Saturday, February 13, 2010

Tie Knot

TIE KNOT


Sejarah tali leher ini dikesan bermula sejak angkatan tentera croatia merayakan kejayaan menumpaskan tentera Turki, mereka melawat Paris dan Raja Louis XIV tertarik dengan sapu tangan sutera yang mereka pakai di leher, yang tujuan mulanya adalah untuk mengelakkan kesejukkan , lalu dari situ sejarah tali leher bermula.. ~Ilham Pak Yob..


Tip Pemakaian tali leher yang betul:
*· Pastikan tekstur tali leher anda sesuai dengan pakaian yang dipakai. Sebagai contoh, tali leher sutera (berkilat) perlu dipakai bersama pakaian yang sama tekstur dengannya.

*· Seeloknya pilih tali leher yang mempunyai kelebaran 3.5 inci.

*· Pastikan simpulan tali leher kemas dan rapat ke bahagian kolar baju. Perhatikan juga simpulan yang dibuat itu tidak terlalu besar atau tidak terlalu kecil.

*· Periksa semua tali leher yang telah disimpulkan. Untuk kemasan, lihat semula sama ada bahagian hadapannya panjang dan menyentuh seluar anda.

*· Biasakan memakai tali leher yang berwarna gelap dari baju anda.

*· Elakkan memilih, membeli atau memakai tali leher yanag berwarna terang.

*· Anda tidak digalakkan memakai klip pada tali leher kecuali dalam keadaan betul-betul perlu sahaja.

*· Untuk gaya yang lebih elegen, pilih tali leher yang warna utamanya sama dengan sut yang anda pakai.


Catatanku :
Setelah sekian lama tak update..
kali ni aku nak kongsi beberapa cara ikatan tali leher.. ni pun dapat dari email..
bagi saper-saper yang kerja pakai 'tie' la... boleh la cuba..
tak gi kerja pun boleh... fesyen la katakan..



kalau keja ofis

kalau korang keja koboi..


sekian. sekadar berkongsi..

PULAU LANGKAWI : Menjejak Lagenda Mencari Laksa

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada ta...