Tuesday, May 1, 2012

BALI : Island of God..Edisi II



Seperti yang aku tulis dalam entri Jakarta : One Short Trip.. trip Bali ini dirancang setelah kami takde tiket balik dari Jakarta (ada tapi mahal). Flight kami dari Jakarta pada 10 Mac 2012 jam 6.00pm menggunakan Airasia Indonesia, untuk penerbangan dalam negeri aiport tax yang perlu dibayar adalah sebanyak IDR 40,000 (RM13++). Penerbangan Jakarta – Denpasar mengambil masa 2 jam.. selamat tiba di Ngurah Rai International Airport Denpasar pada jam 9.00pm ++.. waktu di Bali cepat sejam dari Jakarta. Ini kali ke-2 ke Bali setelah trip pertama ngan family pada 2007.

Poppies Lane II


Masa kami tiba ni airport sedang dalam proses naik taraf..ada kerja2 pembinaan sedang dijalankan. Kami ambil teksi airport (kos IDR 65,000) untuk ke hotel yang dah siap dibooking melalui Agoda.com iaitu Ayu Beach Inn di Poppies I, Kuta (IDR200,000/night RM60++).. Poppies Lane memang lokasi terkenal dikalangan backpackers untuk stay sebab mempunyai banyak bajet hotel selain kedai-kedai cenderahati disepanjang jalan..dari airport ambil masa 15-20 minit jer.. lepas check-in, terus keluar untuk dinner. Malam minggu yang happening di sepanjang Jalan Pantai Kuta , deretan pub & bar..live show & clubbing. Kami makan di foodcourt sebelah Hotel Mercure (Nasi goreng Seafood-IDR 24k).. lepas makan ronda kawasan sekitar kejap dan terus balik tidur..




Hari Ke-2: Bedugul – Tanah Lot tour..
 Lepas breakfast di hotel, siap2 tunggu driver datang pick-up untuk tour yang telah dibooking (rujuk http://www.bali-day-trip.com/fulldaytrip.html.) Pemandu kami (Pak I Made Sudarta ) datang tepat jam 9.00am..Menggunakan Van Daihatsu Luxio  yang selesa untuk 4 orang.. dan Pak Made juga seorang yang sangat mesra.. Destinasi pertama ialah Pura Taman Ayun di Mengwi.. Meluangkan masa sekitar 45 minit di Taman Ayun, Pura Taman Ayun ini dibuat pada tahun 1634 oleh raja Mengwi iaitu  I Gusti Agung Putu dan dibaikpulih pada tahun 1934.. 



Kami meneruskan program ke Kebun Eka Raya (Taman Botani) di Bedugul, sini boleh drive masuk untuk pusing taman.. pemandangan yang indah sebab boleh nampak Beratan Lake dari atas.. pengujung kebanyakkan adalah family yang datang berpiknik.. juga couple yang dating J. Kemudian berhenti kat Candi Kuning Flowers & Fruit Market untuk membeli cenderamata sebelum meneruskan perjalanan ke Pura Ulun Danu  (bayaran masuk yang dikenakan IDR30,000/ pax).








         “Ulun Danu ini sebenarnya merupakan sebuah bangunan suci umat Hindu yang dibangun untuk memuja Dewi Danu, “Danu” sendiri adalah bahasa lokal Bali yang berarti “Danau” dalam bahasa Indonesia. Sedangkan “Bratan” adalah nama dari danau yang terletak di dataran tinggi Bedugul ini. Berdasarkan lontar Babad Mengwi, Pura Ulun Danu Bratan ini dibangun pada tahun 1556 Caka (1634 M) oleh I Gusti Agung Sakti atau I Gusti Agung Putu.” (matakita.net)




Tapi sebelum tu, kami stop kat Mertha Sari Buana iatu kebun kopi yang menghasilkan Kopi Luwak (kopi musang).. kat sini boleh cuba macam2 kopi secara percuma.. kalau nak try kopi luwak pun boleh, kos secawan adalah IDR 40,000 dan boleh beli kopi atau teh sebangai buah tangan..

Kebetulan masa kami sampai ni adalah waktu persediaan bagi warga Bali untuk menyambut perayaan Tahun Baru Caka yang dikenali dengan Hari Raya Nyepi. Sebelum tiba hari Nyepi.. mereka akan berarak mengusung patung yang dipanggil Ogoh-Ogoh.. setiap kampung membuat Ogoh-Ogoh mereka sendiri berupa binatang atau makhluk yang mengambarkan roh jahat. Patung ini akan diarak ke seluruh desa sebelum dibakar di kuburan.. jadi sepanjang jalan yang dilalui akan kelihatan orang yang sedang membuat Ogoh-ogoh.. kami singgah untuk lunch di Rumah Makan Saras, Jalan Raya Bedugul.. menu set nasi campur, Nasi Goreng & Soto Ayam..

Meneruskan trip ke Monkey Forest di Alas Kedaton dan seterusnya ke Tanah Lot yang terletak dipantai Selatan pulau Bali di Desa Beraban kecamatan Kediri, Kabupaten Tabanan.  Di sini ada dua pura yang terletak di di atas batu besar. Satu terletak di atas bongkahan batu, apabila air pasang pura ini akan kelihatan dikelilingi air laut. Tanah Lot terkenal sebagai tempat yang indah untuk melihat matahari terbenam (sunset), biasanya pelancong akan datang pada waktu petang untuk melihat keindahan matahari tenggelam.Selain dari itu, disini juga kita boleh membeli barangan cenderahati dengan harga yang lebih murah berbanding di Kuta. Ada pelbagai barangan kraftangan, t-shirt dan batik di gerai-gerai sepanjang jalan menuju ke pura.. (boleh beli t-shirt IYBALI semurah RM8/).




 Menamatkan tour untuk hari ke-2 pada jam 7.00pm.. Pak Made sabar menunggu dengan senyum walaupun kami lewat dari jadual yang sepatutnya habis iaitu 5.00pm.. on the way balik tu, borak2 dengan pak Made.. katanya, mengikut kepercayaan orang tempatan, pasangan bercinta tidak digalakkan ke Pura Tanah Lot kerana dipercayai hubungan mereka tidak akan berkekalan..CLASHH.. rupa2nya dia ingat kami ber-4 ni adalah couple..hahaha..








Tiba di hotel pada jam 9.00pm. Kos untuk Tour Bedugul-Tanah Lot adalah IDR 350,000 + tip untuk Pak Made IDR 50,000 (RM134.00++)..tidak termasuk bayaran entrence fee & tip. 





Lepas mandi dan menyegarkan badan, keluar dinner di Warung Indonesia yang terletak di Poppies II. Sebuah warung yang menyajikan masakan halal Indonesia dengan harga yang berpatutan. Menu makan malam adalah Nasi Ayam Penyet (IDR 16,000) dan  Avocado Juice (IDR 12,000). Walaupun dah hampir 12 mlm, pelanggan masih ramai makan kat kedai ni..terutama bagi backpackers..  Warung ni jadi port kami makan untuk hari berikutnya..


Day-3: Kuta Beach..
 Hari ni free & easy.. perancangan asal adalah untuk ke Pasar Kumbasari di Denpasar..tapi memandangkan bajet untuk transport dah mengalami defisit.. lagipun dah takda apa2 yang nak dibeli.. cenderahati semua dah siap beli di Tanah Lot.. masing-masing bawa haluan sendiri.. girls2 & boys2.. aku mcm biasa dengan Fadly..so, menghabiskan masa ke beach.. berjalan di sepanjang pantai Kuta.. tengok orang surfing dan mandi matahari… (teringin gak nak surfing.. tapi seram tengok ombak).. dan window shopping di sepanjang Poppies Lane dan Kartika Plaza..



Lepas lunch, menghabiskan masa di swimming pool.. dan keluar dinner Nasi Padang di Jalan Legian.. dan meneruskan aktiviti merayap sepanjang jalan Legian hingga ke Bombing Monument.. aktiviti malam weekdays agak slow berbanding dengan malam Sabtu dan Ahad.. tapi kelab & pub masih happening dengan techno music. Selain dari Pub n Clubbing.. di Kuta banyak terdapat pusat urut reflexology dengan kadar yang murah.. macam2 jenis urutan ada..hehe.. aku tengok harga IDR 45,000 / RM16.00++ boleh dapat 1 jam Bali Massage…(urut badan saja yerr.. yang lain pandai2 korang lerrr..) Balik bilik terus packing barang coz perlu ke airport pada jam 4.00am..


Last Day: Ngurah Rai International Airport, Denpasar..
3.00am.. Bangun mandi & siap2 untuk ke airport bagi penerbangan balik ke KL pada jam 6.00am.. Pihak hotel dah arrangekan transport untuk kami. Di airport..setllekan tax IDR 150,000/pax  (RM 45.00++).  Penerbangan ke KL lancar dan selamat tiba di LCCT pada 9.00am..


Secara keseluruhan, Trip JAKARTA–BALI kali ini berjalan lancar dengan kos yang masih dalam bajet seperti perancangan asal iaitu RM400/ pax (Makan minum, bilik penginapan, pegangkutan, tour dan Airport Tax). Tidak termasuk harga tiket dan shopping. YAAAYY....



SEKIAN, SEKADAR BERKONGSI 







Sunday, March 25, 2012

Jakarta : One Short Trip..


Trip ke Jakarta sebenarnya dirancang atas faktor dapat tiket tambang murah.. Tiket sehala ke Jakarta RM0.10 + tax RM25.00.. Total RM25.10.. beli masa SALE tiket Airasia (..mcm biasa, aku ni duta Airasia..). Setelah pakat ngan member2 seramai 4 orang. Kami pilih tarikh pada 9-10 Mac 2012 (2 hari je). Masalah beli tiket murah ni adalah tiket tak banyak. Untuk satu flight ada satu atau 2 tiket jer.. so, kami pakat pegi flight asing2.. then jumpa di airport Jakarta. 2 orang member dapat flight 7am, flight aku 9am..dan sorang member lagi flight jam 2pm. Tapi masalahnya takde tiket balik yang murah. So, option kami adalah ambil flight ke Bali pada 10hb (kos RM50).. dan Bali-KL pada 13hb(kos RM70.00) tidak temasuk airport tax.. tapi lebih murah dari tiket balik terus dari Jakarta.. alang2 dah gitu.. jadi la trip kami ni TRIP JAKARTA-BALI 5D4N..







1st..story pasal Jakarta dulu.. Bila flight kami asing2, so sape yang sampai dulu terpaksa la tunggu member.. KL-Jakarta ambil masa 2 jam, Landing kat Soekarno-Hatta Terminal 3, terus cari member yg sampai awal. Masing2 1st time sampai ke Jakarta, ikut plan.. sementara tunggu member yg flight petang. Kami nak ke Plaza Tangerang berhampiran airport sebab senang nak patah balik tunggu member.. tapi bila booking teksi airport.. kena tunggu agak lama. (lepas tu baru tau..difahamkan mereka lebih suka ambil penumpang yang nak gi jauh sebab tambang lebih mahal, kalau gi dekat..bila patah balik ke airport mereka terpaksa tunggu Q untuk sampai giliran mereka semula..). sedang sibuk2 cari teksi..ada la driver freelance yang offer hantar ke Tangerang. Tapi kosnya agak mahal, tak padan dengan jarak.. so, kami minta dia hantar ke kedai makan berdekatan dinamakan Warkop M1, di luar kawasan airport berhampiran Terminal 1..dalam dekat2 tu pun kena Rp70,000 (RM24)..

Dalam pada tu dia cakap cara2 nak balik ke Terminal 3. Rupanya ada bas khas untuk pekerja ke airport tak jauh dari tempat makan tu.. percuma je. Kami naik bas tu ke Terminal 1 dan naik shuttle ke Terminal 3 untuk tunggu member sampai kul 4pm.. Member sampai lewat skit sebab flight delay.. dia sampai lebih kurang 6pm & kami ambil van untuk ke hotel, bila dah petang jalan di Jakarta memang jem teruk lah..



Sate Kambing Jawa sytle

Driver bawa kami singgah di Stadium Gelora Bung Karno dan MONAS (Tugu Negara Indonesia)..tapi tengok dari dalam kereta je sebab hujan lebat..frust! Then pergi makan sup & sate kambing di area jalan Wisata Kuliner dah dekat2 dengan area Glodok. Driver charge Rp350,000 (RM115 ++..mahal!!..).Check-in hotel 10pm..budget hotel dengan kos RM50++.. terus tido kepenatan sebab bangun kul 4am lagi.



Sop Kambing






Hari ke-2 Jakarta.. Plan kami ke Mangga Dua & Tanah Abang.. bangun pagi2 terus menapak ke Stesen Jakartakota, naik angkot ke Mangga Dua Square.. dimaklumkan mall buka pada 10am.. so, kami cari breakfast di kawasan sekitar WTC Mangga Dua..jumpa stall bubur ayam special betul2 di sebelah lintasan keratapi WTC..walaupun simple..tapi sangat sedap dan murah..dalam RM1.50 je semangkuk.


                                                                 Bubur Ayam Special WTC

Lepas breakfast menapak ke Pasar Pagi Mangga Dua..sebuah mall yang menjual pakaian dan aksesori, memang banyak kedai dan macam2 boleh cari kat sini..Mall ni bersambung dengan ITC Mall dan Mangga Dua Mal yang menjual barang2 elektronik. Masing2 berpecah untuk shopping.. aku sempat la beli t-Shirt dan beberapa cenderahati utk kawan2..aksesori handphone pun murah2.. especially untuk Blackberry (sebab ramai warganya pakai Blackberry).





Sekitar WTC Mangga Dua
Balik ke hotel jam 12.30tgh.. terus packing & checkout.. Plan nak ke Tanah Abang cancel sebab tak cukup masa..jam 4.00pm dah nak gerak airport..ambil teksi terus ke MONAS untuk 2nd time. Kali ni dapat la bergambar depan tugu.. then makan kat stall area Monas.. lepas makan naik teksi ke stesen Gambir. Ambil bas Damri ke airport.. selesai checkin & bayar airport tax Rp40,000, kami melepak untuk tunggu flight ke Denpasar jam 6.00pm…end! to be continue in BALI : Island of God.

Bakso MONAS


Kerak Telur

Penjual Kerak Telur di sekitar MONAS





Perkara2 nak di Share: Untuk backpackers
1. Kalau nak jimat duit teksi (dari Terminal 3)..Ambil bas Damri ke stesen Gambir kos Rp20,000 (RM8.00++) dan dari situ boleh ambil teksi ke mana2 tempat nak pegi ( teksi airport mahal oii..)
2. Untuk jalan2 dalam jarak dekat..naik angkot (van ubahsuai untuk angkut orang..kaler biru)..tambang antara Rp2,000- 3,000 ( RM0.60- RM1.00) atau ojek ( teksi motor).
3. Makan pun boleh tahan mahal....sekitar RM10.00 sorang setiap kali makan..nak murah makan kat stall jerr..tapi tengok2 la stall yang bersih & ramai org makan..
4. Duit lebih baik tukar kat Indonesia.. dapat lebih sikit dari tukar kat Malaysia.



MONAS


Sekian, Sekadar Berkongsi

Wednesday, January 25, 2012

Singapore : Trip Balik Hari..

  


Disember lepas..(2011) aku dan dua orang member buat kerja gila sikit.. plan jalan-jalan ke Singapore balik hari.. beli tiket flight awal-awal pagi & balik lewat malam.. Tujuan utama adalah nak jejak kaki ke Singapore.. maklum la.. tak penah sampai.. Kebetulan ada tiket flight murah..(RM100++ dua hala). Sambil-sambil tu plan tempat nak jalan-jalan.. tempat tujuan utama adalah Sentosa Island & Universal Studio.

Penerbangan pada 6.15am dan selamat tiba di Changi International Airport pada 7.00am.. benda pertama yang aku nampak masa nak landing tu adalah..ribuan kapal dagang di Selat Singapore, sangat menakjubkan.. sebab tu Singapore boleh maju dengan hasil import dan eksport..dan pelabuhan mereka adalah antara yang termaju di dunia. Lepas pemeriksaan Imigresen, terus naik shuttle ke Terminal 1 untuk ambil MRT ke City Hall. Tujuan adalah nak beli Tourist Pass ( Tiket MRT & Bas khas untuk pelancong).




City Hall



Harga Tourist Pass adalah SD8.00 / RM19.60 dan deposit untuk kad adalah SD10.00 untuk tempoh sehari. Dengan tiket ni, kita bebas naik MRT & Bas ke mana saja mengikut laluan yang ditetapkan.. (kalau nak senang, ambil peta laluan MRT & Bas untuk rujukan). Secara keseluruhannya kami naik MRT jer..dan laluan MRT kat sini senang nak faham, ada 4 laluan utama yang meliputi seluruh pulau Singapore..Nak naik bas takut sesat pulak..sebab laluannya agak complicated.


Sampai di City Hall, kaunter belum buka..so, jalan-jalan di kawasan sekitar, tengok monument peringatan perang Jepun depan Capital CityHall. Lepas beli Tourist Pass.. perut dah lapar.. tak tau mana nak tuju untuk cari breakfast.. so, kami cari jer nama-nama stesen MRT yang ada nama kemelayuan sikit.. dengan harapan ada la kedai makan melayu kat kawasan sekitar.(memang idea tak leh blah). Paling hampir adalah MRT Potong Pasir, kat sini merupakan kawasan perumahan, ada sebuah pasar & foodcourt.. kami breakfast kat sebuah kedai mamak.. nak kenyang..bantai nasi dengan kari kambing terus.. SD4.50/ RM11.00 sepinggan..huhu..




Breakfast di Potong Pasir



Lepas makan, terus ke Harbour Front untuk ke Sentosa Island. Untuk ke Sentosa Island, kena ambil LRT khas ke Sentosa Island saja.. tiket SD3.00 /RM7.50. Sebab kami datang pada hari weekdays, so, orang tak la berapa ramai sangat. Di Sentosa sempat melawat Universal Studio Singapore (tak masuk..sebab tak budget nak masuk pun), Hard Rock Café, Merlion Sentosa & Siloso Beach.. then balik ke Harbour Front sambung jalan-jalan di Vivo City, tempat orang shopping-shopping. Masa ni kaki dah start sakit coz banyak berjalan.






Universal Studio, Sentosa Island






Lepas tu ambik MRT ke Tanjong Pagar, konon nak gi cari stesen KTM lama, tapi tak tau nak hala ke mana.. pusing-pusing sekitar kawasan dekat stesen MRT jer.. masing-masing dah takde idea nak ke mana.. (sebab dah plan nak ke Esplanade & Merlion waktu petang) so, untuk menghabiskan masa.. kami naik MRT ke Woodlands.. saja nak tengok tempat, sambil nak cari makan sebab dah lapar. Sampai Woodlands, menapak ke Civic Centre.. cuba cari foodcourt tak jumpa.. yang ada restoran-restoran fastfood.. malas nak menapak lebih jauh, kami berpatah balik naik MRT ke Orchad.. berjalan-jalan di sepanjang Orchad Road.. dengan ribuan manusia.. dan gedung-gedung membeli belah yang hi-class. Then singgah makan di Foodrepublic @313.. Nasi Beriani Ayam (SD5.00 / RM12.00) dan Teh Tarik (SD2.00/ RM4.80).



Siloso Beach, Sentosa
Agenda seterusnya adalah mencari pantung singa duyung..@ Merlion, ambil MRT ke City Hall then menapak melalui laluan bawah tanah ke Esplanade.. masa ni tak sure laluan mana sebenarnya kami kena ikut.. ikut signbord jer.. dekat sejam menapak tanpa arah..signboard asyik tunjuk ke depan jerr.. kaki dah lenguh-lenguh dan sakit, tapi tak sampai-sampai.. sedar tak sedar..kami timbul di permukaan berhampiran Esplanade.. dapat la tengok Merlion dari jauh.. nak menapak ke sana dah tak larat.. Masa dah dekat 8.00pm.. kebetulan sampai jer dekat Open Theater Esplanade, ada light show dari Hotel MarinaBay Sands Singapore  yang setentang dengan open theater. Puas hati bila dah sampai dan dapat tengok..walaupun dengan kaki yang dah nak tercabut..

Woodlands




 Orchad



Orchad Road

Kami tak dapat lepak lama sebab nak kejar pulangkan kad Tourist Pass kat MRT City Hall..sebelum 9.00pm (kalau tak..deposit burn.. SD10.00/ RM24.00 tuuu).. Sebab dah tak larat dan hampir koma, kaki dah kremm.. kami terus ambil MRT ke Airport.. walaupun flight kami jam 11.15 malam.. Sampai Airport rehat-rehat melegakan kaki.. mandi P.Ramlee dalam toilet airport..tukar baju.. Flight kami selamat tiba diLCCT jam 12.30 malam.. nasib baik parking kat LCCT..(walaupun mahal gila..kena caj RM42.00), tapi senang nak balik.. sampai ke rumah sekitar 2.00am.. terus pengsan..



Merlion & Marina Bay Sands Hotel
Kesimpulan dari trip kali ini… tobat tak nak buat dah kerja gila..mau pengsannn rasanya… tapi puas hati juga la..sebab sampai banyak tempat dengan bajet yang ciput!.. dan tambah koleksi cop kat passport..hehe..


Dan beberapa perkara yang aku kagum dengan Singapore :
1. MRTnya cepat dan ikut time.. setiap hentian ada tempat shopping..
2. Escalator (tangga bergerak) mereka lebih laju.. so orang2 sana bergerak pantas..
3. Kebanyakan orang kecik besar tua muda pakai iPhone4 / 4s..(sebab Telco dorang ada pakej langganan)..so harga phone murah..


Sekian. Sekadar Berkongsi..

PULAU LANGKAWI : Menjejak Lagenda Mencari Laksa

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada ta...