“Fear is the path to the dark side. Fear leads to anger. Anger leads to hate. Hate leads to suffering.” ~ Yoda
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi, jadilah seperti yang kamu inginkan, karena kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan..
Friday, November 5, 2010
Tuesday, July 13, 2010
Pulau Redang..finding the Nemo..
Pulau Redang terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau (Pulau Lima, Paku Besar, Paku Kecil, Kerengga Besar, Kerengga Kecil, Ekor Tebu, Ling, Pinang dan Redang), membentuk taman laut Kepulauan Redang Terengganu, juga tapak pemuliharaan penyu yang penting. Perairan Pulau Redang mengandungi dua buah bangkai kapal yang bersejarah, H.M.S Prince of Wales dan H.M.S Repulse yang telah ditenggelamkan pada Perang Dunia II. Pulau-pulau lain yang berhampiran termasuk Pulau Lang Tengah, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecildan Pulau Bidong.
Pulau Redang adalah salah satu pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur. Salah satu pantai yang paling cantik di pulau ini ialah Pasir Panjang.. Antara kemudahan di pulau ini ialah kegiatan snorkel dan ‘diving’.
Pulau Redang boleh dikunjungi melalui Kuala Besut, Merang atau Kuala Trengganu dengan bot-bot yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat pelancogan. Jaraknya dari jeti Kampung Penarik ialah 30 kilometer nautika. Terdapat juga sebuah lapangan terbang kecil di pulau ini ~edit Wikipedia
Catatanku:
Rancangan untuk ke Redang dibuat secara ‘on the spot’. Kebetulan semua ada masa lapang. Setelah disurvei pakej-pakej yang mampu milik.. kami ambil pakej 3H2M (Jumaat – Ahad) di Redang Holiday .. RM299/pax..
Pakej merangkumi bot transfer, bilik penginapan, makan & minum serta 3 kali snorkeling trip. Perjalanan bermula dari KL jam 11 mlm, drive melalui Karak- LPT-Kuantan-Kemaman-Dungun- terus ke Kuala Terengganu.. lebih kurang 6 jam. Sebab nak kejar bot paling awal, kami terus ke Jeti Merang. Tiba sekitar 6am, lepak2 sambil breakfast di sekitar jeti, makan nasi dagang.. jumpa tour agent dan arrange bot. Perjalanan ke Pulau Redang dari Jeti Merang memakan masa sekitar 45 minit menggunakan bot laju ala-ala feri.. (setiap hotel mempunyai bot masing2 untuk membawa pelanggan mereka).
Mendarat jam 10 am di Long Beach, kat sini kena turun dari bot terus ke dlm air.. jadi disarankan pakai sluar pendek siap2. Pantai ni merupakan pantai yang paling panjang di Redang. Terdapat banyak hotel & chalet disepanjang pantai, dari yang bajet hingga yang over bajet.. air laut di Redang memang ’marvelous’.. jernih crystal clear sampai dasar. Settle check in bilik (bilik okey.. ada aircond & hot shower) aku terus sewa ‘google’ kat dive centre..( RM10 untuk 3hari). Aktiviti pertama.. terjunn laut lerr.. dengan air yang jernih, memang boleh nampak ikan-ikan berkeliaran.. (anak ikan jer la..)
Aktiviti Hari Pertama ~ lepas luch.. berkumpul utk 1st snokeling trip, penuh 2 bot.. anggaran 50 org. Lokasi pertama adalah Telok Kalong, terjunn dari atas bot.. fuhh!!..memang syok berenang2 dengan ikan berbagai warna & jenis.. (kami dibekalkan roti utk menarik perhatian ikan2).. masa diberikan sekitar 2 jam.. lepas tu balik ke penginapan untuk minum petang.. aku sambung snorkeling sendiri kat tepi pantai..
Selepas buffet dinner.. memang tak ada apa2 aktiviti.. tapi boleh berjalan sepanjang pantai Long Beach untuk tengok suasana malam.. sepanjang pantai terdapat beach cafe yang very happening.. penuh dengan pengujung..ramai juga mat & minah salleh..persembahan live band pun ada.. suasana malam meriah dengan techno muzik..
Hari Ke-2 ~ Bangun sekitar 6.00 am untuk tengok sunrise.. berjalan sepanjang pantai.. dengar deburan ombak.. mmg tenang & aman.. terdapat juga pengujung yang berjogging.. lepas breakfast.. berkumpul untuk 2nd snorkeling trip.. hari ni laut agak bergelora.. so semua kena berjalan jauh untuk naik ke bot yang diparking ditempat agak berteluk..tapi masih struggle untuk sampai ke bot sebab ombak kuat dan besar.. (adik hilang spek..jatuh laut).. 2nd trip tidak begitu menarik sebab laut berombak dan air tidak begitu jernih.. but still have fun berenang dgn ikan2.. (time ni aku mabuk laut sebab berenang pakai life jacket..).. menghabiskan masa sekitar 2 jam sebelum balik ke penginapan utk lunch..
Lokasi terakhir snokeling adalah ke Redang Marine Park di Pulau Pinang (nama pulau, bukan Negeri P.Pinang nun..), Bayaran masuk untuk tujuan konservasi.. RM5 dewasa dan RM2 kanak-kanak.. kali ni kami terpaksa berjalan lebih jauh ke Jeti Laguna Resort bagi membolehkan semua orang dapat naik bot.. (coz ada yg tak sampai ke bot masa trip pagi..). di Marine Park taklimat ringkas diberikan bagi tujuan keselamatan dan pemuliharaan.. kat sini ikan lebih banyak dan berbagai spesis.. ada Nemo..tapi air tak berapa clear atas faktor ombak.. bagi yg berani (mcm aku).. boleh snokel sampai tengah.. cari sarang kerapu, ada satu batu besar yg dihuni kerapu gergasi, sangat2 besar.. tak sesuai nak buat masak stim.. (tak caya gi tengok sendiri).. bila semua dah puas hati.. balik untuk BBQ dinner.. syiokk mkn ikan bakar fresh..
Last day ~ Last day tak dapat buat apa2 coz pihak tour dah arrange bot jam 10.30 am . (bot hanya 2 trip untuk hantar balik..10.30am & 12.30am , kalau korang tak puas terjun laut..balik tghari le..)
Lepas sarapan, siap2 kemas barang untuk balik ke darat. Bot awal pun bagus jugak sebab dah plan nak jalan2 kat K.Terengganu. Kat Jeti Merang.. boleh shopping souvenir utk kawan2.. Kami singgah di Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, ke Kg. Losong beli keropok lekor, berhenti makan di Rantau Abang, makan satar & try air nira kat gerai tepi jalan..
Selamat tiba di KL sekitar jam 9.00 malam akibat banyak berhenti tengok benda2 yang menarik perhatian sepanjang jalan.
Keseluruhan trip ke Pulau Redang amat menarik dan berbaloi dengan kos sekitar RM400 ++..
Sekian, Sekadar berkongsi.
Wednesday, April 28, 2010
Phuket.. Ekpedisi Solo
Pulau Phuket (atau wilayah Phuket) ialah salah satu wilayah di selatan Thailand. Dahulu dikenali sebagai pulau Talang. Talang ialah sejenis ikan dalam bahasa Melayu. Jiran yang berdekatan ialah Phang Nga dan Krabi, tetapi Phuket merupakan sebuah pulau tanpa sebarang sempadan. Pulau ini dihubungi melalui kapal terbang. Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket terletak di selatan pulau ini. Semenjak 1980an, pantai-pantai di Phuket terutamanya di sebelah barat dibangunkan menjadi pusat pelancongan. Ini termasuk Patong, Karon dan Kata sebagai salah satu destinasi popular. Walau pun dilanda tsunami pada tahun 2004, Phuket dapat dibangunkan kembali. ~wikipedia
Catatanku : Kepada kawan-kawan yg ingin berjalan ke Phuket
Aku sampai ke sini pada 21Sept.2009, kebetulan dapat tiket murah Air Asia. Semua plan sendiri, beli tiket online, booking hotel online.. buat survei melalui internet, tengok map jalan, bus service, currency rate.. nak lagi real.. tengok pulau ni melalui Google Earth.. maklum la nak gi solo.. sapa yang teringin nak backpackers.. elok study dulu tempat nak gi..
Booking hotel siap-siap.. just cari kat google “budget hotel in phuket”, aku pilih hotel Squareone di Patong melalui web agoda.com, dengan harga RM44.00/night.. kalau ada member bagi jimat..2 org = RM22.00 sorang (memang bajet abiss dan berbaloi-balai) .. memang dah set nak stay kat Patong Beach. Area ni lebih happening berbanding ngan beach2 lain.. hotel pun tak jauh dari beach..
Flight AirAsia 12.45 tgh..kos RM177.00 pegi balik.. amik masa 1jam 15 min.. sampai 1.05 waktu tempatan di Phuket International Airport..waktu Phuket lewat sejam dari Malaysia.. lepas imigresen.. cari Airport Bus ke Phuket Town.. sebab takda bas terus ke Patong Beach.. Kalau teksi kena caj TB600 – 700.. (-+ RM 60-RM70).. so nk murah naik bas airport.. keluar pintu depan terus ke kiri.. hujung terminal nampak bas kaler kuning/biru.. (tanya diver kalau tak sure)..Perjalanan ke town makan masa 45min – 1jam, tambang TB 85 ( RM8.50 ++).. Sampai Bus terminal di Phang Nga st.. amik Tuktuk (TB20/-+RM2) ke local bus station di Ranong st. dekat jer sbenarnya.. jalan kaki leh sampai.. 1.5km je.. tapi sbb takut sesat..baik naik tuktuk.
Perhentian local bas (lori yg diubahsuai sbenarnya.. dipanggil songteaw...) ke pantai2 phuket.. So ambil songteaw Phuket-Patong (TB25/ -+RM2.50).. melalui jalan2 utama di Patong.. Jln.Rat U Thit (jalan dalam) dan patah ikut Jalan Theerawang (jalan pantai) untuk kembali ke Phuket Town.. jadi kena aware la kat mana hotel korang, coz aku dah Google Earth.. bleh agak kat mana aku nak turun.. untuk balik nanti reverse balik camne datang..
Safely Arrive...
Check-in di SquareOne Hotel.. kecik je..50 bilik.. ada small swimingpool.. english speaking receptionist (namanya Jaa...adik beradik Tony Jaa kot..), ada internet free..24jam.. (2 PC je..) Bilik agak besar untuk sorang (katil double)..hot shower.. air tak berapa panas..
the recipsionist
the room..
Coz nak cari pengalaman.. aku gerak sendiri jer.. Pertama sekali keluar ke beach.. tengok suasana.. macam2 aktiviti boleh buat.. mandi-manda, Jet ski.. banana bot.. parasailing.. caj TB1000(+-RM100).. cam tak berbaloi jer.. Jet Ski TB500 (-+RM50) 1/2jam.. so pilih la mana berkenan.. Pilihan aku….jalan kaki sepanjang pantai.. tengok sunset.
Patong Beach..
Acara malam.. menyusuri Theerawang st... suasana malam lebih happening.. dengan kelab2 & bar di sepanjang jalan. paling happening di Bang La st. jalan ni memang ditutup antara 7pm – pagi.. bermacam jenis kelab & hiburan..memang hot.. boleh la tengok table top dance dari jauh.. dan babydoll show..
the Ladyboy
Bang La Street..
Hari ke-2..Untuk bergerak lebih jauh.. sewa motosikal adalah pilihan terbaik.. Yamaha Nouvo (RM25/day..) Petrol kat sini mahal.. sekitar RM2.80/lt.. Naik motosikal kat sini pun ala-ala koboi jerr.. tak ada law sangat.. polis pun tak kacau.. sepanjang hari habiskan masa jelajah pantai ke pantai.. ada beberapa pantai yang jadi tumpuan selain Patong Beach.. menuju ke utara.. ada Kamala Beach & Kata Beach (aku buat Thai body massage kat sini..RM30/jam) dan turun ke selatan ada Karon Beach.. untuk aktiviti lain.. boleh buat elephant ride, tengok Fantasea show (malam shj.).. ni aktiviti sihat lerr..kalau aktiviti tak sihat tu.. macam2 leh buat.. (tak digalakkan)
..
Yahama Nuovo on street..
Untuk shopping, tak ada banyak barang sangat.. kebanyakannya cenderamata. T-shirt dan barangan kraftangan. Harga pun lebih kurang di Malaysia jer..
Makan- Makan kat sini agak mahal.. mungkin sebab ramai tourist kot.. especially europe.. seketul jagung bakar kat gerai tolak tepi jalan RM4.. hehe.. antara menu yang sempat dimakan..Nasi Goreng Seafood + minum = RM10.00, Dinner Tomyam + Somtam + Air Kelapa = RM25.00.. & Subway Sandwich RM10.00..lain-lain hanya makanan ringan jer..
Seafood Fried Rice..
Tomyam + Somtam
Secara keseluruhan.. perjalanan kali ni memang memberikan pengalaman dan menyeronokkan dengan bajet sekitar RM300-RM400. (kalau ada teman lagi best kot..)
Body Massage at Kamala Beach
Sekian.. Sekadar berkongsi
Subscribe to:
Posts (Atom)
PULAU LANGKAWI : Menjejak Lagenda Mencari Laksa
Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada ta...
-
Ekpesidi bermotosikal memang jadi trend kepada pencinta kembara dan pencinta motosikal.. terutama brader-brader yang mepunyai motosikal ber...
-
Ikan Patin atau nama saintifiknya Pangasius Sutchi adalah spesis ikan air tawar jenis meserba yang mendiami kawasan-kawasan sung...
-
DIY Project : Headlamp Polish & UV Coating Sempena cuti raya tak pergi ke mana untuk beraya ni.. Abam menjalankan projek mem...