Tuesday, May 1, 2012

BALI : Island of God..Edisi II



Seperti yang aku tulis dalam entri Jakarta : One Short Trip.. trip Bali ini dirancang setelah kami takde tiket balik dari Jakarta (ada tapi mahal). Flight kami dari Jakarta pada 10 Mac 2012 jam 6.00pm menggunakan Airasia Indonesia, untuk penerbangan dalam negeri aiport tax yang perlu dibayar adalah sebanyak IDR 40,000 (RM13++). Penerbangan Jakarta – Denpasar mengambil masa 2 jam.. selamat tiba di Ngurah Rai International Airport Denpasar pada jam 9.00pm ++.. waktu di Bali cepat sejam dari Jakarta. Ini kali ke-2 ke Bali setelah trip pertama ngan family pada 2007.

Poppies Lane II


Masa kami tiba ni airport sedang dalam proses naik taraf..ada kerja2 pembinaan sedang dijalankan. Kami ambil teksi airport (kos IDR 65,000) untuk ke hotel yang dah siap dibooking melalui Agoda.com iaitu Ayu Beach Inn di Poppies I, Kuta (IDR200,000/night RM60++).. Poppies Lane memang lokasi terkenal dikalangan backpackers untuk stay sebab mempunyai banyak bajet hotel selain kedai-kedai cenderahati disepanjang jalan..dari airport ambil masa 15-20 minit jer.. lepas check-in, terus keluar untuk dinner. Malam minggu yang happening di sepanjang Jalan Pantai Kuta , deretan pub & bar..live show & clubbing. Kami makan di foodcourt sebelah Hotel Mercure (Nasi goreng Seafood-IDR 24k).. lepas makan ronda kawasan sekitar kejap dan terus balik tidur..




Hari Ke-2: Bedugul – Tanah Lot tour..
 Lepas breakfast di hotel, siap2 tunggu driver datang pick-up untuk tour yang telah dibooking (rujuk http://www.bali-day-trip.com/fulldaytrip.html.) Pemandu kami (Pak I Made Sudarta ) datang tepat jam 9.00am..Menggunakan Van Daihatsu Luxio  yang selesa untuk 4 orang.. dan Pak Made juga seorang yang sangat mesra.. Destinasi pertama ialah Pura Taman Ayun di Mengwi.. Meluangkan masa sekitar 45 minit di Taman Ayun, Pura Taman Ayun ini dibuat pada tahun 1634 oleh raja Mengwi iaitu  I Gusti Agung Putu dan dibaikpulih pada tahun 1934.. 



Kami meneruskan program ke Kebun Eka Raya (Taman Botani) di Bedugul, sini boleh drive masuk untuk pusing taman.. pemandangan yang indah sebab boleh nampak Beratan Lake dari atas.. pengujung kebanyakkan adalah family yang datang berpiknik.. juga couple yang dating J. Kemudian berhenti kat Candi Kuning Flowers & Fruit Market untuk membeli cenderamata sebelum meneruskan perjalanan ke Pura Ulun Danu  (bayaran masuk yang dikenakan IDR30,000/ pax).








         “Ulun Danu ini sebenarnya merupakan sebuah bangunan suci umat Hindu yang dibangun untuk memuja Dewi Danu, “Danu” sendiri adalah bahasa lokal Bali yang berarti “Danau” dalam bahasa Indonesia. Sedangkan “Bratan” adalah nama dari danau yang terletak di dataran tinggi Bedugul ini. Berdasarkan lontar Babad Mengwi, Pura Ulun Danu Bratan ini dibangun pada tahun 1556 Caka (1634 M) oleh I Gusti Agung Sakti atau I Gusti Agung Putu.” (matakita.net)




Tapi sebelum tu, kami stop kat Mertha Sari Buana iatu kebun kopi yang menghasilkan Kopi Luwak (kopi musang).. kat sini boleh cuba macam2 kopi secara percuma.. kalau nak try kopi luwak pun boleh, kos secawan adalah IDR 40,000 dan boleh beli kopi atau teh sebangai buah tangan..

Kebetulan masa kami sampai ni adalah waktu persediaan bagi warga Bali untuk menyambut perayaan Tahun Baru Caka yang dikenali dengan Hari Raya Nyepi. Sebelum tiba hari Nyepi.. mereka akan berarak mengusung patung yang dipanggil Ogoh-Ogoh.. setiap kampung membuat Ogoh-Ogoh mereka sendiri berupa binatang atau makhluk yang mengambarkan roh jahat. Patung ini akan diarak ke seluruh desa sebelum dibakar di kuburan.. jadi sepanjang jalan yang dilalui akan kelihatan orang yang sedang membuat Ogoh-ogoh.. kami singgah untuk lunch di Rumah Makan Saras, Jalan Raya Bedugul.. menu set nasi campur, Nasi Goreng & Soto Ayam..

Meneruskan trip ke Monkey Forest di Alas Kedaton dan seterusnya ke Tanah Lot yang terletak dipantai Selatan pulau Bali di Desa Beraban kecamatan Kediri, Kabupaten Tabanan.  Di sini ada dua pura yang terletak di di atas batu besar. Satu terletak di atas bongkahan batu, apabila air pasang pura ini akan kelihatan dikelilingi air laut. Tanah Lot terkenal sebagai tempat yang indah untuk melihat matahari terbenam (sunset), biasanya pelancong akan datang pada waktu petang untuk melihat keindahan matahari tenggelam.Selain dari itu, disini juga kita boleh membeli barangan cenderahati dengan harga yang lebih murah berbanding di Kuta. Ada pelbagai barangan kraftangan, t-shirt dan batik di gerai-gerai sepanjang jalan menuju ke pura.. (boleh beli t-shirt IYBALI semurah RM8/).




 Menamatkan tour untuk hari ke-2 pada jam 7.00pm.. Pak Made sabar menunggu dengan senyum walaupun kami lewat dari jadual yang sepatutnya habis iaitu 5.00pm.. on the way balik tu, borak2 dengan pak Made.. katanya, mengikut kepercayaan orang tempatan, pasangan bercinta tidak digalakkan ke Pura Tanah Lot kerana dipercayai hubungan mereka tidak akan berkekalan..CLASHH.. rupa2nya dia ingat kami ber-4 ni adalah couple..hahaha..








Tiba di hotel pada jam 9.00pm. Kos untuk Tour Bedugul-Tanah Lot adalah IDR 350,000 + tip untuk Pak Made IDR 50,000 (RM134.00++)..tidak termasuk bayaran entrence fee & tip





Lepas mandi dan menyegarkan badan, keluar dinner di Warung Indonesia yang terletak di Poppies II. Sebuah warung yang menyajikan masakan halal Indonesia dengan harga yang berpatutan. Menu makan malam adalah Nasi Ayam Penyet (IDR 16,000) dan  Avocado Juice (IDR 12,000). Walaupun dah hampir 12 mlm, pelanggan masih ramai makan kat kedai ni..terutama bagi backpackers..  Warung ni jadi port kami makan untuk hari berikutnya..


Day-3: Kuta Beach..
 Hari ni free & easy.. perancangan asal adalah untuk ke Pasar Kumbasari di Denpasar..tapi memandangkan bajet untuk transport dah mengalami defisit.. lagipun dah takda apa2 yang nak dibeli.. cenderahati semua dah siap beli di Tanah Lot.. masing-masing bawa haluan sendiri.. girls2 & boys2.. aku mcm biasa dengan Fadly..so, menghabiskan masa ke beach.. berjalan di sepanjang pantai Kuta.. tengok orang surfing dan mandi matahari… (teringin gak nak surfing.. tapi seram tengok ombak).. dan window shopping di sepanjang Poppies Lane dan Kartika Plaza..



Lepas lunch, menghabiskan masa di swimming pool.. dan keluar dinner Nasi Padang di Jalan Legian.. dan meneruskan aktiviti merayap sepanjang jalan Legian hingga ke Bombing Monument.. aktiviti malam weekdays agak slow berbanding dengan malam Sabtu dan Ahad.. tapi kelab & pub masih happening dengan techno music. Selain dari Pub n Clubbing.. di Kuta banyak terdapat pusat urut reflexology dengan kadar yang murah.. macam2 jenis urutan ada..hehe.. aku tengok harga IDR 45,000 / RM16.00++ boleh dapat 1 jam Bali Massage…(urut badan saja yerr.. yang lain pandai2 korang lerrr..) Balik bilik terus packing barang coz perlu ke airport pada jam 4.00am..


Last Day: Ngurah Rai International Airport, Denpasar..
3.00am.. Bangun mandi & siap2 untuk ke airport bagi penerbangan balik ke KL pada jam 6.00am.. Pihak hotel dah arrangekan transport untuk kami. Di airport..setllekan tax IDR 150,000/pax  (RM 45.00++).  Penerbangan ke KL lancar dan selamat tiba di LCCT pada 9.00am..


Secara keseluruhan, Trip JAKARTA–BALI kali ini berjalan lancar dengan kos yang masih dalam bajet seperti perancangan asal iaitu RM400/ pax (Makan minum, bilik penginapan, pegangkutan, tour dan Airport Tax). Tidak termasuk harga tiket dan shopping. YAAAYY....



SEKIAN, SEKADAR BERKONGSI 







PULAU LANGKAWI : Menjejak Lagenda Mencari Laksa

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada ta...