Gunung Bromo (dari bahasa Sanskerta: Brahma,
salah seorang Dewa Utama Hindu), merupakan gunung berapi yang masih
aktif dan paling terkenal sebagai obyek wisata di Jawa Timur. Sebagai
sebuah obyek wisata, Gunung Bromo menjadi menarik karena statusnya sebagai
gunung berapi yang masih aktif.
Bromo mempunyai ketinggian 2.392 meter di atas permukaan
laut itu berada dalam empat wilayah, yakni Kabupaten
Probolinggo, Pasuruan, Lumajang, danKabupaten Malang. Bentuk tubuh
Gunung Bromo bertautan antara lembah dan ngarai dengan kaldera atau lautan pasir
seluas sekitar 10 kilometer persegi.
Gunung Bromo mempunyai sebuah kawah dengan garis tengah ±
800 meter (utara-selatan) dan ± 600 meter (timur-barat). Sedangkan daerah
bahayanya berupa lingkaran dengan jari-jari 4 km dari pusat kawah Bromo.~Wikipedia
Catatanku:
Trip ke Gunung Bromo & Surabaya dirancang bersama
seorang member ( Fadly) dan pasangan pengantin baru ( Serai & Caah ).
Kira macam trip untuk honeymoon dia orang la..tapi aku dan Fadly jadi
penyibuk..hehe! Tapi, segala perancangan diserahkah pada aku sebagai tour
leader.. ewahh!.. Sebenarnya tiket dibeli pada bulan Disember dan penerbangan
bulan Jun (seperti biasa..tiket harga murah SALE Airasia: KL-SUB-KL = RM128.00
).. 6 bulan menunggu sebelum flight, sempat la kumpul duit belanja...
untuk trip ni, kami buat tabung dan collect RM50.00 sebulan.. dalam 6
bulan. Cukup la duit untuk tour BROMO dan hotel..
Pada masa dan tarikh yang dijanjikan kami berkumpul di LCCT
jam 7.00 malam.. Flight kami jam 9.00mlm.. settle check-in semua..fly dan selamat
landing di Bandara Juanda Surabaya pada jam 12.00mlm.. penerbangan memakan masa
lebih kurang 3 jam.. tiba di airport..kami disambut oleh tour guide dari
Travelife Surabaya.. aku dah settle booking tour & hotel sebulan
sebelum kami fly..Bromo Midnight Tour dengan kos RM170.00 seorang.. Coco
(driver van) dah siap tunggu dengan tag nama aku kat balai ketibaan.
Dari airport kami terus bertolak ke Cemara Lawang..sebuah
perkampungan di kaki Gunung Bromo dimana tour akan bermula.. perjalanan memakan
masa 3-4 jam.. sebab semua dan penat.. kami tido sepanjang jalan.. tak la lena
sangat sebab jalan tak berapa elok (ada sekali tu..tgh syok tido.. van terlnaggar lubang hingga kami melambung dan Fadly landing atas lantai van..haha..) Coco
drive non-stop dari airport sebab nak sampai awal untuk tengok sunrise dari
puncak view point Mt.Penanjakan
Sampai di Cemara Lawang sekitar jam 4
pagi..disambut dengan bau belerang yang kuat.. mencengkam lobang
hidung..terbatuk-batuk jugak la sementara nak biasakan diri dengan udara Bromo.
Di sini kami tukar kenderaan dari van ke jeep 4 wheel yang sedia menunggu.. (4
wheel ni diusahakan oleh penduduk setempat di bawah persatuan..macam koperasi
la agaknya).. masa ni orang dah mula berduyun-duyun naik ke puncak Mt.
Penajakan.. kebanyakkan pengunjung tempatan kerana aku difahamkan masa tu musim
cuti sekolah di Indonesia..
4 wheel ni kebanyakkan ditempah oleh orang yang datang
secara group.. diberitahu bahawa di Cemara Lawang saja terdapat
lebih kurang 400 buah jeep.. (ada beberapa laluan untuk ke puncak Bromo..salah
satunya di sinilah). Kebanyakkan anak-anak muda redah jer naik ke puncak dengan
motorsikal.. kesian tengok motor tu..huhu..selain motorsikal, ada juga yang
naik menggunakan kenderaan persendirian seperti kereta dan van.
Kami bertolak ke puncak menaiki 4 wheel sekitar jam 4.30
pagi..melalui jalan jalan yang agak mencabar..beliku-liku dan melompat-lompat
dalam jeep..boleh gugur peranakan..ahaha.. tapi pemandu jeep dah memang
pro..rilek je bawa sambil buat lap kat tepi-tepi gaung..jeep-jeep ni bergerak
secara serentak..berderet-deret sepanjang laluan mendaki..masing-masing kena
cepat sebab kalau lambat..kat puncak dah sesak dan terpaksa parking jauh nak
menapak ke viewpoint.. perjalanan sekitar 45 minit.. kami bernasib baik
sebab jeep dapat naik sampai ke atas.. menapak untuk mendaki pun tak la jauh
sangat..
Pada mula tu kami agak blur sebab ramai sangat masyarakat
menuju ke puncak gunung.. tanpa usul periksanya, kamipun menyertai
mereka-mereka tersebut.. dan rupanya kat atas tu ada satu viewpoint yg dibina
untuk tengok sunrise dan pemandangan Mt.Bromo dan Mt. Semeru.. (baru aku tau
Bromo tu kat bawah..) tapi disebabkan rakyat Indonesia yang terlalu ramai kat
atas tu.. kami tak dapat tengok sunrise.. (nampak kepala dan bontot orang
jerr..)
Tempat tu macam kawasan lapang..pastu dibina pagar kat tepi tu.. org dah ramai bersidai kat pagar... tak nampak apa la.. dah la gelap... muka dah frust..tak kan camni jer datang jauh-jauh ke Bromo.. tak berbaloi ahh kataku dlm hati..huhu
yang garisan merah tu adalah sunrise.. huhu.. ramai2 ni semua tunggu sunrise
Tempat tu macam kawasan lapang..pastu dibina pagar kat tepi tu.. org dah ramai bersidai kat pagar... tak nampak apa la.. dah la gelap... muka dah frust..tak kan camni jer datang jauh-jauh ke Bromo.. tak berbaloi ahh kataku dlm hati..huhu
Dalam duk frust tu cuaca mula cerah... dan bila pemandangan
dah clear.. waaaaaaa....mulut ternganga tengok view kat bawah.. syurga mata
beb.. nampak lautan pasir di keliling Mt. Bromo yang berlatar belakangkan
Mt.Semeru.. dan kawasan rumput savana Tenger.. dari sini boleh nampak orang
ramai sedang mendaki kawah Bromo..(sekali lagi frust..kenapa kitaorg tak dibawa
ke sana)..arghh..tesionnn... bila dah cerah sikit.. org ramai dah mula turun..
so, kami pun ikut serta..untuk mengubati hati yg frust.. kami turun
slow-slow..sambil makan jagung bakar.. sampai kat jeep...siap lepak2 ambik
gambar..
Naik jeep balik untuk turun ke bawah..masa turun ni dapat la
tengok view2 yang cantik melalui celah-celah gaung dan sampai ke kawasan dikenali
sebagai Sea of Sand.. Lautan pasir (Segere Wedi).. kawasan pasir
gunung berapi yang meliputi keluasan beberapa kilometer persegi disekeliling
Mt. Bromo. Kat sini kami berhenti di satu checkpoint untuk memulakan pendakian
ke kawah Bromo.. (tempat yang kami nampak masa kat viewpoint Mt.Penanjakan
tadi..)
Masa ni hati dah berbunga-bunga semula.. sebab tadi ingatkan
tour dah habis.. Jeep berhenti jauh di tengah padang pasir.. dan kat sini
terdapat pengusaha-pengusaha kuda pony yang menawarkan perkhidmatan untuk
membawa pelancong sampai ke tangga di kaki kawah Bromo.. kalau nak jalan
kaki pun boleh..tapi tengok pada jaraknya..memang tak la aku.. kami sewa 4 ekor
kuda dengan tuan kuda sekali..(sebab tuan kuda yg tarik kuda tu.. takdenye
dorang nak bagi ko tunggang sorang2 mcm koboi tu..).. kos untuk seekor kuda IDR
150,000 (+- RM45.00) pergi dan balik.. aku difahamkan kos tu agak. mahal
disebabkan cuti sekolah dan faktor kami pelancong (walaupun muka kami mcm rakyat Indon..)
Driver kuda ( driver ke?..) hantar sampai ke tangga untuk
naik ke kawah Bromo..kat sini ada tangga yang mempunyai 250 step untuk sampai
ke atas..sebab kami turun lambat dari puncak.. masyarakat tempatan dah penuh
nak naik ke atas kawah..tangga pun jem.. nasib baik angin gunung sejuk walapun
matahari dah memancar...dengan sabar la melangkah step by step..dan akhirnya
kami berjaya melaksanakan misi untuk tengok kawah gunung berapi.. yang masih
aktif mengeluarkan asapnya.. bau belerang memang kawww la..disarankan bawa sapu tangan ke..bandana ke.. cover!
Tak dapat bayangkan kalau termengelungsur ke dalam tu... huhu.. naya..
Pemandangan sekeliling juga sangat mengujakan...bila kat
atas mula sesak..kami turun dan menunggang balik ke jeep sambil tu borak-borak
dengan tuan kuda dalam bahasa Jerman.. baru aku faham kenapa jeep berhenti
jauh sangat dari tangga di kaki Bromo..mereka ni semua sama-sama cari makan.
Dengan tu dapat menyediakan pekerjaan kepada masyarakat tempatan..kalau korang
ada kuda..sila pegi duduk kat Bromo..boleh bagi sewa kat orang yang malas
berjalan mcm aku..
(dalam pada tu duk fikir2 juga berapa income driver kuda tu sehari.. kalau sorang RM45.. trip sorang dalam 45 minit... sehari paling koman dapat 7-8 trip..RM45 x 8 = RM360...convert ke duit Indon..juta-juta tuu.. perghhh.. kayoo.. )
(dalam pada tu duk fikir2 juga berapa income driver kuda tu sehari.. kalau sorang RM45.. trip sorang dalam 45 minit... sehari paling koman dapat 7-8 trip..RM45 x 8 = RM360...convert ke duit Indon..juta-juta tuu.. perghhh.. kayoo.. )
Bromo Midnight Tour kami tamat di Cemara Lawang jam
9.00 pagi.. Jumpa balik dengan Coco yang menunggu di sana.. lepas tu Coco bawa
kami gi breakfast kat Restoren di Viewlodge, sambil breakfast boleh tengok view
Mt.Bromo dan Mt.Semeru.. sarapan memang dah masuk dalam pakej.. Lepas sarapan,
memulakan perjalanan balik ke Surabaya. Dalam perjalanan tu..sempat singgah di
Tangulangin (kawasan perusahaan kraf kulit).. dan seterunya ke hotel.. sampai
di bandar Surabaya sekitar jam 2.00 petang..
Sekian. Sekadar Berkongsi
~bersambung di episod Surabaya : Kota Yu dan Buaya.. ;)