Langkawi merupakan salah satu
daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi
status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan
semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah
satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi
sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang
terbesar diikuti oleh Pulau Banggi dan Pulau Pinang
Nama Langkawi ialah
kombinasi antara "Lang" dan
"Kawi". "Lang" diambil daripada perkataan bahasa
Melayu iaitu helang. Ini dapat dibuktikan dengan keberadaan burung-burung
helang yang terbang bertebaran di kebanyakan tempat di Langkawi antaranya
kawasan Kilim Geopark, Pulau Singa Besar dan seluruh kepulauan Langkawi.
Langkawi juga menjadi habitat kepada sejumlah burung helang merah kawi. Kawi
beerti merah hati, ini kerana helang tersebut mempunyai bulu merah hati dan
berkepala putih.
Langkawi terletak di utara
Selat Melaka berhampiran sempadan antara Malaysia dan Thailand. Beberapa
kilometer jarak ke utara pulau Thai iaitu Pulau Tarutao. Bandar utama gugusan
pulau terletak di pulau utama iaitu Pekan Kuah.Titik tertinggi Langkawi ialah
Gunung Raya, yang mencapai ketinggian 881 m dari atas paras laut di kawasan tengah-barat
pulau utama. Kepulauan ini mengandungi 99 pulau
yang merangkumi jumlah kawasan darat 528 km2 (204 batu persegi).~edit Wikipedia
Catatanku :
Aku dah beberapa kali ke Langkawi
tapi kebanyakkan atas urusan kerja bila ada bengkel atau mesyuarat. Yang
betul-betul pergi bercuti pula dah lama dulu dengan family.. masa tu Langkawi Cable
Car belum wujud lagi.. so tempat nak jalan-jalan tu tak berapa banyak sangat..
seingat aku kami pergi ke Taman Langenda, Underwaterword, Shopping Pinggan Mangkuk
serta Coklat dan stay di Pantai Chenang.
Tapi sekarang dah
macam-macam tarikan baru ada kat Langkawi. Sambil-sambil aku pergi kerja
tu..sempat la jugak melarikan diri meronda Pulau Langkawi di waktu senggang..aktiviti
utama mestilah jalan-jalan cari makan.. beberapa tempat makan yang menarik
boleh dicari di Langkawi.. Yang popular mestilah Laksa Utara.. tempat yang
glamer semestinya tepi pantai hujung runaway airport tu.. sambil makan tengok
laut..selain tu, laksa di jalan Penarak juga mengamcam... aku sempat juga ke pasar malam di
Pekan Kuah depan Baron Hotel.. kat sini boleh cari makanan-makanan unik yang jarang
jumpa kat KL.
Kereta free disediakan pihak hotel.. (kalau korang datang boleh la sewa kereta untuk ronda satu pulau.. banyak syarikat/individu yang menawarkan perkhidmatan sewa kereta..jadi pandai-pandai la pilih untuk dapat harga terbaik)
Pulut Sambal Ikan..Gerai Roti Canai kat Jalan Penarak..(tempat selalu lepak kalau ke Langkawi)
Laksa Penarak (PicSource: Blog Ibu Siti)
Laksa Kg.Ulu Melaka.. Ni saja singgah gerai tepi jalan masa ronda2.. sedap laksanya..
View dari atas jambatan nak ke mana ntah..lupa..haha
Disini aku senaraikan
tempat-tempat yang boleh dikunjungi jika korang datang ke Langkawi di petik
dari Sumber : naturallylangkawi.my
10 Tempat Menarik
Yang Boleh di lawati di Langkawi
1. Kereta Kabel dan Sky Bridge Langkawi
Jangan lepaskan peluang
untuk menaiki Kereta Kabel Langkawi yang merupakan kereta kabel paling curam di
dunia dengan kecuraman 42 darjah. Disamping itu, kereta kable ini juga
merupakan yang terpanjang di dunia dengan
kepanjangan 2.2km dan mempunyai tali kabel sepanjang 950 meter. Perjalanan dari
Pekan Kuah ke Kereta Kabel Langkawi mengambil masa 30 minit dan 15 minit jika
kamu datang dari lapangan terbang Langkawi. Kereta Kabel Langkawi ini terletak
di Gunung Mat Cincang yang berketinggian 709 meter di atas paras laut ke
puncak. Gunung Mat Cincang merupakan gunung kedua tertinggi di Pulau Langkawi,
dan terletak berhampiran dengan Pantai Kok. Perjalanan ke puncak mengambil masa
selama 20 minit. Kamu juga berpeluang untuk melihat keindahan pemandangan laut
hindi ,laut Andaman dan pulau-pulau di selatan Thailand dengan jelas.
Kereta Kable ini mempunyai 3
stesyen. Stesyen pertama yang jauhnya 1700 meter terletak pada ketinggian 650
Meter, disini kamu boleh turun untuk mengambil kereta kable yang seterusnya
yang akan membawa kamu kepuncak.
SkyCab Glassbottom.. Gondola khas bagi pengunjung yang tidak takut pada ketinggian
dan ingin lebih cabaran. Harga Tiket RM103/pax..
dengan kemudahan laluan express
Credit Pic Source & Info : FB Hadhinah Felice
Untuk keselamatan
pengunjung, perkhidmatan kereta kabel Langkawi akan dihentikan ketika angin
kencang dan bergantung kepada keadaan cuaca.
Jambatan Udara Langkawi (Sky Bridge)
Jambatan udara atau Langkawi
Sky Bridge yang melengkung ini dibina di atas puncak Gunung Mat Chincang.
Jambatan ini dihubungkan dari stesen puncak dan tergantung 100 meter dari
puncak gunung. kamu perlu menaiki Cable Car jika kamu hendak ke Jambatan Udara
tersebut.
Turun dari Cable Car.. boleh sewa ular untuk lilit kat leher..hheh
(RM5.00 untuk bergambar dengan beliau)
Harga Tiket : Termasuk dengan harga tiket Cable Car
Harga Tiket :
Dewasa : RM30 (Berserta Mykad)
Kanak-Kanak: RM22 (Berserta Mykad)
Waktu Operasi: 9.30 am – 7.00 pm
Tel : +60 4-959 4225
Lokasi : Oriental Village Park, 07000 Langkawi
Dinasihati untuk kamu semak jadual penyelengaraan Cable
Car di laman web rasmi www.panoramalangkawi.com sebelum datang.
2. Kota Mahsuri & Makam Mahsuri
Mengikut lagenda, dipercayai
bahawa Kota Mahsuri merupakan tempat di mana Mahsuri binti Pandak Maya
dikuburkan.
Siapa Mahsuri ?
Mahsuri merupakan seorang
gadis kelahiran Pulau Langkawi yang telah difitnah serta dibunuh kerana dituduh
berdua-duaan dengan seorang penyair yang bernama Deramang ketika suaminya Wan
Derus keluar dari Pulau Langkawi Mahsuri untuk melawan tentera Siam.
Darah Mahsuri dikatakan
berwarna putih sebagai bukti bahawa dia tidak bersalah dan difitnah. Mahsuri
juga telah menyumpah Pulau Langkawi supaya tidak akan subur dan aman sehingga
tujuh keturunan beliau. Kota Mahsuri ini terletak
di mukim Ulu Melaka 12km dari Pekan Kuah berhampiran dengan lapangan terbang
Padang Matsirat. Makam Mahsuri ini telah dibina semula dan dilengkapi
dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang melambangkan seni bina
rumah Langkawi yang popular pada ketika itu.
Tempat ini juga dikatakan
dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Di dalam kompleks tersebut juga terdapat
sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri . Kamu juga boleh membeli cenderamata
yang bertemakan Langkawi untuk di bawa pulang sebagai hadiah atau kenangan
kerana banyak kedai-kedai yang menjual cenderamata di sini.
Jika kamu menggunakan
perkhidmatan kereta sewa, jangan risau kerana tempat letak kereta percuma.
Bayaran sebanyak RM0.50 sen
akan dikenakan jika kamu ingin menggunakan tandas awam. Terdapat kolam ikan di
pintu masuk untuk mengalu-alukan kamu, air yang sangat hijau dan kawasan
sekitar yang bersih juga menjadi salah satu tarikan selain daripada cerita
sejarah disebaliknya.
Harga Tiket :
Dewasa : RM7
Kanak-kanak : RM3.50
Waktu Operasi : Setiap Hari (8.00 am – 6.00 pm)
Tel : +60 4-955 6055
Lokasi : Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000
Langkawi, Kedah, Malaysia
3. Dataran Helang
Di sini kamu berpeluang
melihat patung helang merah coklat gergasi sedang bersedia untuk terbang yang
dibina sebagai lambang Pulau Langkawi. Angin laut yang menenangkan membuat
Dataran Lang sesuai untuk berjalan santai dan bergambar. Terdapat juga beberapa
buah kerusi untuk bersantai yang disediakan dikawasan berhampiran. Rasanya
tidak lengkap percutian kamu di Pulau Langkawi jika kamu tidak bergambar di
sini sebagai tanda kenangan yang kamu telah pun sampai ke pulau ini.
Harga tiket : Percuma
Waktu Operasi : Setiap Hari
Tel : +604 966 7789 (Langkawi Tourist Information Centre)
Lokasi : Kuah Jetty, 07000 Kuah, Langkawi
4. Laman Padi
Laman padi merupakan
destinasi menarik di langkawi yang beraspek eco-pelancongan. Di sini kamu boleh
belajar bagaimana budaya dan tamadun melayu didalam bidang menanam padi
dimulakan. Beroperasi semenjak tahun 1988, Laman Padi mempunyai keluasan 14.28
ekar dan kawasan pertanian yang seluas 8.6 ekar.
Destinasi ini bertemakan
perkampungan melayu dan mempunyai muzium dan juga sawah yang kecil jika kamu
hendak cuba tangan menanam padi sendiri dengan cara tradisional.
Ia terletak di Pantai Cenang
berdepan dengan Meritus Pelangi Hotel. Kalau kamu daripada lapangan terbang ia
mengambil masa 10 minit jika memandu.
Harga tiket : Percuma
Waktu Operasi : Setiap Hari (8 am – 5 pm) | Cuti Umum (8
am – 6 pm)
Tel : +604-9554312
Lokasi : Laman Padi, Pantai Chenang, Mukim Kedawang 07000
5. Underwater World Langkawi
Underwater World Langkawi
merupakan akuarium yang terbesar di negara ini dan disini kamu berpeluang untuk
melihat haiwan akuatik yang menakjubkan.Underwater World ini terletak di hujung Pantai Cenang bersebelahan dengan Pantai Tengah. Kamu boleh menjumpai 200 spesis haiwan marin
dan ikan air tawar. kamu juga boleh melihat Penguin, Ikan Jerung, Singa laut
dan Ikan Arapaima yang merupakan ikan air tawar yang terbesar di dunia.
Di sini juga terdapat terowong akuarium yang jika kamu
lalu, kamu boleh melihat jerung dan penyu berenang di atas kamu.
Waktu Makan Haiwan Setiap Hari
African Penguin (11.00 am – 2.45 pm)
Rockhopper Penguin (11.15 am – 3.00 pm)
Furseal (2.30 pm)
Tunnel Tank (3.30 pm)
Harga Tiket :
Dewasa – RM43
Kanak-kanak – RM33
Warga Emas – RM26
Waktu Operasi : Hari Biasa (10 am – 6 pm) | Cuti Umum
(9.30 am – 6.30 pm)
No Tel : +604 955 6100 | +604 959 1357
Lokasi : Zon Pantai Cenang, Mukim Kedawang, 07000,
Langkawi
6. Taman Burung Langkawi Bird Paradise
Taman burung langkawi,
dikenali juga sebagai Langkawi Wildlife Park,
dibuka pada tahun 2002.
Ia merupakan hutan tropical
yang didiami oleh 2500 burung exotic yang terdiri daripada 150 species burung
yang berlainan. Taman burung ini merupakan taman burung yang tertutup dan
dikelilingi oleh dinding setinggi 15 meter.
Burung di taman ini
berterbangan dengan bebas dan hidup di habitat yang direkacipta untuk menyamai
habitat semulajadi burung burung ini. Disamping itu, taman burung ini juga
mempunyai air terjun buatan manusia. Jika kamu memandu Ia mengambil 10 minit
dari Pekan Kuah.
Harga Tiket (Berserta Mykad) :
Dewasa : RM21
Kanak-kanak: RM14
Warga Emas (60thn) :RM14
Waktu Operasi : Setiap Hari (8.30 am – 6.00 pm)
No Tel : +604 966 5855
Email : wildlifeplanet@gmail.com
Lokasi : Lot 1485, Jalan Ayer Hangat, Kampung Belanga
Pecah
7. Air Terjun Telaga Tujuh
Air Terjun Telaga Tujuh
boleh dikatakan tempat paling tenang di Pulau Langkawi. Air terjun ini terletak
di Gunung Mat Cincang. Kalau kamu berani boleh panjat ke atas air terjun ini.
Air terjun ini dinamakan Telaga Tujuh kerana air terjun ini dibentuk dari tujuh
mata air semulajadi yang mengalir ke tujuh telaga semulajadi yang berasingan.
Kamu boleh ke puncak dengan menaiki anak-anak tangga yang
disediakan dan ia mengambil masa selama 45 minit untuk sampai ke puncak.
Harga Tiket : Percuma
Waktu Operasi : Setiap Hari
No Tel : +604 966 7789
Lokasi : Gunung Mat Cincang , 1km dari Oriental Village
8. Taman Buaya Langkawi
Taman Buaya Langkawi atau
Langkawi Crocodile Farm terletak 32 km dari Pekan Kuah. Di sini kamu boleh
melihat buaya dalam habitat semulajadi mereka.
Hampir 1,000 ekor buaya
dipamerkan di Taman Buaya Langkawi ini. Buaya diasingkan ke dalam tiga kolam
yang berlainan:
Kolam Pembiakan
Kolam Pemakanan
Kolam Pertunjukan
Sebagai hiburan, kamu boleh
menonton pertandingan gusti “Manusia vs Buaya” yang
diadakan setiap hari antara pelatih buaya dan buaya yang terlatih.
Jangan lupa untuk melawat
buaya istimewa yang bernama Bujang Kawi. Bujang kawi merupakan seekor buaya
yang besar yang lahir tanpa gigi, berukuran 13 kaki dan mempunyai keberatan 450
kilo.
Harga Tiket (Berserta MyKad) :
Dewasa : RM15
Kanak-kanak : RM10
Makanan Buaya : RM5
Waktu Operasi : Setiap Hari (9.00am – 6.00pm)
Tel : +604 959 2559
Lokasi : Jalan Datai, Kubang Badak, Mukim Air Hangat,
07000, Langkawi,Kedah Darul Aman
9. Taman Laut Pulau Payar Langkawi
Taman Laut Pulau Payar
terletak dibahagian utara Selat Melaka,kira-kira 19 batu nautika ke selatan
Pulau Langkawi .Taman laut ini terdiri daripada
Pulau Payar,Pulau Lembu,Pulau Seganang dan Pulau Kaca yang dikelilingi oleh
batu-batu karang . Ianya juga dipenuhi dengan pelbagai hidupan laut yang
mempersonakan .Sesuai untuk aktiviti 'snorkling',menyelam dan berenang .Ada
beberapa pantai pasir yang sesuai untuk berkelah ,tempat untuk barbeku dan
bilik air di kawasan tertentu.Terdapat juga Kawasan Penerangan Pelawat yang
menyediakan matlumat mengenai Taman laut ini .Pelawat boleh ke Pulau Payar dari
jeti Kuah menggunakan katamaran atau bot laju .Perjalan mengambil masa
kira-kira 45minit.
Harga Tiket / Harga Pakej Pulau Payar
Kebiasaanya ada 2 pakej yang selalunya disediakan dari
Langkawi ke Pulau Payar:
1. Pakej Pantai
Pakej selalunya berharga di
bawah RM230 seorang. Kamu akan dihantar ke tepi pantai untuk snorkeling di
pesisir pantai. Makanan selalunya di bekal dalam bekas makanan.
2. Pakej Laut Dalam/Pakej Coral (Scuba Diving)
Pakej ini selalunya berharga
di atas RM390 seorang. Tempat kamu bukan di tepi pantai, tapi scuba diving dari
platform tengah laut. Di sini ada lebih banyak ikan kawasan laut berbanding
pantai.
Waktu Operasi : Setiap Hari
Lokasi : Pulau Payar, Langkawi
10. Pekan Kuah
Pekan Kuah
Memilih Ibu Gamat..
Mengikut lagenda, Pekan Kuah
mendapat namanya daripada peristiwa pergaduhan anatara dua gergasi, Mat Cincang
dan Mat Raya yang wujud pada masa silam.
Akibat daripada pertarungan
ini kuah gulai tertumpah mengenangi kawasan ini dan dari situ Pekan Kuah
mendapat namanya. Di pekan ini terdapat:
Tempat membeli-belah bebas cukai
Jeti Feri
Dataran Helang
Restoran
Bank & Pejabat Kerajaan
Salah satu sebab orang
datang bercuti ke Pulau Langkawi ini adalah kerana barang di sini bebas cukai.
Disebabkan oleh ini, Pekan Kuah merupakan syurga membeli belah kepada yang
mencari barang murah. Antara barang yang popular di sini adalah:
Coklat Impot Jenama Antarabangsa
Set Pinggan Mangkuk & Barang Dapur
Minyak Gamat
Jika kamu mencari tempat
makan yang best di Langkawi kamu akan jumpa di pekan ini. kamu boleh pilih
untuk menjamu selera dengan hidangan seperti nasi kkamur hingga ke makanan laut
segar.
Lokasi: Kuah, 07000 Bkamur Kuah, Kedah
Bersama Fadly kat Jeti Datuk Azhar Mansor.. kat jeti ni terletaknya perahu layar Jalur Gemilang yang digunakan oleh beliau untuk mengelilingi dunia secara solo..
Selain dari 10 tempat yang aku senaraikan di atas.. terdapat
banyak lagi tempat-tempat menarik yang korang boleh kunjungi dan explore
bergantung kepada minat dan bajet masing-masing.. bagi peminat eco-tourism
boleh memilih pakej ke Pulau Dayang Bunting atau Kilim Geo Park selain dari
aktiviti shopping barangan bebas cukai.
Sekian. Sekadar Berkongsi