Disember lepas..(2011) aku dan dua orang member buat kerja gila sikit.. plan jalan-jalan ke Singapore balik hari.. beli tiket flight awal-awal pagi & balik lewat malam.. Tujuan utama adalah nak jejak kaki ke Singapore.. maklum la.. tak penah sampai.. Kebetulan ada tiket flight murah..(RM100++ dua hala). Sambil-sambil tu plan tempat nak jalan-jalan.. tempat tujuan utama adalah Sentosa Island & Universal Studio.
Penerbangan pada 6.15am dan selamat tiba di Changi
International Airport pada
7.00am.. benda pertama yang aku nampak masa nak landing tu adalah..ribuan kapal
dagang di Selat
Singapore, sangat menakjubkan.. sebab tu
Singapore boleh maju dengan hasil import dan eksport..dan pelabuhan mereka
adalah antara yang termaju di dunia. Lepas pemeriksaan Imigresen, terus naik
shuttle ke Terminal 1 untuk ambil MRT ke City Hall. Tujuan
adalah nak beli Tourist Pass (
Tiket MRT & Bas khas untuk pelancong).
City Hall
Harga Tourist Pass adalah SD8.00 / RM19.60 dan deposit untuk kad adalah SD10.00 untuk tempoh sehari. Dengan tiket ni, kita bebas naik MRT & Bas ke mana saja mengikut laluan yang ditetapkan.. (kalau nak senang, ambil peta laluan MRT & Bas untuk rujukan). Secara keseluruhannya kami naik MRT jer..dan laluan MRT kat sini senang nak faham, ada 4 laluan utama yang meliputi seluruh pulau Singapore..Nak naik bas takut sesat pulak..sebab laluannya agak complicated.
Sampai di City Hall, kaunter belum buka..so, jalan-jalan di kawasan sekitar, tengok monument peringatan perang Jepun depan Capital CityHall. Lepas beli Tourist Pass.. perut dah lapar.. tak tau mana nak tuju untuk cari breakfast.. so, kami cari jer nama-nama stesen MRT yang ada nama kemelayuan sikit.. dengan harapan ada la kedai makan melayu kat kawasan sekitar.(memang idea tak leh blah). Paling hampir adalah MRT Potong Pasir, kat sini merupakan kawasan perumahan, ada sebuah pasar & foodcourt.. kami breakfast kat sebuah kedai mamak.. nak kenyang..bantai nasi dengan kari kambing terus.. SD4.50/ RM11.00 sepinggan..huhu..
Breakfast di Potong Pasir
Lepas makan, terus ke Harbour Front untuk ke Sentosa Island. Untuk ke Sentosa Island, kena ambil LRT khas ke Sentosa Island saja.. tiket SD3.00 /RM7.50. Sebab kami datang pada hari weekdays, so, orang tak la berapa ramai sangat. Di Sentosa sempat melawat Universal Studio Singapore (tak masuk..sebab tak budget nak masuk pun), Hard Rock Café, Merlion Sentosa & Siloso Beach.. then balik ke Harbour Front sambung jalan-jalan di Vivo City, tempat orang shopping-shopping. Masa ni kaki dah start sakit coz banyak berjalan.
Universal Studio, Sentosa Island
Lepas tu ambik MRT ke Tanjong Pagar, konon nak gi cari stesen KTM lama, tapi tak tau nak hala ke mana.. pusing-pusing sekitar kawasan dekat stesen MRT jer.. masing-masing dah takde idea nak ke mana.. (sebab dah plan nak ke Esplanade & Merlion waktu petang) so, untuk menghabiskan masa.. kami naik MRT ke Woodlands.. saja nak tengok tempat, sambil nak cari makan sebab dah lapar. Sampai Woodlands, menapak ke Civic Centre.. cuba cari foodcourt tak jumpa.. yang ada restoran-restoran fastfood.. malas nak menapak lebih jauh, kami berpatah balik naik MRT ke Orchad.. berjalan-jalan di sepanjang Orchad Road.. dengan ribuan manusia.. dan gedung-gedung membeli belah yang hi-class. Then singgah makan di Foodrepublic @313.. Nasi Beriani Ayam (SD5.00 / RM12.00) dan Teh Tarik (SD2.00/ RM4.80).
Siloso Beach, Sentosa
Agenda seterusnya adalah mencari pantung singa duyung..@ Merlion, ambil MRT ke City Hall then menapak melalui laluan bawah tanah ke Esplanade.. masa ni tak sure laluan mana sebenarnya kami kena ikut.. ikut signbord jer.. dekat sejam menapak tanpa arah..signboard asyik tunjuk ke depan jerr.. kaki dah lenguh-lenguh dan sakit, tapi tak sampai-sampai.. sedar tak sedar..kami timbul di permukaan berhampiran Esplanade.. dapat la tengok Merlion dari jauh.. nak menapak ke sana dah tak larat.. Masa dah dekat 8.00pm.. kebetulan sampai jer dekat Open Theater Esplanade, ada light show dari Hotel MarinaBay Sands Singapore yang setentang dengan open theater. Puas hati bila dah sampai dan dapat tengok..walaupun dengan kaki yang dah nak tercabut..
Woodlands
Orchad
Orchad Road
Kami tak dapat lepak lama sebab nak kejar pulangkan kad Tourist Pass kat MRT City Hall..sebelum 9.00pm (kalau tak..deposit burn.. SD10.00/ RM24.00 tuuu).. Sebab dah tak larat dan hampir koma, kaki dah kremm.. kami terus ambil MRT ke Airport.. walaupun flight kami jam 11.15 malam.. Sampai Airport rehat-rehat melegakan kaki.. mandi P.Ramlee dalam toilet airport..tukar baju.. Flight kami selamat tiba diLCCT jam 12.30 malam.. nasib baik parking kat LCCT..(walaupun mahal gila..kena caj RM42.00), tapi senang nak balik.. sampai ke rumah sekitar 2.00am.. terus pengsan..
Merlion & Marina Bay Sands Hotel
Kesimpulan dari trip kali ini… tobat tak nak buat dah kerja gila..mau pengsannn rasanya… tapi puas hati juga la..sebab sampai banyak tempat dengan bajet yang ciput!.. dan tambah koleksi cop kat passport..hehe..
Dan beberapa perkara yang aku kagum dengan Singapore :
1. MRTnya cepat dan ikut time.. setiap hentian ada tempat shopping..
2. Escalator (tangga bergerak) mereka lebih laju.. so orang2 sana bergerak pantas..
3. Kebanyakan orang kecik besar tua muda pakai iPhone4 / 4s..(sebab Telco dorang ada pakej langganan)..so harga phone murah..
Sekian. Sekadar Berkongsi..