Kota Bandung ialah ibu
kota provinsi Jawa
Barat di Indonesia.
Pada zaman dahulu, kota ini dikenali sebagai Paris
van Java, iaitu "Paris diJawa"
dalam bahasa Belanda.
Disebabkan lokasinya di dataran tinggi, Bandung terkenal kerana iklim yang
sederhana dan oleh itu, telah menjadi salah satu destinasi
pelancong yang popular.
Catatanku:
Trip tengah
tahun ni dibuat setelah kegatalan membeli tiket AirAsia pada awal Januari hari
tu.. nak kata murah tu.. idok jugak.. tapi beli masa sale la kalau tak
silap.. tiket ke Bandung KUL-BDO RM89
dan balik dari Jakarta CGK-KUL RM98 lebih kurang campur airport tax.
Perancangan semua diurus oleh member (Shukri Salleh) sebagai ketua rombongan.. semua
urusan dari segi iteranary / pegangkutan
/ penginapan diatur hasil dari berguru dengan Google.. GoogleMaps.. Agoda &
Trip Advisor dan blog-blog pegembara lain..
Kota Bandung dari tingkap..
Day-1 ( KUL- BDO ): KLIA2-
Tangkuban Parahu – Jl. Cibaduyut – Paskal Foodmarket
Flight pada asal pada waktu petang telah jadualkan semula kepada jam 9.25pagi
oleh Tony Fernandez.. maybe dia nak suruh kami sampai awal kat Bandung kot.. so
masing-masing gigih bangun pada awal pagi untuk ke airport.. meeting point kat
Quizin KLIA2 jam 7.30am.. aku macam biasa.. parking keta kat Putrajaya
Sentral.. ambil ERL ke KLIA2.. lepas pekena nasi lemak kat Quizin, kami
boarding dan fly ke Bandung.. penerbangan memakan masa sekitar 2 jam..dan
selamat landing di Bandara Hussien Sastranegara, Bandung jam 10.20am
WIB..
Bandara Hussien Sasteranegra
Pekan di Daerah Lembang..sebelum sampai ke Tangkuban Parahu
Jalan kampung menuju ke Tangkuban Parahu
Untuk hari pertama.. pengangkutan kami booking dari Hayukka
Bandeong.. Pak Mamam (supir) dah siap tunggu di airport. Kos sewa van IDR 420,000.00 untuk sehari.. destinasi pertama kami
ke Tangkuban
Parahu..tempat
wajib pegi kalau ke Bandung (orang cakap la..) perjalanan
melalui Daerah Lembang dengan suasana kampung dan jalan bukit bukau.. aku tak
tau la Pak Maman bawa ikut jalan mana..katanya ikut jalan shortcut dan tak
macet. Jalannya memang tak leh blah.. dengan sempit dan melompat
lantun.. tapi ada juga yang best sebab boleh tengok view kampung-kampung.. naik ke daerah
perbukitan ala-ala Cameron Highland gitu..
Kawah Ratu, Tangkuban Parahu
Jalan pinggir kawah menuju ke telaga air keramat. . katanya.
Selamat tiba di puncak Tangkuban Parahu sekitar jam 11.30 pagi.. Tiket masuk untuk pelancong ke sini adalah IDR 200,000 (RM 50++) berbanding tiket local hanya
IDR30,000.. Cuaca kat puncak cerah..dapat tengok kawah
gunung hasil letusan merapi.. walaupun panas tapi dapat cover dengan angin
sejuk.. orang tak berapa ramai sangat sebab weekday..ada juga beberapa group
pelancong.. dan seperti yang selalu orang cerita… terdapat ramai penjual
yang menawarkan berbagai barangan buah tangan dari gelang batu, key chain
hinggalah fridgemagnet.. mereka-mereka ni akan follow kita ke mana saja kita
bergerak sambil mengkisahkan sejarah dan maklumat Tangkuban Parahu.. dan
akhirnya menawarkan barang jualan mereka.. dari percakapan dengan mamat yang
follow aku tu..diorang akan ikut giliran untuk buddy dengan pelancong yang
datang..sorang peniaga sorang pelancong.. (kebanyakkan akan target pelancong dari Asian country
jer.. especially Malaysia/Singapore/Brunei..sebab aku tengok mamat Jepun dan
mat salleh rilek je jalan takde lak diorang follow.. mungkin disebabkan kekangan bahasa).. Bagi mereka kalau ada rezeki
dapatlah jualan dari buddy mereka..kalau tak..mereka anggap takda rezeki.. dan tunggu turn mereka
untuk dpt orang lain pulak..
Aktiviti volkano yang masih mengeluarkan asap..
Keseluruhan peniaga berdaftar ada seramai 1,500 orang katanya..tapi setiap hari hanya dibenarkan 300 orang je berniaga.. ikut giliran hari.. (kalau dia tipu, maka tipulah aku..haha). tapi aku memang tak beli apa pun.. walaupun dia gigih ikut aku.. gila ko baru je sampai dah nak beli gelang / tasbih batu gunung dengan harga antara IDR50,000 – IDR 300,000.. dah la masuk sini tiket mahal.. berjimat la kann.. Tapi aku respek gak sebab mereka ni tak ambik tips kalau kita bagi.. katanya salah dan kalau kantoi.. mereka tak dibenarkan berniaga lagi kat situ.. undang2 persatuan peniaga gunung kot.. haa.. susah mencari rezeki kann.. korang nampak tu!..
Gerai-gerai minum di pinggir kawah ratu
Kawasan jualan tshirt dan cenderamata..
Selesai sesi
lawatan ke Tangkuban Parahu..kitaorang gerak ke kotaraya Bandung..kali ni Pak
Maman ikut jalan lain dari masa datang.. jalan yang lagi mencabar.. pening kepala aku
dengan sytle pembawakan beliau ni.. kejap laju pastu
brek.. potong.. laju.. brekk.. ya ampunnn.. sampai bandar memang kaw kaww jalan tengah
jem waktu petang.. tapi gagah juga ke Jl. Cibaduyut yang terkenal dengan jualan kasut dan jaket kulit.. menghabiskan masa merayap dari kedai ke kedai walaupun
tak beli apa2.. kalau nak cari kasut atau jaket memang sesuai datang sini.. harga pun berpatutan.. tapi bagi aku.. jaket kulit? tak la
kot.. kecuali aku seorang koboi.. selain tu banyak gak kedai pakaian lain kat sini.. boleh je kalau nak datang shopping2 dan cuci mata.
Paskal Foodmarket
Kue Ape... nama kuih ni.. bukan pertanyaan yerr!
Vendor dan menu Paskal Foodmarket
Agenda
seterusnya adalah mengisi perut yang dah level kebulur..makan pagi jerr tadi kan..
Kitaorang ke Paskal Foodmarket di kawasan Hypersquare berhampiran stesen keretapi Bandung.. foodcourt ni
memang terbaik dengan suasana yang happening dan lambakan outlet makanan local
dari serata negara Indonesia.. korang pilih je nak menu dari mana..mostly ada je kat sini.. dari ayam taliwang hingga bebek penyet.. nasi bakar hingga nasi
buluh.. gado-gado ke Kue Ape.. lombok ke padang.. Surya ke Sompoerna..pilih jer
mana nak makan... kos setiap menu antara IDR20,000 ke IDR50,000 per set.. lepak makan cuci mata.. cewek.. pria.. semua menyamankan..
Cihampelas Walk..
Lepas makan barulah kami check in di Pulas Inn Jl. Hegar Aseh off Jalan Cipaganti.. Sebuah rumah yang dijadikan guesthouse bajet.. Kos RM80 sebilik sharing
bertiga..selesa dan nyaman..yang best sebab sebelah je dengan masjid.. Wifi
laju..free flow kopi dan teh 24hrs bancuh sendiri..dan include breakfast nasi
bungkus pagi2.. walaupun agak jauh dari main attraction... tapi masih dalam jarak
berjalan kaki ke Jalan Cihampelas dan Rumah Mode..
Nasi bungkus breakfast yang disediakan untuk sarapan..
simple..sambal kelapa kentang..telur dadar racik..keropok..
Selesai mandi dan rehat seketika kami keluar menapak ke Cihampelas Walk.. walaupun dah jam 10 malam.. menyelusuri jalan Cihempelas melihat suasana malam kota Bandung.. jalan Cihempelas masih meriah dengan kenderaan.. kebanyakkan sepeda motor... aku tak tau ada berapa juta sepeda motor kat Bandung ni.. tapi sepanjang hari ni memang beribu aku nampak.. peniaga2 kecil tepi jalan dah berkemas kemas barangan dagangan masing2... lepas penat berjalan lepak di CafĂ© WaroengKita Jl. Cihampelas.. Pekena kopi Indo dan balik ke bilik sekitar 1.00am sebelum landing tidooo…Zzzz..
Surabi Cheese WaroengKita, Jl. Cihampelas
Pasar Baru, Bandung
Trans Studio Bandung.. tak masuk pun..
Day 2 :
Pasar Baru – Toko Tiga -Trans Studio –
Jalan Riau (Factory Outlet)
Azan Subuh
berkumandang dari Masjid berhampiran pada jam 4.28 am.. sebab cerah awal sekitar jam 6.00am.. so pagi2 kami dah siap.. hari kedua ni kami gerak sendiri.. destinasi pertama adalah Pasar
Baru Bandung... jalan kaki Jl. Cihampelas sebelum naik angkot Cisitu-Tegallega (Green-Purple) untuk ke Jln. Dulatip dan menapak ke Pasar Baru.. Pasar Baru ni memang
syurga shopping kepada kaum wanita..lelaki kurang sikit kot.. Kompleks pasar 12 tingkat ni
menawarkan berbagai barang jualan dari kain baju, telekung tudung, kasut selipar,
beg tangan beg kaki..seluar kecik seluar besar.. macam2 lah kalau nak cari..
berjalan dari kedai ke kedai..toko ke toko.. jenuh.. harga memang murah
berbanding dengan harga di KL..masih boleh tawar menawar 20-30% dari harga
asal.. Masing2 mencari buah tangan untuk kaum keluarga dan sahabat handai.. aku takde la menyopping sangat.. beli telekung, kain pelikat dan batik je utk family..shoppinggg jugakkk tu..
Kalau keluar melalui main enterance kompleks ni korang kena kental sikit sebab ramai peniaga jalanan yang akan approach untuk jual barang mereka.. dorang main serbu dan follow jer kita..begitu juga para pengamen.. dari kanak2 hingga ibu2 yang dukung baby.. ada yang datang minta susu..kesian..tapi aku ada susu ke??.. milo ada la..hahah..
Kalau keluar melalui main enterance kompleks ni korang kena kental sikit sebab ramai peniaga jalanan yang akan approach untuk jual barang mereka.. dorang main serbu dan follow jer kita..begitu juga para pengamen.. dari kanak2 hingga ibu2 yang dukung baby.. ada yang datang minta susu..kesian..tapi aku ada susu ke??.. milo ada la..hahah..
Masjid Agung di Trans Studio Bandung
Ada show depan Trans Studio Mall..
aku lepak gak tunggu kot2 ada Cita Citata Sakitnya Tuh Di Sini yang aku bercita cita nak jumpa.. tapi takde...frust!
Dari Pasar
Baru bergerak ke Toko Tiga Original Jeans Centre di Jl. Jenderal Ahmad Yani.. naik
angkot St.Hall-Gede Bage (Green-Light Green) lepas tu menapak sikit dari Masjid
Nurul Iman di Jl. Veteran ke Toko Tiga.. Gedung ni dikenali sebgai toko tiga
sebab ada tiga buah kedai yang terletak di bawah satu bumbung…Speciality kat
sini jeans.. macam2 brand ada.. Levis, Armani, Lois, Edwin, Boss, Elle dan
macam2 lagi lah.. harga boleh tahan.. Keoriginalannya aku tak berapa sure dengan kadar
harga yang rendah tu.. tapi melalui forum2 kata ianya dilesenkan.. salah satu
pendapat yang aku petik dari
Kaskus.co.id
“jelas gan klo sama yg luar
berbeda.. karena di indo memang lisensi yang memegang jeans merk tersebut, tpi
produksinya bukan dari luar negri.. Yang produksi adalah pabrik2 dari Indo
sendiri.. Toko 3 jual asli lisensi sana, tp barang produksi indonesia, bukan
luar negri”..
Dalam
menahan nafsu tak menghabiskan duit..terbeli juga sehalai seluar Armani dan tshirt Marvel.. dapat
separuh harga dari downtown KL..ok la kan.. Dari Toko Tiga menaiki angkot Elang-
Cidadas (Red Green) ke Trans Studio Bandung di Jl. Jenderal Gatot Subroto..
“Trans Studio Bandung merupakan
Indoor Theme Park ke-2 di Indonesia setelah Trans Studio Makassar. Trans Studio
Bandung ini lebih spektakuler dan lebih dahsyat dari Trans Studio yang terdapat
di Makassar, sehingga menjadikan Trans Studio Bandung ini tidak hanya terbesar
di Indonesia, tetapi juga terbesar di dunia. Namun, keduanya tetap memiliki
keunikan masing-masing. Trans Studio Bandung menyajikan 20 buah wahana permainan dan
berbagai bentuk hiburan yang terbagi ke dalam 3 buah kawasan dengan tema yang
berbeda dan unik, yaitu Studio Central, Magic Corner dan The Lost City. Para
pengunjung dapat merasakan bagaimana menjadi seorang bintang di depan kamera
serta menjadi orang–orang di belakang layar dari tayangan–tayangan favorit
TRANS TV dan TRANS 7, seperti Dunia Lain, Jelajah, Si Bolang, dan sebagainya.”-Dipetik
dari www.indonesia.travel.id
Restoren Itik Garang..itik laga kot..
Kalau nak merasa makan dalam kandang..sila ke sini..
sila sebut ikut 'sleng' mat salleh..
Kedai-kedai makan sepanjang jalan Riau.. masa on the way menapak ke Factory Outlet
Selain dari
indoor games kat dalam Trans Studio tu.. kita boleh jalan-jalan ke Trans Studio Mall yang terletak dihadapan studio..sebuah
shopping kompleks yang menempat branded
outlet dan supermarket.. kami makan tengahari di foodcourt aras 3 TSM dan
solat jamak di Masjid Agung Trans Studio.
Dari Trans
Studio menaiki angkot Ciroyom – Cikudapateuh ke Jl. Laswi dan menapak ke Jalan Riau yang menempatkan
puluhan gedung-gedung factory outlet..antara yang terdapat disepanjang jalan ni
adalah Renaritti
(left side, The Summit (left side), Brosis Branded Club (right side), Heritage
(right side), Stamp (left side), For Men (left side), Terminal Tas (right side)
dan The Secret (right side). Menghabiskan
masa merayap dari outlet ke outlet sampai kaki krem sebelum balik ke Pulas Inn
jam 8.30 malam..lepas rehat dan bermandi manda.. sekali lagi menapak ke
Cihempelas Walk dan dinner di Waroengkita.. ada akustik live band perform kat
stage café sempena malam minggu.. memang layan.. menamatkan jelajah hari ke-2 pada jam 12.00 malam.. Zzzz..
Rumah Mode..
Day 3 :
Rumah Mode – Cihampelas – Jalan Dago (Factory
Outlet)
Lepas breakfast
sekitar jam 8.30am.. menapak ke Rumah Mode Factory Outlet di Jl. Dr. Setiabudi..tak
la jauh sangat dari Pulas Inn melalui Jl. Cipangati. Rumah Mode ni macam factory outlet yang lain2
juga.. menjual pakaian dan beg tangan berjenama dengan harga murah..
hmmm..boleh la.. aku bukan tau sangat pun kadar kemurahan barang2 branded
ni..contohnya handbag pompuan Guess harga antara RM150 – RM450..
errr..murah ke?..mungkin kot ..maybe kat KL harga ribu riban.. begitu juga
brand2 lainnya.. hanya perempuan yang memahami..
Bakso Malang Karapitan di Cihempelas Walk
Jalan Cihampelas.. sangat sesak pada malam minggu..
Kedai-kedai konsep superhero di Jalan Cihampelas, Bandung
Settle membeli dan membelah sehelai dua baju kerja..balik ke bilik kejap. Lepas selesai segala kewajipan.. keluar lunch di Bakso Malang Karapitan di Cihempelas Walk Mall.. Dari Cihempelas Walk naik angkot Ledeng – Margahayu (Blue - Yellow – Blue) ke Jalan Dago Factory Oulet (Jl. Ir H. Juanda).. jalan sepanjang 2.4 km dari simpang Jl.Cikapayang - Jl.Ir H.Juanda hingga ke McD simpang Dago ini menempatkan berbagai gedung jualan yang mempunyai tema-tema tersendiri.. dari local brand ke intenational brand.. antaranya adalah Toko Tempe Gila, Up Town, Stop n Shop, Rich & Famouns, Planet Soccers, House of Donatello, Nike, Adidas, Glow, Blossom, Level, Laviena, Episode FO, Kiddo Centre.. dan macam2 lagi la.. tak larat nak senaraikan..
Angkotan Kota..
Pengakutan utama kat Bandung.. warna menggambarkan laluan mereka..
Peniaga Bakso kecilan yang biasa kelihatan di Bandung..
Diaorang panggil baso keliling..
Aneka Gorengan
Kartika Sari... tempat jualan kek kukus istimewa Bandung di Jalan Dago
Selain dari tu.. ada kedai ole-ole khas Bandung kat sini iaitu kek kukus spesial Bandung di Kartika Sari dan Amanda Brownies.. kitaorang merayau di Jl. Dago sampai ke malam menjelajah Factory Outlet.. Dinner nasi padang di sebuah restoren bernama Ampera tak jauh dari Kartika Sari Plaza.. lepas dinner terus balik ke pengipan sebab rasa dah nak pengsan.. Zzz
Pintu masuk mall.. depa buat konsert malam minggu pulak depan pintu..
Makanan yang banyak dijuald stall2 tepi jalan..macam tapai ubi kayu..
makan camne aku tak tau...
Eskremm Durian...
Day 4 : Bandung – Jakarta – MONAS - KL
Hari ke 4 bermula sesudah subuh sebab menunggu van dari pihak Hayukka Bandoeng untuk bertolak ke Jakarta. dan beberapa tempat yang disenaraikan sebelum ke airport. Kos sewa van adalah IDR 800,000 .. EDT pada asalnya adalah jam 6.30 pagi.. tetapi disebabkan beberapa masalah komunikasi antara supir dan tour.. Van sampai pada jam 8.30 pagi dan begerak ke Jakarta melalui highway Jakarta – Cikampek..
Selamat tiba di Jakarta..
Makanan ringan tauge goreng..stall depan Monas di Jakarta..
Perjalanan lancar memakan masa sekitar 3 jam. Supir hari ni bernama Andi.. masih muda belia.. happening la sikit berbanding dengan supir hari first. Andi ni ramah tamah dan banyak cerita.. yang bagusnya dia ni.. masa stop kat mana2.. dia follow dari jauh.. takut kitaorang kena kidnap kot.. Destinasi pertama ke Monumen Nasional (MONAS).
Monas, Jakarta
Statueman.. kegigihan tak bergerak sambil pakai kot dan muka cat kaler silver pada jam 12.00 tengahari.. panas terikk..aku duk kejap pun rasa rentung..
kepayahan mencari rezeki..
(IDR1000 setiap kali foto..RM 0.30sen)- MONAS
Ni lagi sorang.. sapa la duk dalam Pooh ni.. tahan panas betul..
Monas
Disebabkan
hari minggu.. aktiviti di Monas memang meriah dengan pengunjung yang datang
beriadah.. terdapat peniaga disepanjang dataran Monas.. macam2 ada jual.. tukang
urut bergerak pun ada.. urut kaki okeyy.. ada juga maskot watak kartun popular untuk
pengunjung bergambar seperti Upin Ipin.. Mickey Minnie.. Tom & Jerry.. Keluangmen
& Tiongmen (tipu je).. selain tu orang yang berlagak patung.. tapi cuaca
tengahari memang perit la sikit..
Ruang solat Masjid Istiqlal, Jakarta
Laluan pejalan kaki ke ruang solat
Dataran luar Masjid Istiqlal, Jakarta
Seterusnya
ke Masjid Istiqlal.. masjid yang dibina pada
24 Ogos 1961 ini merupakan Masjid Nasional Indonesia dan dikhabarkan adalah
merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara.. Ruang
solat utama, balkoni dan ruang sayap masjid dapat menampung seramai 61,000
jemaah pada sesuatu masa dan kapasiti penuh masjid adalah 200,000 ribu orang..
sangat kagum.. selesai menunaikan kewajipan.. kami ke Jl.
Pasar Baru. Kawasan ni memang sesuai untuk shopping.. Gedung dan toko
pakaian serta fesyen terdapat di sepanjang jalan. Meriah di hari minggu dengan
berbagai promosi jualan murah. Selesai berjalan-jalan dan shopping apa yang
perlu.. Kami lunch di Restoren Bakul Daun.. menu ayam penyet dan bebek
penyek yang lazat..(makan petang sebenarnya sebab dah lewat lunch).. harga standard
sikit kat sini..mahal..
Pelajar sekolah dibawah kelolaan masjid sedang mengadakan latihan muzik orkestra..
Menu di Restoren Bakul Daun, Pasar Baroe Jakarta
Bebek Sambal Ijo
Pintu gerbang Passer Baroe, Jakarta
Soda Gembira.. tamat tri dengan gembira..
Jam 4.00
petang kami bergerak ke Bandara Saekarno – Hatta
untuk penerbangan ke Kuala Lumpur. Saja
datang awal ke airport sebab tak nak kelam kabut.. fly
ke KL pada jam 7.45 pm WIB dan selamat tiba di KLIA2 pada jam 8.45 malam.. Secara keseluruhan trip berjalan dengan lancar dengan kos yang masih di dalam budget.. walaupun banyak berjalan kaki tapi masih boleh survive. Bagi aku Bandung sangat sesuai untuk kaki shopping.. dan agak kurang sesuai bagi backpackers sebab sentiasa kena menahan nafsu untuk shopping..
Misi mencari mee bandung di Bandung gagal sebab memang takda orang jual mee bandung pun kat sana.. Asal nama mee bandung pun bukan dari Bandung.. so kalau nak makan mee bandung tak payah susah-susah sampai ke Bandung.. pergilah ke Muar.
Misi mencari mee bandung di Bandung gagal sebab memang takda orang jual mee bandung pun kat sana.. Asal nama mee bandung pun bukan dari Bandung.. so kalau nak makan mee bandung tak payah susah-susah sampai ke Bandung.. pergilah ke Muar.
tamat trip..
Kos dan Bajet (Kasar) / Pax : Group of 6 Pax
Tiket Flight
KUL - BDO - RM 89.00
CGK-KUL - RM 98.00 (Inc Airport Tax Indo)
Hotel - RM 80.00 (Bilik triple)
Makan - RM 80.00 ( RM20/day)
Pengangkutan - RM 70.00 ( Angkot & Van)
Tour/Tiket - RM 50.00 (Tangkuban Parahu)
Jumlah : RM 467.00
Sekian. Sekadar Berkongsi..
**happy travelling**