Tuesday, July 13, 2010

Pulau Redang..finding the Nemo..




Pulau Redang terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau (Pulau Lima, Paku Besar, Paku Kecil, Kerengga Besar, Kerengga Kecil, Ekor Tebu, Ling, Pinang dan Redang), membentuk taman laut Kepulauan Redang Terengganu, juga tapak pemuliharaan penyu yang penting. Perairan Pulau Redang mengandungi dua buah bangkai kapal yang bersejarah, H.M.S Prince of Wales dan H.M.S Repulse yang telah ditenggelamkan pada Perang Dunia II. Pulau-pulau lain yang berhampiran termasuk Pulau Lang Tengah, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecildan Pulau Bidong.

Pulau Redang adalah salah satu pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur. Salah satu pantai yang paling cantik di pulau ini ialah Pasir Panjang.. Antara kemudahan di pulau ini ialah kegiatan snorkel dandiving’.

Pulau Redang boleh dikunjungi melalui Kuala Besut, Merang atau Kuala Trengganu dengan bot-bot yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat pelancogan. Jaraknya dari jeti Kampung Penarik ialah 30 kilometer nautika. Terdapat juga sebuah lapangan terbang kecil di pulau ini ~edit Wikipedia

Catatanku:
 

Rancangan untuk ke Redang dibuat secara ‘on the spot’. Kebetulan semua ada masa lapang. Setelah disurvei pakej-pakej yang mampu milik.. kami ambil pakej 3H2M (Jumaat – Ahad) di Redang Holiday.. RM299/pax..

 
Pakej merangkumi bot transfer, bilik penginapan, makan & minum serta 3 kali snorkeling trip. Perjalanan bermula dari KL jam 11 mlm, drive melalui Karak- LPT-Kuantan-Kemaman-Dungun- terus ke Kuala Terengganu.. lebih kurang 6 jam. Sebab nak kejar bot paling awal, kami terus ke Jeti Merang. Tiba sekitar 6am, lepak2 sambil breakfast di sekitar jeti, makan nasi dagang.. jumpa tour agent dan arrange bot. Perjalanan ke Pulau Redang dari Jeti Merang memakan masa sekitar 45 minit menggunakan bot laju ala-ala feri.. (setiap hotel mempunyai bot masing2 untuk membawa pelanggan mereka).

 
Mendarat jam 10 am di Long Beach, kat sini kena turun dari bot terus ke dlm air.. jadi disarankan pakai sluar pendek siap2. Pantai ni merupakan pantai yang paling panjang di Redang. Terdapat banyak hotel & chalet disepanjang pantai, dari yang bajet hingga yang over bajet.. air laut di Redang memang ’marvelous’.. jernih crystal clear sampai dasar. Settle check in bilik (bilik okey.. ada aircond & hot shower) aku terus sewa ‘google’ kat dive centre..( RM10 untuk 3hari). Aktiviti pertama.. terjunn laut lerr.. dengan air yang jernih, memang boleh nampak ikan-ikan berkeliaran.. (anak ikan jer la..)
 


  
Aktiviti Hari Pertama ~ lepas luch.. berkumpul utk 1st snokeling trip, penuh 2 bot.. anggaran 50 org. Lokasi pertama adalah Telok Kalong, terjunn dari atas bot.. fuhh!!..memang syok berenang2 dengan ikan berbagai warna & jenis.. (kami dibekalkan roti utk menarik perhatian ikan2).. masa diberikan sekitar 2 jam.. lepas tu balik ke penginapan untuk minum petang.. aku sambung snorkeling sendiri kat tepi pantai..

  
Selepas buffet dinner.. memang tak ada apa2 aktiviti.. tapi boleh berjalan sepanjang pantai Long Beach untuk tengok suasana malam.. sepanjang pantai terdapat beach cafe yang very happening.. penuh dengan pengujung..ramai juga mat & minah salleh..persembahan live band pun ada.. suasana malam meriah dengan techno muzik..

 
Hari Ke-2 ~ Bangun sekitar 6.00 am untuk tengok sunrise.. berjalan sepanjang pantai.. dengar deburan ombak.. mmg tenang & aman.. terdapat juga pengujung yang berjogging.. lepas breakfast.. berkumpul untuk 2nd snorkeling trip.. hari ni laut agak bergelora.. so semua kena berjalan jauh untuk naik ke bot yang diparking ditempat agak berteluk..tapi masih struggle untuk sampai ke bot sebab ombak kuat dan besar.. (adik hilang spek..jatuh laut).. 2nd trip tidak begitu menarik sebab laut berombak dan air tidak begitu jernih.. but still have fun berenang dgn ikan2.. (time ni aku mabuk laut sebab berenang pakai life jacket..).. menghabiskan masa sekitar 2 jam sebelum balik ke penginapan utk lunch..
 
 

Lokasi terakhir snokeling adalah ke Redang Marine Park di Pulau Pinang (nama pulau, bukan Negeri P.Pinang nun..), Bayaran masuk untuk tujuan konservasi.. RM5 dewasa dan RM2 kanak-kanak.. kali ni kami terpaksa berjalan lebih jauh ke Jeti Laguna Resort bagi membolehkan semua orang dapat naik bot.. (coz ada yg tak sampai ke bot masa trip pagi..). di Marine Park taklimat ringkas diberikan bagi tujuan keselamatan dan pemuliharaan.. kat sini ikan lebih banyak dan berbagai spesis.. ada Nemo..tapi air tak berapa clear atas faktor ombak.. bagi yg berani (mcm aku).. boleh snokel sampai tengah.. cari sarang kerapu, ada satu batu besar yg dihuni kerapu gergasi, sangat2 besar.. tak sesuai nak buat masak stim.. (tak caya gi tengok sendiri).. bila semua dah puas hati.. balik untuk BBQ dinner.. syiokk mkn ikan bakar fresh.. 
 
Last day ~ Last day tak dapat buat apa2 coz pihak tour dah arrange bot jam 10.30 am. (bot hanya 2 trip untuk hantar balik..10.30am & 12.30am, kalau korang tak puas terjun laut..balik tghari le..)


Lepas sarapan, siap2 kemas barang untuk balik ke darat. Bot awal pun bagus jugak sebab dah plan nak jalan2 kat K.Terengganu. Kat Jeti Merang.. boleh shopping souvenir utk kawan2.. Kami singgah di Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, ke Kg. Losong beli keropok lekor, berhenti makan di Rantau Abang, makan satar & try air nira kat gerai tepi jalan..
   
Pantai Marang

 

Selamat tiba di KL sekitar jam 9.00 malam akibat banyak berhenti tengok benda2 yang menarik perhatian sepanjang jalan.
Keseluruhan trip ke Pulau Redang amat menarik dan berbaloi dengan kos sekitar RM400 ++..

Sekian, Sekadar berkongsi.

PULAU LANGKAWI : Menjejak Lagenda Mencari Laksa

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada ta...