkan kembali kepada British dan menjadi sebahagian daripada Negeri-negeri Selat pada 30 Oktober 1906 bersama-sama Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

Pada Disember 1941 hingga Jun 1945, Labuan telah diperintah oleh Jepun. Selepas pengunduran Jepun dan pentadbiran tentera British tamat, Labuan digabungkan ke dalam Borneo Utara pada 1946. Seterusnya pada 1963 ia bersama-sama Sabah bergabung ke dalam Malaysia.

Wilayah Persekutuan Labuan terletak kira-kira 8km dari persisir pantai pulau Borneo bahagian pantai barat. Pulau Labuan adalah pulau terbesar, manakala ianya mempunyai lima lagi pulau kecil yang lain di sekitarnya iaitu Pulau Papan, Pulau Burong, Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Kecil dan Pulau Rusukan Besar. Wilayah Persekutuan Labuan terbahagi kepada 29 kampung. Majoriti penduduk Labuan adalah berketurunan Kadayan-Brunei. Mereka beragama Islam dan bertutur dalam bahasa Melayu dialek Kadayan-Brunei atau lebih dikenali sebagai dialek Labuan. ~Wikipedia

Labuan Maps

Catatanku :

Sebenarnya tak ramai orang yang saja-saja nak pergi bercuti ke Labuan melainkan ada  urusan-urusan tertentu. Kalau ada pun mungkin lanjutan dari perjalanan ke Sabah, sebab kebanyakkan sudah tentu memilih Sabah sebagai destinasi percutian atas faktor kos tambang flight yang tidak jauh berbeza. Sebenarnya kita juga boleh ke Pulau Labuan megggunakan perkhidmatan bot dan feri dari jeti Menumbok di Sabah.

Labuan Airport

Sama macam aku, ke Labuan atas urusan kerja. Walaupun aku dah beberapa kali ke Sabah, namun tak ada kesempatan untuk ke Labuan. Finally sampai juga aku ke Labuan. Feeling teruja sebab dengan sampainya ke sini, maka secara rasminya aku telah jejakkan kaki ke semua negeri di dalam Malaysia. Walaupun kita hanya ada 14 buah negeri. Tapi aku percaya ramai yang belum berkesempatan untuk sampai ke semua negeri dalam Malaysia ni.. kannn.. So Labuan ni  jadi special sikit la buat aku.

Dikawasan jeti untuk ke Sabah & Brunei

Sampai Labuan dah malam melalui penerbangan Firefly.. terus dibawa check in di Sky Global Hotel.. dimaklumkan hotel ni je dapat di booking sebab kebanyakkan hotel fully booked sebab shift pekerja offshore pulang ke  darat.. (aku pun tak berapa faham shift pekerja minyak ni..hehe) Semua urusan diuruskan oleh pihak KV Labuan. So ikut je la..lepas check in.. keluar makan sekitar hotel.. ada beberapa kedai makan dikawasan sekitar. Aku rasa..makan dan rate hotel agak mahal di Labuan. Mungkin disebabkan Labuan terkenal dengan status pengeluar minyak dan pusat kewangan serta ramai pekerja offshore yang berwang.
  
Di sekitar jeti

Hari kedua penuh dengan aktiviti melawat ILP Labuan dan KV Labuan.. pada sebelah petang dibawa meronda ke sekitar bandar dan tour pulau Labuan. Sempat ke muzium arang batu Chimney, Taman Jepun dan Surrender Point dan pada sebelah malam diraikan makan malam di Anjung Ketam. Makan kat sini memang meriah dengan makanan laut fresh..ketam dan udang besar-besar… kos tak tau pulak aku sebab disponsor...

Sesi Lawatan ke ILP Labuan

Bersama Pengarah ILP Labuan


Hari ketiga sebelum balik..sempat ke Ujana Kewangan untuk beli cenderahati dan coklat serta kedai kain di sepanjang Jalan Merdeka. Sebelum ke airport tu sempat ke pasar sebab nak cari sambal belacan yang dah siap blend.. kata boss aku sambal belacan Labuan sedap sebab cili padi yang diorang guna lain sikit.. betul ke tak..tak tau la sebab aku tak beli..

Menu Makan malam di Anjung Ketam

Ketam Rebus & Butter Prawn

Bersama Pengarah KV Labuan

Anjung Ketam.. sebuah restoren seafood yang didirikan di atas air..

Secara keseluruhnya tak banyak perkara yang aku dapat buat kat Labuan. Mungkin atas faktor masa yang terhad. Terdapat beberapa tempat yang menjadi tumpuan pelancong sepeti pantai-pantai, muzium dan shopping complex.. yang paling disukai semestinya kedai barangan bebas cukai.. bagi pencinta coklat dan kain.. Labuan memang tempat yang menarik untuk dilawati selain Langkawi. 

Selain dari itu, jalan-jalan cari makan di Labuan juga agak menarik.. berikut antara menu yang boleh dicuba jika korang ke Labuan.. perkongsian dari member (Ira Fatin) yang kerja kat sana...

Nasi Lemak ni aku makan kat kedai mamak sekitar hotel.. menarik bungkusannya.. 
member aku cakap..half cup amenda ntah..hahah... 

Udang ala-ala Lobster ni namanya Satak.. 

Mee Kolo Sup Ikan.. makan kat Loong Fish Head Soup Stall


Soto Makasar..

Kalau suka pantai.. korang boleh ke Pantai Layangan, Batu Manikar atau Palm Beach untuk bersantai dan beriadah..view sunset memang menarik..







Dan kalau nak cari coklat murah (member aku pesan) boleh ke Jalan Patau-Patau area lorang masuk ke Wheaterford.. boleh borong coklat lebih murah berbanding di shopping kompleks..


Ni kedai coklat murah di Patau-Patau


Dan berikut aku selitkan beberapa tempat menarik lain yang boleh di kunjungi di Labuan di petik dari blogger Jue Tapah di https://thejuetapah.wordpress.com seperti berikut.


1. Labuan War Memorial Cemetary


Penting untuk kita mengetahui sejarah. Cemetary ini merupakan salah satu daripada tiga tempat yang perlu dikunjungi di Borneo selain Kundasang War Memorial dan Sandakan War Memorial.

2. Pantai Layang-Layangan / The Peace Park (Taman Damai)


Kedua-dua tempat ini, Pantai Layang-Layangan dan The Peace Park adalah sangat dekat. Selalunya pantai ini dijadikan tempat berkelah bersama keluarga dihujung minggu mahupun ketika lapang.

Sambil-sambil merenung ombak, bolehlah melawat Taman Damai yang hanya berjarak beberapa meter dari kawasan pantai.

3. The Surrender Point



The Surrender Point ini adalah tempat dimana pihak penjajah Jepun akhirnya menyerah kalah dihadapan tentera Australia semasa Perang Dunia Kedua

4. Labuan Marine Museum



Labuan Marine Museum ataupun Muzium Marin ini cuma 5-7 minit jarak perjalanan dari Terminal Feri Labuan. Sesuai untuk aktiviti keluarga terutama mereka yang memiliki anak-anak yang sedang bersekolah, bolehlah buat unofficial school field. Nak tengok rangka ikan paus? Nak tengok saiz kuda laut yang sebenar? Datanglah sini.

5. Menara Jam (Clock Tower)


Menara Jam ini berada di luar pekarangan Labuan Marine Museum. Menara sebenar jam tersebut telah musnah namun replikanya dibina semula untuk memperingati sejarah lalu.

6. The Chimney Museum



Chimney...

The Chimney Museum! Apa yang peliknya ialah tujuan sebenar ia diwujudkan tidak diketahui. Menurut sumber, Chimney yang sebenar tidak berjaya disiapkan namun kini dijadikan kawasan pelancongan dan bukannya untuk tujuan perlombongan arang batu.


7.  The Bird Park Labuan



Jarak The Chimney Museum dan The Bird Park ini tidak lebih dari 5 minit perjalanan. Sesuai untuk mereka yang menyukai burung dan ingin mengetahui jenis-jenis burung dengan lebih baik.

8. Labuan Museum


Bagi mereka yang meminati sejarah, Muzium Labuan amat sesuai untuk anda lawati. Tambah lagi, ia cuma1-2 minit jarak pemanduan dari Terminal Feri. Dekat tu. Staff juga amat mesra melayani kami walaupun bukanlah orang jauh (Sabahan) tapi tetap diberi muka. Satu sifat yang harus dicontohi. Lama juga kami disana, walaupun waktu operasi sudah hampir tamat.

9. UK (Ujana Kewangan) / Financial Park


Lastly, kenalah bagi tau tempat paling banyak dilawati di Labuan, Ujana Kewangan ataupun nama singkatannya UK! UK ini sebenarnya mall, Parkson, Giant semua disitu. Tapi ramai yang datang ni sebab satu sahaja, memborong coklat! Pergh. Sky Park adalah salah satu mart untuk penggemar coklat dan perfume. 
~End~

Begitulah sedikit perkongsian pengalaman aku ke Labuan. So korang boleh la plan melancong ke Labuan jika dah terlanjur sampai ke Sabah.



Sekian. Sekadar Berkongsi.


PULAU LANGKAWI : Menjejak Lagenda Mencari Laksa

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada ta...