Percutian ke Sabah telah dirancang bersama kawan-kawan seawal bulan Mei 2011. Kebetulan seorang rakan berasal dari Pitas turut membantu mengatur tentatif program kali ini. Kali ini kami seramai 8 orang sepakat untuk ke rumah laut bapa kepada rakan tersebut selama 2 hari.. Pejalanan bermula seawal jam 10.00 pagi.. berkumpul di Stesen ERL Putrajaya untuk ke LCCT menggunakan KLIA Transit.
Ahli Rombongan di LCCT
Check-in untuk semua orang telah aku buat secara online.. jadi tak perlu terkejar-kejar sangat.. penerbangan pada jam 12.50 tgh, sementara menunggu penerbangan sempat breakfast dan membuat sedikit taklimat atucara program serta mengagihkan tugas kepada semua orang, siapa yang jaga bajet, jaga makan, pegangangkutan dan penginapan.
Penerbangan ke Kota Kinabalu berlepas pada 1.00 pm dan selamat tiba di Kota Kinabalu International Airport(KKIA) pada jam 3.30pm..
Ahli Rombongan di LCCT
Ahli Rombongan di KKIA
Ahli Rombongan di KKIA
Percutian kali ini bermula dengan agak ‘horor’ apabila pihak yang menguruskan kenderaan ke Pitas memaklumkan kenderaan tiada kerana sedang digunakan.. setelah didesak, mereka mencari kenderaan lain.. malangnya yang dihantar adalah sebuah Van Nissan Vanette C22 yang agak uzur (asalnya janji Coaster 12 seater dengan kos RM600 pergi balik). Setelah bertekak..terpaksa mengalah kerana kesuntukan masa untuk sampai ke Pitas..(sebab dah janji dengan bot yang menunggu kami)..
..bergerak ke Pitas..dan pakcik driver
Dengan Van kecil tersebut, kami bergerak ke Pitas dengan 8 penumpang.. Sendat macam tin sardin.. Perjalanan yang dijangka memakan masa 3 jam berlanjutan hingga ke 5 jam..atas faktor pakcik driver bawak slow, pakcik driver tertinggal henpon kat rumah (siap singgah rumah cari henpon), singgah membeli keperluan dan isi minyak.
Dari Kota Kinabalu melalui Kota Belud, Tuaran, Kudat dan Kota Marudu sebelum tiba di Pitas pada jam 10.00 malam. Sebelum tu berhenti di tamu untuk membeli makan malam.. dari tamu di pekan Pitas, terus ke jeti di Kg. Sinsilog untuk jumpa Pakcik Saha yang menunggu dari jam 6.00 petang lagi.. 3 bot disediakan untuk membawa kami ke rumah laut di Kuala Pitas. Sungai Pitas (asalnya dikenali sebagai Sungai Bengkoka) merupakan jalan perhubungan bagi nelayan kecil untuk keluar mencari rezeki di laut melalui Kuala Pitas.
Tamu pekan Pitas..9.30pm
Menaiki bot di jeti Kg.Sinsilog
Kami mengagihkan-agihkan barang dan orang ke dalam 3 bot untuk bertolak ke rumah laut dalam kegelapan malam. Bertemankan cahaya bulan penuh dan lampu suluh, bot dikendalikan dengan penuh hati-hati bagi mengelakkan kayu-kayu hanyut. Masa ni semua dah kaku dan berusaha melawan ketakutan.. dalam kepala dah fikir macam-macam.. terutamanya ‘sang bedal’ .. asal nampak sesuatu jerr.. tak nak tengok lama-lama.. Perjalanan penuh debar ke rumah laut memakan masa 45 minit dan selamat tiba di Kuala Pitas pada jam 11.00pm..
..selamat tiba dipenginapan..tunggu pakcik hidupkan lampu minyak tanah..
makan malam & cubaan menghidupkan api..
2kg udang segar masak sos cili
2kg udang segar masak sos cili
Rumah laut ni merupakan rumah persinggahan pakcik untuk berehat sewaktu keluar ke laut untuk beberapa hari.. rumah keluarga pakcik terletak di Kg.Bawang yang memerlukan 3 jam perjalanan melalui sungai Pitas.. jadi kebayakan nelayan di sini akan membina rumah di pinggir kuala sungai sebagai tempat berteduh dan melakukan kerja-kerja harian seperti mengasingkan hasil tangkapan, membaiki jaring, menyimpan peralatan dan lain-lain. Rumah yang diperbuat dari kayu bakau, beratap dan berdinding nipah inilah menjadi tempat penginapan kami untuk 2 malam..
..hasil perangkap ketam pakcik..sedang diikat sepitnya..
ketam nipah bersaiz XL..
Menurut kata pakcik..rumah ni dibina kekitar 7 tahun lalu secara bersendirian..HEBAT KAN!!.. binaannya agak kemas dan kukuh kerana dapat menampung kami seramai 10 orang termasuk pakcik dan makcik..siap ada bahagian dapur untuk memasak.. terletak di pinggir sungai atas hutan paya bakau dengan pelantar mengadap sungai.. menjadi tempat kami lepak sambil memancing dan pekena kopi panas..bila air pasang, rumah ni berada betul-betul di atas sungai dengan air memenuhi bawah lantai rumah..
memancing dari pelantar rumah...
Disebabkan kami tiba lewat dari jadual asal, makan malam disediakan ala kadar.. nasi + kepak & tokeng ayam panggang pasar malam dan telur goreng.. walaupun simple..tetap berselera sebab lapar, makan bercahayakan lampu minyak tanah.. lepas makan.. terus lepak di pelantar, minum kopi dan memancing menggunakan pancing yang disediakan oleh makcik.. pancing gulung kat kayu jer. Tapi tak dapat apa pun… semua melelapkan mata sekitar jam 1.00am.. tidur berlantaikan buluh yang sangat lena akibat kepenatan..
..suasana pagi dari pelantar rumah..
..naik bot untuk ke pantai.. rumah jiran..
Hari Kedua : Hidup di pinggir lautan sangat mengujakan, hari cerah sekitar jam 6.00 am.. masing-masing bangun awal.. selepas bersarapan nasi goreng ala kadar.. terus lepak kat pelantar membaling pancing.. air laut surut pada awal pagi.. masa ni anak-anak ikan galak merenggut mata pancing.. (Fadly & Serai dapat anak ikan merah sebesar tapak tangan dan beberapa ekor ikan lain..)
.
Fadly dan tangkapannya...
Seterusnya kami sambung memancing dan berjalan-jalan kat pantai.. untuk ke pantai..perlu menaiki bot dari rumah.. just untuk ke seberang sungai jer.. lepas tu sambung aktiviti memasang jaring di pinggir bakau…sambil memukul-mukul akar pokok bakau bagi menghalau ikan ke jaring.. hasilnya..sekor pun tak de..hehe.. sebab dah tengahari..
..memancing di pantai.. seekor pun tak dapat..
..explore pinggir pantai sambil memancing...
..trademark... lompatan gembira!!
Sekitar jam 11.00am.. para nelayan yang keluar menjaring pada awal pagi pulang dengan hasil tangkapan masing-masing.. kebanyakan mereka memasang pukat udang kerana waktu ni adalah musim udang.. sangat teruja melihat udang fresh besaiz XL diasingkan dari pukat. Kami beli 2kg udang dari jiran untuk buat lauk makan tengahari.. timbang main agak-agak jer la.. penuh 1 plastik..ada la dekat 3-4 kilo rasanya.. dan diberi udang kecik-kecik untuk buat umpan memancing (kalau kat KL..udang kecik tu jadi lauk)..
..udang untuk umpan memancing.... & pemukat udang mengasingkan udang dari jaring..
Pakcik Saha yang melayan kami selama 3 hari 2 malam..
lunch lauk udang masak sos cili..
lunch lauk udang masak sos cili..
Dan lunch kami pada hari tersebut dengan udang fresh masak sos bersama telur dadar.. lepas lunch, sambung mancing kat pelantar rumah..tapi bila perut dah kenyang, mata pun layu.. masing-masing cari port landing.. Zzzzz .
membeli udang dari jiran untuk lauk lunch...
dah petang sikit, kami semua dibawa ke perigi oleh pakcik sebab dah 2 hari tak mandi..haha.. terdapat sebuah perigi yang menjadi tempat mandi.. tapi perlu berjalan kaki jauh sikit dari pantai.. air sesuai untuk mandi jer..kerana ada katak berenang-renang kat dalam perigi..(budak2 pompuan tak tau..sebab kami tukang timba.. diaorang seronot jerr cuci muka ngan gosok gigi..hehe..)
perigi mencari timba... ehh!! bukan.... mencari perigi.. setelah 2 hari tak mandi..
menaiki bot untuk ke pantai..
mencari anak ikan..
explore kawasan sekitar pantai..
Group Photo...
Lepas mandi, aku temankan pakcik balik ke jeti di Kg.Sinsilog untuk cari minyak bot serta beli bekalan air mineral yang dah kehabisan.. masa balik dari beli barang tu hari dah malam..kami berdua meredah kegelapan malam sebab cuaca seperti nak hujan.. selamat tiba di rumah laut..diaorang dah siap masak maggi goreng untuk makan malam.. dan lauk special untuk malam ni adalah ketam rebus!!.. fresh hasil dari perangkap ketam yang pakcik pasang semalam.. masak yang size king ajerr.
..ketam rebus..lauk makan malam.. yang ni paling WIN!!
Lepas makan mancing sehingga kehabisan mata pancing sebab semua sangkut kat akar-akar bakau… lepak-lepak kat pelantar sambil main game SAP TING sampai pagi.
Hari Ketiga : Last day kat rumah laut..
pagi-pagi dah siap packing barang untuk balik ke KK.. bot
datang ambil jam 8.00am.. kali ni kami cari kenderaan lain untuk balik ke KK
dengan bantuan pemandu bot. Dapat la Nissan Urvan 12 seater yang selesa dengan
kos yang lebih murah dari Vanette C22 yang datang hari tu.. kami singgah di
rumah Pakcik di Kg.Bawang untuk mandi, mekap-mekapan dan breakfast, bertolak ke KK pada jam 11.30am..
dalam perjalanan..singgah di Dataran Bengkoka Pitas untuk bergambar..
perjalanan pulang.. nampak ngeri jerr bot tu..
gambar kenang-kenangan sebelum berangkat pulang..
Dataran Bengkoka......... dan manusia menyerupai ejaan P.I.T.A.S II
tempat penginapan di Jln.Kg. Air..
Lepas rehat kejap..terus merayap ke Pasar Philipines dan pasar kraf.. shopping time.. budak pompuan sibuk cari mutiara Sabah..kebanyakannya dijual dengan harga yang agak murah.. lepas shopping mopping..kami makan ikan bakar sebelah pasar kraf tu.. harga ikan bakar boleh tahan la..
Ikan Merah Sedehana 2 Ekor - RM 18 Seekor
Sotong 2 Cucuk (6 Ekor ) – RM 10 Secucuk
Udang 2 Cucuk (10 Ekor) –RM 10 Secucuk
Ulam Rumpai Laut – RM 8 Sepinggan
Air Kelapa – RM4 /sebiji
+ Nasi Putih
Total Makan utk 8 Orang = RM 123.00
ikan bakar pasar Philipines..
Lepas makan.. berjalan-jalan ke pasar malam. Bapa saudara aku yang tinggal di KK datang jemput dan melawat rumah dia di Kingfisher Sulaman.. then pergi makan mee goreng mamak. Balik ke bilik sekitar jam 11.00 terus landing..zzz..
Last Day di KK:.. Kami bersiap awal pagi untuk ke KKIA kerana penerbangan ke KL pada jam 9.50am.. tapi sebelum tu sempat breakfast di restoren sebelah tempat penginapan kami..menu pagi adalah bakso dan soto.. lepas breakfast ambil teksi ke airport.. penerbangan lancar dan selamat tiba di LCCT pada jam 11.30am..
terbang ke KL...
Pengalaman menjejakkan kaki ke Daerah Pitas, Sabah pada 14 – 17 Oktober 2011 ini nerupakan satu pengalaman hidup yang tidak dapat dilupakan.. menginap di pondok, berbumbung dan berdinding nipah serta berlantai buluh..bertemankan agas serta nyamuk dan lampu minyak tanah... walaupun sekadar 2 hari.. cukup untuk mengambarkan kesukaran dan kegigihan seorang nelayan mencari rezeki.
Percutian kali ini memberikan aku satu pengalaman baru.. membuka mata tentang sebuah kehidupan..
Sekian. Sekadar Berkongsi..
BAJET PERCUTIAN :
Collection - RM 220 /pax - (Makan minum, Pengangkutan & Penginapan, Tip )
Tiket Flight - RM 94 (Pergi & Balik)
TOTAL = RM 314.00
~Pakcik Saha dalam kenangan~
Al- Fatihah
kepada Pakcik Saha yang kembali ke Rahmatullah
pada 19 Mei 2016