Friday, January 27, 2017

Edisi Mengtroll Scammer di Mudah.my


Ada tak korang pernah iklankan nak jual apa-apa kat Mudah.my  dan  dihubungi oleh pembeli warga asing melalui applikasi Whatsapp. Konon-konon berminat nak beli barang korang tu.. dengan nombor telefon yang panjang berjela ( cth +23456789101112.. dan so on)  dan selalunya takda profile picture atau menggunakan gambar mat salleh.. ok nak bagitau.. selalunya mereka-mereka ini adalah scammer dan hampir kesemua berasal dari negara Afrika terutamanya Nigeria. Negara ini terkenal sebagai internet scammer terbesar dunia ketika ini. Berikut adalah salah satu contoh scam yang dikenali sebagai 419scams ataupun dikenali sebagai confidence trick. ~Rujuk Wikipedia

Scammer at work..

Biasanya mereka menggunakan taktik cuba membeli barang kita dengan harga yang lebih tinggi dari harga yang kita tawarkan.. dan mendakwa tak dapat COD sebab ada kat luar negara. Yang akan datang ambik barang kononnya agen yang dia dah lantik.. mereka akan mintak detail bank dan alamat email.. dan akan emailkan satu Salinan transaksi yang mengatakan duit telah dimasukkan ke akaun kita.. biasanya menggunakan nama bank atau syarikat finance yang pelik2.. ada juga guna nama besar seperti Paypal atau Western Union. Tapi kadang-kadang depa tak tau pun apa benda yang kita jual kat Mudah.my tu.. kita bagi gambar benda lain pun depa nak je beli...

easy moneyy...

Step seterus mereka akan memaklumkan pada kita bahawa bayaran tu ‘pending’ dulu sebab kita kena bayar dulu yuran tranksaksi kepada agen baru duit tu boleh release..  masa ni mereka dan2 tu jugak suruh kita pergi ke bank / agen penghantaran wang (cth: Western Union) untuk masukkan bayaran yuran kepada agen.. kononnya kita masih untung sebab duit yang mereka masukkan tu lebih dari nilai barang yang kita jual..

Contoh :
                   Basikal                  : RM 1,000.00 – Harga ko iklankan
                   Di Bayar               : RM 2,000.00 – Harga scammer beli
                   Yuran                    : RM 500.00 – Ko kena bayar kat agen
                   SALE BERSIH      : RM 1,500.00 (Berangan la ko nak dapat)

Begitulah contoh perkiraan yang mereka cuba yakinkan..  masa ni kita akan dapatlah detail nama orang yang kita kena bayar tu.. akaun bank dan sebagainya.. selalunya end up di negara-negara Afrika nun.. kalau korang terpedaya.. maka dapatlah kat depa RM500.00 free2..

Tapi kalau korang cakap tak mau bayar.. mereka mula akan guna ugutan.. konon depa dah bayar kat agen lah.. mereka rugi sebab duit dah keluar tapi barang tak dapat lah.. nak report Interpol lah.. dan macam-macam lagi.. so abaikan je lah.. diorang bukan boleh buat apa pun..

Disini aku nak share wassap aku mengtroll sorang dari mereka berkaitan Deep Fryer yang aku iklankan kat Mudah.my .. aku save nombor dia dan namakan dia Uvuvuvuweyeoteweyeosass… haha..

Sebenarnya saja suka-suka sebab memang dah tau dah taktik diorang ni.. member penah kena (tapi sempat aku nasihatkan jangan layan masa dia nak gi bank check duit tu)… dan penah baca pasal kes-kes macam ni kat FB dan blog..

So ikutilah conservation kami ni… conservation ke conversation??.. ahh..lantak korang lahh.. me village people… kennot skiping engerish.. 😄


1/10


2/10

3/10

4/10

5/10

6/10


7/10

8/10

9/10

10/10

Last sampai situ je pekenalan kami sebab tunggu dia masuk duit tak masuk2.. lepas tu aku terus block nombor dia sebab banyak keja lain nak buat lagi..kalau layan sampai esok tak sudah..haha

Okay..stay alert kawan-kawan...safe trade.. adios


OK.. Meh nak bagitau sikit ciri-ciri Nigerian/African scammer nih.;

Semestinya berbahasa inggeris (walau kadang2 ayat berterabur)

Tiada DP atau pakai gambar lelaki mat salleh

Nombor telefon panjang berjela, kod kawasan +234 – Nigeria/Afrika 

Mesti akan minta details kita/ akaun bank/ email etc

Konon2 menggunakan agen untuk ambil barang

Bagi salinan email konon duit dan transfer (selalunya ni depa taip sendiri -> kadang-kadang detail berterabur)


Minta kita transfer duit dahulu pada mereka, biasanya melalui Western Union/Paypal


SEKIAN.. SEKADAR HIBURAN PAGI..

1 comment:

  1. mudah.my 2022 scammer list https://www.gedees.com/forum/threads/621-mudah-my-scammer-2022

    ReplyDelete

PULAU LANGKAWI : Menjejak Lagenda Mencari Laksa

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada ta...